Wednesday, August 22, 2012

Sentap : Bodoh piang di jalan raya-hazard light

assalammualaikum wbt..

Rasanya dah ramai pon mula bertugas semula selepas bercuti raya ni kan..aku pon dah selamat sampai ke KL walaupon lama lagi aku bercuti..hehe..so entri kali ni aku nak cerita lagi pasal raya..tapi ni bukan raya pasal kuih raya atau raya aidilfitri yang kita tengah sambut sekarang..tapi pasal jalan raya..

Sebelum ni aku pernah tulis satu entri berkenaan sikap pemandu di jalan raya ni jugak.."IKUT KIRI KECUALI MEMOTONG" tu salah satu bodoh piang yang pemandu kurang sedar..lani aku nak bagi pemandu-pemandu tak sepatutnya dapat lesen ni sedar lagi..Aku ni dalam ketegori cepat hangin bila drive..sebab tu aku lebih suka bawak motor je..Boleh elakkan jem dan kurangkan hangin aku..merempit lagi cepat sampai mana aku nak pergi..tapi bila keadaan memerlukan untuk memandu kereta macam aku nak balik kampung raya ni..so terpaksa la drive jugak..

Musim perayaan ni boleh kata lebuhraya memang banyak kenderaan..tambah pulak ada sesetengah kawasan hujan..lagi la buat perjalanan tu kurang lancar..alhamdulillah perjalanan semasa aku pergi tak la hujan cuma penglihatan tu terbatas jugak sebab aku drive malam..apapon keseluruhannya, takda yang buat aku hangin la walaupon ada sesetempat tu jem jugak..

Yang kurang bestnya pulak, masa perjalanan balik ke kl kelmarin..jalan ok je,tak berapa slow sangat pon trafik tu..tapi dalam perjalanan tu ada sesetengah tempat hujan pulak..so pemanduan aku menjadi slow la sikit..110km sejam tu slow ye harap maklum..hehe..ok kat sini aku cuma nak bagi tips la sikit bagi orang yang tak sayang nyawa atau tak sayang kereta tu sedar..

Korang tau kan,bila hujan lebat seriusly jarak penglihatan masa kita memandu tu sangat la terhad..nak nampak belakang kereta dihadapan kita yang cuma 20 atau 30 meter pon susah..so aku mohon la kalau keadaan macam tu tolong la pasang lampu walaupon tak gelap..masalahnya kat sini bukan untuk kita, tapi untuk pemandu di belakang kita supaya dia nampak kereta kita dihadapan..

Tolong jangan pentingkan diri sendiri bila memandu ni..ni melibatkan nyawa bhai..mungkin korang jenis superhero yang boleh nampak jelas walaupon tengah hujan lebat..tapi adakah pemandu lain nampak korang? so jangan kedekut nak pasang lampu.tak rugi pon bateri tu..kalau jadi apa-apa kan dah susah..kereta pulak rosak, sakit atau mati terus dah satu hal..jalan pulak jem sebabkan eksiden atas kebodohan tu..so beringat la ye..jangan jadi bodoh sangat..

=
 mungkin lampu kecemasan ni perlu ditukar simbol?..trololo..

Tapi dalam kepandaian beringat dan berhati-hati tu, bodoh piang ni tetap ada dan kadang-kadang buat aku makin hangin..perbuatan diorang ni orang jawa cakap annoying..aku paham korang berpikir macam aku jugak..nak pemandu lain nampak kita masa hujan lebat tu..tapi yang korang over sangat sampai pasang lampu kecemasan apa hal?..nak lip lap2 sangat kenapa?..apa masalah kereta lu?..haihhh..selalu aku cool down kan diri aku bila jumpa orang macam ni dengan bersangka baik je yang dia dalam kecemasan tak tahan nak berak..grr

Untuk pengetahuan korang, kalau nak pasang lampu tu masa kereta break down tepi jalan tu takpa la..tu baru betul caranya..ni masa hujan yang lu nak pasang, aku tak paham la kenapa??motif??..memang wtf betul lah..fuuuuuuuuu..astagfirullah..haa, kan aku mula nak mencarut..stress betul aku nak story pasal ni..hahahaa..sakit mata,lama-lama pening kot tengok lampu tu..JPJ mana ajar korang pasang lampu kecemasan tu masa memandu dalam hujan ni, meh sini aku bagi penendang sekali kat dia..senang citer kalau tak konfiden nak drive masa hujan lebat, lu berhenti kat tepi jalan dan pasang lampu kecemasan tu baru betul..bukan pasang lampu tu tapi jalan jugak..pasang lampu sudah la..mengganggu paham tak!

Ok la, tu je la kot aku nak cakap..harap jelas..maaf la ye sapa-sapa yang terasa sebab amalkan benda bodoh tu..berubah la ye..kalau nak buat jugak korang punya pasal la..tapi kalau tiba-tiba kereta korang kena langgar dari belakang, harap paham la tu bukan sebab pemandu belakang tak nampak, tapi sebab hangin sakit mata tengok lampu kecemasan tu..dan mungkin lepas tu dapat pakej sekali cermin kereta korang akan kena hentak dengan stering lock sebab orang tu dah hangin gila..adios..hati hati memandu..


p/s : serius aku tak tujukan ni untuk pemandu wanita..lelaki pon ada jugak..kehkehkeh...



45 comments:

  1. ada yg ckp.. pasang lampu emergency tu sbb mrk tak nmpk. ..
    leeza tak pernah lah guna lampaaaaaaaaaau tu. ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..maksud ko nak nampak apa leeza..haha..tujuan lampu tu nak bagi org nampak je bila duk tepi jalan..bukan tgh jalan..

      *tapi nak suluh jalan guna lampu tu tak penah dibuat org lak..hahahha..

      Delete
  2. Replies
    1. piang yang ni tak leh pisahkan dengan bodoh sebab dia perkataan sekali..

      bodoh piang = bodoh teramat atau bodoh kuasa3..ekeke..

      kalau piang saje mungkin orang ingat kereta piang..

      Delete
  3. pehhh.. nasib baik aku x terasa... hahaha.. tp klu pasang lampu pun jgn la pakai lampu tinngi.. sakit mata wooo org yg bwk kenderaan di arah bertentangan... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pasang lampu tinggi time berselisih atau belakang kereta orang tu pon bodoh piang gak tun..memang cari pasal la kalau dengan aku..

      Delete
  4. aku stress jugak biler nmpk mcm tu even bukan aku yang drive :|

    aku pon nak tanye. piang tu mende?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe..sakit hati kalau jumpe spesis org camtu..haha..

      #maksud piang:rujuk balik jawapan yang aku bagi kat komen syafiqakarim..hehe

      Delete
  5. amboi garang pakcik., ni bukan main2 punye marah ni.harap aku x terketegori dalam geng piang kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku bab ni garang sikit..pakai keta piang takpa chuu.bukan piang yang tu..haha..

      Delete
    2. mohon senaraikan kete piang :))

      Delete
    3. erkk..nak senaraikan kete piang jadah chuu..ekeke..ko gugel je la sendiri..haha

      Delete
  6. hehe.. nasib baek aku ni budak ye dak ?
    takat keta kontrol boleh la aku bawak ..
    tak pon keta lembu :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku masa muda dari ko sekarang pon aku dah lenjan keta bapak aku payeh..haha..
      kete control dengan keta lembu tu aku rasa lagi susah bawak aku rasa..haha

      *aku dah buang shoutbox

      Delete
    2. haha.. ko mane tau umo aku...

      kenape buang ?

      Delete
    3. cet..kalau dah budak sekolah tu sekolah gak la payeh..hahahhaa..
      aku saje je buang..tak tau nak letak kat mane..hehe

      Delete
    4. aku baru je buang shoutbox sbb aku tgk pkcik buang. tup2 hari ni ade pulak XD

      Delete
    5. ko ni memang murid yg bagus la chuu..ok dah boleh pasang balik shoutbox tu sebb cikgu pon dah pasang balik..kehkehkeh..

      Delete
  7. kadang2 aku pon bkk hazard lite ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..awat bro bagitau..adehh...sori2 bro..rasa bersalah plak terkasar bahasa ni..
      lain kali bro pasang lampu je, dah cukup la bro..tak ganggu orang lain..

      Delete
  8. benda nie dah lama diperkatakan orang tapi bak kata ko masih ade yang bodoh piang untuk pasang lampu hazard tu time hujan..alasan yang diberikan seperti biasa supaya kereta lain nampak mereka..tapi sebenarnya dorang tak tak tahu yang lampu merah belakang kereta tu pun dah cukup sebenarnya...

    paling aku tak paham kalau orang pasang hazard light time hujan pastu bwk slow2 kat lane kanan..hehe..motif???isk..isk..

    p/s: Selamat hari Raya Bro.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlebih berhati2 aku rasa lan..tah la..benda tu kalau ikut law JPJ memang salah pon..dah tu mengganggu je..bwak plak slow2 kat lane kanan..hampeh betul..hahaha..

      #selalu mat2 callman je yang pasang hazard light masa drive pasal nak cepat..bg aku diorang tu leh la dimaafkan sebab bukan slow..laju je mencelah2..

      p/s : selamat hari raya gak bro..

      Delete
  9. Aku sokong 100% lepas ni aku nk order kete kebal supaya leh langgar je kete yg bg lampu kecemasan waktu hujan.. Sakit hati & mata aku tgk.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..elok gak tu fara..langgar je..pastu ckp je kat dia, lampu lu tak cukup terang..ekeke..

      Delete
  10. agak kebodohan juga pasang lampu emergency tu. Kita yang takde lesen pun tau kegunaan lampu tu,kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..teori simple je kan bobot..nama pon lampu kecemasan..guna masa kecemasan la ye dak..bukan masa hujan..haha..

      Delete
  11. emo mcm pmpuan. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cet..aku plak kene..hahahaa...aku bukan emo la punzel, hangin je..err same ke tu?kehkehkeh...takpala..janji aku dah luahkan apa yang aku tak puas hati..hehe..

      Delete
  12. depa salah gunakan peraturan di jalan raya, ambik lesen ke tatau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ujian L tu,soalan pasal lampu kecemasan ni la depa salah..nasib la dapat lesen jugak..hahaha..

      Delete
  13. naik bas lah klu mcm itu ,bro..biar pemandu bas je kena marah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalau boleh aku nak naik bas jer..tp aku kurang sesuai la jadi penumpang..pening..hahaha

      Delete
  14. untung bermula taun lepas aku dh tak payah bersesak dan menghadap jem bila raya.almaklum kmpg aku dh dekat..

    bawak bersabar ye dengan pemandu2 wanita.mereka ni bukan nak bikin ko panas,tp mereka kurang arif pasal pemanduan.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la kutu..haha.

      #aku tak tujukan hal ni untuk pemandu2 wanita la beb..ni kira umum je..ramai yang buat..haha.

      Delete
  15. terus terang cakap, aku sendiri pasang lampu kecemasan tu bila hujan sgt2 lebat..aku fikir camni jer, kalau aku takleh nampak lampu kereta depan, means org belakang pun mungkin tak boleh nampak lampu kereta aku..so aku akan pasang double signal..tapi kalau setakat hujan biasa2, xde la aku buat..sebab aku sendiri rasa bunyi lampu tu annoying..

    p/s: aku setuju dgn ko, 110km/j mmg tak laju..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon ko jgn pasang lagi..salah dan mengganggu orang la der..aku rasa nampak je bontot atau depan kereta tu kalau dah pasang lampu..

      Delete
  16. salah tu memang salah..takde dalam peraturan JPJ pun utk pasang hazard light time hujan..tapi kalau hujan yg sgt2 lebat, aku rasa aku patut pasang..aku rabun plus silau, susah nak nampak kalau hujan betul2 lebat..

    tak semua orang punya had penglihatan yg sama..tak kisah la kalau ko kata aku bodoh piang ke ape..tapi aku rasa benda tu kadang2 perlu utk safety masing2..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela yela...hahahha..tapi ko patut jgn drive kalau dah tak nampak h..serius aku cakap,ramai tak suka orang yang pasang lampu tu masa drive dalam hujan..bagi aku sendiri, aku rasa mcam org yang pasang tu mintak laluan plak cam polis tgh eskot..

      Delete
    2. hahaha..releks bro..aku bukan bangkang 100% pun..in fact aku sendiri kdg2 geram bila double signal guna kat tempat yg x perlu..aku komen pun based pada pengalaman aku..sebab biasa jugak drive kat highway PLUS..byk kali la jumpa hujan yg sgt2 lebat ni..

      kalau setakat hujan lebat biasa tu takde hal..aku still boleh nampak..tapi kalau hujan sgt2 lebat, kelajuan pulak paling slow 90km/j, dengan wap air drpd jalan, aku rasa ramai orang takleh nampak jalan..even kereta yg parking kat tepi pun kdg2 boleh tak nampak..

      p/s: aku kalau keadaan teruk sgt mmg berenti kat hentian..xde keje nak redah kalau tak nampak jalan..

      Delete
    3. saya pun ada masalah mata yang sama. time tgh di highway, tetibe ujan lebat giler...(bukan lebat yg biasa). nak benti, rasa lagi bahaya. langkah yg boleh dibuat, follow kereta yg lampunya terang. bagi mata mcm saya, lampu merah belakang bontot keta tak cukup clear dalam keadaan hujan angin kencang ini. waktu gini, saya rasa emergency light membantu juga. lelaki memang tak ramai ada masalah silau, tapi saya fikir wanita ramai bermasalah silau, sukar memandu dalam hujan dan penglihatan kurang bagus waktu malam (bercakap dari pengalaman sendiri). tapi tindakan pasang hazard light di hari hujan lebat (yang tahap tak lebat sampai kabur penglihatan) memang sepatutnya dielakkan.

      -nik (takde ID blog tapi nak komen)

      Delete
  17. Err err aku terasa bab tak pasang lampu waktu hujan tu. Tp kalau hujan biasa2 je kut aku tak pasang, kalau hujan lebat aku pasang biasanya sbb aku sendiri susah nak nampak especially kalau wiper dah expired. Ahaha! Kira tak kategori bodoh lagi la aku ni hendaknya. Ahaha!

    Tp entry kau ni menyedarkan aku gak. Salu aku bila sampai tahap tak nampak baru aku pasang lampu. Aku tak pikir lak masa aku lum pasang tu org belakang sebenarnya nampak aku ke tak. Hehe. Kemaen rancak kau bodoh2kan org raya2 ni Pakcik. Hangin tahap puting beliung nampak? Hewwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu aku kalau ko pasang lampu pon takda kesan pape kat ko..bukan nak suluh apa pon..tu untuk biar orang lain je nampak ko makcik..so asal hujan better pasang ler..

      JPJ mana ajar ko meh aku nak terajang di laju2..ekeke..

      manede aku hangin makcik.sekadar nak bagi org sentap sikit je..dah lama tak sentap2 kan..ekeke..maaf la terkasar bahasa sikit..kalau terasa tak reti2 nak berubah..toksah ckp kat aku pon takpe kalau ko buat..hahhaa..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...