Monday, March 17, 2014

Cinta Sempoi (Lepak) -Part2


Perhubungan aku dengan Anis semakin rapat selepas perkenalan tempoh hari.tak sangka jugak rupanya dia seorang yang ramah..secara tak langsung Awe pon menumpang kelebihan ni untuk cuba mendekati Anis..asal ada masa terluang je mesti nak ajak keluar minum bertiga di restoran mamak berhampiran..


"Ril, aku nak ajak Anis lepak makan kat mamak jap, mung nak follow ko?" tanya Awe..


"Malas lah, kau pegi jela, tu pon kalau dia nak la lepak ngan mu je " sempat jugak aku menganjing Awe..haha..


Bukan apa, dah beberapa kali jugak kalau Awe mengajak Anis keluar minum, mesti Anis akan tanya aku ade ikut sekali ke tak..mungkin sebab Anis nak berkawan dengan Awe pon sebab aku ni kawan serumah dia..ntah lah..cuma pertaruhan untuk untuk memenangi hati Anis tu aku dah tak peduli lagi..


Memang aku semakin rapat dengan Anis, boleh kata selepas dapat no telefon Anis, kerap jugak aku berbalas masej dengan dia..Anis pon dah makin sempoi dan pandai jugak bergurau..tu yang buat aku selesa berkawan dengan dia..lagipon lama jugak aku tak berkawan rapat dengan mana-mana perempuan sebelum ni..cumanya, aku just kawan kay, takda perasaan pon kat minah ni...

Tapi aku tengok Awe macam serius pulak nak ayat Anis..lantak mung la wee..kehkehkeh..

tempak lepak biasa..

Hanis calling..'


"Aril, kau free tak, Awe ajak minum kat Awwal Maju la.." oh ye, sejak dua menjak ni, Anis panggil aku Aril je..


"Tau, dia ada ajak aku tadi, malas la, aku nak pegi merempit kejap"


"Alaa, boring la kalau kau takda..jom la Aril"...



Gitu la keadaannya, Anis ada bagitau aku yang Awe ni jiwang sangat..boring lepak dengan dia je..asik nak mengayat je keje..


"Kehkehkeh" aku gelak je bila Anis bagitau macam tu..memang aku dah kenal sangat pon perangai Awe..


"Dia suka kau la tu Anis.." apa lagi, rembat je la..Awe tu pon single lagi, masyuk, hensem..eh, dia hensem sikit je dari aku, tapi aku kiut banyak dari dia..hahaha...


See..aku siap bagi sokongan untuk Awe lagi..mana nak cari kawan cam aku ni..hahaha..kalau dalam perang, ibarat aku bagi dia senapang untuk dia tembak aku dah gaya..haha..aku tau Awe pon dah tak pikir lagi pasal pertaruhan lepas, cuma nampak macam dia betul-betul suka la pulak kat Anis tu...hahaha..kantoi mung we..hati taman...kehkehkeh..

 
Kadang-kadang aku tak paham jugak dengan orang perempuan ni..orang yang sweet talker, baik macam Awe tu pon dikatanya boring..tapi orang yang kasar cam aku ni, dengan kuat membahan ni pulak dia nak layan..kehkehkeh..


"ye la nis, aku join la, tapi kau belanja aku makan"..yang sebenarnya aku lemah betul orang pompuan pujuk-pujuk ni..


"Orite..camtu laa, sayang kau"..


"haa!! apa kau cakap ?"..saja suruh ulang, padahal dah dengar jelas..lantak lah


"takda apa la Aril, kau jangan lambat pulak"..


"yelah, k bai.."




Bersambung...................



 

10 comments:

  1. err.. kisah ni separa benar ke..? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la ha..citer separa benar lebih realistik ye dak..ekeke

      Delete
  2. cepat lah sambung bundel.. weeeweeeeweee

    ReplyDelete
  3. tk sabar nak tunggu part 3 :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon dah tak sabar nak sambung, tapi takde masa je nk taip..hoho..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...