Wednesday, April 3, 2013

Hidayah itu milik Allah..

assalammualaikum wbt..

Lama lak rasa tak menulis..idea duk beku dalam kepalotak ni takmo keluar...tajuk entri ni sebenarnya dah dua minggu aku perap dalam draf..tapi tajuk je la..entri je baru lani je aku tulis..hahaha..walaupon nampak tajuk ni dah macam rancangan al kuliyah, tapi korang jangan risau..takde isu berat pon aku nak tulis..bacaan ringan-ringan je macam biasa..

Sebelum tu, ni bukan pasal Nurhidayah binti Sameon ye..Hidayah yang aku maksudkan ni kalau dalam pengertian bahasanya bermaksud mendapat cahaya petunjuk dari Allah swt untuk menuju kearah yang diredhaiNya..ok simple jer..

Soalan yang aku nak kongsikan kat sini..bagaimana untuk mendapatkan hidayah Allah swt?.apa yang aku nak kongsikan ni bukan la aku pandai-pandai..aku bukan ustak, tapi dari apa yang aku dapat dalam usrah mingguan, kalau yang aku rasa menarik dan senang untuk aku convertkan format dari yang aku dengar kepada bacaan untuk korang, insya'allah aku tulis...

Pertama sekali aku nak kongsikan hidayah Allah ni ecelli bukan untuk orang islam atau umat Nabi Muhammad saw je....hidayah ni boleh datang pada sapa-sapa sahaja yang Allah kehendaki..biarlah orang tu tinggal kat kutub utara ke, hutan amazon dan walaupon dia bukan islam..so bila hidayah tu datang pada dia, baru la perubahan tu berlaku dan insya'allah dia akan datang pada islam...pernah dengar cerita dari bekas-bekas paderi yang masuk islam?.cari kat youtube pon boleh...ha tu contoh dia..hidayah Allah terbuka untuk semua yang mencari kebenaran..


Berbeza dalam diri kebanyakkan orang islam sendiri pulak..contohnya aku la..aku dilahirkan dalam keluarga islam..dari sejak kecik mak ayah aku dah terapkan ajaran islam..mak aku ajar mengaji, ayah aku hantar sekolah agama..dan sampai sekolah menengah, mata pelajaran islam dan tassawuf yang aku ambil setakat gred B dan kadang-kadang A tu biasa dalam exam..tentang solat, puasa, halal haram insya'allah aku tahu..so aku bukan la jahil sangat..

Tapi..tahukah korang, apa yang aku tahu, aku tak amalkan dalam hidup aku..aku bleh jawab exam, aku boleh bercakap, tapi aku tak amalkan..nak cakap aku seorang yang berpura-pura baik, aku bukan camtu..memang orang kenal aku dengan perangai yang macam setan..aku tau solat, puasa tu wajib tapi aku terang-terang tak buat...aku tau perhubungan bebas, arak, dadah tu haram,tapi itu la yang aku suka dulu..aku tau balasan syurga neraka tapi tak pernah takut akan janji Allah swt..

Korang nampak tak masalah aku kat sini...kalau orang cakap seseorang tu buat maksiat, perkara yang dilarang sebab jahil dah satu hal..walaupon tetap salah dia jugak sebab tak belajar..tapi berbeza dari aku..aku belajar, aku tau semua..tapi tu la..hati gelap, takda hidayah dan kesedaran lagi masa tu...bila terpikir dosa-dosa besar yang aku penah buat dulu, terasa mujur lah Allah bagi masa lagi kat aku untuk taubat dan tak tarik nyawa aku masa buat maksiat tu dulu..syukur sangat...



Berbalik pada soalan aku kat atas tu, bagaimana nak mendapatkan hidayah Allah? jawapan dia senang je..kita kene lah cari, doa, mohon dengan Allah dan Allah pasti akan berikan kita hidayah..ustaz cakap hidayah ni berbeza dari rezeki..bahkan lebih mudah Allah nak bagi, cuma kita tak bersungguh nakkan hidayah tu..tak macam rezeki, ada yang  bersungguh-sungguh pon cari rezeki dan kekayaan, tapi takat tu jugak tak kaya kaya, ada yang rilek goyang kaki tapi kaya raya pulak..tu yang dinamakan rezeki dan takda rezeki..semua tu ujian Allah..

Tapi alangkah ruginya kita, nikmat hidayah yang lebih mudah dapat dan pasti Allah bagi bila kita cari, kita tak usaha kearah tu...cuma untung la bagi yang secara tiba-tiba Allah beri dia petunjuk tu..aku tak melalui tu semua..perubahan aku sangat perlahan..cuma sampai satu tahap, hidayah tu datang yang agak memberi kesan ketika aku tak sanggup lagi lihat air mata bini aku jatuh..masa tu aku dapat rasa dah sampai masanya aku berubah dan aku cuma harap doa aku dimakbulkan..alhamdulillah sejak tu sampai sekarang dan sampai bila-bila, harap hidayah yang Allah bagi tak ditarik semula..


Soalnya, boleh ke Hidayah tu ditarik semula dan menyebabkan seseorang tu kembali ke sikap dia yang lama?ofcoz la boleh..ada je contoh kawan aku yang penah aku tengok sendiri depan mata..perubahan dia lagi drastik..bila mak dia meninggal, terus dia berubah 100%..tapi sayangnya tak lama dan menjadikan dia lagi teruk tak lama lepas tu....tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa macam seronok gak la bila tengok kawan-kawan sejahaman dengan aku dulu, ada yang dah tak pernah tinggal solat waktu berjemaah kat masjid..ada yang dah berubah lepas dapat anak dan macam-macam lagi..alhamdulillah..dulu sama-sama nakal, kini sama-sama jugak dah berubah tanpa sedar...

So kesimpulannya..sama-sama lah kita berusaha untuk ubah diri selagi diberi peluang hidup ni dan jangan tangguh untuk bertaubat...


p/s : belajar dari kesilapan..apapon, aku tetap aku..ini lah aku..hahaha...


46 comments:

  1. Replies
    1. betul..aku pun sama macam ko jugak kot..even aku belajar, aku tau apa yg wajib, apa yg haram..aku tau pasal dosa dgn pahala..aku tulis benda2 yg bajet macam bagus jer pesan itu ini secara tak langsung..tapi sebenarnya aku bukan ler baik bebenor pun..

      mungkin takde la sampai tahap arak dgn dadah, tapi ada la jugak benda2 yg aku buat atau tak buat tu terang2 hukumnya berdosa..in fact skrg ni pun solat tak betul2 terjaga..selalu jer tertinggal..subuh la biasanya, kadang2 terbangun, kadang2 tak bangun..apa nak jadi pun xtau la..

      but then, aku cuba la jugak perbaiki mana yg boleh, selagi mampu..nampak? taip macam gud2 jer kan? hahaha..tapi siyes ni, aku cuba buang benda2 yg buruk supaya hidayah Allah tu sampai kat aku, insyaAllah..

      p/s: "ha tu contoh dia" tu bukan pasal Ha 4feet8 kan?

      Delete
    2. niat nak berubah tu kene kuat H..nak banding ko dengan aku, ko baik la senang citer..tapi sampai satu tahap,aku rasa tu la hidayah yang orang cakap..yang penting sekali, solat tu la yang aku jage dulu...tak dapat berjemaah,janji jgn tinggal..

      bila dah ada kesedaran tu, insya'allah la kita takkan rasa buat ibadat ni benda leceh..kita akan seronok..haa tu contohnye..yang pasti bukan hanani..hahaha

      Delete
    3. "ha tu contoh dia" tu aku saje jer main2..harap2 Ha tak sentap la dgn aku..hahaha

      berbalik pada entry..kesimpulannya hidayah tu kena cari..byk kali jugak aku dengar contoh alasan "tunggu la, tak dapat hidayah lagi", "nanti dah dapat hidayah aku berubah la"..as if macam mengharapkan hidayah tu datang dgn sendiri..

      p/s: kalau nak bandingkan dulu2, mungkin aku lagi baik la..hahaha..tapi kalau skrg, aku tak pasti..:D

      Delete
  2. hoih.. pjgnya.kalau bab ini, aku lebih prefer mendengar dr membaca. buka kelas satu, bandel. hehe..td br tgk 30minit bersama ustaz Don. Aku taksabar nak start kelas tajwid dia..
    oh. aku ada dgr kuliah ni, dia ckp, hidayah kalau Allah nak turun pd org tu, dan org tu berada dlm saf solat berjemaah ketikka itu,insyaAllah yg lain sedang berjemaah sama tu akan dpt tempiasnya. wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang2 ni aku rasa puas sikit menulis ha..biar mengantok orang baca..ekekeke...nak dgr ade je yang aku record masa usrah tu, tpi sbb ni blog aku dan bukan kelas usrah lagi..so terpaksa la aku kongsikan entri je..hahaha...

      aku rasa tak mustahil allah bleh turunkan hidayah dan ade tempiasnya..mungkin aku ni pon jenis kene tempias la kot..sebab tu lambat sikit ade kesedaran...tu mungkin jugak bermaksud kita pilih bergaul dengan orang alim, kita bleh menuju alim, bergaul dengan penyangak silap2 jadi penyangak jugak...wallahualam..

      Delete
    2. bandel. aku baca tau entry kau ni sampai habis. xde skip2 masa komen kt atas ni..

      Delete
    3. orite ha..thanks la ko tak tertido masa baca tu..hahahaa

      Delete
  3. entri ni buat aku sedar la...

    hidayah tu kan, lebih susah nak pertahankan.

    dulu aku baik, sekarang aku jahat.

    bila nak kembali ke pangkal jalan tu memang susah aku cakap ngan kau bundle.

    once dah dapat hidayah, minta ia dikekalkan sampai mati...

    ni ape yang aku rasa la. nak bagi pendapat lebih-lebih ta pandai...

    hihu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la punzel..nak kekalkan tu yang susah..kene istiqamah la..apa apa pon camtu gak, istiqamah dan konsisten...pesal ko leh cakap dulu ko baik skg jahat plak..ko kene kejutan budaya ke apa ni..ekekeke..dah macam meleis baru up lak..ekekeke...

      Delete
    2. kejutan budaya tu mcm boleh pakai...

      budaya belajar dengan budaya bekerja...

      masa aku belajar aku kenal dengan orang baik-baik. bila dah kerja aku campur gaul dengan macam-macam orang.

      gengster ade, kaki kuda dan bla bla bla...

      yang lansung tak mengingatkan aku pada Dia.

      track record aku dah calar. dan untuk mendapatkan rentak yang konsisten semula (dalam ibadat) memang susah sangat-sangat.

      hahahaha.... takde baru nak up. aku da tua da bundle :P

      Delete
  4. Hidayah...benda yang tak nampak di mata kasar, tapi impak nya amat besar.
    Aku sendiri, haishhh... Apa yang aku boleh cakap, selagha2 aku ni, Alhamulillah aku masih ada kepercayaan dan struggling untuk kekal ke jalan yg aku kembali ni. ha tegaskan di sini, kembali. Kalau aku kata aku bangga dengan pencapaian diri aku, orang nnt ingat aku riak pulak, tak pun... eleeeeh macam tu pun dah bangga? hahaha takfer, aku dan orang terdekat tahu dan support itu yang penting :D:D (masalah jugak ada ilmu tapi tak amal ni kan).
    Tapi kan, sejak aku bergaul dengan gang bloggers sini (even ada jugak aku sentap bila niat aku untuk ubah something smallish dianjing-anjingkan). tapi tetap aku bersemangat untuk baiki diri. Maklumla.. apa aku buat in real life, takder saper yg kisah, takder saper yg tegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hidayah tak nampak kat mata kasar tapi kesannya besar untuk perubahan seseorang tu..ilmu kalau ade tapi tak amalkan takde gunanya jugak..nak2 pulak bab beribadat ni..lagipon bila dah bekeluarga ni tanggungjawab dah besar ye dak..so paham2 je la..aku takkan anak aku nanti jadi macam aku..hehe

      sama sama la kita terus baiki diri dan ingat mengingati..

      Delete
    2. *taknak

      sekian tugas aku sebagai inspektor bahasa untuk menjelaskan maksud sebenar ayat bundle..kehkeh

      Delete
    3. Adoiyai..kantoi typo.ana mohon jgn saman tuan inspektor..haha

      Delete
  5. panjangnyaaa.... ngntk -__- nanti abis prgram saya datang komen balik ehh abg bundle.. keh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko komen ni dah pukul 2.46..ade program mende lagi emma..hahaha

      Delete
  6. tak tdo pun,, sob3,, orang rasa orang mcm makin teruk je dari dulu,, sob3,, badan pun makin besar,, nampak la perubahan ke arah ke tak baikan tu,, sob3,, ok,, mood diet makanan and dosa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bgus ade perasaan yang kita teruk ni muja..tpi kene la sentiasa jugak buat perubahan kearah lebih baik..apapon tahniah la sebb makin besar..kehkehkeh

      Delete
  7. Agak tersentuh aku baca part kau dah tak sanggup tgk air mata bini jatuh lagi. Alhamdulillah Pakcik akhirnya hati kau dibuka utk terima hidayah & dilembutkan bila tgk air mata Wani. Aku tersentuh sbb aku pun seorang isteri. So sweet, Pakcikk. Kehkeh! :P

    If tanya pengalaman aku lak, sama gak kesnya part tak mengamalkan ilmu2 agama yg aku penah blaja masa skolah dulu. Iman tak kuat kut, goyah. Sng tergoda ngan nafsu dunia. Tp semaken menginjak usia alhamdulillah siket demi siket aku berubah ke arah yg lebih baek. Cuma tu lah. Iman tu maseh kuat tak kuat. Kdg2 still rasa rapuh je. Aku rasa mmg patut amalkan doa ditetapkan hati dlm hidayah tu. Bkn sekadar asyik mintak hidayah tp ketetapan hati tu yg penting.

    Perubahan ke arah yg lebih baek tu mmg ada. Tp sometymes aku dpt rasa, certain bnd aku berubah ke arah lebih baek. Tp dlm masa sama ada benda maken lama maken berkurang. Kiranya perubahan tu slow sgt & kdg aku takut gak andaikata tak sempat bertaubat betul2. Org kata taubat ni jgn ditangguh2. Insyaallah Pakcik. Sama2 kita berubah & bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jangan ber so sweet2 sangat la makck..hahaha..yang dah terjadi kat aku dan yang masih biasa berlaku selalunya cam aku cakap tu la..bukan jahil tapi lalai..janji ade niat nak berubah tu ok la..

      lagi satu, bgs kalau kita rasa diri kita teruk sebab kita tau mana yang kita bleh perbaiki..orang yang rasa dia baik tu aku rsa dia lagi ade masalah besar..

      Delete
  8. harap juga hidayah ALlah...
    mahu jd yg lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sentiasa buka hati orang yang nakkan petunjuk tu el..toksah risau...

      Delete
  9. sampai ke komen semua aku baca. tak ngntuk pula. Nak komen apa pun aku tak thu la. Akhir kata sama-sama la kita berubah ke arah kebaikan. Doa moga Allah sentiasa memberi hidayah pada kita semua. Perubahan tu tak perlu drastik. pelahan-lahan kita kayuh kay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..rajin ko..yup..semoga Allah sentiasa beri kita hidayah dan dapat kekalkan..perubahan yang drastik tu kadang2 tak lama..tu yang biase aku nampak..tapi kalau dapat kekalkan alhamdulillah..janji kita dapat berhijrah kan..

      Delete
    2. yup betul tu. "hijrah itu kan perjuangan"

      Delete
  10. sori pakcik., aku baru berpeluang fokus baca entry ni walaupn haritu dah nmpk ko pos kt fb huehue. Amek berkat hari jumaat ni menginsafkan diri. Bagi aku hidayah pling susah nk dikekalkan..kne kuatkn hati in sha allah akan bertahan. Kalau mcm aku mudah terpengaruh dengan godaan. kdang2 tu terdetik hati untuk berubah kepada yg lebih baik, hati je yg kata nk buat tp x buat2..Aku rasa dulu aku lg baik berbanding sekarang..mungkin lebih dekat dengan Dia-tenang. Rindu dengan rasa tenang tu tp tulah. Apa pn yg berlaku dlm khidupan kita semuanya bergantung dgn pilihan kita sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang namenya lalai chuu..sapa pon ade alami camtu..so bagi aku kalau nak elakkan kita terjebak dari bende yang melalaikan tu kene elakkan la faktor yang kearah bleh melalaikan kita andai tak kuat iman mcam aku ni..tinggalkan je..

      Delete
    2. dunia skarang ni byk sgt godaannya. klu tgk budak2 sekarang pun aku takut.mcm2 benda x elok ada sekarang ni. aku selalu terfikir mcm manalah ank aku nanti.padahal aku kawen pun belum. bpandangan jauh aku nih.,kehkeh -_-

      Delete
  11. Alhamdulilan kita di lahirkan sebagai seorang Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bro..tpi jgn la jadi cam aku yang dulu2..islam pada keturunan je..

      Delete
  12. insapp... -____-
    sama-sama lah kita berubah ke arah kebaikan.. marilah sama2 kita kekalkan hidayah yang ALLAH beri. ALLAHU AKBAR!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..hahahaa..ko dandan nak insap kan mell..hahaha..

      Delete
  13. aku baru tau kau ada bini. hehe. okey itu bukan pointnya. pertama sekali , aku bersyukur sebab aku pun antara manusia yang pernah lalai dengan keindahan dunia. aku tau halal haram tapi disebabkan hati gelap sangat , aku tetap tak ambil peduli. sekarang aku mohon dan doa dekat Allah supaya aku tetap istiqomah dgn diri dan perubahan aku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..ko tertinggal bas jauh ni..serius ke ko baru tau aku dah kawen..bukan ko dah lama ke baca blog aku..pe daa..bini aku pon ade blog ko tau..hahaha..

      biasa la tu setiap manusia tak terlepas dari dosa dan lalai..yang penting kita kene la berubah dan istiqfar kan..

      Delete
  14. orang sekeliling cuma nampak perubahan aku. sayangnya , dorang tak dapat rasa apa yang aku rasa selepas berhijrah ni. ikutkan hati , nak aje aku masukkan dorang dalam hati aku ni supaya dorang dapat rasa apa aku rasa.

    if you never failed , you never learn!

    aku pernah gagal dalam urusan hidup dan agama. tapi aku belajar dari kegagalan tu. sekarang aku rasa macam nak jadi pakar motivasi pun ada. hahaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon rasa cam ko gak..kalau leh nak jugak bawak sekali geng2 yang belum nak berubah tu..tpi aku tau sia-sia sebb aku pon cam diorang dulu..cakap, la apa pon..azan la kat telinga pon hati kalau belum nak berubah tu memang tak jd apa..

      skg ni aku cuma nak perbaiki diri je dulu..blum masanya aku nak berdakwah ajak orang berubah..cukup la kalau untuk keluarga anak bini aku dulu...

      Delete
  15. ni semua terpulang pada cekalnya hati jugak..selagi kita cekal utk berubah, nescaya Allah akan sentiasa membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, asalkan kuat niat untuk berubah, insya'allah allah beri hidayah..

      Delete
  16. serius macam baca usrah entry ko kali nie.apa pun nice entry.mana tau memberi kesedaran pada yg membaca.membuka ruang hidayah dlm diri.eceh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa..terilmiah sikit kutu..bagus la kalau orang yng yang bacapon dapat kesedaran gak..kalau leh jangan jadi macam aku dulu2..

      Delete
  17. alhamdulillah.. jom kite jadi baek!!.hihi
    moga kt semua sm2 berubah kearah yg lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..jom la kita berhijrah kearah yang lebih baik...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...