Wednesday, March 12, 2014

Sains dan 'Nature'


9.30 pagi..suasana yang hening di dalam Makmal Sains, kelas 5 Perdana..Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang..

*****

Kelihatan dua orang pelajar yang tidak mengambil perhatian semasa gurunya mengajar sedang berbual di belakang..Topik yang dibualkan berkemungkinan nampak lebih ilmiah berbanding apa yang gurunya Pn.Aini sedang sampaikan..


Pet atau nama sebenarnya Mohd Rafiq seorang ketua tingkatan, memiliki sifat malas infiniti, tapi sukakan cabaran..panggilan Pet dipercayai muncul disebabkan style beliau suka berjalan slowmo, bersuara perlahan, gaya lalok dan suka tidur di dalam kelas..lalu seorang kawan beliau memanggilnya 'Pet' simbolik kepada gaya seorang Mat Pet @ penagih dadah..

masih dalam misteri sehingga kini mengapa beliau dilantik menjadi ketua tingkatan..


Tapi ramai jugak percaya, panggilan Pet tu sebenarnya bermula dari seorang makwa paling cun di sekolah yang merasakan Rafiq sangat la kiut seperti haiwan peliharaannya di rumah persis seekor kucing parsi..kebarangkalian teori ni lebih hampir dengan fakta kerana beliau amat terkenal dikalangan makwa makwa di sekolah..


Kawannya Mohd Afdal atau lebih dikenali sebagai 'Bedal'..bertubuh gempal..sesuai sangat nama tu dengan perwatakannya..suka makan setiap masa, agak malas jugak dan suka berangan.selalu percaya yang suatu hari nanti beliau akan berkahwin dengan gadis idamannya dan memiliki 5orang anak..


"Pet, kau ada cita-cita tak? " Bedal mengajak Pet berbual..


"mesti la ada", sambil Pet mengesat air liur basi yang hampir meleleh ke meja.."kacau je la kau ni, baru je aku nak tido"


"dulu masa kecik aku nak jadi doktor, tapi sekarang aku nak jadi saintis"


"perghh..kebetulan la kita dalam kelas Sains sekarang, bagus betul cita-cita kau Pet"


aku nak jadi saintis sebab orang Malaysia ni tak ramai lagi yang jadi Saintis..boleh jugak aku sumbangkan kepakaran aku nanti..kata Pet serius..




Pakar apa kau nak jadi?


"ada sebab aku nak jadi saintis ni Bedal, lagipon ni je karier paling sesuai dengan aku" aku nak jadi pakar sain lah..tu sebab aku nak jadi saintis..


Bedal  tak paham pon apa yang Pet sampaikan, hanya mendengar sambil  mengunyah karipap yang dibelinya kat kantin sebelum masuk kelas tadi..


"aku sebenarnya menghadapi kecelaruan dalam sain ni bedal, so aku memang berharap aku boleh terus belajar sehingga jadi pakar sain dan seterusnya digelar saintis..aku harap satu hari nanti orang akan memerlukan khidmat aku untuk sainkan apa saja dokumen "


"maksud kau sain yang tandatangan tu ke Pet"

Pet mengangguk...


******


"Kau tau Pet, aku pon ada cita-cita jugak..aku nak jadi photographer.."


tapi tak main la photograper pengantin.."aku nak jadi photographer untuk  international macam National Geographic tu, gaji boleh ratus ribu sekali turun beb"..tegas Bedal dengan mata bersinar-sinar..


"kau pon tau kan, aku memang minat gila dengan alam-alam semulajadi ni .."


Teringat satu kejadian bulan lepas Bedal terjun kedalam kolam ikan talapia kat tepi surau sekolah sebab ingin berkomunikasi dan selfie dengan ikan ikan dan beberapa lagi spesis hidupan di kolam tu..begitulah ketaksuban Bedal dengan nature..


  kolam tempat kejadian..



Tiba-tiba Suara Pn.Aini lantang kedengaran..


"kamu yang kat belakang tu, paham tak apa yang saya terangkan tadi.." Pn.Aini mengajukan soalan pada Bedal..


"Jelaskan apa yang kamu paham tentang flora?"


Bedal berdiri dan dengan yakin menjawab..mudah sangat soalan gurunya walaupon dia tidak mengambil perhatian pon apa yang gurunya terangkan tadi..maklum la, flora kan berkaitan nature.memang minat dia...


"flora tu fauna cikgu"...simple tapi padat jawapan Bedal..


..........






p/s : tumpukan perhatian semasa guru mengajar..




15 comments:

  1. Replies
    1. Hihi.. Aku pun selalu borak, sembang, berbual, bercakap, kecek time cikgu ngajar kat depan.. Ada org penah ckp, time cikgu ngajar tu la masa yg heaven utk tido, berbual.. Waaaa rindu nk tido masa sejarah :'(

      Engko memang dah kena penyakit cerpen ni bandel.. Hahaha..

      Btw, tu mmg tasik kejadian ke?

      Delete
    2. kenapa nak tido masa sejarah je..tido la semua kelas kan lagi molek..hahaha..
      kat kelas aku dulu siap ade bantal dengan toto ko tau..

      ala payeh, bukan cerpen sgt pon..entry biase je ni..tu tah kolam sekolah mane aku gugel je..tp sekolah aku punye kolam dulu mmg buruk ..takde lanskap2 pon..tak tau motif ape kolam tu..haha..

      Delete
  2. bedal je la...

    eh... ada ke kerja yang sain je?

    ReplyDelete
  3. kerja sain je? jadi pak menteri.. hoho #lawaktakkelakar

    dulu time form 4 aku selalu tido.. time math moden. sbb cikgu tu gaya dia punya la pompuan melayu terakhir. lagi satu sebab duduk paling hujung (evendoh row paling depan).
    masuk form 5 ada perubahan tempat duduk. amik kau.. betul2 kat tengah, siap depan meja cikgu lagi. =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. menteri ade gak keje lain haryz..maksud aku ni mmg semata-mata sain je..takmo keje lain..hahaha

      aku dari sekolah rendah sampai habis menengah tak penah duk belakang sebenarnya..tapi bile aku boring dalam kelas, aku mintak la tukar ngn budak2 lain kejap nak duk belakang tido..hehe

      Delete
  4. Meh aku sain kt bedal..haha..

    Btw, soalan ko tny psl SACC tu..yup, tmpt tu kt shah alam. SACC tu singkatan Shah Alam Convention Center.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke..pesal bedal plak ko nak sain..hahaha..

      icc..ingat ade sacc yang lain...

      Delete
  5. Flora tu alam flora. apa pulak faunaaaaa hahahahha

    ReplyDelete
  6. aku pernah sembang time lect ngajar. sbb dia ngajar ngantok gila. kami siap kutuk cara dia mengajar kat sebuah nota. tetibe, dia dtg tmpt kitorg, amik buku nota tu terus baca. aku rasa mcm nak lari keluar kelas masatu.. bhahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib dia tak tau apa yang korang ngata tu..hahaha

      Delete
  7. nak joinventure are ngan bedal sebagai photografer international tu.
    boleh tahan jugak masyukkk ... har har .. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh nana..tapi sebelum tu kene terjun kolam ikan dulu la..pengalaman diutamakan..haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...