Saturday, February 11, 2012

Review status FB : kebabian

assalammualaikum wbt..

Harini aku nak share sikit pasal status bergambar FB sepupu aku sorang ni...hahaha..tapi aku bukan nak buat entri kutuk mengutuk macam entri lepas lagi..toksah risau.hehe...kalau aku kutuk pon at least ada pengajaran kan..(pengajaran la sangat)..kahkahkah..

Komik apa tah yang sepupu aku ni post semalam buat aku tersenyum sumbing sorang..hampeh kau Zain..aku rasa mungkin korang pon dah pernah tengok kot..komik tu pasal couple, forever alone dan khinzir atau bahasa comelnya babi..ceritanya macam ni...satu hari, forever alone ni bawak la babi dia bersiar siar kat Pavillion..bawak macam biasa orang bawak anjing tu..tambat je tengkuk dia ,bawak jalan..


Bila dia sampai depan pasangan yang tengah bermadu asmara ni, forever alone ni pon terdengar la pasangan ni bersembang.."isk, nampak macam melayu je, dia islam ke bukan tu sayang? selamber jer pegang babi"kata siti kepada pakwenya..

"ala, kalau melayu, melayu murtad la tu baby" jawab pakwe Siti sambil memeluk erat pingang Siti serta mengesel gesel miang...forever alone tidak mengendahkan sembang sumbang tu dan terus berlalu bersama babinya..Tamat..

Kesimpulan dari cerita yang aku tokok tambah dari komik tu ialah, ramai orang melayu islam menganggap sentuh babi je, hukumnya haram..bila pegang babi dan anjing je dah orang cakap dia murtad la apa la..tak baik ah gitu..

Penjelasan yang amat jelas aku baca dari seorang doktor veterinar dalam satu blog ni(link), katanya tiada nas atau tafsiaran yang mengatakan menyentuh binatang mughollazoh ni haram..yang haram dan berdosa cuma memakannya saja..kalau dah sentuh boleh samak je la..berbalik pada cerita tadi..sebenarnya perbuatan yang haram dan hina bukan la forever alone tu..patutnya kapel tu yang lebih rasa malu sebab perbuatan dia yang sebenarnya wtf....

Sentuh babi boleh cuci maa, bersentuhan lelaki perempuan bukan mahram lagi haram dan berdosa..mulia lagi kot pegang babi..kahkahkah..So pada yang belum nikah tu, jangan nak gesel gesel sangat la ek..hehehe...


p/s : serius gua sentap jugak dengan komik tu..hihi..

25 comments:

  1. koh koh..betoi le tuu..kalau dah pegang tangan yg bukan mahram..takkan nak samak kot..kasi potong je tangan tu..haha

    ReplyDelete
  2. amboi,gambaq gadis penyayang tu memang sarkastik tau!
    tapi takpa,tak haramkan? boleh samak kan kan kannn?

    ReplyDelete
  3. woooo..memang sentap abis laaa... smpi ke ulu jantung terase sape yg terkene tu..hahahahha!!
    tp mmg tepat la ape awk tulis tu...

    ReplyDelete
  4. Haha.. entri ni mmg bgs tuk menerangkan kedudukan sebenar pengunaan halal n haram. Sbb slama ni sibuk kat hal haiwan namun antara manusia sndr seolah2 "dikaburkan" oleh pihak2 tertentu.

    Tertarik kpd komen drp Cik Ca'ah. Ada blog menarik psl "Man best friend" dan Islam ni, sy pun terpegun jap pas baca.(Tumpang ltk link Admin.. Hoho)
    http://www.mykittun.com/2009/01/bingkisan-hati-dari-mk.html

    ReplyDelete
  5. cantik adira memang terserlah "sifat penyayang dia" HAHHAA

    ReplyDelete
  6. myra : hahaha..potong, jangan tak potong..

    ca'ah : hehe..tu la sapa cakap haram pegang anjing..penyayang tu..kihkihkih..

    mimie : hahaha...aku pon sentap lol..wooo..

    apple : banyak pendapat pasal hukum anjing dan babi ni bro..tapi yang pasti haram hukumnya bersentuhan bukan mahram..hehe..

    p/s : utk muslim jela apple..kau takpa..hehe..

    cikpha : hahaha..

    amyzana : zaman freemason memang cenggitu amy..hahaha..

    ReplyDelete
  7. sentap gak nie.byknya dosa aku dulu2.muahahaha..

    ReplyDelete
  8. bila nampak org pgg2 tgn..seolah2 terbayang babi sedang bermanja2..hahaha..peace!

    ReplyDelete
  9. pn kutu : kahkahkah..aku pon sentap pasal dulu2 gak kutu..lani baik sikit dah..kehkehkh..

    biela bell : perghh..jujur komen ko biela..hahaha...

    dayah : kahkahakah..baby sungguh..

    ReplyDelete
  10. sumpah cool entri ...follow sini

    ReplyDelete
  11. btul la broo.yang haram tetap haram..zaman la banyak yg masih tak sedar.meluat bijik mata tgk aih.huhuhu

    ReplyDelete
  12. bila bab pgg tangan...x brani nk potong lak yer :)

    ReplyDelete
  13. yg haram itu jelas yg halal itu jelas namun terdapat syubhah antara keduanya..kta dikurniakan akal dan iman utk brfikir...

    ReplyDelete
  14. pergh , entri terbaik nie . bahasa boleh tahan . hehe xD

    ReplyDelete
  15. sebelum kawen ligat je gesel2..dosa yang boleh disamak ke? huhu

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, empunya Blogger.
    Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com

    Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?

    Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
  17. aku pernah terbaca,,bahawasanya kalau kita bersentuhan dengan orang bukan muhrim sama seperti sentuh khinzir,,malah lebih teruk lagi sebab tak boleh samak..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  18. salah statmen ko baca tu..dosa bersentuhan bukan muhrim memang dah jelas kan..lain pulak hukumnya dengan sentuh binatang ni..haha..tapi bgs la kalau just nak bandingkan tahap level mana sebenarnya lagi buruk..hihi..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  19. lamanye xpegang tgn ppuan

    *kecuali mak aku

    :-)

    ReplyDelete
  20. Aku teringat teka-teki yang aku selalu tanya kat orang. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang selalu betul. Kehkehkeh..

    Jawapannya babi. Sebab bila marah orang akan cakap "BABI BETUL!!". zzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr..dulu aku teka adik ppuan aku..esoknya dia pegi teka kawan2 dia kat sekolah..zzz

      Delete