Thursday, March 6, 2014

Haruskah ku terima..


" saya cintakan awak, saya janji akan bahagiakan awak, percayalah " kata Faizal kepada satu satunya gadis yang dia minati sejak setahun lepas yang dikenali di Universiti..


Faizal masih tidak berputus asa untuk memenangi hati Sarah..walaupon sudah berkali-kali lamaran Faizal ditolak, dia betul-betul tekad..biar putih tulang, jangan putih mata, asalkan gadis idamannya dia berjaya miliki, dia akan terus cuba..


Mesej dari sarah petang tadi  betul-betul buat Faizal tertanya-tanya..


"awak terlalu baik untuk saya"..


***********

Esoknya selepas kuliah Faizal terus bergegas ke cafe seperti biasa..istimewanya harini, gadis idamannya yang telah mengajaknya jumpa..tak tergambar keseronokan di wajah Faizal..dari masa kuliah lagi kawan baik Faizal, Aman dah perasan..


" kau dah kenapa jal, dari tadi aku tengok macam baru lepas isap ganja je sengih sorang-sorang"..ada barang tak ajak, makan sorang, siak.. sambil Aman melepaskan satu penumbuk di bahu Faizal..


" tak lah, ni lebih penting dari tu, antara hidup dan mati "..Aman terus blah..malas dilayankan orang tengah angau..semua kawan-kawan Faizal yang lain pon dah tau yang dia memang tergila-gilakan Sarah..


 Dari jauh faizal dah melihat Sarah duduk seorang diri di sudut paling hujung..riak wajah Sarah kelihatan sangat muram berbanding Faizal..



"Assalammualikum, lama tunggu, boleh saya duduk" Faizal memulakan bicara secermat mungkin..


Sarah yang dari tadi memandang minuman yang dibeli, tidak langsung berani mengangkat mukanya berhadapan Faizal..bagaikan terlalu berat baginya..


" saya ada rahsia yang tak pernah saya kongsikan pada sesiapa "  kalau awak ikhlas sayangkan saya, saya bersedia untuk jelaskan segalanya..kelihatan menitis air mata ke pipi Sarah dalam bicara..


Faizal yang dari tadi dalam mood seronok terus bertukar tune serius.."aku ada buat salah ke dengan Sarah?" detik hati Faizal...


Harap awak paham kenapa saya tolak lamaran awak..awak terlalu baik untuk saya..kita tak mungkin bersama..


" saya bukan perempuan baik, saya dah takda dara, saya pernah terlanjur " harap ni menjelaskan segalanya..air mata Sarah terus tidak tertahan lagi..empangan matanya runtuh..Asalnya Sarah seperti ingin melupakan kisah lalu,dan berdiam sahaja.. tapi dia tidak ingin mengecewakan lelaki baik seperti Faizal...


Faizal terus membisu...........



**********



p/s : takkan nak cakap ni pon citer betul..hahaha..bincangkan..



25 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha sentap oke post script kau tu..

      Kau dah mula berjinak2 dgn penulisan kisah cinta ke pulak bro? :O

      Tulis la panjang lagi oi.. Tak puas baca ni.. (INI BUKAN PUJIAN)

      Hehe.. Okey.. Ko boleh menulis.. Keep it up.. (komen gaya cikgu2)

      Delete
    2. kalau aku tulis camni sokmo habis menyampah orang nak masuk blog aku..hahaha..
      ni bukan nk berjinak tulis kisah cinta, ni berjinak nak tulis gaya cerpen je..aku memang taknak tulis panjang2..ko ingat ni e-novel ape..ekeke

      Delete
  2. "Past is past. Gunalah produk Harum Malam!" kat Faizal. Positif mode. hahaha...

    ReplyDelete
  3. "Past is past. Gunalah produk Harum Malam!" kat Faizal. Positif mode. hahaha...hahahahahahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. alamak, nama watak utama ni memang aku tak boleh blah la weh... hahahaa! rasa macam kena tepuk kat kepala pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mcm syak faizal tu name ko je botak...hahaha..toksah risau, watak hanya rekaan semata-mata..hahaha

      Delete
    2. kantoi dah botak

      :))

      Delete
    3. nama macam skema jugak la...! hahahaa.

      Delete
  5. heee.. ending ni macam mana?? faizal lari , nangis sorang2 dalam bilik ke..

    ReplyDelete
  6. pengajaran dri cerita kontot ko ni apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mampu aku nak ulas pengajaran dia tina..kena pikir sendiri jela..hahaha

      Delete
  7. hahaha aku gelak baca komen org..

    okay bgus Faizal dia terima seadanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudikah ko terima faizal cici..faizal dah tak dara..hahaha....

      Delete
  8. kalo jal pon sama-sama macam sarah...

    dah baek dah tu...

    sama-sama jalani hidup seadanya...

    hurrmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, takla..faizal teruna lagi...budak baik faizal ni..

      Delete
    2. skrg ni kan persoalan hati...

      hanya dia dan dia yang boleh bagi jawapannya...

      Delete
  9. ini lah masalah perempuan ni. dah tau x baik, kawin lah dengan lelaki yang baik, supaya boleh berubah ke arah yang baik..

    heheh baru ja beberapa hari lepas diskas ngn kawan sal baik tak baik.. :-/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...org kalau leh nak cari pasangan baik ye dak..haha..rilek ema..ni la namenye cite khayalan...haha..

      aku sebnarnya nk tulis artikel pasal isu ni, tapi malas, tu yang jadi cerpen je..hahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...