Sunday, April 21, 2013

Persoalan tentang nama, gelaran dan keturunan..

assalammualaikum wbt...

Tinggal lebih kurang sebulan je lagi bini aku akan bersalin..kiranya masa sekarang ni aku dah pening pikir soal nak memilih nama anak..aku tertarik dengan satu topik yang agak sensitif mengenai nama ni masa bersembang dengan bini aku..

Bini aku tanya, nama-nama macam orang Kelantan yang berpangkal Wan, Nik dan orang-orang melayu berketurunan arab yang nama bermula dengan Sheikh, Syed dan Sharifah tu tak boleh ke orang yang bukan dari keturunan tu nak guna?

Dari pandangan Jahil aku..bila bini aku tanya camtu, aku jawab "mungkin boleh kot"..tapi aku tak bermaksud la pendapat aku betul..dalil yang buat aku terpikir boleh tu semata-mata sebab aku terpikir, salah ke kalau beri nama anak dengan awalan tu sebab rasanya masih tak melanggar hukum syarak dan bukan nama-nama yang dilarang guna dalam islam atau bermaksud tak baik...

Sebelum tulis ni aku ada la research sikit pasal syed dan sharifah ni..secara ringkasnya yang aku dapat, nama syed dan sharifah dia dari keturunan Nabi dari Siti Fatimah dan Saidina Ali..dan pada masa tu gelaran syed dan sharifah ni masih tak digunakan lagi..selang seratus dua ratus tahun selepas zaman Saidina Ali dan keturunannya bertebaran, baru la guna syed untuk memudahkan cam keturunan ni..

Ada gaya penulis misteri tak aku..kehkehkeh..(gamba tiada kaitan)


Ok habis setakat tu..So aku paham la serba sikit nama tu sekadar gelaran untuk keturunan nabi...jadi persoalan aku, adakah disebabkan sekadar gelaran pon orang biasa tak boleh gunakan? jawapan untuk soalan aku ni eceli dah terjawab pon dalam forum-forum yang aku baca..

Bila  ada yang bertanyakan camtu, jawapannya , ia ibarat seorang biasa yang menyamar memakai uniform polis..jadi satu kesalahan besar, tak sedar diri dan buat malu je nak guna kalau bukan dari nazab Nabi..

Bunyik macam marah je orang yang menjawab tu kan..sah keturunan syed...hahaha..ok..cuba kalau kita tak sentuh bab keturunan tapi cerita sekadar nama je..tahukan korang, nama orang Islam sekarang ni dan nama yang paling banyak digunakan dalam dunia ni kalau korang nak tau ialah nama "Muhammad"..serius, aku tak tipu..korang boleh google sendiri..

Rasanya ada ke nama yang lebih mulia dari nama Nabi kita sendiri?..sesiapa boleh guna..ni yang hujah jahil aku lagi satu kalau orang tanya boleh ke guna tu nama tu..hahaha..Nama nabi kita sendiri kita boleh guna, takkan nama "tu" tak boleh, lebih mulia ke apa?..bukan soal nak menipu mengaku keturunan nabi ke apa, sekadar nak guna nama molek gitu..salah ke dalam hukum syarak...jangan marah tok syed..aku dah cakap, aku ni jahil..meh bagi pencerahan atas kebodohan aku ni...hehehe...

Okay..sebelum makin jahanam apa aku nak tulis, aku mohon undur diri dulu..jangan risau, aku takkan bagi nama anak dengan gelaran dari keturunan Nabi, Raja, Sultan dan sebagainya..aku cuma insan marhean..


ps : tunggu bini aku cari satu nama lagi ni..pilihan aku dah ada..hehe..


59 comments:

  1. jeng jeng jeng.. gwiyomi. Aku dah baca hujah kau ni. Tapi nak hit publish dulu baru huraikan lagi yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..guten morgen dora..aku sedar nama tu orang biasa takleh guna walau apa pon hujah aku...saje nak pencerahan lebih sikit je kot2 ade yang arif nk kongsikan...hehe..

      Delete
    2. Aku memang setuju dengan hujah2 kau ni benornya,kira logik la. Ala... kita pun takder la hadap sangat nak buh gelaran tu semua kennnnn.

      Aku ada sorang jiran dulu, keturunan "wan" la konon, banyak pantang larang dia wei takleh makan itu ini, takleh pakai begitu begini, huishhh sengsaranya hidup (yes, mereka is nobody but over-acting, yang betul2 orang dari keturunan tu takder banyak songeh pun).

      Delete
    3. ko setuju dengan aku pon belum tentu betul dora.haha..nasib ye kalau ko dengn aku sama-sama kene hentam kat sini..ekeke..kita pikir logik je kan..

      aku tak tau lak ade pantang larang untuk pembawak nama2 ni..sains fiksyen ke tahyol ni?

      Delete
    4. kena hentam pun tak kisah la labu, yer la tak semestinya betul kan, cuma secara logiknya, pakai math calculation sekali pun, back to main point, "Muhammad" itu nama yang paling mulia. Ala aku na cakap lebih pun tak guna, nama anak sendiri pun main2 jer letak hahaha. eh kalau kat bosnia, "Haji" tu akan jadi nama keturunan tau. hahaha So JJ takder la Haji sbb takder atuk nenek dia yg ke sana lagi, kalau tak... muda2 dah ada tittle Haji anak aku hahaha.

      Delete
    5. eh..pelik betul kat sna..hj tu pon boleh diturunkan ek..hahaha..nasib atauk nenek JJ lom haji..kalau tak JJ jadi la haji gak kan..hahaha..

      Delete
    6. Kelakar kan, tu laki aku cakap, sorang buat haji dalam family, seluruh keturunan dapat nama. hahaha takper la, JJ ada nama "vic" kat hujung pun dah cukup la. Nak tittle Haji tu, pandai2 la buat sendiri esok2 haha.

      Delete
  2. kalau kita tanya sapa pun memang tulah yg akan dijawab, keturunan..tapi bagus juga kalau kita cuba diskusi persoalan ni, manarik rasanya...

    jangan pilih banyak sangat ye nama, susah nanti..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan kalau dari keluarga keturunan tu memang tu la jawapannya..haha..aku cuma nak tau salah ke tak dari hukum islam..stakat ni tak terjawab lagi..haha

      Delete
  3. menarik topik ko ni bro,
    pada pandangan aku lak,
    tak salah sbnarnya nak guna nama2 tu..
    cuma pandangan org je yg mcm pelik.
    padahal aku rasa, xde benda pun.
    nama je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon gitu la bro..kalau ikut dalil aku kira boleh la kan..hahaha..
      tapi tak tau la dari perundangan betul2nya boleh ke tak..
      mungkin kalau nak letak nama anak camtu kat malaysia ni kena ikut keturunan betul2 dulu ke baru boleh..

      Delete
  4. pada aku benda ni macam adat la lebih kurang..tradisi turun temurun..

    dulu masa zaman2 belajar, aku ada sorang kawan nama Syed Eddy Asyraf..tapi nama glemer Lutut..pernah la masa sembang2, dia cakap kalau dia kahwin nanti nak cari golongan Sharifah..

    then bila habis belajar, dia kahwin la dgn org biasa2..aku x datang kenduri kawen dia, tapi aku send wish kat henset la..sambil2 tu aku bahan sikit2, kata dulu nak kawen dgn golongan Sharifah, ni macam mana boleh kawen dgn org biasa..

    sekali bini dia yg baca mesej tu..tak pasal2 bini dia marah kat aku..zzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko cakap dalam isu perkahwinan ni H..lari topik ni..haha..tp asalnya memang orang kecoh2 pasal hal tu la sampai ade jugak yang tanya boleh ke letak nama tu kalau bukan dalam keturunan..

      aku tak berani nak cakap hal tu..nanti tok syed lagi marah..haha..aku cuma bagi pendapat aku pasal nama tu je..sekadar nama..haha..

      p/s : naya member tu beb..ekekek..

      Delete
  5. tak pe... nanti dah keluar baby tu ada la namanya tu...

    ReplyDelete
  6. erm ada logiknya..masa aku kecik2 dulukan teringan nak nama kat depan 'Raja' tapi apakan daya. aku bukan keturunan raja2..nanti kena pancung haha

    *kalo secara logiknya ada btolnya apa yg ko ckp tu. salah ke erk kita nak letak nama macma tu. eh aku pun tak thu la..ko letak jela nama anak ko tu Muhammad..kan lebih molek. kalo anak ko perempuan ko letak je cm name aku ni. Aku tak saman de :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kan..kan..logik kan..hahaha..nama je pon..sedangkan nama nabi pon kita leh guna..takkan nama lain takleh..tapi takleh la wat pasal..kang tak pasal2 kene pancung..ekekeke..

      aku dah ada nama yang berkenan..ko tunggu je la nanti aku bagitau..sibuk je nak bagi cadangan plak..hahahaha...

      Delete
    2. aloh bagi cadangan pun salah..sedap ape nama aku haha

      Delete
  7. nama aku start dengan "wan". ya, wan keturunan. tapi kat atas tadi mama jj ckp jiran dia nama wan ada pantang larang. hihi.. first time juga dgr ada pantang larang. tapi wan aku takde pantang larang. aku ada dgr, tentang ketidakbolehan masa nak daftar guna pangkal "nik","megat","syed" dsb kalau tiada keturunan. tapi takpastilah betul ke tak.
    kakak aku, anak dia tak boleh letak wan, sbb hasben dia bukan wan. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tak kisah pangkal nama ni, sbb selalunya org jarang panggil nama penuh, dah dipendek-pendekkan biasanya.

      Delete
    2. mesti ada alasan kenapa tak leh guna nama tu untuk pendaftaran kan ha..dan aku nak tau sangat langgar hukum ke tak kalau letak nama tu jugak kalau takde keturunan?

      Delete
    3. Haha tu la jiran I Wan Pelik, ramai jer orang lain yg Wan takder lebih2 macam dia, Katanya dia takleh makan ikan parang ker? pastu baju certain kaler tak leh pakai, and and.. banyak la cerita pantang dia, kami berbulu dengar sebab dia guna "Wan" sebagai alasan. Sikit2 "kami Wan takleh ni..." Haaaa gitu.

      Delete
    4. Ermm bru twu ade nama yg ada pntang larang..adat agknye ye?

      Delete
    5. mmg btul nama wan ada pntang larang,,,sbb sy pun wan jgk,,,kami xboleh mkn ikan kekacang,,ikan parang,,sbb bila mkn akn jdy gatal2,,,sy bukn ckp saje sbb prnh trjadi dkt mak sedara sy dia mkn ikan kekacang habis gatal2 n berair satu badan smpai lh mak sedara sy prgi brubat dgn sorang pakcik ni alhamdulillah lepas berbulan2 mnanggung sakit akhirnya smbuh,,,,n satu lagi ktika mlahirkn ktrunan wan kena letak kain kuning atas perut si ibunya,,,,sbb masa ibu aku nk lahirkn aku,,ibu punya lh susah nk lahirkn aku,,smpai lh mak sdara aku sruh ayah aku letak kain kuning atas perut ibu aku,,alhamdulillah lepas letak kain kuning,,,ibu aku dpt lahirkn aku,,,aku cerita sbb pngalamn kluarga aku

      Delete
  8. ooouh...

    nama syed semua eh...

    aku tak penah pk nak guna...

    tapi cakap ko memang ada logik la. nama yang paling banyak memang mohd. dan kalau misalnya ada fahaman yang macam tu macam dijadikan manusia ni berdarjat-darjat pulak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org yang takde kaitan dengan keturunan syed mmg la tak terpikir nak guna punzel..aku cuma terpikir "kalau" lah ade yng nk guna gak..adakah itu salah?

      Delete
    2. emmm...

      tak salah kot... tapi bagi aku memang manusia dilahirkan dengan berjenis-jenis keturunan. kalau ko nak guna bukan keturunan kau; ia hanya nampak pelik la.

      aku pun tak berapa kaji bab tu. hehe.

      Delete
  9. dari hukum syarak xde mslh kot.. amboi, suka hati je sy kan.. hohoho.. tapi menurut pndgn sy yg jahil ni jgak, xde mslh pn nk guna.. cumanya, bak kata kak ha kat atas tu, yg bukan keturunan tu xleh dftar nama cmtu.. n ikut nma suami la, kalo suami ad syed, anak2ny bleh lah nama syed syarifah jgak kn..even wife dia org biasa.. kalo cm nama anak bundle, tambah Muhammad pn okey lah kan.. xpn combine smua nama nabi2.. hehe.. muhammad adam yusuf ibrahim ishak.. bin rafiq.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pasti ke tak salah emma..kalau betul boleh maknanya takde isu la..golongan berketurunan syed sharifah pon takleh pertikaikan la camtu..

      Delete
  10. Bagi Nur yg agk jahil jugak ni, rasanya mcm tak salah pun.
    sebab gelaran je kan..
    tapi mgkin yg betul2 berketurunan rasa gelaran ni perlu dijaga.

    lagipun nama je kan, bukan buat apapun.
    lainlah, kalau bubuh nama golongan keturunan ni tiba2 je datang mudarat..
    haa..itu bahaya jugaklah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelaran tu tak sekali dengan nama nur..contoh macam yb, dato' tan sri tu..asalnya ikut yang aku paham tu syed2 ni pon gelaran je..tapi dah jadi nama kan..jadi aku pon rase kalau sekadar nama, sapa-sapa leh pakai..

      Delete
  11. tu nama keturunan je kan. tak salah kot nak guna tp mesti org akan persoalkan. biasa la tu. ape kata letak tengku ke putera ke.. hekhek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ko rasa tak salah tu kenapa chicna? hahahha...aku tak minat gelaran2 orang kita ni..kalau boleh aku nak letak "lord" atau "Sir" je kat depan nama..ekekeke...

      Delete
    2. ntah, nama je kot. it's not a big deal. hahaha..

      amboi kemain.. letak king terus la camtu. kakaka..

      Delete
  12. Misterinyaaa..gambar tu..Kahkahkah..

    Err, aku harap pilihan kau bukan Syed bandel..Kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah tau memang misteri punyelah..kehkehkeh..
      ko agak2 la nak letak syed bundle..bunyik dah macam taksub je tu..kehkehkeh..

      Delete
  13. tibe2 aku trpikir pulak., kalau asalnya kau xde nama syed. pastu letak pangkal nama anak syed/ or syarifah..pastu mesti cucu cicit ko akan ada nama syed/syarifah gak en..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah la chuu..kalau ikut sejarah pon, asalnya orang2 syed ni pon takde gak syed tu..kiranya sejak dari tu baru jadi adat nak guna gelaran tu..so dari pandangan logik aku gak, contohnya kalau aku letak anak aku syed,pastu ikut suka la nak ikut ke tak bila dah generasi cucu cicit aku nanti..

      so sama dengan je mcam sejarah tu kan..cuma diorang letak tu nak bezakan diorang dari keturunan nabi dengan org biase..

      Delete
    2. Klu cmtu ko create sejarah baru la. Keturunan bundle haha.pangkal nama bundle belaka hihihi
      Bundle faizal..bundle fatin..bundle rafiq ekeke..aci x mcm tu

      Delete
    3. masuk air ko ni..p makn ubat..hahaha

      Delete
  14. hehe.. syukrii.. amik nama kuturunan kt belakang jadi Syukrii ali.. alkisahnya arwah atoknya dah pesan kat somi aku suruh hidupkan kembali name kuturunan tu.. pasai sampai kt dia arwah mil aku modenkan name anak2.. cm somi aku jd khairuzzali.. asalnya khairul ali kot.. pasal org kg pggl kerol. haha. aku penah hint nak letak syukrizzali. tapi xde makna lak. kehkeh..

    btw.. kuturunan somi aku xde pantang larang pun.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke lg sebulan.. dah bape week?.. stanby ye pakcik.. anytime tuu.. kejap je dah nak pelok bby.. xsaba nk tgok bby pakcik!

      Delete
    2. amboi, keturunan laki ko tu keturunan bangsawan2 ke apa mell..?

      hujung2 bulan 5 nanti bini aku beranak la..

      Delete
    3. xde bangsawan lah.. kuturunan pendatang dr pakistan.. kahkah.. bukan nak buat ingat asal usul kot.. ntahla.. aku ikut je.. janji makna elok.. ali- yang tinggi.

      Delete
  15. tabiklah kat ko..siap buat kajian siap bagai..apa2 pun aku pun confused sebenarnya..tapi pada aku tak salah pun..cuma nanti kalau pakai nama keturunan nih dah jadi satu masalah pulak takleh daftar nama tuh..adoiyaii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin hal ni salah dari sisi perundangan negara ye kot..tapi kalau tak salah dari segi agama apa salahnya nak guna kan..apapon aku tak berminat..haha..

      Delete
  16. rsnya betul la kot apa yg ko kaji tu bundle..sbb kalo ko letak nama depan pangkal yg ada keturunan tu..bila ko nk daftar nti org yg kj jbtan pendaftaran tu akan bgtau boleh ke x bleh..sbb aritu pun ada sedara nk letak ank dia nm puteri tp dorang cakap xbleh sbb ayah dia bkn nm megat..pelik la plak sbb sblm ni ok je org lain metak nm puteri tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya aku kene tanya la nanti orang2 JPN pasal apa tak leh guna..ni dah macam diskriminasi ni..hahaha..

      Delete
  17. nice entry.. :) btw boleh x follow blog sy? .. sy msih baru di blogger.. :) amiirulikhwan08.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. leeza hnya membaca komen2... act tak lah mahir bab2 ni.

    ReplyDelete
  19. Pertama kali blog yg diskus secara sopan. Salute u bro.

    ReplyDelete
  20. First time tengok blogger diskus issue ni dgn berhemah.. Salute u bro.

    ReplyDelete
  21. hbis knapa byk2 nma nama ni yg ko nk ganngu.biarla..

    ReplyDelete
  22. Ada satu kes kwan saya seorang anak pmpuan yg hujung ada plak nma laki-laki di dpan nma sorg perempuan saya ingat nma bapa dia rupanya nma keturunan keluarga ayahnye diujung nma.. Saya rasa tak perlu.. Kut nnt jd kecelaruan gender plak.. Biarla nma anak indah dan pendek.. Tak ke mna kwturunan tu.. Esok ke kubur jugak

    ReplyDelete
  23. Kitorang pun tgh terfikir nk letak nama anak. Suami keturunan Jawa tapi sy berkenan nama Raden. Die takut nk pakai sbb katanya itu keturunan bangsawan Jawa. Die bukan keturunan tu. Adehhh. Dah laa dr dulu minat nama Raden. Huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...