Wednesday, March 5, 2014

Mencapap Ke Kedai Buku..



beeb..1 new message


" U free tak esok? kalau busy body takpela?"


Zafira Izzyan, makwe aku yang tengah studi kat MSU..agak comel orangnya..
mesti ada niat jahat msg aku malam-malam ni..


lepas 5minit..beeb lagi..


" boleh temankan i pegi kedai buku esok, nak beli novel la "


15 minit kemudian..



beeb...


" kalau u tak nak kuar ngan i esok, jangan kawan i"..


Kehkehkeh..msg yang penuh makna tersurat dan tersirat...
orang pompuan ni gitu la..mula-mula tanya baik je..kita senyap, kalau tak hangin, merajuk jela jawabnya..

Aku memang lemah betul kalau makwe ni ajak pegi kedai buku..tapi sebab nak tunjukkan aku ni pakwe mithali, maka aku layankan jela..sapa tak sayang makwe ye dak..






"Terima kasih temankan i harini".. aku mengangguk'..mujur la aku rasa dia nampak cantik sikit harini pakai shawl pelangi tu..


pagi tadi lepas subuh, tak tau kenapa plak tiba-tiba je aku termsg Fira suruh dia keluar nanti pakai shawl ..dah boring agaknya aku tengok dia bertudung bawal je selalu..hehe..


"Tak sangka Fira ikut jugak cakap aku.." dah gaya suami mithali gamaknya aku ni..terasa bangga sambil hidung kembang kempis


" U pegi la masuk dulu tengok buku, i nak pegi toilet "


bukan apa, sebenarnya aku nak pegi merokok je pon..sebelum sampai kedai buku tadi, kitorang ada la singgah pekena rojak dengan cendol kat Sentul, punya la aku sangap tak sampai hati nak hisap rokok depan Fira..

habis sebatang rokok, aku makan sebiji gula-gula hack yang dah memang aku ready in case dan terus bergegas masuk ke kedai buku..


" U hisap rokok ye?"


aku mengeleng.."takda la..i kan dah berenti smoke"


" jangan nak tipu boleh tak? ingat tak bau ke? u tak sayang diri ke? bahaya tau tak? kalau sakit sapa susah?" bla..bla..blaa..
 

tetiba fikiran aku melayang...sah la Fira bakal bini aku..sayang jugak dia kat aku...hehe


...........


15 comments:

  1. Replies
    1. chuu watak feveret..hahaha..

      Delete
    2. aku pun suka nama chuu tu. Izyan ..
      Nur Izyan Liyana..

      Delete
  2. Replies
    1. mentang2 la aku selalu tulis kisah benar..dah ko ingat ni citer betul kan..hahaha.. rekaan semata-mata ok..aku tak penah pegi kedai buku dengan makwe.. :|

      Delete
  3. uik...dah tulis citer2 khayalan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saje suka2 kak..aku takde idea nak menulis dah sekarang..reka-reka citer camni senang sikit..hahaha..

      Delete
  4. Kekonpiusan berlaku dsini.. agaknya cerita benar or rekaan semata2?? Hurmm hurmm.. serius sepertinya dlm novel setiap bait2 perkataan yg ko tulis tu... huhuhu... kbaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. rekaan atau benar tu tak penting sebenarnya lina..tapi yg ko ckp macam bait2 novel tu menganjing atau serius wallahualam la...yela aku mana penah baca novel bha..ekeke..

      Delete
  5. dah lama tak dtg sini tetiba berubah wajah..aku busy byk skang ni.anak dara melasak smp nk blogging pun tak dan.haha..

    ko baru berjinak nk tulis cepen ke nk jadi penulis novel?rare betul deting ngan makwe kt kedai buku..hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru je tuka template ni..biasa la tu kutu..aku pon kalau duk rumah mmg susah la nak buat benda lain...layan bdk kecik tu la keje..

      Delete
  6. kenapa aku baca tajuk tu aku pikir lain ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanda2 dah tua tu TK..tua miang..ekeke..

      Delete
  7. huhuhu...

    kenape lelaki tak suke masuk kedai buku ye?

    *tibe-tibe aku nak tulis cerita tanpa nama macam ni... hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki slalu suka baca majalah ngn komik..kat kedai mamak pon ade..laki yg suka masuk kedai buku plak jenis2 H la punzel..baca novel..hahaha...

      Delete