Tuesday, November 27, 2012

Perbezaan pendapat : tak paham, salah paham atau ..?

assalammualaikum wbt..

Perbezaan pendapat perkara yang lumrah dalam hidup kita..sedangkan suami isteri pon banyak berbeza soal pendapat, inikan pula kawan blogger ye dak..hahaha..dalam islam pon perkara ni tak dapat dipisahkan maka lahirlah istilah Ijma dan Qiyas untuk menyelesaikan masalah jika masalah tersebut tiada nas yang boleh dijadikan rujukan..google la sendiri nak tau apa maknanya..hahaha..

Dalam konteks blogger ni, perbezaan pendapat ni la sebenarnya yang akan mencerahkan pemahaman sekiranya pembaca jenis senang menerima atau bersetuju dengan penulis supaya cuba tengok dari sudut yang berlainan..pro and kontra..kalau dah paham dari sudut yang lagi satu baru buat keputusan mana yang korang setuju..

Dari pengalaman aku sendiri, kadang-kadang aku nak tergelak jugak bila tengok orang yang jadi blur apabila pro and kontra ni diperdebatkan..pada mulanya dia sokong pro tanpa selidik..bila datang kontra bawak  hujah dan fakta dia pon rasa kontra tu betul...kahkahkah..So mana betulnya?

Okay dalam hal ni aku tak nak cakap sapa betul sapa salah..cuma aku nak tekankan..pembaca yang menerima info sebenarnya haruslah bijak..contoh dalam pilihanraya la yang paling senang nampak..parti kerajaan bebas mengeluarkan sebarang info kat media..tapi rakyat tak dapat info dari pembangkang sebab media pembangkang terhad..so kalau u all terima bulat bulat dari apa yang korang baca tanpa selidik, tu dinamakan bangang abadi kay..kehkehkeh..

 cute giler..aku team renesmee okay...kehkehkeh..(takde kaitan dengan entri)


Nak pulak soal permainan politik ni yang memang kotor..dah la bab hujah dan fakta biasanya orang kurang peduli, tapi bila soal keburukkan,skandal, rasuah cepat je terima tanpa dapat pencerahan yang sewajarnya dari pihak yang satu lagi..eh lebih lebih lak masuk hal politik ni..kehkehkeh...tapi aku tak lari topik kan..masih lagi pro and kontra..tu contoh je..hahaha..

Berbalik pada kerjaya aku sebagai blogger (ceh, kerjaya konon)..kehkehkeh..aku sangatlah kurang nak menerima sesuatu info atau fakta sekadar baca entri tersebut..kalau blog tu jenis popular yang dapat banyak komen, aku akan cari kontranya dalam komen-komen pembaca lain..(kat youtube pon sama.aku lebih suka baca komen dari tengok video) kalau semua like, aku akan google cari kontranya andai topik tu betul-betul aku minat..entri bersifat peribadi atau jenis santai tu terkecuali la ye..tak payah la beria nak cari pro and kontra..maksud aku ni bila topik bervalue tinggi..hehe..

Apapon kita sebagai blogger ni memang harus kental..percayalah, pendapat kita tak selalunya sama..kalau ada yang salah dalam penulisan aku, mohon tegur..nak kritik, kutuk, maki pon terpulang la..aku memang selalu harap ada orang yang kritik biar aku lebih semangat nak menulis..boring la asik orang setuju je ngan aku..mungkin sebab aku selalu tulis entri playsafe kot..tu pasal ramai setuju je ngan aku..kahkahkah...

'Rela tak paham daripada salah paham' - kata Aien.. aku suka ungkapan ni..



P/S : H, lu jangan sentap sangat la ngan gua..jom makan mekdi, wa belanja..peace



76 comments:

  1. Replies
    1. Jenis yang sokong pro lepas tu sokong kontra bila kontra bawak hujah2 yang dia rasa betul tu boleh lah dinamakan sebagai lalang...Cantas saja! hahahaha...

      Delete
    2. ko ni agak2 la..mane bleh cantas je..sebab tu dia kena tau pro ngn kontra..biar buat pilihan bijak..sengal..

      Delete
    3. Bundle, aku tak puas hati sebab aku takleh komen kat 2 entry Mr H yg the latest semalam. Pasal boikot tu. Heheh..

      Entry ni aku tak dpt nak cari kontra. Sorry. So, itu menandakan aku pro dgn point ko dlm entry ni. Tu la ko, sape suh playsafe. Lenkali play la unsafe.

      Part politik tu, aku lebih banyak kesian kat org2 yg hanya baca maklumat politik daripada 1 sumber je, pastu terus percaya. Then kat FB pompang pompang mempertahankan parti politik yg dia sokong. Penyokong 2-2 belah pihak pun lebih kurang je. *aku dgr, PRU13 bulan Januari 2013.

      Delete
    4. pesal tak boleh pulak..yang dulu semalam tu la yang jadi isu..hahaha..

      biase la lyd..nak tulis sensitif2 aku tak reti plak..kalau bab sentap tu plak aku selalu dah yakin..so jadinya playsafe..hahaha..

      Delete
    5. Kalau yang senang boleh wtpe nak susah2..Kahkahkah...

      Delete
  2. ko ni sekejap kontro sekejap kontra..berbelit otak aku nak membaca..ecewah..haha..

    berbeza pendapat la bagus..tapi bila nak berdebat tu kena la berhemah..ye dop?

    bab politik aku taknak sentuh..sebab aku memang tak berminat pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkehkeh..ko paham2kan sendiri je la sha...

      tapi bab politik sebenarnya yang paling jelas kan perbezaan pendapat ni..tu sebagai contoh je la..aku tak minat gak tapi amik tahu gak la dua belah pihak punye citer..

      Delete
  3. nak tanya yang tak de kaitan ngan entry sebb biasanya muja jenis lalang yang jangan la dicantas,, hehe,,, best tak guna advertlets? rasa macam nak curang kepada nuffnang yang dah lama kedekut nak bagi be,, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak payah hiraukan komen syida atas tu muja..masalahnya mungkin orang tak dapat info yang menyeluruh sesuatu perkara tu..so bila dah tau benda yang lebih baik atau dah nampak pro and kontranya,time tu tak salah dah buat keputusan..

      aku tak tau mane better sebab aku guna dua dua..kat atas dengan tepi advertlets, dalam entri dengan bawah guna nuffnang..kehkehkeh..

      tapi..dua-dua pon tak penah dapat lagi..kehkehkeh..

      Delete
  4. mana komen aku??? arghhh. kalau hilang malas nak taip lagi la.


    #aku pun suka ungkapan aku tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ade komen ke sebelum ni..hahaha..dalam spam pon takde..mohon komen balik..ekeke..

      Delete
    2. oh..takde ek?? hahaha. komen guna hp selalu je jadi cam tadi.


      aku nak komen apa ek...soal pendapat ni susah nak kata. kadang bukan sesaja orang nak jadi lalang. orang jadi lalang sebab dipengaruhi pro & kontra sesuatu hujah. jenis tak nak terima bulat-bulat. eh...manusia kan mudah dipengaruh dan mempengaruh. bukan satu perkara pelik pun.


      "Bilamana kau duduk atas pagar bukan lagi lalang,
      Memilih untuk berkecuali belum tentu lagi kau jahil..." aku petik dekat salah satu komen diruang post Fynn Jamal sebab aku suka. bukan suka sekadar suka-suka tapi suka sebab maksudnya.


      kadang dalam satu isu2 tertentu penerimaan yg berlainan dari setiap buah pendapat yg membezakan tahap isu itu diperbahaskan...biasa atau sebaliknya?? Hahaha. dalam politik tak boleh disangkal cekgu...aku pong setuju. malah dalam hidup sendiri pun ada juga....general senang citer. manusia suka meluahkan pendapat dan manusia juga suka mempengaruhi manusia lain agar menerima pendapat mereka.


      manusia ni macam-macam.





      Delete
    3. ko tnya syida apa yang dia maksudkan dengan lalang..hahaha..

      aku sendiri suka sokong team bola ikut suka hati aku..pakai jersi mana2 aku suka..ramai kata tu lalang..ada aku kesah..kehkehkeh..

      ayat tu kata fynn jamal atau pembaca yang post aien?aku pon suka la..hehe..

      Delete
    4. Aien Na pun stuju ayat tu yeay ;p

      Delete
    5. pembaca cekgu...asalnya dari puisi tu. tapi ada kena mengena dengan post Kak Fynn la....berkenaan pendapat :D

      Delete
    6. oooo..ok2..patut la cam best je ayat tu..karya fynn rupenya..haha..

      Delete
    7. Lalang tu yang bergoyang ikut angin..Perghh, sastera pulak aku..Kahkahkah..Bosan ye dak asik layan mayat je..Kehkehkeh...

      Kalau jumpa lalang, amek parang, cantas kasi habis terus...Okay? Kahkahkah...

      Delete
  5. Aku setuju. Ya kali ni aku setuju dengan ayat baik tak paham dari salah paham.

    Nak masuk beri pendapat kena beri salam dulu... Hikhik.

    Assalammualaikum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kredit to aien..hahaha..wa'alaikumsalam wbt......

      Delete
  6. Tepuk dahi sendiri. Memang dah macam lalang je sye rasa sekarang ni. Keluar statement ini, fikir secara rasional. Betul. Keluar statement satu lagi, fikir secara rasional sekali lagi.Ada jugak betulnya. Haii, nak sematkan pemikiran mane satu dalam diri sebenarnye ni T.T

    P/s: Lepas ni rela tak faham dan faham dalam diam -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bende biasa la ninja..lagipon pendapat kita tak semestinya betul kan..istilah lalang tu tak sesuai timbul sebab kita sentiasa belajar dan berubah..mane yg better kita pilih..

      contoh..pegi pasar beli ikan segar dengn penjual yg dah biase dgn kita..esok nak beli lagi ikan tu dah tak segar..orang sebelah jual lagi segar..takkan sebab dah biase beli ngn orang tu kita nak beli ikan tak segar dia..hahaha...apapon tetap tak salah..terpulang la..hahaha..

      Delete
  7. Kadang2 bukan x paham. Saje buat2 tak paham. Sama ada attention seeker atau saja nak menyakat. Akak pun selalu buat. kikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehekeh..tu salah satu style aku sebenarnya kak..buat2 tak paham sebab nak menyakat.hahaha...tapi lain la kesnya kalau perbincangan serius kan..baik tak paham dari salah paham, betul kata aien..hahaha..

      Delete
  8. bangang abadi kay..kehkehkeh.. <---- serius lucu ayat neh hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu maksudnya bangang yang taknak berubah bro..better jadi lalang yang orang duk kutuk tu..hahaha..

      Delete
  9. tak stuju..lalala~~~


    xnk bgi ko boring, sume asyik stuju jer...so, ak xstuju..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dibenarkan tak setuja tanpa sebab..kehekehkeh..

      Delete
  10. Hai bundle .. sihat ? lama tak dengar kaba :D

    wa budak bwh umur.. rela tak paham dari salah paham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat je..mentang2 aku bz, takde masa nak bw, internet takde..kurang ko nk singgah blog aku kan..sentap..rela salah paham dari paham..wkakaka..

      Delete
    2. aku bukan tak singgah.. cuma tak komen je.. kehkehkeh.. aku bz jugak wehh... biasa la,,.. budak baru nak blaja....

      belanja aku gak weh

      Delete
  11. Bundle..nty belanja H,Na nk jugak taw..! nakk ikut okay!!!

    ;D

    ReplyDelete
  12. boring lak kan kalo asyik sependapatan je. huhu..
    eh suka lak ayat aien tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sependapat je tak berkembang la..hahaha..eh,pesal ramai sangat suka ayat aien tu..ko tak suka ke entri aku ni..haha..

      Delete
    2. suka kot sebab dah baca sampai habis. kalo tak suka mesti tak baca kan. haha.. ayat aien tu penyeri entri tak faham & salah faham ni la agaknya. :)

      Delete
  13. Aku rasa, jawapannya salah paham. Maksud aku, sesuatu penyampaian tu boleh tersampaikan maksud pelbagai, depends pada pemahaman org yg membaca. Aku amek contoh entry kau & H yang dulu, diulangi, cuma sbg contoh. Kau ingat kan yg mana? Sbb aku malas nak carik link. Hehehe. Masa tu, aku rasa kau faham berlainan drpd yg H nak sampaikan. Maksud aku, bukan kau salah paham sbb kau sengal ke apa, tp msg yg tersampai kat kau tu tak sebagaimana yg H sebenarnya maksudkan. Aku rasa laa.

    Then, bila kau buat entry balas utk entry H tu, berlaku la macam apa yg kau tulis dlm entry ni. Bila kat entry H, org setuju ngan H. Bila kat entry kau, org setuju ngan kau. Last2 kau sendiri bosan kan? Apa yg H cakap pun tak salah, yg kau cakap pun tak salah gak. Sebenanye, apa yg aku nampak masa tu, apa yg kau sampaikan tu adalah perkara yg berlainan drpd apa yg H sampaikan kat entry dea. Tu je. Dan kedua2nya betul, cuma sebenarnya benda yg berlainan. Aku tau kau takde kaitkan ngan entry2 tu tp aku just wat contoh je. Hahaha!

    So, means benda tu salah paham, or lebih tepat, salah pemahaman. Benda ni sebenarnya berlaku sebab setiap perkataan or setiap ayat kita boleh bawak pelbagai maksud. So, bergantung r atas pemahaman setiap individu tu. Mungkin kita maksudkan laen, org paham laen. Untuk penulis profesional, benda tu bahaya la sebenanye, sbb leh bg point utk org condemn kita. Tp sbg blogger biasa, bahaya dea tu bergantung pd keadaan. Hahaha!

    Tapi kalau part org buat2 tak paham, or sengaja cari point, or sengaja nak condemn, or sengaja nak provoke, itu dah cite laen dah. Ni aku cite yg betul2 berbeza pendapat je. Aku harap apa aku komen ni semata2 ikut isi entry kau ni je, takde kaitan ngan benda2 laen :D

    Maaf la aku komen bajet macam otai2. Hahaha! Ini sejujurnya cuma pendapat aku yg serba naif ni :P Btw Pakcik, nak join Mekdi pelissss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam entri tu salah paham ke pandangan dari sudut pro and kontra makcik? mmg la takkan sama..dalam kes tu orang nampak terhukum,padahal sekadar teguran yang aku nampak..H nampak negetif aku nampak positif..tu je..itu yang aku nak orang tgk dulu sebelum terima sesuatu..

      maksud ko apa aku tulis tu lari topik?haha..walaupon entri tu dah lama, aku minat lagi kalau ko nk teruskan bg aku pencerahan makcik..jgn risau aku terima silap aku kat mana..tp tolong tunjukkan..

      so adakah ko menafikan kontra yang aku sampaikan..?hahahhaa....



      Delete
    2. Alamak! Kalau nak cakap psl tu aku kena baca balek entry korang. Nanti la ye Pakcik. Skang aku tak sempat laa. Hahaha! Aku ingatkan kau dah tak berminat. Lagipun masa tu aku dah bg pencerahan sket2 kut ikut pandangan aku. Err yg psl hukum pd perbuatan & bukan hukum pd org tu kut. Err still takde mencerahkan apa2 ke? If nak berbahas lagi psl ni, aku okeyy je. Cuma kena baca semula entry2 korang tu. Aku dah lupa point2 dea :D

      Aku rasa aku faham maksud kau utk bg org tgk dulu sebelum terima sesuatu. Cuma yg aku ingat camtu r, apa yg kau cakap tu macam benda yg berbeza. Or agak berbeza. Maksud aku berbeza tu topik yg dicakapkan la, & aku faham of course la takkan sama. Err lari topik tu mungkin jugak kut. Seingat aku cam agak lari topik. Sbb mmg aku ingat aku nak komen kat kau masa tu, apa yg kau cakap dlm entry tu adalah perkara berbeza drpd yg H sampaikan mula2. Dan aku rasa salah paham, bukan pandangan dari sudut pro & kontra. Ada siket menyentuh pandangan kontra tu kat hujah kau. Tp main point dea benda yg berbeza. Err ni aku cakap based yg aku ingat. Nanti kalau aku baca balek entry korang tu, & aku rasa aku salah cakap skang ni, aku betulkan balek. Tp seingat2 aku camtu r bendanya.

      Menafikan tu camne maksud kau? Maksud aku tu je la. Korang cakap perkara yg berbeza. Err better aku baca balek dulu entry korang tu sebelum aku sambung komen lagi if kau nak teruskan pasni. Takut aku tersalah cakap. Hehe

      Ni lak sambungan pasal entry kau yg skang ni. Sng cite sentuh sket la psl isu apa yg sebenarnya kau sentuh dlm entry ni, walaupun kau tak mention pun kau sentuh psl benda tu. Selaen drpd salah paham maksud yg disampaikan dlm entry, aku rasa cara penyampaian utk kita bg pandangan kontra pun leh jadi penyebab. Kalau aku cakap komen2 kau kat entry tu bukan bg pandangan kontra, tp kau pun sebenarnya perlekehkan pendapat org laen, camne? Itu apa yg aku nampak laa. Kau rasa2? Err asal aku rasa aku taknak masuk campur tp termasuk campur gak ni? Hehehe. Takpe key? Jangan marah, kita bincanggg. Hahaha!

      Delete
    3. aku bls yang last tu je dulu..panjang sangt ko tulis ni...hahaha..camne aku bleh jadi memperlekehkan pendapat orang?..gila la ko ni..haha..aku datang bawak hujah aku sebab nak defend orang yang tertuduh..tu kontra la..bukan aku saje2 nak sembang kencang..aku menulis ibarat letak diri aku kat tempat yg kene tuduh..so aku luahkan pendapat aku yang aku rasa betul..camne leh jadi aku mempelekehkan pendapat orang yang tuduh aku plak..gila2..nak bela diri je pon..tu pon kene tuduh pelekehkan pendapat orang..hahahha..habis nak biar orang terima je pro walaupon tak tau lagi tang kontra..tu namanya sindrom tak leh terima kritikan makcik..hahahhaa...

      ko ringkaskan sikit citer ko makcik..straight point..pening aku ayat ko ni..ko citer pasal entry sapa pon aku dah tak tau..hahaha

      Delete
    4. dari apa aku baca balik komen ko atas ni banyak kesalahan aku ni..salah paham,lari topik, benda yang berbeza dan bukan pro and kontra..erkk..hahaha..topik mudah je pon..bahasa pon aku paham..camne leh lari topik..isunya dalam entry aku tu just mempertahankan apa yang orang kata..h kata camtu, aku kata camni..tetap topik tu jugak..ko jgn la pusing2 sgt makcik..hahaha..

      Delete
    5. Okeyy, takpe. Yg atas2 tu dah tentu psl topik yg dulu tu.

      Pada aku lak, camtu jugak org yg kau cakap perlekehkan perbuatan org laen tu. Aku nampak dea cuma bg pendapat dea yg dea kurang setuju ngan perbuatan org yg tertuduh (ikut ayat kau). Dan of course maksudnya kat situ dea tak sependapat ngan org yg tertuduh tu. Tp aku tak nampak lak yg dea perlekehkan. Dea mmg terang2 cakap dea kurang setuju, so pada aku dea bg pendapat dea ngan jelas. Tp aku tak nampak lak dea cakap perbuatan org tertuduh tu salah. Cuma aku nampak dea cakap perbuatan dea pun tak salah. Itu yg aku nampak la kalau tak silap.

      Kau lak, aku tak nampak cam kau nak bela diri. Mula2 tu ya, betul kau bela diri. Sbb ada ayat kau, org yg tertuduh tu pun ada niat dea tersendiri, lebih kurang camtu. Tu betul. Tapi lepas2 tu point kau dah laen. & kalau nak cakap psl bela diri, aku rasa org yg kau kata perlekehkan tu pun just bela diri gak ngan pendapat dea. Bezanya, kita tak nampak kalau2 ada org yg hentam dea dulu. Camtu laa. Even sebenarnya aku tak rasa ada org hentam dea ke apa psl isu tu. Dea just tergerak hati je nak bg pendapat. Tp ibaratnya camtu r. Seolah2 ada org yg hentam dea, then dea bela diri. Kau takleh nampak camtu ke?

      Sebenarnya aku tak kata sume pendapat aku & org yg kita maksudkan ni betul seluruhnya. Sebenarnya entry tu aku tak nampak apa2 salah. Tp memandangkan kau dah ckp psl perlekehkan, okeyy mungkin dlm komen2 entry tu bila dah ramai bg pendapat maseng2 jugak, sedikit sebanyak ada perlekehan. Jadi automatik aku dah nampak ada kesalahan timbul kat mana2. Tp aku nampak niat asal entry tu takde nak perlekehkan apa2. Itu yg aku nampak. Mungkin aku pun silap.

      Kesimpulan. Cuba kau letak benda yg kau ngah buat ni kat org yg kau kata perlekehkan tu. Sbb aku nampak benda yg sama je. Kau ckp dea perlekehkan, aku pun nampak kau perlekehkan. Kau nampak diri kau cuma bela diri, aku pun nampak dea cuma bela diri. Tapi biasa laa Pakcik. Pandangan org macam mana pun tetap takkan pernah sama. Mungkin kau nampak dari sudut laen, aku lak nampak dari sudut laen. So, bila dah cakap2 camni. Aku rasa jadi cam kes korang dulu gak, menemui jalan buntu. Hahaha! Takde kesimpulan, takde sape betul takde sape salah. Cuma bezanya, kali ni kau dah terbagi ayat makan dalam kut. So, benda ni jadik lebih serius. Hahaha! Aku bukan membahan ni, aku serius walaupun aku gelak2 tu :D

      Err sebenarnya aku serba salah bg pandangan psl benda ni. Aku tak berniat menghakimi. Sumpah tak berniat. Aku cuma bg sedikit pandangan & pencerahan, itu pun kalau membantu. Kalau tak, mohon maaf zahir batin je la. Lagipun pandangan aku je pun, apa la sangat? Hahaha!

      Aku dah cuba ringkaskan, tetap terpanjang gak. Mohon Pakcik bg chance -_-"

      Delete
    6. Aku tak pusing2 laa. Bahasa mmg paham tp mmg aku igt masa tu hujah kau dah sentuh benda laen. Arghhhh! Aku tak baca balek, mana aku nak ingat. Hahaha! & aku pun tak kata kau salah laa. Alaa, salah paham biasa2 je. Tp yg jadi tak biasa, bila dah jadik kes cam skang. Err kes ke?

      Aku serba salah komen kau panjang2 camni. Cam good good lak. Takpe la kan? Pendapat aku. Hahaha!

      Entry lama tu aku tak baca lagi, so aku takleh nak bahas lebih. Bahasa kau mmg mudah faham. Err mungkin bahasa aku kut yg tak paham. Pusing2 ke Pakcik? Pening ey kau? Hahaha!

      Delete
    7. hahahah..ko ni kelakar la makcik..mane ade orang yang duk bantai orang nak bela diri..di tak teraniaya pon..yang teraniaya orang yang kene tuduh..adehh..jgn ko rumitkan sgt bende simple ni laa..

      bila masa aku perlekehkan org..kutuk tu biasa la..ko ni dah fitnah aku makcik..isk..dalam entry h tu aku nampak sekali je kes perlekehan..tu pon dalam komen balas kat aien..ko tgkla balik..

      aku tak cakap pon sapa2 betul..cuma ni isu suruh orang paham dari sudut aku..tak nak terima takpa..tp biar orang dapat..tapi dari apa yang aku pening2 baca komen ko ni,nampaknya ko mmg nampak salah aku lah kan sampai hujah bela diri aku ko cakap lari point dan jadi perlekehan plak...hahaha..

      aku tau la aku tak belajar tinggi makcik,jgn la buli aku..tunjuk salah aku tu jelas2 kat mane...kalau salah aku mintak maaf..kalau sekadar pendapat berbeza tu standard la sebb tu yang aku nak sampaikan..bukan nk cari pasal..ko citer aku salah tang itu ini tapi mana??




      Delete
    8. aku tak tau ayat makan dalam apa yang konon kene kat aku balik tu..tak sentap pon..hahaha..senang citer skg aku nak ko list salah2 aku, perlekehan yang dari aku yang tak pasal2 ade plak tu..aku nak tau tu je...aku tau ko ni dah berat kat pro sebenarnya..haha tapi tak kisah la..bak datang yang aku nak tu...

      Delete
    9. Err nampaknya kau tak paham apa yg aku cuba sampaikan. Hahaha! Aku rasa maken panjang hujah aku maken buat kau pening. Tp aku rasa aku dah sampaikan apa yg aku nak sampaikan. If kau tak faham gak, maksudnya itu la namanya perbezaan pendapat Pakcik. Kau mungkin takleh nak nampak sesuatu tu dari sudut aku, camtu gak sebaleknya.

      Aku rasa (aku rasa laa) aku paham apa yg kau sampaikan & aku tak nafikan. Cuma aku nampak situation korang ni sama je. Asalkan kau cuba berdiri gak kat situasi org yg satu lagi. Sebenarnya takde sape tertuduh or terbela dlm benda ni. Dedua boleh jadi tertuduh, dedua boleh jadi terbela. Okeyy, aku rasa mesti kau lagi pening kan? Aku pun takut aku cakap lebih tercarut. Kahkahkah!

      Ataupun, benda ni mungkin aku yg salah faham kut. Hahaha! Aku komen panjang tak mesti aku betul. Aku tak salahkan kau la weyh! Tapi err ntah komen aku cam yg kat atas2 tu je laa. Kang aku cakap lagi kau lagi pening. Kau jgn la nak kaitkan benda2 laen Pakcik. Psl pelajaran etc etc. Tu sume takde kena mengena. Aku nak buli kau jauh skali. Tak mungkin la kan? Kau yg salu buli aku ada laa (d)

      Kau jgn r kecik hati ngan aku Pakcik. Aku bukan kondem kau pun. Aku cuba la td nak bg pencerahan kat kau. Tp soalan kau yg last tu 'tapi mana??' menunjukkan kau tak dapat la apa yg aku cuba sampaikan. Last2 aku lak yg kau kata gila, rumitkan benda simple, & fitnah bagai. Pehh sentappp! :P

      Okeyy2! Aku rasa ni cuma perbezaan pendapat je. Jawapan aku dah bagi. Kalau kau takleh nak faham or kau tak dpt apa2 pencerahan, mungkin aku tak pandai nak sampaikan benda tu la kut. Err itu je. Aku dah takde hujah.

      Err Pakcik. Kita takde apa2 masalah kan dlm hal ni? Kau ada sentap ke tang mana2 yg aku cakap? Sory la kalau ada :(

      Delete
    10. aku tak paham la ko burak apa panjang2 lagi ni..yang aku paham ko salahkan aku gak..so aku mintak ko listkan apa yang salah dalam aku tulis tu dan sebab apa ko rasa salah..tu je..toksah buat karangan lagi..

      skg msalah ni antara ko ngan aku la..takde masalah ko cakap..haha..nak sentap tu mmg tak..tapi tuduhan ko kat aku kira berat gak tu kalau aku rasa tak betul..ko rasa pendapat je..tp nampak dah jadi tuduhan tak berasas..ko tak tunjuk mana salah aku tu, aku ban ko..hahaha..

      Delete
    11. err..aku nak bagi jugak pendapat aku..tapi jangan pulak ko ingat aku nak balas balik ke ape ke..just pendapat jer..

      aku tau ko cuma nak pembaca tu nampak pro dgn kontra dalam pembacaan diorang..means, tak semestinya apa yg seseorang tu taip sentiasa betul..ada jugak silapnya..pembaca kena nilai sendiri ikut akal fikiran masing2..

      cuma bila ko taip "aku akan cari kontranya dalam komen-komen pembaca lain", aku nampak macam (macam jer la) ko cuba cari point and kesilapan org lain..niat ko memang nak nampakkan pro and kontra..tapi cara ko macam, "weh..lu silap la..kahkahkah", macam tu..macam ko pulak yang perlekehkan tanpa ko sedar..macam betul2 nak cari silap org..

      contoh pasal entry laki bini update status kat fb..kalau org nak cari point, org boleh jer cakap ko perlekehkan status fb org lain..walaupun itu cuma pandangan ko jer..tapi macam aku cakap la, penilaian setiap org tu x sama..pada ko mungkin entry tu okey and biasa..tapi pada org lain, mungkin anggap ko memperlekeh..

      Delete
    12. bab aku cari kontra dalam komen tu mmg keja aku h..tambahkan ilmu..haha..tapi bukan cari salah pon sebenarnya niat aku..kdng2 tu untuk pemahaman aku sendiri je pon..bukan semua benda aku paham dan pandai nak komen kan..tp apa yang ko nampak tu sebenarnya mmg pendapat ko..haha..so aku sedar la silap aku mungkin cara kasar tu la kan..

      tapi kalau cam kes fb yang aku selalu bahan tu, nak cakap aku perlekehkan ke kutuk ke, tu mmg niat aku pon..mmg aku nak sapa yang terasa sentap..hahaha..

      p/s : oi makcik, aku tau mesti ko nak cakap setuju ngan H kan..hahahhaa..tpi bak datang gak yang aku nak tu gak..

      Delete
    13. Err err aku taknak kata pun aku setuju ngan H. Hahaha! Tekejut gak aku tetiba H potong line.

      Apa yg kau nak tu sume aku dah bitau laa. Cuma mungkin entry tambahan aku terlalu panjang kan? So kau pening & tak faham. Ataupun, kau takkan faham sbb kau tak nampak pun benda tu satu kesalahan. Lagipun, sebenanye bukan kesalahan pun. Aku ingat nak tolong cerahkan, tp aku rasa maken malap je nampaknya. Hahaha! Penat je aku terangkan panjang2. Tp last2 kau leh tanya 'tang mana?'. Dah2. Aku dah taktau nak terangkan camne lagi. Grrrrr

      Takpe laa. Anggap je la tadi cuma kita punya forum petang :D

      Delete
    14. Jom kita abu dhabi bundle h dan lyaaa.


      ;D

      Delete
    15. Aku sampai tertidur baca komen liyaa..Bangun tidur sambung baca balik..Lepas tu tidur lagi..Bangun baca lagi...Bila nak habis ni?? Grrrr! Kahkahkah...

      Delete
    16. liyaa aku ban ko dari sini.hahahaha..ko dah buat tuduhan padahal tu cuma pendapat ko..H ckp simple je pon aku dah paham..H cakap aku mcm cari salah orang..tp macam je pon..pendapat dia..aku terima la..lagi satu ade point kadang2 tu mmg aku nk bagi orang sentap..tu bukan memperlekehkan..lagipon apa ng aku sebut tu cuma dalam konteks isu tu..hal lain tak leh kira...

      Delete
    17. Kalau kau amek apa aku cakap tu sbg tuduhan, fitnah, terpulang r. Padahal aku takde niat pun nak tuduh/fitnah kau apa2. Kalau kau takleh nak nampak apa yg aku cakap, maknanya kau rasa apa yg kau buat tu betul la, takde salah apa2, tak patut org terasa, dan tuduhan aku tak berasas, so kau tak perlu amek port pun. Apa yg aku cakap pun utk difikir semula. Kalau kau rasa 'Eh, haah laa. Tanpa sedar aku terbuat macam tu' means betul laa. Kalau kau rasa 'Eh, mengarut je ni', so abaikan je laa. Sebenarnya, aku pulak yg dah terasa kejam if kau rasa apa aku cakap tu sbg tuduhan.

      So, untuk itu, aku mintak maaf banyak2 kat kau Pakcik. Mungkin aku tak patut cakap mana2 yg aku dah cakap tu. Pandai2 je cakap kau camtu padahal kau takde wat camtu pun. So sorry Pakcik. Aku just bg pendapat sbg member. Tapi aku nampak kau dah judge aku sbg lawyer yg berdosa. Kehkeh! Mintak mahap Pakcik!

      Delete
    18. ko ni sentap lebih la makcik..hahahaha..ni susahnya kalau ko pro aku kontra tapi nak buat kesimpulan..hahaha..tak settle apa2 pon..biar orang yang pilih nak jadi pro ke kontra..kan dah jadi cam kes aku ngan H..hahaha..dah2..tutup buku..

      Delete
    19. Alhamdulillah syukur dah tutup buku. 0-0 ye Pakcik. Semput aku berbahas ngan kau ni. Hahahah!

      Delete
    20. hahahahaha..jadi na jadi..kompom..hahaha...ko dah kene sampuk hantu raya abu dhabi aku rasa ni..kehkehkeh..bila nak pegi?.jom..tapi passport dah mati la..wooo..tempat jatuh lagikan dikenang, ni kan pulak tempat berak kencing tido..rindu abu dhabi..hahaha..

      Delete
  14. tak nak belanja akak makan ke hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko dah tukar jantina akak tu baru aku belanja mad..wakakaka..

      Delete
    2. wakaka.. kang tuhan marah woo tukar jantina hehe..

      Delete
  15. hakhakhak, samalah, kalau tgk u tube, bukan nengok videonya, tp baca komennya. nak memikirkan baik buruk dan pro and kontra jugak. adoii, mmg tak boleh terimalah kalau ada yg menerima bulat2 apa yg ditengok..yg sesal nti bukan org lain, kita jugakkkk..tu pon kalau ada rasa sesal n malu r..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tah la.aku mmg tertarik bab nak tengok kontro je selalu sbb pro kita selalu nampak..sebab tu kalau baca atau tgk utube, komen tu pentingkan dulu..samting yang kita tak nampk dalam entri kdang2 jumpa kat komen..

      Delete
  16. aku pula lebih suka pura2 nda faham walaupun faham..wkakaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku pon suka camtu..playsafe jugak...buat2 tak tau..jadi kelakar kalau contohnya orang tu nk tipu kita ingat kita tak tau..tapi alih2 dia yang tertroll yang dia sebenarnya bangang..

      satu lagi yang bagus bila 'buat2 tak tau' ni bagi aku ialah ibarat merendah diri la..

      Delete
  17. H sentap ke? sian2.. kalo nak blnja dia mekdi, blnja sy skali.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom emma..tapi kalau boikot takleh la..hahaha

      Delete
    2. Org len yg mintak banje skali, sume kau ajak. Aku je yg kau tak ajak skali. Okeyy, sentappp. Hahaha!

      Delete
  18. kunjung2...
    kadang2 terlebih phm pun susah. buat2 tak fhm agr kita tak salah fhm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu leeza..tp dulu aku keje susah..tak paham kene maki, salah paham lagi la teruk..hahaa..

      Delete
  19. hehe, berat 66 nih.

    masalahnya setiap kali bebeza pendapat, emosi tu kat depan. mana nak rasional!

    ReplyDelete
  20. lain orang lain pendapat, lain pendirian..tp susah la kalau dgn mereka-mereka yang tak tetap pendirian + emotional..

    ReplyDelete
  21. lagi sakit hati kalau orang yg memang tak faham, tapi buat2 faham bila dia sendiri dah salah faham. I tak faham la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...