Monday, June 3, 2013

Dairi : Gua penat dan terfaktap..

assalammualaikum wbt...

Entri kali ni takda citer menarik yang aku nak kongsikan..cuma kisah aku yang tersumbat dan penat di hujung minggu..punya la penat lepas solat asar petang tadi aku baring la kejap nak rehatkan badan..hambik ko..pukul 1 pagi baru aku terjaga..nasib tak subuh terus..tak pasal pulak banyak nak qada solat tu kang..haha..

So apa yang aku nak citer ni, cuma pasal apa yang buat aku penat..erk..boleh ke buat entri camni?..hahaha..lantak la..sebab aku dah puas tido tadi, alang-alang dah berjaga ni, biarkan aku merapu kejap sementara nak subuh..haha..

Kalau nak citer, tak penahnya aku tak penat..tapi malas citer banyak, aku nak review aktiviti dari hari sabtu je la.. penat aku ni kira bermula dari jumaat malam sabtu la..dari hari ke hari aku dah cuba berjanji dengan diri untuk tido awal sebenarnya..tapi hampeh..tak pukul 3 4 memang tak ingat nak tido..kalau hari bekerja takpa lagi..badan letih tak cukup tido pon pegi kerja bukan nak guna tenaga sangat..

Tapi bila sampai hujung minggu, malam yang tak cukup tido betul-betul buat aku letih..malam tak tido, sabtu tu plak aku kena follow orang tua aku pegi majlis sepupu aku bertunang..lemau gila beb..aku ni dah la jenis tak suka ikut orang, bila stuck kat majlis tu aku dah mamai nak tido sangat..tapi mana boleh..demm..satu penyakit aku ni..bila aku tahan sangat tak tido..kepala mesti sakit gila..So pada geng kopitiam, korang nampak kan pesal aku masuk air tetiba menyanyi lak pagi-pagi buta..

Belum settel majlis tu, member aku dah sibuk roger nak ajak pi mancing..pukul 6 aku sampai rumah, baru nak duduk 5minit, tau-tau dah muncul depan rumah..haha..siak betul..tapi bukan salah dia aku penat..kalau ikutkan memang petang tu dia nak ajak aku mancing, cuma aku yang taknak dengan alasan malam kang aku nak tido awal..tapi hampeh jugak..

Malam minggu tu lepas layan bola, ingat nak terus tido je..tah camne aku bleh on plak berkaroke dengan group kopitiam..kahkahkah..tapi tak sangka dapat sambutan..asalnya aku sorang je mensumbangkan suara, tapi alih-alih hampir semua pon terlibat..kahkahkah..gila ahh semua..korang memang sporting..

eceli, "kopitiam" adalah group yang aku create untuk geng blogging macam korang yang suka sembang...kalau ada yang berminat nak join, sila bagi no fone untuk aku nak add..


Special thanks to Chuu, Punzel, Encik H, Hanani, Payeh, Aien, sebab sama-sama sporting..suara korang semua best..pada yang belum mensumbangkan suara semalam, LiyaaMF, dan Sida-sida diminta  berbuat demikian sebelum tindakan disiplin diambil..Mocik Onie dan fik yang ahli tak aktif di kecualikan tapi kalau berminat tiada halangan..hahaha..dan sebab melayan semua ni la, lewat lagi aku tido..hahaha..takpe..yang penting enjoy...

Dalam pukul 4pagi aku tido..6.30 bangun subuh, tengok HP member aku dah hantar msg pukul 5.pagi nak ajak mancing..gila apa tah..dia sound kalau aku lambat dia nak tido..ha, ni seko lagi member aku spesis burung hantu..aku baru tido 2 jam lebih je kot..adehh..ingat nak sambung tido lepas subuh, ni terpaksa la keluar lagi..penat badan belum hilang..

Sebenarnya aku yang sangap nak mancing ni..demi nak mancing, aku sanggup korbankan waktu tido hujung minggu ni..hahaha..lama wei aku tak mancing..bila lagi nak pegang joran, sementara bini kat kampung ni, ni la masanya kan..hahaha..pukul 8 pagi aku dah sampai kampung orang asli tu.lokasi dirahsiakan..hahaha...bla..bla..bla..trek hutan mmg jenis semak sebab jarang dilalu orang, sejam jalan baru jumpa sungai..port cantik gila....batu kemain berlumut, ni pon sebab bukan kawasan orang mandi..

Walaupon hasil tak berapa baik..tapi ok la..mungkin rezeki tak banyak kan..lagipon ni aku baru 1st time aku riki sebab lepas ni aku nak datang waktu malam..ikan lebih aktif malam sebenarnya..ringkaskan citer petang tadi pukul 4 baru aku sampai rumah..mengantok tak ingat dunia..siap mandi , lepas solat asar, tu yang berbalik citer intro tadi..pukul 1 pagi ni baru bangun semula..hahahhaa...

google je la kesudahannye..demm..

Dan last sekali, aku memang rasa nak terajang komputer, walaupon benda ni tak salah sebab memori card Hp aku dandan rosak bila aku nak transfer gambar-gambar pegi kenduri semalam dengan mancing pagi tadi untuk upload dalam entri ni,tiba-tiba tak boleh..arghhhhhhhhhhhhhhhh...habis semua..dengan gambar anak aku yang bini aku sent dari kg pon hilang semua..ahh..sedih gila..rindu kot kat budak tu..isk..isk..woooo..


 p/s : wechat aku takleh guna lagi sebab app tu dalam kad yang rosak..jahaman betul..


34 comments:

  1. x bosan ke memancing?? :o kena tunggu satu kes.. baik layan buku je kat rumah.. ^_^ *oppss..lain org lain mnt..kah4

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..aku tk minat.baca buku la..hahha..mmg betul sgt la tu minat tak sama..bkn ke duk umah baca buku lg boring?..hahhaha..

      Delete
  2. kemain ko macam org kembali bujang je hidup.tido lmbt,pegi mancing..nasib la bini kt kmpg..klu tak mesti makan hati.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nk buat kutu..dah ditinggalkan..haha..mancing ni baru aku sentuh joran lepas 2 taun ko tau..bab tido lambat tu dah mmg kebiasaan.cuma skg takde la bini aku bebel..hahaha

      Delete
  3. Lama tak ikut orang mancing.. walaupun dapat besor ikan bilis, elok lagi dari dapat selipor. Haha.
    Biasala..walau bukan salah komputer, bende tu la yang rasa nak diterajanginya. Rasa ralat je ek bila time tu la nak buat hal. Nak-nak gambo.

    P/s: Minggu ni pun giler aku tak cukup tido.
    -mere naam kak6-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz mancing gak ke?..kalau ko minat takpe zie la ikut zie..kolam lombong sesuai kot..tp aku hardcore skit..kene masuk hutan dulu..walaupon ikan bilis gak yg dapat..hahaha..

      Stress je aku..byk kot gmbar video.ceramah usrah dlm fone kad tu..grrrr

      Delete
  4. kahkahkah...

    aku peserta yang tido awal...

    tak sangka korang karaoke sampai pukul 0400 pagi...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la sampai 4 pg..aku yg sambung wat benda lain..haha..

      Delete
  5. so kesimpulan entry ni, sila beli kad baru...

    atau lebih afdal sila beli s4...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dh format balik..bleh guna dah..tp fail tak dapat diselamatkan..hampeh..

      Delete
    2. hahaha... file next time kena simpan dlm cloud.

      Delete
  6. giler larhhh,,, mancing bosan kot,, hehe,, tunggu je keje,, lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang tak tau mmg la cakap bosan muja..tp sbb aku kaki mancing, bab kene menunggu tu perkara biasa..hahaha

      Delete
  7. Cari penyakit sendiri tue. Memang tak boleh salah sapa2 lar.

    ReplyDelete
  8. wei brader, apahal lokasi rahsia pulak. sharing is caring maa... hahahadui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..amacam berminat ke bro?hahaha...tunggu la aku katam dulu port tu..nanti dah puas aku citer..

      Delete
  9. aku baru baca entry ni sekali imbas..untuk imbasan kedua nanti la ye..aku byk keje ni haha..

    *KESIAN KAT AKU SEBB AKU TAKDE WE CHAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, ko ni pon beli la smart fone 1..bukan la mahal sgt pon skg..adehh..best wei chat ramai2..

      Delete
  10. another get togede gede? Wahhh best giler korang. Wei aku pun sangap nak mancing, lama giler sejak pregnant aku tinggalkan bidang pancingan ni (konon, walhal mancing kat kolam jer) muahahhaa.

    Skang baru rasa penat bila tak cukup rest kan? Nampak sangat dah kertu muahaha. Kalau dulu2 tak tdo 3 hari 3 malam no hal aku rasa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak invite ko dora join group tu, tapi tak tau camne nak buat..haha..tak sangka lak ko pon tau mancing gak ek..haha..

      hebat ko tak tido 3hari dulu..cam kacip batu je..hahaha

      Delete
    2. AKu kata itu kau. Hahahaha aku tak main batu bata ok, layan herba sekali sekala boleh la, tu pun buat aku tidur tak bangun. Hahahaha

      Group tu kalau nak kena pakai semakfon tak dapat la, phone cokia jer aku. (wechat tu natang apo? supo skype ek?)

      Delete
  11. kembali bujang la katakan..kemain :3

    ReplyDelete
  12. hamboii..penat2 pun sempat berkarok ni, hebat..hehehe...

    alamak..dalam semua yg nur baca diatas, part paling kesian, disaat berjauhan tetiba lak memori card rosak..habis pic baby hilang...sabo bundle..sabo...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala karok online je nur..hahaha..

      tpi aku sentap la bila kad tu rosak..habis gambar..

      Delete
  13. Wuihh. Aktif betul kau, bro bundle! Ke sana, ke mari bukan main. Dah macam orang bujang terlajak. Hehe! Al-maklum la, anak bini kat kampung. Bestnya hangout dengan geng kopitiam tu! Wuu, jeless

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tolong sikit,,kalau aku bujang pon lagi sekarang belum kira terlajak ok..aku muda lagi..hahaha..lagi satu aku tak hangout pon dengan budak2 tu..karok dalam wechat je..hahaha

      Delete
  14. tasik 12th ada kannn. mancing situ sudeyh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takde tempat lain ke ko nk rekemen..haha..

      Delete
  15. kaki pancing -.-.. hurm.. mls nak komen lebih. mmg layak la xckup tdo.. :D

    ReplyDelete
  16. serius la penat nih. chicna baca pun penat. fuh fuh..

    org yg suka mancing ni penyabar kot. mungkin. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...