assalammualikum wbt..
Masa berkerja sebelum cuti weekend ni banyak je idea aku nak menulis..ni dah start cuti, terus hilang idea aku nak update..mungkin sebab masih guna internet pinjam kot..feel nak dapatkan idea menulis lambat sampai sebab menumpang je surf tenet kat rumah mak aku ni.haha..Sepanjang minggu ni aku agak bizi la jugak..ketiadaan Internet ni betul-betul meyusahkan aku..kalau dulu orang cakap takda elektrik senang lagi dari takda air..tapi sekarang takda elektrik dan air pon takpa kot..janji ade internet..camtu la aku boleh gambarkan pentingnya internet sekarang..hahaha..apa pon kalau guna internet setakat nak login FB dengn bertwitter baik tak payah..sia-sia je..hahaha..
Okay idea dah mai..hahahaha..lani aku nak cerita bab rezeki la sikit..nak cerita bab isu semasa takut timbulkan kontroversi pulak..tak gitu H (LINK)..hahahaa..pertama sekali kenyataan hidup nyata, ramai orang nak kaya..tapi bila aku dah bersembang dengan orang-orang yang lebih berpengalaman baru aku sedar tak sepatutnya kita ni mengejar kekayaan ni..Lebih elok kalau kekayaan tu di tukarkan kepada kesenangan..aku pon dah cuba tanamkan prinsip tu dalam hidup aku la ni..tak kisah la kalau aku tak mampu beli ferarri pon..contoh camni..apa maknanya kaya raya tapi sakit? kekayaan tak terhabis, hidup mewah tapi kesenangan takda..kesenangan nak beribadat, nak tunaikan haji, nak makan nak tido semua takda atas sebab sebab tertentu..
Jangan ingat kekayaan je boleh jadikan kita senang..Kaya tapi tak pernah pergi haji, dia susah dari segi urusan masa dan lain-lain..kaya tapi tak boleh makan sedap-sedap..dia susah sebab ada penyakit yang tak membenarkan dia makan macam orang lain..dan macam-macam lagi la contoh yang korang bleh pikir sendiri..so bila camtu kekayaan tu tak kemana pon..tapi dah tu rezeki dia kan yang Allah bagi..kaya harta tapi nikmat kesenangan pulak ditarik..Berbalik tentang kehidupan aku pulak, aku ni bukan jenis yang mewah atau kaya..semuanya sekadar cukup je la..tu pon masih banyak lagi keperluan yang takda..motivasi yang aku dapat bila bersembang dengan orang-orang lama ni menyedarkan aku yang ada orang lain yang lagi kurang dari apa yang aku ada..tapi mungkin dia lebih senang dari aku tentang hal lain..
Sihat pon dah cukup besar rezeki kesenangan yang Allah beri sebenarnya yang ramai tak sedar..aku tak cakap orang camtu, aku pon sama..ingat bila dapat bonus,duit nuffnang, dapat projek juta-juta je baru nak syukur rezeki tu masuk..tu pon kalau ingat nak bersyukur..kesihatan yang selama ni bagus tak penah ingat nak bersyukur..jahilnya aku...
Kebetulan aku ada tengok 30minit Ustaz Don minggu lepas..banyak aku lupa tentang nama yang ustaz sebut..tapi point dia aku dapat save la dalam kepalotak aku ni..cerita ni bagi kesedaran la kepada orang yang sibuk kejar harta dunia je...kisah tu berlaku di zaman khalifah apa (tak ingat)..tentang seorang Gabenor (nama ni pon aku tak ingat)..satu hari masa khalifah buat check list untuk nama-mana penerima zakat, khalifah terkejut pasal nama seorang gabenor ni boleh tersenarai..mulanya ingat ada kesilapan..
Kebetulan aku ada tengok 30minit Ustaz Don minggu lepas..banyak aku lupa tentang nama yang ustaz sebut..tapi point dia aku dapat save la dalam kepalotak aku ni..cerita ni bagi kesedaran la kepada orang yang sibuk kejar harta dunia je...kisah tu berlaku di zaman khalifah apa (tak ingat)..tentang seorang Gabenor (nama ni pon aku tak ingat)..satu hari masa khalifah buat check list untuk nama-mana penerima zakat, khalifah terkejut pasal nama seorang gabenor ni boleh tersenarai..mulanya ingat ada kesilapan..
So Khalifah pon pergi la berjumpa gabenor tu dengan 4 persoalan yang ada..persoalan pertama dah terjawab bila tengok keadaan daif hidup gabenor tu yang memang dalam kemiskinan..memang layak terima zakat..persoalan kedua, kenapa gabenor cuma jumpa rakyat yang nak mengadu masalah time zohor hingga asar je..persoalan ketiga kenapa tak boleh jumpa waktu malam, persoalan keempat kenapa perlu cuti sehari dalam seminggu?
Serius jawapan gabenor tu memang menyentuh perasaan aku..gebenor pon menjawab kepada khalifah, " aku cuma boleh jumpa rakyat selepas kerja di rumah selesai dan habis menguruskan keperluan isteriku yang kurang upaya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri" aku tidak mempunyai pembantu rumah..jadi selepas asar aku perlu balik semula untuk menguruskan isteri ku kerana sudah lama aku meninggalkannya"..
Tentang soalan ketiga kenapa waktu malam tidak boleh jumpa, dengan rendah diri gebenor menjawab, "wahai Khalifah, dalam sehari aku membahagikan hariku kepada 3 bahagian..pertama menguruskan isteri dan rumah tangga, kedua urusan rakyat jelata dan ketiga untuk beribadat iaitu pada waktu malam...takkan masa urusan kerja dengan Allah aku masih nak pentingkan urusan dunia..nak jumpa esok pulak"..
Persoalan keempat tentang kenapa perlu bercuti satu hari, lalu gabenor pon menjawab, "wahai khalifah, aku cuma mempunyai sepasang pakaian" dan pada satu hari dalam seminggu aku perlu mencuci pakaian ku dan aurat ku terdedah..bagaimana aku hendak keluar dengan aurat terdedah..maka jelaslah persoalan yang timbul dan khalifah berkata, orang ni memang selayak layaknya menjadi gabenor..sekian..
Amacam story yang aku ringkaskan tu..menarik tak?.mungkin lagi menarik kalau korang suruh ustaz-ustaz citer..hahhaha..tapi point tu aku yakin betul la..penceritaan aku je terabur dan tah apa-apa...kisah tu betul-betul memberi pengajaran aku rasa.tapi nak jumpa keadaan macam tu lagi tak mungkin lah..aku pon pemberi zakat tak mungkin Gabenor penerima zakat kan..hahaha..kisah tu boleh diambil pengajaran la supaya tak tamak sangat...kaya atau miskin, rezeki tu Allah tetap bagi..
Alhamdulillah rezeki bakal anak aku nanti pon dah nampak..tiga bulan lepas sewaktu bini aku pergi temuduga kerja, masih tak tau pon lagi dia dah mengandung..bila tau dah mengandung tu pulak, rezeki permohonan dari temuduga kerja tu pon diterima..tapi macam yang aku cakap tadi bila Allah dah bagi tang tu, mungkin tang lain pulak ditarik..rezeki nak dikurniakan anak dah ada, rezeki bini aku dapat kerja pon ada, pasni dah sah sah la kesenangan yang ada sekarang berkurangan..
Bila anak dah lahir, mungkin masa dan wang pulak yang lebih nak guna, kesenangan nak tido, berehat contohnya pasti tak sama sebelum ada anak..sekarang pon dah susah sikit aku nak kena hantar dan jemput bini aku pergi kerja jauh..nak rushing kejar masa pulak tu..tapi berbaloi la rezeki yang Allah bagi ni..susah tang tu, ada kelebihannya tang lain..korang pon pasti alami la ni semua..harap jangan mengeluh (peringatan untuk diri sendiri)..semua ni termasuk dalam qada dan qadar..terima la seadanya...doa la mohon kesenangan dan permudahkan segala urusan kita..mohon nak kaya? tak payah la kot....
p/s : gua mengantuk..sambung tido kejap...
insaf jap pas baca entri bro nih ..
ReplyDeletekesimpulannya tak perlu kaya .. mohon kesenangan jer lah ..
hahaha..tak kisah la der..nak kaya pon bagus gak..tp aku nak pilih kesenangan je..
DeleteFirst time aku tgk org yg tak bangga jadi org yg fisrt komen. Hehehe. Aku mcm biasa, malas nak scroll ke bawah. Aci kan? Aku kan ibu mengandung. Mahapkan la aku.
DeleteAku setuju dgn point ko. Kekayaan vs kesenangan, lebih baik pilih kesenangan. Ada yg kaya raya tapi hati tak tenteram. Anak2 bermasalah. Keluarga porak peranda. Kawan2 suka tikam belakang. Tapi kalo tak kaya, tapi hidup berjalan lancar, semuanya mudah.. itu lebih bermakna, betul tak?
Aku plak, apa yg aku belajar drpd pengalaman hidup aku, dulu aku suka membeli apa2 je yang aku mahu miliki. Brg2 branded. Segala kelengkapan diri yg penting atai tak penting... tapi hati aku tak gembira mana pun. Hati tak tenang pun. Tapi once aku dah tau apa yg kurang dalam hidup aku... iaitu aku takde rasa tenang dan bahagia, aku mula berdoa utk miliki 2 perkara tu. Now, bila dah dapat bahagia dan ketenangan tu.... aku mmg rasa hidup aku lengkap dan seperti dah miliki semuanya, walaupun skrg aku hidup berjimat cermat dah banyak benda yang aku sabar je untuk beli.. tapi hati aku bahagia. Yey! Syukur Alhamdulillah.
aqumad baru lagi lyd mai blog aku..dah la amik tempat aku parking 1st..tak bangga plak tu..terbako je aku..kehkehkeh..
Deleteaku pilih branded gak lyd..tapi mampu kat bundle je la..hahaha..bab pengurusan belanja tu ikut mampu masing2..kalau nak ikut kemahuan dan nafsu mmg tak penah cukup..tapi mcam cakp ko, ko tak dapat ketenangan pon camtu..orang lain wallualam..apapon besederhana dan bersyukur selalu lebih baik..
Yezza....tak pepasal akak pun terjoin komen kat blog H. Tetiba rasa nak buat status kat fb pulak komen tu. hahaha....
ReplyDeleteAnyway.....Alhamdulillah baru jugak tersedar yang kesihatan adalah rezeki yang paling patut kita syukuri. Baru sat tadi encik hubby kata patut kita syukur anak2 kita sentiasa sihat. Anak orang lain keluar masuk hospital.
hmmm.....semoga kita semua sihat sepanjang hayat, maka mudah untuk kita cari rezeki duit pulak. amiiiinn..
aku dah kene ban ngan H kak..marah betul dia ngan aku..haha...
Deleteanak2 sihat tu dah kesenangan yang paling bagus dah kan kak..cuba kalau kita kaya pon, tp anak skt..susah jadinya..susah hati dah tentu..adehh..
Aku tgk gak Ustaz Don tu. Tp part jawapan aku rasa aku dengar sampai jawapan pertama je, lepas tu aku tak igt aku buat apa :P
ReplyDeleteYg nak mohon jadi kaya or senang tu aku taknak komen. Sbb pada aku hidup kita ni memang sentiasa akan diuji. Tak kira kita miskin, sederhana, or kaya. Cuma bezanya, camne kita terima & redha ngan ujian tu je. & of course sejauh mana kita bersyukur la. Bersyukur ni sebenarnya ramai org salu cakap, tp ramai gak salu lupa. Aku tak cakap org laen, aku pun sama. Bape ramai je yg celik mata pagi2 ucap Alhamdulillah maseh diberi nyawa, maseh diberi kesihatan, maseh boleh melihat dunia, maseh boleh bersama2 ngan keluarga. Bape ramai? Aku tak cakap org laen. Aku pun jarang buat.
So, pd aku tak perlu sgt nak fikir nak kaya ke tak. Yg penting nikmat yg ada sekarang dah disyukuri ke belum. Kan Pakcik? Lagi 1, kdg2 masa kita belum kaya or belum senang, kita mmg igt ni sume. Tp sampai masa nanti kita dah kaya or senang, tanpa sedar kita dah tak ingat pun ni sume Pakcik. Aku harap aku, kau & sume tak camtu la kan?
Sekian komen aku yg aku rasa macam takde kaitan ngan apa yg kau tulis kat atas tu. Hahaha!
Btw, semalam camne ntah tiba2 aku leh termimpi kau. Grrrrrr
Deleteaku memula ingat ade 1 jawapan je..rupenya ade 4.nasib aku tak tukar chanel lain..hahaha..kalau nak kira nikmat kan liya, tak terkira pon..kita bernafas ni pon nikmat dah..tak payah soal kaya..penah syukur sebab dapat oksigen?kekeke..mmg tak la kan..tp nikmat tu pon paling besar dah yg kita lupa..
Deletebtw komen ko ikut topik la ni..bab mimpi tu tak bleh blah..kehkehkeh..
utk hari Na mengalah laa ..selalu sgt dok atas Lyaa..sian plak kat Lyaa..
Deletesbgai org muda Na kena hormati org yg lebih berusia kekekeek *Lyaa Na gurau je..Lyaa jgn laa sentap ngn Na mcm Bundle sentap dgn H..sbbb H xnk cmmnt entry dye..padan muka Bundle sape suruh bg H sentap.. hihihi..
utuk Bundle Na rasa H bukan sentap..dye Bz kot sbb tu dye tak cmmnt lagi..SABAR bole x???
untuk H- (kalau dye bace) jgn laa sentap2 dgn Bundle..Bundle mmg camgini...Pembakang yg menyakitkan hati hehehehe
untuk Na -(KENAPA NAK MASUK CAMPUR HAL ORANG NA!!!!!!!)
okayy back to main point entry ni..
keinsafan da ade da bila bace entry ni..dan bertambah ilmu pengetahuan Na..
Entry ni pun Na takut n nak cmmnt nty org kata ape lak hihi
As semua manusia pun mmg nak hidup senang..so na adalah sorang dari manusia2 itu.. =) tp btul jugak..kekayaan dunia ni ape laa yg ade..tp utk hisup zaman skrng ni.itu yg perlu..sama mcm org selalu pertikaikan duit bukan segalanya.. tp segala nye memerlukan duet skrng ni even masuk toilet kt klcc pun kena bayar 5osen.. huhuhu Na pun mengharap na akan jd manusia yg punya kekayaan dari segi diri,amal,kebaikkan ,utk na mati nty..tapi sebagai mausia yg xkuat imam dan manusia biasa ,na masih lagi2 tercarik2 utk menjdi manusia yg sempurna tapi tu laa TAK ADA KESEMPURNAAN DALAM HIDUP INI YANG ADA HANYA KEPUASAN DENGAN APA YANG DITAWARKAN OLEH KEHIDUPAN,MAKA JGN BERMIMPIKAN KESEMPURNAAN KECUALI BERMIMPI DIMALAM HARI KETINA TIDUR wekkk ;p
*ape ntah typo KETINA... its supposed KETIKA kekekekeke
Deletesemcm je bunyi "ketina" hahahahha
tahniah bakal bergelar ayah.. ;D
ReplyDeletekaya di dunia tak menjamin kaya di akhirat.. betul tak?
tengkiu bro..kaya kat akhirat tu yng sepatutnye kejar ye dak..tapi tu yang susah..
Deletewah,, kemain lagi,, alhamdulillah,, leps ni nk doa dapt kesenangn jela,, tak nak kekayaan,,
ReplyDeletekemain apanye muja..ekekeke..ha bagus la tu..kalau nak kaya biar kaya kat akhirat nanti..kat dunia ni cukup la kalau dapat senang..
Deleteaku selalu berdoa inginkan kesenangan dalam kesederhanaan. tak kaya pun takpe janji senang hati supaya hidup tenang walau kadang2 berkocak juga hati yang tenang bila diduga. hehe...nama pun hidupkan pasti ada dugaan.
ReplyDeletetang bersyukur tu...aku ni manusia biasa kadang terleka, bila ditimpa musibah baru reti nak beringat. :D
bgus tu aien..aku pon dah pilih hidup tenang dari duit semata-mata la ni..dulu aku keje kat tempat lama yang bos gila sex tu aku dapat gaji mahal jugak..tapi sebab tak tenang keja situ aku blah..masuk keje tempat yang gaji balik ke basic ni..sikit pon cukup je..bleh je sara anak org makan..
DeleteInsaf bace entry pokcik., gebenor yg humble..hidup sng pn dah cukup x perlu kaya raya sangat.insyaallah rezeki sentiasa ada.
ReplyDeletep/s: tak sabar tgu kelahiran baby pokcik bundle kehkeh.,gua nk jd untie chuu XD
haha..sampai jugak la penceritaan aku tu ek..aku dah rasa orang kurang paham apa aku borak pasal kesah gabenor tu..hahaha..
Deletep/s : nanti untie chuu belikan ymbundle junior baju banyak2 ek..kalau boleh stroller sekali..haha
Bini abah aku pernah pesan dulu,
ReplyDelete"Hidup ni biarlah sederhana asalkan bahagianya masih ada dan masih boleh bergelak ketawa dari hidup penuh mewah tapi berendam air mata."
Aku taknak ulas panjang2...Kau rasa apa yang bini abah aku pesan tu ada kaitan tak?
Kehkehkeh..
perghh..bini abah ko pandai main falsafah ye..berendam air mata tu..hahaha..
Deletekaitan tu ada, tapi nampak cam drama sangat la..hahahhaa..
kebahagian di dunia dan akhirat....
ReplyDeleteTun M pernah berkata hidup ini perlu bersederhana dlm semua aspek....
yela leeza..tapi pesal tun M je dihighlightkan..ramai je ulamak2 lain cakap pasal tu..ustaz aku pon ade cakap tau..hahaha..
Deletejangan sedih sedih bro :)
ReplyDeletejadah komen ko ni..bila plak aku sedih..wakakaka..
DeleteSehat itu memang satu nikmat. Kesenangan yang tak dapat digambarkan. Syukur. Masa yang lapang tu pun satu nikmat yang takde galang gantinya. Alhamdulillah, aku semakin sehat.. tapi bab tade letrik ngan air tu aku tale blah... hahaha.
ReplyDelete-kak6-
tu la..Allah kdang2 bagi kita kesihatan yang baik tapi tak bagi kita kaya..tu pon dah rezeki kesenangan kan..ko sebelum ni sakit ke?..ada tak mak mertua ko suh jumpa bomoh lagi..hahhahaa...
Deleteletrik ngn air aku pilih air..letrik ngan internet aku pilih internet..hahaha..
Hahaha... niat baik tapi cara tu tak sematlamat dengan aku...
DeleteSo turutannya camnila -air, tenet, letrik. Bis kalau takde letrik cane nak tenet?? Haha. Nokia, laptop, kene cas gak...
Takpela, aku doa ko miliki internet berpanjangan.. hehe
yezzaaaa...
ReplyDeletedulu dulu pong aku slalu rasa cemburu bila tgk kehidupan orang yg kayes rayes, cantik jelita.. well educated plak tuh. Bak kata orang very da perfecto ler kann..
tapi 3,4 menjak nih.. tatkala dh sampai seru utk aku celikkan mata hati seluasnya..
Memangg aku pon rasa, tiada apa yg lebih baik n indah melainkan jika kita diberikan kesehatan yang baik ini.
Walaupong aku tak blajaq tggi melangit, bukan dari golongan yg kayes rayes juga cantik jelita..
namun aku bersyukurrrr sangat pasai Alhamdulillah.. setakat ini aku memang sehat walafiat sangat. Tak pernah lagi punya pengalaman pahit kena tido wad bagai...
Dan.. walaupon kita tgk org itu cantik jelita bagai nak rak, tapi tahukah kita samada dalam hatinya gembira atau bahagia?
Mcm kebanyakan selebriti la nie ler kann... muka semuanya mmg la very da vogue n anggun. Tapi... still gak diceraikan..
Dan.. kalau semua orang nak jadi bijak pandai sangatt, sapa pulak yg nak jd pekerja biasa2 cam aku nie kann.. takkan nk angkut lg nepal, bangla n indon kannn...
Sememangnya.. Tuhan itu memang maha adil...
Dia dh tentukan apa yg terbaik untuk kita.... *mahapkan aku, tersemangat nak komen panjang lebaq plakk... kihkihkih
pergh..panjang lebar hujah penggulungan ko..haha..
Deleteaku sama je cam ko kot..tak belajar tinggi, tak kaya raya tak jambu cam kpop tapi syukur la aku masih sihat, senang dari segi pengurusan masa..hutang tak banyak..walaupon aku penah gak tido wad baru2 ni..ko lagi untung la tembikai kalau camtu..hahaha..
satu lagi kan kalau nak senang hidup ni..takleh dengki dengan orang..tu masalah orang kita gak sebenarnya..sekian..hahaha..
nak jumpa menteri macam tu sekarang jangan harap la kan..hahak..
ReplyDeletetu lah bila senang part tu ada slack sikit part ni...tu nama dia balancing..hahak
haa..aku nak cakap pasal balancing la tadi..lupa lak perkataan tu..hahaha..nak perfect semua tak mungkin kan bro..
Deleteinsaf.. senang cerita kita ni jangan jadi kufur nikmat la kan.. tak bsyukur dengan apa yg ada :)
ReplyDeletea'a..gitu la gamaknya..sama sama la kita ingat mengingati..
Deletenak menitik air mta plak aku baca kisah gabenor tu.uh touching gila..betul tu aku setuju,hidup kita nie tak perlu kaya, jnji senang..:)
ReplyDeleteTahniah sbb isteri ko dh dpt keje.setiap anak mmg ada rezekinya.aku dulu ms pregnantkan aiman aku dpt keja gomen. sedangkan sblom tu berkali2 aku dh pegi interview.n jwatan yg aku dpt tu yg 1st aku p interview, keputusan just kata aku ada dlm simpanan.tp siapa sgka rezeki anak waktu mengandung br dpt keja tu..:)
erk..terkesan jugak penyampaian aku tu ek..asal ko paham citer tu ok la..hahaha..risau jugak sebab aku sekali dengar je pastu terus taip balik citer tu..cari video tu kat youtube takde plak..hahaha..
Deleterezeki anak aku tu..alhamdulillah la bini aku dapat tu pon keje gomen..ngam2 masa mengandung ni dapat..tu pon sebelum tu dia terpikir nak tolak..tah apa2 je..hahaha..
apa guna kaya kalau hati tak senng, nak hidup pon bior bersederhana je.
ReplyDeleterezeki anak mmg tak boleh dijangka, samalah dgn den, masa anak nak lahir dulu, barulah merasa senang sket sb suami dah naik pangkat..cenggitulah seterusnya.
yg penting terus-terusan bersyukur kan..
yela kak..aku tak tau la kalau ade orang sanggup kaya raya tapi jiwa tertekan, hati tak senang..pelik gak tu..
Deleteso agak2 bila nak bagi adik kat ika tu?rezeki kan dah bertambah...hahahhaa..
kaya tp x gembira pun susah..aku tak kaya tp nak hidup bahagia...
ReplyDeletejelas kan bahagia tu masuk dalam ketegori senang..
Deleteaku xtau perasaan jadi kaya camna pasal aku tak penah kaya.. kecuali kaya budi bahasa dan kaseh sayang.. hahahaha..
ReplyDeletedulu masa aku kecik2 aku teringin sangat nak mak ayah kaya..boleh dapat itu ini.. jahat kan aku.. hewhew.. tp bila dah besar.. aku bersyukur sangat.. dengan kekurangan dulu tu la yg buat aku jadi lebih berdikari dan tenang sekarang.. hehehe..
aku dan suami aku ni ketegori biasa dan sederhana je.. tp syukur ALHAMDULILLAH.. aku rasa aku kaya dengan kaseh sayang kot.. senang hati je.. hari2 pun ceria.. walaupun ade masalah.. kehidupan kami tetap ceria dan bahagia.. kesenangan kan tu..?
ahak!
*ntaah ape aku komeng.. kepala pusing.. tp nak komeng jugakk...
kuat berangan ko ni..hahaha..nak jadi kaya tak salah pon makcik tapi makin banyak harta ko,makin banyak tanggungjawab ko sebenarnya..kalau ko kaya raya tapi jiran ko melarat tak makan..wajib ko bantu dia takut kat akhirat nanti dipersoalkan..sekian..hahaha..
Deleteserius terkesan dengan cerita yg ko kongsi tu..
ReplyDeletedlu masa aku kecik2 pernah la jugak memberontak dalam hati kenapa aku hidup susah tak macam kawan2 yg lain..dah beso nak sangat jadi kaya..tapi bila dah beso baru aku sedar yang aku boleh je terima kehidupan aku sebenarnya..mungkin ada sebab Allah atur begitu..
aku bersyukur walaupun aku hidup biasa2 je tapi senang alhamdulillah..takde la nak beratkan kepala dengan masalah2 yg besar..walaupun keje biase2 je tapi cukup untuk tampung hidup aku, bagi duit kat mak aku sikit, bayar ptptn, belanje diri sendiri..
tak penah dengar ek sebelum ni..dia ada satu versi lagi pasal khalifah dengan gabenor ni tapi aku tak pasti orang yang sama or tak..citer yang tu lagi popular..
Deletebagi kat mak duit tu salah satu cara nak berkat gak tu..inysa'allah walaupon sikit pendapatan kita, bleh la cukup..janji senang hati..
Thanks sgt sgt atas perkongsian ni. Betul cakap encik. Lebih baik doa minta kesenangan daripada kekayaan. Bila kita kaya, dah masih minta walaupon dalam doa supaya Allah tambahkan lagi nikmat kekayaan tu, bukan dah kira macam kita ni tamak ke? Tak bersyukur sedangkan kat luar sana ada lagi yg ekonomi keluarga sgt tak stabil berbanding dengan kita. Kaya dunia ni tak bawa kemana. Tiba masa tinggalkan juga. Kaya di dunia tapi tak gunakan untuk tempah tiket utk setiap ahli keluarga masuk syurga pon tak guna jugak. T.T Serius insaf baca entri ni.
ReplyDeleteTerasa sama macam nak jadi pandai VS nak berjaya dalam pelajaran. Btw, tahniah atas berita nak jadi ayah. Semoga selamat semuanya!Dan di murahkan rezeki! :)
sama-sama..jgn nak berencik2 sgt ngn aku la ninja..sekeh kang..hahaha..
Deletedalam sejarah islam, sahabat2 nabi dan khalifah2 ramai yang kaya raya..tp diorang tinggalkan harta tu untuk islam je dan nak mati dalam miskin..
paling terbaru aku dengar, ceo al rajhi bank pon dah ikut camtu..walaupon kaya, tp dia dah lepaskan semua harta dia..dia pon nak mati dalam miskin..fakta atau tak cube cari..aku dengar ni masa tazkirah sebelum kutbah jumaat..
Hahaha, nak sekeh orang pulak! Tak reti tak berencik ni. Rasa tak hormat pulak. Rasanya, encik ni jauh lagi tua kott. Hahahaha. Kalau macam tu, minta izin panggil cikgu lah ya? Haha
DeleteAhaa, thanks ats berita ni! Tak tahu menahu lgsg pasal ni. Boleh godek godek google cari maklumat kesahihan benda ni.
:)
bersyukur dengan apa yang ada... wei,tahniah ..... nak panggil apa ni?daddy?abi?abah?ayah?papa?hiihi
ReplyDeletethnks mocik..aku pon tak tau lagi nak jadi ape..abah je kot..manje skit..haha..
Deletehoo pinjam internet mak.... hi hi hi
ReplyDeleteleeza sndiri pernah melalui bila tgh sibuk, masa tu lah idea melimpah2 nk tulis blog. bila tgh2 cuti... tak ada idea... ouch.. tak sukanya situasi ini.
ada ubat nak atasi? he he he
mak aku mama cyber tau leeza..hahaha..dah tua2 ni makin terer dia guna tenet..
Deletesediakan pen dan kertas sentiasa..ade terlintas catit..nanti taip la semula..aku kadang2 taip je kat notepad kalau nak senang..tak payah tunggu internet ade..haha..
salute la gabenor tu. kalau la pemimpin2 malaysia pun mcm tu. errrr..
ReplyDeletetp betul kan. kalau kaya tp hati tak senang pun buat pe gak. ok, insaf. pasni takde dah dok berangan nak jadi kaya. huhuhu..
pemimpin malaysia kalau camtu aman sejahtera la hidup kita chicna..hahaha..takde la timbul dengki2 kalau semua orang tak kejar dunia..
Delete
ReplyDeletekunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
kalau pasal kekayaan, nilai dia tu biasanya lebih kepada duit or harta benda..rumah ke..kereta ke..aset ke..or macam2 lagi la..
ReplyDeletekalau pasal kesenangan pulak, skop tu akan jadi lebih besar..kesenangan dari segi masa..keselesaan..cara hidup and seumpamanya..
so biasanya kalau kita berangan apa2, kita akan lebih harapkan pada kekayaan..mungkin sebab kita nampak nilai wang tu penting buat masa sekarang kot..sebab tu kita harap kita akan kaya, instead of akan senang..sebab kita anggap, bila dah kaya nanti kehidupan kita akan lebih senang..padahal tak semestinya pun..zzzz
yeahh..ko datang gak h..tetiba rasa terharu...hahaha..
Delete