Friday, December 7, 2012

Kenapa tak semua orang boleh jadi boss..

assalammualaikum wbt..

Meeting petang tadi memang agak rilek sepoi-sepoi bahasa je tanpa ketegangan melanda..sambil menikmati cucur udang., kuih muih dah secawan kopi aku dah mula sangap nak hisap rokok..dalam kepalotak aku duk pikiaq "awat la lambat sangat nak habis meeting ni"..-_-'

Aku ni bukan la berjawatan hebak pon..masuk meeting cuma untuk tunjuk muka dengan makan je pon..haha..lagipon hujung-hujung tahun ni apa la sangat kerja yang ada..cuma isu yang best dalam meeting ni yang aku tunggu just pasal holidayyy...hahaha..

Geng-geng opis aku ni dah ugut bos nak peruntukan pergi bercuti..hahaha..kemungkinan destinasi cinta kali ni Bandung..proposal dah lulus cuma tarikh je la belum kompom..rancangannya insya'allah bulan dua tahun depan..tapi kalau pospone dua tiga bulan lepas tu maknanya aku tak leh ikut la jawabnya..maklum la mak buyung tu dah takleh terbang kan., nanti kapal terbang berat..ciss..hahaha..



butik levis je yang aku tau kat bandung best dan murah..wajib pegi la kalau pegi sana..
p/s : potrait vector tu macam kau la Na..haha..

Tapi tak kisah la, ada rezeki dapat la jalan-jalan kat sana..babymoon kot orang cakap..tak dapat pergi pon aku tak kesah, indon je pon..lain la pegi Russia ke Japan ke memang aku bangkang la kalau tak kena tarikh...haha..

Lagi satu information dari tuan punya syarikat aku berkerja ni, beliau ni kemungkinan akan bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang..PRU13.. sebelum ni beliau pernah dah pon jadi ahli parlimen sebelum aku masuk kerja sini..aku kenot brain la camna beliau handle masa dan mental nak hadap macam-macam urusan dunia tu..

Terlalu serabut aku nak gambarkan life beliau..tapi yang peliknya, bos aku ni tak pernah tunjuk dia tertekan atau menjadikan dia seorang pemarah macam BOS WTF yang aku ceritakan tempoh hari..beliau suka gelak-gelak je dan tak rasa macam bos sangat pon bila sembang dengan beliau..seriuosly nak bandingkan tekanan kerja dengan bos WTF tu sangat la berbeza..bos lama tu cuma seorang bos kepada bebrapa orang pekerja dan Nazir masjid..tapi bos aku yang ni lagi besar tanggung jawab dia..

ni yang setakat aku tau...

-Pengarah syarikat/Ahli perniagaan
-Ahli politik
-Ahli jawatan kuasa badan yayasan amal (NGO)
-Berpoligami
-dan lain lain hal yang mungkin aku tak tau...


Aku rasa la kan..cukup satu jawatan sebagai pengarah syarikat tu pon dah boleh buat orang jiwa kacau dan stress..nak tanggung pekerja yang berpuluh-puluh orang, dengan masalah-masalah kerja..nak kejar duit bayar gaji pekerja, mentanance hidup dia lagi..penat woo..

Jadi pulak ahli politik..kalau kerajaan takpa lagi, ni bos aku pembangkang (PAS)..kalau nak jadi ahli politik mental tak cukup kuat toksah citer la kan..depan belakang orang tikam..Job untuk syarikat pon kadang-kadang terhad dan bukan senang nak dapat disebabkan status beliau ahli politik pembangkang..tapi steadynya bos aku ni, beliau yakin rezeki tu bukan datang sebab jadi kroni kerajaan je..hahaha...

Tak cukup dengan politik dan pergarah syarikat, aktif pulak dengan badan-badan amal NGO..nak keluar duit lagi, nak attend event sana sini..wooo.beliau ni tak tau penat ke?..ni pon dia baru je balik dari Pakistan pasal isu apa tah..dan tak pasal-pasal 18-19 haribulan ni pon dia mintak tolong aku buat kerja amal dia..wakil dari Pakistan, Gaza,Turki, Rohingya tu plak nanti nak datang Malaysia..kerja aku kena pergi amik diorang kat airport je..malas betul aku...hal kecik pon aku dah malas, tak tau la camna beliau tu  boleh bergiat aktif dan siap keluarkan dana sendiri untuk badan amal tu...kewangan ok la dia mampu..tapi masa dengan tenaga dia pon takkan lebih dari orang kan..kenot brain aku..aku yang muda ni pon rasa penat tengok life dia..

Tambah pulak hal keluarga encik bos tu yang berpoligami...walaupon aku ni belum ada anak apatah lagi berpoligami, dah macam-macam gak kena uruskan..aku kenot brain lagi bila pikir dah macam-macam hal beliau pikir, buat, macam mana tah beliau ni spend time dengan keluarga dan lain lain hal yang aku tak tau tu...adehh..bila aku tengok beliau camtu,aku selalu anggap, bos aku ni takda life je..tapi.. tu la life dia kan..hahaha..


aku tengok orang sibuk-sibuk pon aku stress..rilek rilek sikit bai...haha..

Ni bukan lah entri  nak puji melambung sangat pon..tapi life dia tu buat aku terpikir yang kita toksah mengeluh sangat la bila ada masalah dan sibuk..apa la sangat masalah aku tu nak banding dengan bos bos ni..dan tu la sebab-sebabnya tak semua orang boleh jadi bos.kalau berani terima tekanan dan hidup macam bos aku  ni anda layak...dah la perbezaan dua orang bos yang aku penah jumpa ni totally berbeza..sorang macam kiwak, sorang terlalu baik pulak..so kesimpulannya, bukan senang nak jadi bos terutama nak jadi bos yang baik ni..memang takda sesapa pon sempurna, sekurang-kuranganya biar orang kenang kita berjasa dari orang kenang kita macam celaka..



p/s : mujur la aku tak bercita cita tinggi pon..hahaha..





65 comments:

  1. Replies
    1. aku yg xpernah kenal bos ko ni pun, rasa macam boleh nampak betapa sibuknya dia..yg ni kira macam refer pada entry ko pasal kekayaan vs kesenangan tu la..memang boleh nampak bos ko ni agak kukuh dari segi kewangan, tapi dari segi kesenangan rasa macam dah tak ada..

      kesimpulannya, mujur aku belum jadi bos..nak tu memang nak, tapi buat masa skg ni aku rasa memang belum layak..hahaha

      Delete
    2. betul gak tu..kawangan dah kukuh, tp kesenangan dgn keluarga dan lain2 mungkin takda..nak rehat tido pon aku rasa dia tak cukup..haha..

      ko nak jadi bos kene masuk ujian tekanan mental dulu H..takut stress sampai gila nanti..hahaha..

      Delete
    3. Orang PAS biasanya mmg baik. Oppss.. Kang ramai plak yg marah.

      Betul Bundle. Tak semua org layak jadi bos. Cara berfikir satu hal, cara handle situasi satu hal, dan cara deal dgn pekerja pun satu hal. Kalo tak pandai nak pertimbangkan satu2 perkara, dan tak pandai manage, mmg hancho syarikat. Aku rasa bos ko tu jenis yang rajin. Sebab tu dia boleh jadi bos. Biasanya org yg jadi bos ni aku tgk, derang tak suka buang masa. Sebab tu berjaya. Dan sebab tu aku takleh jadi bos jugak. Sebab hobi aku buang masa.

      Delete
    4. jgn berpolitik kat sini ye..hahahhaa...

      best la hobi ko lyd..cer kongsi2 sikit cara ko buang masa tu..aku pon rasa nak berhobi buang masa gak la..hahaha

      Delete
  2. bandungggggggggggggggg?wah wah,syiok beb.... aku harap kena postpone,aci dak wei?hahaha... wei,hebak gila bos kau .... banyak betul tanggungjawab dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku google gambar kat bandung tu takda yang menarik pon..hahaha..tak kisahnye aku mocik kalau tak gi sana pong..

      Delete
  3. like a bos. rajin pulak ko taip entri memalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebelum2 ni pon aku dah rajin ke?..hahaha

      Delete
  4. Kalau seorang bos tu tak hebat pun, tetap respek sbb dea mampu jadik bos. Kalau dea hebat, apatah lagi. Mmg respek gila2 laa. Aku suka busy lyfe, tapi aku tak suka tekanan. Hahaha!

    Maksudnya, aku tak suka busy buat benda yg aku tak suka. Tp nak dapat sampai kita buat benda yg kita suka tu, tak semestinya boleh terus dapat. Maybe kena bertahun2 buat benda tak suka dulu, pastu baru jumpa ngan benda yg kita suka.

    Okeyy! Komen kuwa topik sket. Mula2 je ada kaitan. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji bos kira ok la tu, tak kira bisnes besar ke kecik..better dari pencacai cam aku..hahaha..tapi aku respek yang hebat dan baik2 je..bos lama aku tu sori aku nak respeknye..

      bz buat benda yang suka tu takpa la makcik..aku ni banyak yang tak suka dari suka..so aku tak suka bz, tak suka buat apa2..haha..

      Delete
  5. wowww~ camana dia handle hidup dia?? nampakny sy mmg x leh jadik boss... terpaksa r jadi istri boss je.. keh3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah la emma..aku mmg kenot brain tegk life dia..nak jadi isteri bos boleh je..tpi bersedia la kene tinggal sokmo..haha..

      Delete
  6. bestnya bos Ym..tahun nih nak undi PAS r, hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi adalah rahsia..haha..

      p/s : ko dah daftar mengundi ke kak..haha..

      Delete
  7. siapa tak teringin jd bos. tp kalau semua org jd bos.. apa cer lah nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua kat sini nak jadi bos, jadila cam kat dubai nanti..pekerja semua import je..org tempatan semua kaya raya..

      Delete
  8. ku nak jadi bos diriku sndiri je. and ku tak nak poligami. eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh muja ko nak jadi bos..tap ko nak berpoligami tu aku tak sure la..pasal ko patutnya yang dipoligamikan..haha

      Delete
  9. Aku ni yang baru jadi 2 bos (kat rumah ngan bos secara kecil-kecilan kat opis)pun dah tak sempat nak basuh kain, apatah lagi nak jadi macam bos ko? Memang tak r.. sebenarnya, time management ngan stress management dia sangat tinggi.. aku suke ngan ayat ko yang takyah nak mengeloh sangat tu...huhuhu...

    Orang nak taja g bandung, g je la... hahaha

    -kak6 joy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..caya la zie..dah jadi bos ko ye..tak kesah la kecil kecilan pon..janji bos.haha..aku takat bos atau boh kat umah je la..satu lagi yang penting zie takleh abaikan,bz camne pon bila dekat diri dengn tuhan insya'allah mudah nak hilangkan stress tu dan dapat la ketenangan walaupon bz..

      mmg aku nak pegi..tpi takut postpone..kang bini aku dah sarat mane leh naik flight dah..

      Delete
  10. memang patut la dia jadi bos. semua dia boleh manage. agaknya dia ni jenis tak boleh dok diam kot and dia suka apa yg dia buat. okla company maintain stabil kot. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la chicna..mmg sesuai la dia jadi bos..kalau aku ni hampeh la..susah nak handle stress..haha..

      Delete
  11. awal mula pertama mula aku baru tahu ada istilah Babymoon! hahaha.


    tuan punya syarikat aku berkerja ni pun sama akan bertanding dalam pilihanraya akan datang. berpoligami juga. ketua UMNO la..JKKK la...NGO apa lagi la dan senang cakap orang kuat CM Melaka. sibuknya beliau kadang jarang2 aku dapat jumpa....tapi itulah pengurusan stress dia tak berapa baik sangat. untunglah kau dapat bos yg busy tapi cemerlang pengurusan stressnya. hmmmmm...kesian aku kan?? hahaha. tambah kesian arahan dia bersifat ala2 jepun style sikit. tidak boleh tidak sampai aku pulak yang stress kadang.


    kata nak bercuti dengan staff macam bos ko buat takde pun....mula2 je gebang. dekat 2 tahun aku kerja takde pape perkembangan pun. :( untunglah ko lagi cekgu. hahaha.


    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon baru tau aien..tah apa2 je istilah org letak..

      sama2 la bos kite ahli politik ye..haha..yng bestnye bos bz ni dia jarang nak masuk opis..so progress keje dia call je nak tau..kat opis buat cam opis sendiri..janji kerja siap..haha...

      bos ko alim2 tak? kalau dia dekat dengan tuhan, insya'allah la mungkin leh jadi cam bos aku tu..tak pandai nak marah pon dan mmg jage kebajikan pekerja..

      p/s : boikot la ramai2 bos ko tu..hahaha..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. kawan aku cina dia bos.. ada kilang sendiri.. life dia sibuk memanjang.. kejar duit nak bayar gaji pekerja lagi.. tapi aku tabik spring kat dia sebab usia muda agi dah jadi bos.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cina lain kira..diorang mmg hidup kejar kekayaan je pon bro...sibuk2 janji bleh kaya..haha..isunya dia boleh ke jadi bos yang baik dan cool handle stress..

      Delete
  13. lepas ni naik pangkat laa Bundle yey \0/
    Na tatw nk cmmn ape pasal org bz tu..sbb Na pun di keteorikan sama bz dgn boss Bundle.
    susah nak xplain kekeke

    pasal bundung je Na nak cmmnt..sbb Na pernah pg..lagi2 butik levis tu yg 5pasang jeans dapat..kat sne sbb mmg murah! juling mata Na masuk butik tu..pastu naty klau gi sne bundle jgn lupa try otak2 dyeorg..PERGHH TERBAIK!! jgn lupa tapau utk Na eh?
    pastu Na nak 1 jeans dari levis jugak..Na saiz 28 taw..klau bole carik kaler yg season sikit skinny taw ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik pangkat kejadahnya na oii..hahaha..bz apa sngat la ko na..yng stakat aku tau ko model ngn kerja air fire fly tu..kawen belum lagi..jage anak pon blum lagi.tak cukup bz lagi..hahaha

      stakat nak levis semata2 je yang best kat sana bosan gak..sini pon banyak levis..aku nak tngok tempat2 cantik je na yang penting..ni aku google apa yg ade kat bandung cam bosan je..takde tempat cantik..hahha

      Delete
  14. mohon beli cenderahati kalau pergi bandung.
    mih3
    :P

    ReplyDelete
  15. entah2 bos ko ngan bos aku akan bertanding sama-sama tak PRU13 ni. mehmehmeh.

    bos aku yang kerajaan ni pun bukan senang nak dapat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mungkin bertanding sama..bos aku bertanding pRU13 kat Uganda..kehkehkeh..

      untung la bos pro kerajaan..tender kerajaan senang dapat kat kroni je beb..tu salah satu teknik bisnes gak punzel..mesti bonus ko banyak kan..hahaha

      Delete
  16. org beriman macam boss ko tu mmg nmpk relex.boleh jer gelak2 wpun kepala dia sebenarnya serabut.haha

    apapun aku setuju la tak semuaorg bleh jadi boss.lg tinggi pgkt, lg byk tanggungjawab..lagi kaya lagi byk benda nak fikir.

    aku hepy je jadi org biasa yg tak kaya.apa lg yg aku perlu dlm hidup?hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa tu mmg petua orang nak berjaya kutu..nak jadi bos kene jadi bos yang beriman..baru steady..stress bleh handle..

      sama la kutu, aku pon heppy jadi org biasa yang tak kaya..tapi mcm2 lagi aku perlukan ni..haha

      Delete
  17. kira boss kau yg ni busy dia macam Pm tapi still steady la?
    aku kagum jugak dgn org macam ni..pandai urus segala urusan.
    kalu aku jumpa dia rasa macam nak la jugak aku salute kat dia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a tokey..aku tak pernah nampak dia panik ke serabut ke kalau ade masalah kat opis..steady je..pelik betul aku..

      Delete
  18. err..tetibe terfikir berkali-kali aku ni sesuai ke idok nak jadi bos..*berangan* hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah la jadi bos..pompuan ni emo lebih..nanti mesti ko selalu marah2 staf ko sha..hahaha..

      ko jadi isteri bos je la..jage kebajikan laki ko lagi bagus..hehehe...

      Delete
    2. eh? aku mane reti marah2 ni..wakaka..

      tapi ye jugak..jadi isteri bos pun oke jugak eh..moge2 bakal laki aku cepat la naik pangkatnye pastu jadi bos..boleh la aku jadi isteri bos..haha..

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. saya anak bos . tapi bukan bos . ehehe . tapi tak suka jadi bos . itulah manusia , hidup meesti ada perbezaan . baru ada persaingan . baru ada semangat bila jatuh dan bangun .

    sapa yang tak mengeluh ? pening ? bila ditimpa masalah ?

    bezanya ? ...

    cara menangani :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..gaya anak bos tu aku bleh nampak..cakap dengan konfiden..haha..

      betul la kata ko tu..senang citer semua ade masalah..bezanya cara kita handle atau boleh ke handle..

      Delete
  21. Em , Jadi bos kdg-II best , * Err , coz boleii arah org . kua-II . Tapi bilo kijo bnyak mula lha peningg kepala .

    Best Nya boleii g bandung . Kirim Baju bolei ? Haha . :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..apa daa nak arah org pon best..ingat arah pree ke..kene bayar tau..hahaha.

      belum kompom bila nak pegi sieyzu..takut aku tak leh ikut je nanti..

      p/s : kat sini dah takde org jual baju ke?.jauh ko kirim nak nak beli baju..hahaa

      Delete
  22. dulu2 pun best je masuk meeting sbb ada makan2.. now aptb~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..makan yang penting masa meeting tu..hahahhaa..

      Delete
  23. mesti bos ko baik..kalau jadi wakil rakyat nnt mesti kena sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. stakat ni yang aku nampak dia bos yang baik la..bab wakil rakyat tu aku tak tau pasal parlimen di jage bukan kawasan aku..hahaha

      Delete
  24. klu sume nk jdi bos, sape nk jdi pkrja.. btul x?? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. toksah risau..tak mungkin semua dalam dunia ni boleh jadi bos..haha..

      Delete
  25. Aku rasa aku jenis layak jadi bos diktaktor...Kahkahkah...

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. cuti sementara..takde citer la nak update..hahaha..tahun depan je la aku sambung menulis balik..hahah

      Delete
  27. rajin pulak ko kaji life dia kan..hahaha.

    eh aku stuju la, aku ade satu kerja pun dah rasa mcm nak potong kerjaya aku jd spruh sbb 1 pun da ckup penat...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depan mata je beb..aku tngok pon rimas dengan life dia tu..haha..untung la aku masih boleh rilek2 je lagi..haha

      Delete
  28. Wow. salute bos kamu! (kecuali part poligami, hehe). How dia manage stress dia ha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bab poligami tu pon komitmen yang besar tau..sorang bini pon susah nak jaga tau..haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...