Saturday, March 15, 2014

Cinta Sempoi (Pertaruhan) -Part1


Namaku Hairil, berumur 25..aku berkerja sendiri sebagai 'runner' untuk sebuah syarikat pencetakkan..boleh la untuk menyara hidup..salah seorang kawan serumah aku pulak namanya Sham, orang panggil dia Awe je..dia ni budak Kelantan..aku kenal dia masa belajar sama-sama dulu..tapi mungkin nasib dia lebih baik, dia dah selesa bekerja dengan kerajaan sekarang..

Cuma apa aku nak ceritakan, kami secara tak sengaja dah terlibat dengan satu pertaruhan yang melibatkan seorang gadis..yup..kami bertaruh siapa yang akan berjaya menambat hati seorang makwe ni...sekurang-kurangnya dapat keluar dengan dia..

kalau nak ikutkan, memang jauh sangat beza personaliti aku dengan Awe ni..dia nampak lebih ada tarikan untuk menambat hati wanita la..dah tentu dalam pertarungan  ni susah untuk aku berjaya..

tapi aku layankan jugak pasal geram pulak aku dengan Awe ni  menganjing aku.. 



"Mung tokse berange la Ril..gewe tu mano setaro mung",hahaha.


 "kau pon toksah citer banyak we, macam la aku tak nampak kau pon try nak ejas dia"..jangan mimpi la nak dapat..langkah pancing aku dulu..hahaha...

tu la puncanya..


Walaupon nampak macam ala-ala filem hindustan yang berebut heroin, tapi sebenarnya kami ni cool je..takda sesapa nak sentap..siapa dapat, dia menang..just pertandingan maruah antara member..hahaha...
tapi rasa menyesal pulak aku bila pikirkan setuju dengan bet ni,  "kalau la Awe ni menang, malu aku.."

Ahh, mak aku pesan, "sesal kemudian tidak berguna" .walaupon aku tak mungkin kecewa makwe tu tak dapat kat aku, tapi kompom Awe akan eksyen nanti.tu yang lebih aku sesalkan..tak sanggup rasanya aku tengok reaksi Awe nanti..aku mesti cuba gak...


************


Selepas seminggu, aku tak pasti apa perkembangan yang Awe dah capai..tapi aku langsung tak buat apa-apa lagi..sedangkan nama makwa ni pon aku belum tahu lagi..walaupon kitorang ni boleh dikira berjiran, tapi susah jugak nak terserempak, maklum la masing-masing ada urusan sendiri..tapi aku syak dia seorang student..

mungkin nasib aku baik harini, tengah-tengah aku berbual dengan Awe lepas balik kerja, tiba-tiba makwe ni lalu berjalan kaki depan rumah aku..agaknya nak ke simpang 50 meter depan tu beli nasik lemak..

Belum sempat aku nak buka langkah,Awe dah on dulu,..tapi Awe ni pon malu-malu jugak..kehkehkeh..dari dalam pagar rumah je dia tegur.. 


" Hai, cik adik, nak kemana tu.." singgah la dulu...



kehkehkeh..puas aku gelakkan Awe..ingatkan gentleman sangat..rupanya penakut..hahaha..

Mungkin Awe belum ready barangkali..kang dia try bebetul, awal-awal aku kalah pulak.."tetiba pikiran negatif muncul..demmm"

Tipikal Mat Kelantan yang aku kenal dan Awe sendiri, bab bercakap memang aku surrender dengan diorang..kalau bercakap dengan orang perempuan, tutur perbualan tu kemain manis, berbunga-bunga ayat..soft spoken habis..berbeza dengan aku, aku ni tak reti nak cakap manis-manis ni..geli siak..

aku redha kalau kalah dengan Awe punca sebab ni..memang fail..

Tanpa berlengah lagi, aku terus mencuba nasib pulak, sekurang-kurangnya aku mesti dapat buat sesuatu yang membanggakan harini.."aku mesti buat Awe panas dengan aku"..


cepat-cepat aku keluar dan terus menegur makwa tu yang terus berjalan sampai ke stall nasik lemak makcik Leha..



"Awak, sory ganggu..ada benda nak cakap sikit ni.."Awe yang berada di depan rumah tersengeh tengok aku dari jauh..


"Saya Hairil, salam perkenalan jiran baru"..tetiba aku rasa macam warghhh..kenapa macam skema je ayat aku..kemon ril..aku cuba positif balik..


"Hai," simple je makwe ni membalas..tapi berbaloi jugak cubaan aku dengan ayat bodoh tu tadi...haha..


"Amboi kau Hairil, nak mengayat sampai depan kedai aku ye..bagi lagi costumer aku ni order dulu,..kata Makcik Leha..

Eh Sory makcik..tak perasan lak..hehe..


"Awak order la dulu"


tetiba aku rasa macam rimas pulak bercakap saya-awak ni..sopan sangat agaknye..haha..
terus aku buat selamber,

" Boleh tak kita cakap 2 minit? "


"Ok .."


"Tapi sebenarnya saya tak biasa cakap saya-awak ni, nampak sopan sangat.. macam nak mengayat plak ye dak.."


So kita berbahasa kau aku je la ye..nampak sempoi skit..."


"hihikhik"..makwe ni tetiba gelak..terkejut campur teruja kot jumpa lelaki kasar macam aku..
dia pon cakap ok je dan memperkenalkan diri..nama dia Hanis..


1-0..tu je yang mula-mula aku terpikir lepas tau nama makwe ni..aku dah setapak didepan Awe..hehe..
lepas tu aku terus gunakan teknik nak berkenalan dengan makwe yang biasa aku guna untuk start perbualan dengan cikaro kat club..kebaikan cara ni , makwe sukar nak menolak berbual sebab aku akan nampak suci dan bukan niat nak menggatal bagi pandangan mereka..

untung kenal yang lebih sporting, ada yang siap pandai berlakon lagi depan member konon nak bagi aku menang bet..haha..


********


"Sebenarnya aku tegur kau ni ada sebab lain Nis", nampak kawan rumah aku duduk tepi pagar tu?" dia cabar aku tegur kau tadi, kalau aku dapat tanya nama kau, dia nak belanja kepsi malam ni" 


"kalau boleh dapat no telefon, seminggu dia nak belanja aku breakfast" errr..


"Ooo..tu kawan serumah Hairil ke? dia penah tegur Anis hari tu.."..tak senonoh betul korang ni..Anis pulak jadi bahan korang nak bet kan.."

makwe ni lebih selesa bercakap guna kata ganti diri nama..


"hahahahaha...gurau-gurau orang lelaki je Nis..takda niat lain pon..kita kan jiran"..hehe..bila sel-sel otak dah mula berhubung, ayat untuk coverline selalu muncul dalam kepala...


"Nasik lemak dah siap dik" Rm4.50 kata Cik Leha"




"Eh, jangan bayar..biar aku belanja kau harini , maklum la malam karang aku dapat makan kepsi pon atas kerjasama  kau jugak kan..hahaha.." cepat-cepat aku seluk poket, mujur la ada Rm5.00 lagi..fuh lega..


"Thanks Hairil, makan kepsi nanti ingat sikit kat Anis"..no tel lain kali ye, Anis mintak diri dulu..baii." Anis berlalu pergi sambil tersenyum manis nampak lesung pipit sebelah kanan...


**********


Aku saja biarkan Anis jalan dulu, takut dia tak selesa pulak..boleh sangat kalau nak berjalan sama-sama, tapi kata orang-orang lama, jangan gopoh...

yang pasti aku dapat buktikan buat sesuatu yang membanggakan harini depan Awe walaupon terpaksa keluarkan RM 4.50 dan takda kepsi pon sebenarnya...hahaha..

"takpe la, janji aku puas hati"..kompom Awe tengah frust tepi pagar tu..kehkehkeh..

harapan menang kembali cerah...



bersambung......


16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi.. aku syak nanti kau boleh tulis novel la bundle..

      Aku suka citer ni. Hihihi.. Watak Hairil tu pun aku suka sebab dia tak reti nak jadi sweet talker mcm Awe ngan pompuan. Aku tak suka sweet talker. Tapi.. ada tapinya.. Hairil ni pun buat aku geram gak.. Kenapa dia terima cabaran awe??? Aku tak suka perasaan perempuan dipermainkan.. Grrr!

      ok aku emosi.. Hahaha..

      Delete
    2. untungla kalau aku leh tulis novel..haha..

      ni baru part1 payeh..sekarang memang tak serius lagi..tunggu la sambungan..panjang lagi citer ni..haha..

      Delete
  2. Replies
    1. ye ke..time kasih...nantikan episod seterusnye..hehe..

      Delete
  3. sel-sel otak kembali berhubung... jangan sampai bapak dia mencelah kat tengah, memang jawabnya kau bakal melambung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau..line clear botak..dia tinggal rumah bujang jugak..kalau bapak dia ade, risau jugak aku melambung..haha

      Delete
  4. Part awe tegur hanis tu lawak sangat! Amende tegur memalu camtu hahaha harap awe tak frust..

    ReplyDelete
  5. tokse =? toksir?
    toksoh? kekeke.. saja je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toksir ler tu mek..hok alohh..hahaha..tp aku manede tulih toksoh..jumpa mane ha?..penat aku cari..haha

      Delete
    2. Hehe..ayat tu cm sesuai guna 'toksoh' kot.. toksoh=takpayah.
      tok sir =taknak.

      Delete
  6. aku komen pun ada sambungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..takpe..aku tunggu sambungan komen ko nanti..

      Delete
  7. Cayalah... Sunghuh machooo... Aku pun x berani weh... Gsgagags pettakk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...