Tuesday, November 15, 2011

Hitam tu seksi, gemuk tu seni.

assalammualaikum wbt..

Pagi tadi aku ada dengar radio hotfm kejap, makcik dengan pakcik Dj tu berhot chat pasal obesiti rakyat Malaysia ni dah dapat tempat pertama kat asia..congrats all..

Aku juga nak melahirkan rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab aku dah dilahirkan kat Malaysia ni..lahir je dah cukup makan..mekdi ada,kepsi ada..best woo..

Alhamdulillah orang kat malaysia ni cukup je makan..insya'Allah pengemis pon boleh lagi makan atleast sekali sehari..kedai makan pon ada je kat mana mana..kalau ada jugak yang tak makan sampai 2 3 hari, serius ada yang tak kena dalam masyarakat kita ni..kalau lapar sangat meh la datang rumah aku makan nasik..beras subsidi banyak lagi..err

sexy kan..

Tapi dalam ramai rakyat Malaysia ni yang terlebih makan, gemuk atau obes, aku pulak dah dua hari kena gastrik lagi ni...asik lapar sampai masuk angin je perut aku ni..isk..isk..sakit wei..bukan aku tak nak makan, tapi selalu je aku tak sempat nak makan ikut masa..(taip entry sambil guling2 sakit perut ni)..waaaaa

Satu lagi yang aku pelik, parent sekarang ni suka sangat bagi anak dorang makan sampai naik bulat badan anak anak, pastu suka pulak tu kalau mak jah sebelah rumah tu cakap"gemuk anak kau selena gomez, sihat je aku nengok"..WTF la..sihat jadah..tak kesian ke tengok budak kecik lagi dah gemuk..

Kesimpulannya, makan tu beringat la sikit..kalau korang rasa gemuk@obesiti tu best, teruskan la mengobeskan badan korang tu..pepatah dari member tempat kerja lama aku ada menyebut, hitam tu seksi, gemuk tu seni..terbaikk ahh!!


p/s : minum ayaq kapur lagi aku harini..


23 comments:

  1. Jika obes disebabkan genetik tidak mengapa. Kalau yang dulunya slim bertukar jadi gemuk, itu salah sendiri. Jadi gemuk tak mengapa asal saja kesihatan terjaga.

    ReplyDelete
  2. betol ke faktor genetik punca obes?takkan lahir2 dah gemok..aku tak rasa faktor genetik punca obes ni....

    ReplyDelete
  3. kesian gak wei... kalau budak lah kan..dah la gemuk ,ketot pulak..mesti letih nak bawak ke hulu ke hilir badannya,huhu..aku makan beringat je,hahaha :P

    ReplyDelete
  4. tu la..cian aku tengok budak kecik obes,penat bawak bdan.hahaha..ko tu dah kurus ok la mocik..

    ReplyDelete
  5. dulu time kecik2 mak cakap kurus jer..tapi skg dah bes0..chubby plak..salah sapa ? salah diri sndiri sebab x kawal napsu makaN..HAHAAHA:P

    ReplyDelete
  6. asal tubuh badan..elok batin tu gua syukur da..kakaka

    ReplyDelete
  7. faktor genetik slh satu..tk dpt dinafikan anak sy chubby pasal genetik kot.

    sy sgt titik beratkan soal kesihatan dlm masakan yg sy msk.Jajan pun sy tak beri..cuma kadang2 biasalah,budak2..

    tp dia nak chubby,sy nak buat apa?makanan pun dah pantau.hahaha..

    ReplyDelete
  8. @chuu : gastrik la chuu..mau tak guling aku..hahaha

    @hiro : btol bro.yang penting batin sihat..wakakakaka..

    @pn.kutu : kalau pn.kutu dah obes, aku rasa better jgn sampai anak pn. pon obes..cian dia puan..berat dia bawak badan nanti..hehehe..*chubby takpe lagi*

    ReplyDelete
  9. patutlah semua dok sibuk ckp pasal obesiti. kuar radio upanya. haha..

    ReplyDelete
  10. huhu ibubapa mainkan peranan kat sini..
    bila anak2 dari kecik dah sumbat
    makanan tak sihat. gemoklah gamaknya..
    lepastu kat tepi sekolah semua dok jual jajan
    kantin pun jual jajan
    apa kes? haha :D

    ReplyDelete
  11. kenape kerajaan xharamkan je jajan-jajan ha??pelik2..mmg dh tau makanan tu tak sihat..dh jual budak2 makan la dh orang jual..

    ReplyDelete
  12. gastrik?ala..ciannya..hehe

    ala..pape pun org kata mkn biar berpada..x kisahla gemuk ke kurus yg penting sihat.hehe

    ReplyDelete
  13. dah kritikal dah obesiti kat msia ni....faktor makanan agaknya

    ReplyDelete
  14. hahah. kurus sangat kena gastrik. gemok sangat pulak jadi obes..

    ReplyDelete
  15. ko gemuk kan?hahahaha...kurus la baru menawan -..-"

    ReplyDelete
  16. Saudara, memang obesiti juga disebabkan oleh masalah genetik. Beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin.

    ReplyDelete
  17. oo ye ke..so tak leh salahkan anak obes la kalau mak pak dah memang gemok..tapi boleh je kontrol dak?nak dengan taknak je..hehe..

    ReplyDelete
  18. aku dah gemuk weh. serious meyesal gila makan lebih. skrg dah tak leh kontrol. tak rela aku digelar obesiti.

    ReplyDelete
  19. Sngt bersetuju dgn pndgn terhadap parents yg layan anak camtu. Anak kena diabetes ke, kawan2 buli ke, tak difikirkan. Ibubapa kena alert tntg hal makan anak2 ni, bukan sekadar halal haram tapi juga kandungan makanan dari segi lemak, kolesterol dsb.
    Tp mmg hampehla, apasal no 1 kat asia, ptt kat dunia. Supaya bisnes kuruskan badan meningkat, ekonomi kita pun makin bek. kita ramai2 bw beras kat rumah bro, maklumla, ekonomi ok, bawa apa2 pun ok. lol.

    ReplyDelete