Saturday, December 22, 2012

Sentap Blogger : Bloglist

assalammualaikum wbt..

Dah lama rasanya aku tak pernah tulis berkenaan blogging ni..So dalam entri ni aku terasa nak tulis berkenaan bloglist..sapa yang takda bloglist macam Encik H sila abaikan entri ni..hahaha..

Pertama sekali bagi aku bloglist ni memudahkan untuk aku blogwalking kat blog-blog yang aku suka atau blog kawan-kawan..tak semestinya jugak blog yang tersenarai dalam bloglist aku ni blog aku follow secara rasmi terutama yang bahagian tepi tu..kebanyakkan blog-blog yang dalam bloglist tu hanya sekadar blog untuk aku cuci-cuci mata dan bahan bacaan aku setiap hari dan kat sini biasanya aku hanya silent reader..

Encik H cakap dia seorang yang malas..tapi dalam berbelog ni aku rasa dia sangat rajin..buktinya dia takda bloglist..yela, bila nak blogwalking dia kena masuk dashboard dulu....rasanya aku lagi malas sebab aku tak penah bukak dashboard kalau nak blogwalking..mana yang ada kat bloglist tu je la aku utamakan dulu..so kalau aku terlepas letak blog korang yang rajin blogwalking kat sini, mohon request kat komen agar aku letak dalam bloglist...

 
Okay masuk point utama..sejak sekian lama aku blogging ni, aku nampak memang ramai yang pasang bloglist kat blog masing-masing..tapi ada satu yang buat aku rasa kurang fair bagi pembaca setia korang andai blog dia tak tersenarai dalam blog korang..hal ni bukan soal sekadar blog exchange tapi lebih kepada di anak tirikan..

Kenapa aku cakap camtu?..sebabnya ada segelintir blogger yang aku tak tau apa masalah dia sangat mengagung-agungkan blogger-blogger otai sebagai idola..persoalannya, adakah blogger-blogger otai ni rajin support korang? berapa kali sebulan diorang singgah blog korang? adakah setiap entri yang korang tulis, akan dikomen oleh blogger-bloger otai tersebut? kalau ada korang sangat lah bertuah..hahaha..

Mungkin ada yang beralasan sama macam aku gak..blog otai-otai ni sekadar tempat korang buat rujukan dan sekadar cuci mata..tapi kenapa hanya blog otai-otai tu je yang menghiasi bloglist korang..asal aku masuk je mana mana blog, mesti ada blogger taf tu sebagai contoh dalam bloglist..apa yang korang nak jadikan contoh pon aku tak tau..kehkehkeh..nak harap dia singgah blog korang pon jangan harap la..dia sibuk kan jadi babysitter..kehkehkeh...


Bagi aku hal ni lebih kurang macam sistem kapitalis la..orang yang kaya jadi makin kaya..orang yang miskin mcam aku ni jadi la makin miskin..tak paham? yela..orang yang dah popular camtu tetap lagi sentiasa dipromote..setiap bloglist ada terpampang, dalam entri review pon blog otai ni jugak yang biasa di reviewkan..kahakahkah..sori la sapa terasa..ni pendapat aku je..mungkin korang nak tumpang populariti kan..mana la tau boleh menaikan page rank blog korang tu..kahkahkah...

Tentang yang aku cakap di anak tirikan tu pulak ofcos la sebab korang lebih utamakan otai-otai ni dari rakan-rakan blogging yang selalu support korang tu..pembaca-pembaca setia blog korang langsung takda dalam bloglist apatah lagi nak direview dalam entri-entri korang..kesian..orang yang support penulisan korang dan selalu komen ni  yang selalu diabaikan..huh..tak patut betul...

Aku tak cakap apa yang korang buat tu salah, tapi kan lagi molek kalau disamping blog idola korang tu dipromote, blog kawan kawan ni jangan la dilupakan..nanti kawan-kawan tu merajuk malas baca lagi blog korang, tu yang lebih rugi ok..ingat senang ke nak dapatkan pembaca..hahaha..kalau dah jadi camtu pegi la mengadu kat otai-otai yang korang sanjung tu..ape pon tak boleh..kahkahkah...


p/s : lagi aku tak paham siap ada segmen untuk blog terpilih yang layak masuk bloglist..kahkahkah..


118 comments:

  1. ooo,, ni kes tak puas hati pasal hari tu la ni ek,, alaaa,, muja salu datang kot sini,, aduss,, blog ni ada dah berzaman kat bloglist tau,, tak de nya dianak tirikan,, di anak betulkan sentiasa,, kan sentiasa muja datang sini,, yang part babysitter tu macam kenal je,, tempat tumpang letak link blog je kalau comment kat blog2 hebat tu,, kumengaku di situ,,hehe,, peace no war k :D

    ps- ada my latest entry la dekat yang diprint screen tu,, perghh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahhaa....serius bukan psal yang tu la muja..aku memang kira sapa yang buat review blog otai-otai mesti aku komen camtu..hahahah..saje nak buat orang jadi serba salah je muja..kahkahkah..benda ni dah lama pn sebenarnya aku nak tulis..ko jgn la amik hati..hahahahhaa...

      aku tau ko mmg pembaca yang setia kat sini..terima kasih banyak..

      Delete
    2. Mcm biasa aku terlambar komen. Eh, sama le kita. Tujuan letak bloglist supaya aku tak perlu masuk dashboard. Pernah gak aku rasa nak buat announcement nak suh derang request letak blog derang dalam bloglist aku, tapi aku segan.

      Bundle, ko anti betul dgn blogger taf yg jadi babysitter tu ek? Hahahaha. Lawak plak aku rasa. Aku pun tak faham apsal blog dia bleh jadi femes sgt. Entry dia biasa2 je. Mcm entry2 merapu kita jugak.

      Delete
    3. aku BANkami nak masuk bloglist skali la...bagi aku, bloglist just nk tau info kt blog yang suka kita baca...utk baca blog yg aku follow,aku pakai feedly jer...lagi senang...semua bleh subscribe...

      Delete
    4. ok bro..done..blog ko pon cam menarik gak untuk gua baca...

      Delete
  2. Aku paham yang kes kapitalisma tu.
    nasib aku tak terasa.

    aku pun dah malas nak blogwalking di dashboard.
    bukan malas, tapi tak pernah jumpa pulak blog yang aku follow kat dashboard sejak tukar interface baru ni.

    untuk bloglist, aku utamakan yang pernah komen blog aku dan banyak source dari traffic tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak larat sebenarnya bro nak masuk dashboard..beribu dah list ade kat situ..hahaha.lagipon tah sape je aku main follow..so aku utamakan pembaca blog aku je la ye dak..buat bloglist sendiri lagi mudah bw..

      btw blog ko akn tersenarai dalam bloglist aku mulai harini..patutnye dah lama aku masukkan..cuma jarang update kat situ..haha..sori bro..

      Delete
    2. Kemas blog ni . Pertama kali datang :)
      Memang kalau kat dashboard banyak betul , jadi yang komen je smepat kita pergi selalunya :)

      Eh,assalamualaikum :)

      Delete
    3. err..kemas ke?..hahaha..serabut je lagi ni..

      Delete
  3. weh wa memang tengah bikin bloglist la..cuma belum siap jer..sebagai bukti, capital-list.blogspot.com adalah bloglist wa..tapi belum open lagi..hahaha

    terus terang cakap, aku sebenarnya selalu tumpang2 bloglist org lain..sbgai contoh bloglist ko, bloglist everything's everythings and sapa2 lagi entah..tapi bila fikir2 balik, sampai bila aku nak hidup menumpang ye tak? so kena la buat bloglist sendiri jugak..

    tapi kan, entah macam mana aku boleh terpancing dengan konsep org zaman skg ni yg asingkan bloglist drpd main blog..grrrr

    p/s: aku suka part 'babysitter' tu..kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. asingkan bloglist dr main blog tu salah satu cara nk ringankan blog. mcm blog ak yg sarat dgn gambar2, flash2 mmg perlu la mgambil langkah tersebut. klu tak, semput org nk tunggu blog ak abes loading..

      Delete
    2. hahahahahaha...ko mmg rajin la H, siap buat bloglist asing tu..cam kopi gak..hahaha..bagus2..cepat la publish..nanti boleh aku pulak tumpang bloglist ko..hahahhaa..

      p/s : ko kenal ke babysitter tu?hahahahhahaa...

      Delete
    3. bunyik cam kapitalis jugak bloglist ko H..hahaha

      aku pon macam berminat jugak jenis bloglist asing tu..ringan sikit blog..tapi malas la plak nak listkan balik..banyak lak nanti keje aku nak buat..haha

      Delete
    4. apesal yg aku terbayang H tu orang cina pulak? erk...

      aku kenal! aku kenal sape babysitter tu..kehkehkeh.. pura2 semangat.. tapi baby dia comel lah... hukhuk

      Delete
    5. Haa tu la..bunyi macam kapitalis..1 lagi skg ni, aku mcm terpancing nak tukar domain sendiri..

      Delete
    6. woaa..tuka sementara awal lagi ni takpe la..aku mlas..nanti habis orang tak dapat newsfeed kalau aku update blog...haha

      Delete
  4. sebelum tu nak tanya, ni entri kutuk Encik H ke? Jangan kutuk Encik H oiii, dia baik (-.-") . hahahahaa

    ok, back to topic. sangat setuju sebenarnya dgn apa y ym bundle cakap. eh. apesal skema semacam ayat ni -.- lebih-lebih lagi yang jenis suka agung-agungkan bloggers yang ala-ala stylista, pastu buat entri utk mengampu2. amboii kemain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi ko farah..belum apa2 dah backup H..ni yang aku jeles ni...hahahha.. aku tak kutuk pon laa...tu kan kira review jugak kan..hahaha..support kawan-kawan la tu kan..tak semestinya puji, tak semestinya kutuk..hahhaa.

      p/s ade jugak ek entri type mengampu ni.tak penah dengar plak aku..hahaha..

      Delete
    2. kembang semangkuk Encik H kalau baca nih. Ah peduli. Cik Farah merajuk patbelas hari dengan H. biaq pi dia. Mood : tacink.

      p/s: ada je entri mengampu. berlambak2. cik farah pernah buat segmen "blogger peberet".. amboiii, baca entri sorang2 peserta kemain lagiii. nampak sangat la macam mengampu-ampu. yang ikhlas, ikhlas la. tapi kita boleh cam kan ayat mengampu macam mana.

      Delete
    3. tajuk segmen tu mmg segmen mengampu ke farah..kahkahkah..

      Delete
    4. oiii~ nak kena gulai ke apa nih. ke nak kena singgang -.-
      hahhaa. takde ah. nak cari blogger peberet tak semestinya kena pilih yang pemes emes, y stailista bagai tu kan? tak semestinya y macho, maskulin bagai tu.

      Delete
    5. btw, rasanya kenal dengan 'babysitter' tu. dia follow blog i oke! hahaha.

      Delete
    6. hahahaaha..garang jugak ko ni kan..naya la sapa jadi bf ko..kahkahkah...

      tu la, asal blogger feveret je mesti blogger pemes,macho, taf..tpi tak leh buat apa la kan..dah depa tu bagus buat entri..nak harap sorang blogger ni,ymbundle kot name dia kalau tak salah la...mmg takkan jadi feveret sapa2 la sampai kesudah..kahkahkah..mujur dia tu kiut sikit..ada la jugak peminat..kahkahkah...

      Delete
    7. sungguh, rasa macam nak ketuk kepala kat dinding bila baca statement ym bundle nih (*___*)v

      tiba-tiba rasa macam perlukan pertolongan dari H. mohon H datang selamatkan dengan kadar segera.

      Delete
    8. wakakakakakaka...mne aci mintak tolong backup..hahahaha..aku tau la aku takleh celen romeo malaya tu..hahaha..tak kisah la..janji yang pasti ko mmg garang farah..kehkehkeh..

      Delete
    9. yelaa. apa barang mintak backup dengan laki orang. baik mintak backup dari mat romeo tu terus. kahkahkah. weiii~ garang takpe, janji hati tisu -.-


      *mati aku kena ban dengan YM Bundle lepas ni*

      Delete
    10. kahkahkah..apa kes garang tapi hati tisu..hahaha..klaka la ko ni farah..hahaha..
      toksah risau la..aku tak sanggup nak ban orang yang boleh bagi aku gelak2 ni..kehkehkeh..

      Delete
    11. ada laaa~ garang tapi hati tisu. mohon percaya *aku letewww* . ooo.. gelak kat aku eh? menci la macam ni. menci menci. yekkkkk!!!

      Delete
    12. part Encik H baik tu, aku setuju..hahahaha

      Delete
  5. kahkahkah ak tergelak bila ak baca keyword2 penting tu, 'blogger taf', babysitter', 'kapitalis'...sarcastik sungguh. tp ak pon tak phm juga pmikiran mereka2 yg mengagung2kan blogger otai. taktau la smada sumber rujukan, tumpang populariti, idola atau etc...tp gaya ko ni mcm EMO semacam jer. LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan, aku tak mention nama pon ko dah tau sapa..kahkahkah..nampak dah bukti kepopularan dia..tapi still ramai jugak yang rajin promote orang pemes2 ni..pelik aku..hahaha..untung lah..

      gaya emo ke?kehkehkeh..orang yang ter-emo ngan aku ade la kopi..haha..

      Delete
    2. hahahaha..aku pon macam kopi pasta jugak..nampak je keyword tu terus boleh detect dah sape..:P

      Delete
  6. jawapan utk persoalan ni, tumpang popular kot.

    *google blog samsung, tersinggah blog sampah. bagus betul la google ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..camne boleh lari plak dari samsung pegi sampah ni..hahaha..

      Delete
  7. mm..tula. nk kena cek semula bloglist aku walaupun xda pun linkkan blogger2 popular. nk kena masukkan link pembaca tegar kt bloglist..tp,susah jg nk track klu pembaca xlogin.
    pasal review2 blogger popular tu,aku rs dia nk upkan rank blog dia,so that org yg google nama blogger popular tu,blog dia tersenarai skali n org akan buka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah pon 4feet kalau ko letak blogger2 pemes tu kalau ko suka baca..tp lagi frenly la kan kalau blog pembaca setia kita tu pon tak dilupakan..senang lah kita nak bw blog dia ye dak..haha

      kalau pagerank dia 2-3 boleh la kot senang sikit nak tersenai..kalau 1 je cam aku ni lupakan la..haha..

      Delete
  8. bila baca entry ni, mula terpikir kebenarannya.. ada benar jugak apa yang bro cakap.. ni yang terpikir nak remove senarai bloglist suma tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tak benar terpulang masing-masing la bro...haha

      Delete
  9. aku paling la pemalas nak update bloglist aku tu ha..sebab aku selalu bukak dashboard je untuk baca blog yg aku folo..dan aku sangat la jarang blogwalking blog2 yg aku tak folo..hahaha..kalau rajin pun, aku google satu-satu topik pehtu aku pergi la jenguk blog tu..kui3..

    seumur hidup berblog ni, aku tak pernah buat entri puji2 blogger lain..baik la aku puji diri sendiri kat blog aku..huahuahua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon malas gak..sebab aku rasa dah banyak sangat.err.kang tak terlayan jugak semua kan..hahaha..tp yang untuk bahan bacaan cuci mata tu aku suka la update..takut lupa url blog tu..nanti susah nak cari balik..haha

      #mohon jgn puji diri sendiri sangat..hahahaha..

      Delete
  10. Replies
    1. kebetulan aku print screen bro baru update je tu..hahaha

      Delete
  11. blog sampah ada ok dlm bloglist chic na. hahah.. bloglist tu mmg blog2 yg chic na suka baca. senang nk singgah kalo ada bloglist.

    *tolong tukar nama bloglist MAK JEMAH tu, tak kelas la*. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan chic na..Ce kau letak angelina jolie ke apa. Kahkahkah...

      Delete
    2. haha.. part ni aku setuju weh,, mak jemah??? tak kelas langsung weh,, aku lagi suka megan fox.. hehe

      Delete
    3. ko pon ade dalam bloglist aku chicna dan aku singgah je selalu.cuma nak komen je kat entri ko aku tak reti nak komen ape..hahaha..

      #nanti la aku pikirkan nama lain..tapi apa yang korang semua cadangkan kat atas ni awal2 aku dah reject..kehkehkeh..

      Delete
    4. charlies angel la macam kiut sikit. haha..

      Delete
  12. ehh.. nama aku ada la.. minggu ni dah bape kali ko dtg belog aku? ckp?????!

    aku mls sbnrnya nak tambah bloglist ni.. aku pun sama la mcm H.. menumpang bloglist org.. tak pun bukak dashboard. tpi besenya aku just tekan je initial letter link blog2 yg slalu aku komen.. terus keluar... takyah susah2 nak bukak dashboard.. tapi kadang2 rasa menyusahkan la pulak.. kekekeke.

    aku malas :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe payeh, aku paham..Kau nak kena study lagi..SPM kan tak lama lagi..Kehkehkeh...

      Delete
    2. Comel?
      Kann? Aku tau..Terima kasih..Hahahaha...

      Delete
    3. blog ko la paling aku malas sekali masuk payeh..kahkahkahkah..tapi tak tau la kenapa aku masuk gak..grrr..

      #remove ko dari bloglist..hahahaha

      Delete
    4. grrr! kenyataan yang menghiris jiwa aku yg lembut ni... ouhh.. malas ye.. kalau setahun aku tinggal blog, agaknya ko terus dah tak kenal aku lepas tu kan.. hukhuk...

      adudududu... kau nak remove aku? erk.. speechless

      Delete
    5. hahahaha..sejak bila hati ko jadi lembut ni..tolong pulangkan balik payeh yang ori..aku taknak layan payeh penyamar ni..plesss..kehkehkeh..

      Delete
  13. masing2 bajet retis bila buat segmen semata2 untuk letak dalam bloglist.ahaks!
    lepas tu yang paksa follow tu pon sama..haishhh!
    =D

    #follow sini;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab buat segmen semata-mata nk cari bloglist tu memg aku rasa wtf la..bajet retis gila kot konon penting sangat bloglist dia tu..kahkahkah..puii lah..

      Delete
  14. Betul-betul. Kita kene sokong kawan-kawan yang sokong kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tapi takleh buat pe la der..blogger otai ibarat retis..lebih jadi pujaan..tapi aku rasa la, ni lebih kepada blogger2 baru la kalau dari pemerhatian aku..

      Delete
  15. Aku betul2 tak puas hati kenapa aku tak ada dalam bloglist kau padahal kau ada dalam bloglist aku. Kenapa? Takkan sebab aku tak join segment bloglist kau hari tu? Kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waklu takde..hahaha..ko dengan payeh mmg tunggu masa je aku remove..kahkahkah..

      Delete
    2. hahahaha..aku tunggu jer ko reply komen sida-sida nih..

      Delete
    3. aik? aku pun kena? ciss... mentang2 aku budak...

      Delete
    4. hahahahahahahaha...saba je la payeh..

      Delete
  16. Xpe sy datang blog awk..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Haha betul tu, aku setuju bangat.. dulu aku pakai domain akumad.com, oleh kerana domain tu takleh nak direnew lagi aku tukar pakai aqumad.com.. dan pembaca blog terus hilang, mana ada orang nk tolong haha.. tapi takpe.. biar jelah .. aku pun syok sendiri je , aku sendiri tulis entri, aku sndiri baca kah kah kah.. nasib baik aku ada kawan blogger cam ymbundle hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ymbundle ni, 1 per 10 je dari entry aku dia comment,, baca tu tak tahu la pulak,,, kih3,, tak pe,, aku tulis aku sendiri baca,, lalalalaa

      Delete
    2. mane sempat tu aku layan mad..tapi insya'allah la walaupon aku tak sempat nak komen2 blog yang dalam bloglist tu..atleast aku sharekan la blog2 kwan2 ni..tu je la setakat termampu..better la dari aku letak blog2 yang takda kaitan dengan aku kan..haha..

      Delete
    3. betol betol .. aku tengok blog bro ni best la , sebab tuan punya blog ini mengamalkan sistem berbalas komen .. cam facebook .. hehe

      Delete
    4. yela mad..setiap komen yang ade sangat aku hargai..balas2 bagi orang rajin lagi singah.hahha

      Delete
  18. aku memang dari dulu tak pernah letak blogger yang dah glemer....

    ReplyDelete
  19. entahlah...pada KY terserah pada keinginan masing2..dan KY juga bloglist penting jugakan...sbb kadang2 dashboard tak keluar heee..tapi KY sokong apa yang Ym tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon tak cakap benda tu salah cuma kurang molek je kalau kawan2 diabaikan..apa pon terpulang la...

      Delete
  20. erkkk...cam terasa la pulak..setuju gak ym.bundle nie cakapkan ada gak betul nie..saye mmg ada guna bloglist tu..tpi masa mula2 buat n dalam tu pon ramai yang knal2..cuma x pernah nak update yg terbaru...so biarkan je la...bila en ym.bundle dah tegur cam nie..nak tidak kne la updte..yea tak..huhu..thnkz menegur..:)

    ReplyDelete
  21. h mmg sgt rajin! keh3.. smua blog yg sy folow ad dlm bloglist sy.. smua ad.. mudah skit nak ronda2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu dia jadi pengkomen terbnyak dalam mana2 blog pon..hahaha..

      ko letak semua dalam bloglist emma?bape ratus ribu dah dalam list ko?..aku sebab dah beribu kot..tak larat la nak follow semua..hahaha..

      Delete
  22. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg malang la ko ni..hahahaha..

      Delete
    2. mamat outbound tu cakap ape bro.. tak faham arr.. kah kah kah..

      Delete
  23. ok Na sentap sbb Nama Na xde... -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry lain kali pulak letak nama ko na..hahahaha..

      Delete
  24. bloglist daku utk yg support diriku jua adanya. Wakaka.... (maleh le nak sentap2 dah dgn blogger mana2 pun sbb ada jugak yg sentap dgn diriku sbb x komen kat blog dia...heheh..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak..tp biase la kita ni penuh dengan kekurangan kan..kita sentap dengan orang, orang pon sentap ngan kita..mane leh perbaiki kita perbaiki..cewahh..hahaha..

      Delete
    2. akak rasa mcm x sempat nak komen2. Salute sungguh dgn ko ni bundle. Rajin jugak le layan komen2 compare dgn akak. Bloglist aritu kena buang terutama blog lepak2 sbb malware. Pehtu malas nak isi balik. tUnggu masa free2 sikit. Akhir2 tahun ni bz bebenor. Nyampah betul.

      Delete
    3. bukan apa kak..kengkadang tu aku pon tak sempat sangat nak blogwalking..sekurang2nya ni la cara aku nak beramas mesra dengan pembaca..dah la nak bw malas, komen pulak takkan aku nak biarkan je tak berbalas..kesian pembaca2 aku ni kak..haha..

      akhir tahun plak yang bznye..buat persiapan anak nak masuk sekolah ke kak?..perabih la dulu cuti tahunan tu sblum new year ni..haha

      Delete
  25. leeza mmg bw melalui bloglist. atleast boleh tgk entri terbaharu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la aku sebab ade dalam senarai ko kan leeza..haha..

      Delete
  26. ekekeke.. aq letak bloglist tu spya aq senang nak terjah blog mna yg aq suka baca.. mcm blog ko la... jgn kembang hidung k...

    aq xletak pun blog otai2... aq letak yg aq suka baca..sulu ade letak jgk... aq baca komen tp yg otai2 tu xbuat mcm tu pun kat aq.. so aq removekn n aq letak blog yg kira blog otai jgk,, skali lg yg mcm ko punya blog. hahahaha

    apaun aq xkisah la yg otai2 tu nak support aq ke x.. .. tp bg aq korang yg mcm ko ni pun cukup memberangsangkan n blh memberi idea tuk aq yg baru merangkak sperti siput.. hahahah

    btw .. thanks ye pkcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan otai ye..aku taiko je..hahahahaha..

      kebiasaan masa baru nak jadi blogger, mmg selalu letak blog2 otai ni..tapi bila dah lama sikit dia sendiri sedar..tapi kalau tak sedar diri gak tu aku no komen la..kahakahkah..

      woaa..kira aku ni pencetus idea untuk ko la ek..kehkehkeh..jangan ko pon jadi sengal merapu cam aku gak dah la lina..hahaha..

      Delete
  27. Bundleeeeee NA terharu gilaaaa bundle letak kat status pasal Na T_T !!!
    Na dpt taw pun dari Lyaaaa yg sgt caringgg jugakk!!!
    TQSM bundleeeee!
    Nty Na belanje bundle FOC ticket eh for fireflyz!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aku dah cakap nak letak masa kita chatting tu..yela na..lama ko hilang..ramai rindu ko dah ni..so aku inform la untuk semua2 yang kenal ko..

      #kalau nak belanja,bagi dua ye na..hahahahaha...ok gurau je..

      Delete
    2. mana Na taw ..
      Na egt Bundle memain jerkkk ;D
      hahahaha CARINGG jugakk abgkuhh ni..

      EH mesti laa 2 dgn kak wani skali!!!
      ok..bukan 2 utk perempuan lain lak..so Na nk kena ade full name kak wani ni supaya tak tertipu hahahahaha

      eh tapi bukan dah nak ber3 ke Bundle>?

      Delete
    3. isk..tak payah la susah2 na..terima kasih sangat..apa la sngt yang aku buat tu kan...taknak terhutang budi..hutang duit takpa la..bleh bayar..haha..

      Delete
    4. elehh poyooo gila mamat ni nak berhutang budi bagai..
      klakor laa awk ni
      HAHAHAHAHAH ;P

      org nak bg pun bukan company bapak Na kan??
      klau company bapak Na ye laaa payah sikit
      HAHAHAHAHAHHA

      EH DUET KAN "SYUKUR MASIH ADA"
      ke da abes dlm acc ritu?

      Delete
    5. hahahaha..eh, aku tak kelakar la.sikit pon tak..seorang yang serius..hehehe..

      duit dalam akaun dah bertambah..syukur masih ade..hahaha

      Delete
    6. DAH BERTAMBAH?????
      walaweyyyyyyyyyyyyyyyyyyy masyukkkk dapat bonus kan???
      boleh belanje kita MCD!!!
      hutang bundle nak belanje Na H n Lyaa mcd egt x???
      so bila??

      Delete
  28. tuan punya blog ni dah tido agaknya yer.. hehe

    ReplyDelete
  29. well , sebenarnya banyak pendapat pasal bloglist ni. saya tak pasang banyak sangat bloglist mean saya ada bloglist tapi just untuk satu kategori. kalau buat banyak-banyak kategori , ia akan bagi kesan dekat berat atau juga saiz blog kita mean jadi berat sikit. so , tambah lagi problem blog lambat loading. see , kita mesti nak senangkan visitors yang datang blog kita kan?

    kengkadang saya sentap juga bila ada blog yang saya letak dalam bloglist tapi dia tak letak pun dalam bloglist dia. but then saya fikir balik , tak maulah jadi macam budak-budak sangat. hal kecil je tu. sebab kita tak tau , mungkin dalam diam ada blogger yang secara senyap simpan link blog kita dalam blog kita.

    boleh nampak keadilan dekat situ tak? everything is fair kalau kita think positif. insyaAllah , what you give is what you get. haha! english saya macam ke laut je. btw , happy blogging and no touching. so soryy for this long long comment :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..rilek cik tia..emo je nampak..hahah..betul je apa yang ko ckp tu..tpi yang soal blog berat tu dah isu lain..hehe..

      ke-emosian ko nampak la sebab ko ckap sentap kalau blog yang ade dalam list ko tapi blog ko takde dalam list dia..hehe..betul cakap ko, jgn jadi budak2.pedulikan tu semua..sebab tu aku cakap hal ni bukan sekdar bloglist exchange..abaikan hal tu..

      ni soal diri sendiri..terpulang kat orang nak sokong kita ke tak..tpi pikir apa kita buat untuk penyokong blog kita ni..kalau aku, aku lebih utamakan pembaca la..org yg takda kaitan dengan aku no2...jelas?hehe...

      Delete
  30. Aku tak pernah nak buat bloglist ni. Tapi tak bermakna aku takda list blogger yang rajin singgah blog aku. Aku buat cara lain. Pergh.. Macam la aku sempat singgah semua blog yang datang blog aku. Memang tak sempat sebab aku part time je berblog. Takkan nak biarkan kerja utama terabai sebab blogkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila gak tu kalau nak terjah balik semua yang datang blog kita..hahaha..yang pengkomen2 ni pon tak terlayan..takpe bro..utamakan yang lag penting..

      Delete
  31. btol2..tiap kali bukak blog..nia akn jln2 kat bloglist dulu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata letakkan blog ni kat bloglist ko gak nia..hahahaha..

      Delete
  32. eh eh..bleh plak ade nama aku time print screen tu..publisiti free uolss..hahaha..actually ada betul gak apa ko cakap tu..aku pernah terpikir benda yang sama tapi tak sampai hati plak nak cakap, takut kang ade yang terguris hari..aku pun blogging stakat suka2 jer..hehe..anyway im with u on this one bro.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kebetulan ko baru update time tu lan..haha..dapat la interframe sikit...hahaha..aku selalu je je singgah blog ko..tp sori la pasal kadang2 tak tau nak komen ape..hehe..yg pasti yang dalam list aku aku singgah je..

      Delete
  33. E eh. Aku tibe2 nak ngampu ko. Bund, ko la tempat ke2 dalam blog aku bund...yang aku senaraikan. Kalau ko baru update sesaat yang lalu, ko la tempat pertama kat list aku bund. Kehkehkeh. Aku ni pendiam. Jadi kalau tak komen tu, maknanya aku tengah malu n kelu tak tau nak cakap ape... sekarang ni pun aku tengah malu2 ni.

    Aku list apa yang aku suke. Yang sit dengan beby tu, tak pernah aku ambik port pun. Penyaport tegar adalah berharga dari tempelan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...kembang sejamban kene kipas dengan ko zie..kehkehkeh...aku pon list jugak blog yg aku suka walaupon dia tak kenal pon blog aku ni..tak mintak backlink pon..apapon yang penting kawan2 kene senaraikan jugak la walaupon aku tak singgah..kahkahkah..

      blog ko mmg wajib 1st aku singgah la zie..kipas ko balik..haha..tapi H dah pandai potong Q lak skg..hahahha..

      Delete
  34. nasib baik bloslist aku takde senarai blogger otai lgsung..tak kuasa aku nak terjah depa.dh popular kan?aku kawan dengan org2 yg tak berapa popular ja.muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku nak kawan ngan otai kutu..tapi otai tak layan aku..sabo je la..hahahaha..tu pasal aku layan pembaca2 biase je..lagi syok..hehe

      Delete
  35. kahkahkah.. dorg nak jd anak ikan r.. :P bosan kot blog otai2 ni.. cerita pendek gila, tp input mcm.. pastu, belagak r.. xtau knp blogger nie ingat dorg famous. org yg bukan blogger, mmg xkenal blogger pun.. pelik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..kemain ko kutuk otai2 ni..nasib tak mention nama..kehkehkeh

      Delete
  36. emm aku gak tak faham sangat sistem bloglist ni. semua ni nak mengejar follower la kan.

    bagi aku yang pernah gak test market letak blog femes dalam bloglist tak ke mane.

    yang best, ko berinteraksi dengan blogger-blogger. jadi member kamceng dalam entri, letak dalam bloglist.

    yes. itu baru kepuasan.

    ReplyDelete
  37. Aku macam dah pernah baca entry ni masa godek2 blog kau lama dulu, tapi baca lagi sekali pun tak rugi.
    Apa yg kau suratkan di sini, I cudnt agree more. Totally sane.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...