Tuesday, March 18, 2014

Sekapur Sireh..

assalammualaikum wbt...

Lama jugak aku tak menulis macam biasa..bukan taknak tulis, tapi serius otak aku dah beku agaknya..lagipon aku dah malas nak research perkara macam isu semasa dan apa-apa hal berkaitan masyarakat ni untuk aku tulis semula..baca dan beramal untuk diri sendiri je sekarang..haha..

Walaupon blog sampah ni dah suam-suam milo je, tapi aku berterima kasih jugak pada engkorang yang masih setia baca..terharu jugak..haha..walaupon tak ramai yang datang komen macam dulu-dulu, tapi aku tau masih ramai yang masuk ke sini baca entri aku sebab statistik masih agak tinggi untuk posting-posting aku yang lepas..

Koleksi novel bini aku..yang 2 kiri tu je aku punye..
DVD Man Of steel dengan Anime death note..haha

Monday, March 17, 2014

Cinta Sempoi (Lepak) -Part2


Perhubungan aku dengan Anis semakin rapat selepas perkenalan tempoh hari.tak sangka jugak rupanya dia seorang yang ramah..secara tak langsung Awe pon menumpang kelebihan ni untuk cuba mendekati Anis..asal ada masa terluang je mesti nak ajak keluar minum bertiga di restoran mamak berhampiran..


"Ril, aku nak ajak Anis lepak makan kat mamak jap, mung nak follow ko?" tanya Awe..


"Malas lah, kau pegi jela, tu pon kalau dia nak la lepak ngan mu je " sempat jugak aku menganjing Awe..haha..


Bukan apa, dah beberapa kali jugak kalau Awe mengajak Anis keluar minum, mesti Anis akan tanya aku ade ikut sekali ke tak..mungkin sebab Anis nak berkawan dengan Awe pon sebab aku ni kawan serumah dia..ntah lah..cuma pertaruhan untuk untuk memenangi hati Anis tu aku dah tak peduli lagi..


Saturday, March 15, 2014

Cinta Sempoi (Pertaruhan) -Part1


Namaku Hairil, berumur 25..aku berkerja sendiri sebagai 'runner' untuk sebuah syarikat pencetakkan..boleh la untuk menyara hidup..salah seorang kawan serumah aku pulak namanya Sham, orang panggil dia Awe je..dia ni budak Kelantan..aku kenal dia masa belajar sama-sama dulu..tapi mungkin nasib dia lebih baik, dia dah selesa bekerja dengan kerajaan sekarang..

Cuma apa aku nak ceritakan, kami secara tak sengaja dah terlibat dengan satu pertaruhan yang melibatkan seorang gadis..yup..kami bertaruh siapa yang akan berjaya menambat hati seorang makwe ni...sekurang-kurangnya dapat keluar dengan dia..

kalau nak ikutkan, memang jauh sangat beza personaliti aku dengan Awe ni..dia nampak lebih ada tarikan untuk menambat hati wanita la..dah tentu dalam pertarungan  ni susah untuk aku berjaya..

tapi aku layankan jugak pasal geram pulak aku dengan Awe ni  menganjing aku.. 


Wednesday, March 12, 2014

Sains dan 'Nature'


9.30 pagi..suasana yang hening di dalam Makmal Sains, kelas 5 Perdana..Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang..

*****

Kelihatan dua orang pelajar yang tidak mengambil perhatian semasa gurunya mengajar sedang berbual di belakang..Topik yang dibualkan berkemungkinan nampak lebih ilmiah berbanding apa yang gurunya Pn.Aini sedang sampaikan..


Pet atau nama sebenarnya Mohd Rafiq seorang ketua tingkatan, memiliki sifat malas infiniti, tapi sukakan cabaran..panggilan Pet dipercayai muncul disebabkan style beliau suka berjalan slowmo, bersuara perlahan, gaya lalok dan suka tidur di dalam kelas..lalu seorang kawan beliau memanggilnya 'Pet' simbolik kepada gaya seorang Mat Pet @ penagih dadah..

Thursday, March 6, 2014

Wazzi Si Tunas Islam.



Tahun ni anak aku Wazzi dah pon mula pra sekolah...mulanya bincang dengan bini aku nak hantar ke Tadika omputih, tapi last minit aku tukarkan je masuk Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam)..biar molek sikit kecik kecik dah belajar agama kan..


Seronok melayan anak-nak tengah nak galak bercakap ni..asal balik je dari tadika ada je benda Wazzi nak ceritakan..



" Papa-papa, tadi kan, cikgu cakap hisap rokok tu haram"..buat benda yang haram tu berdosa kan..



ye sayang..sambil rokok yang baru aku nak nyalakan tu terkembali semula ke kotak......


Haruskah ku terima..


" saya cintakan awak, saya janji akan bahagiakan awak, percayalah " kata Faizal kepada satu satunya gadis yang dia minati sejak setahun lepas yang dikenali di Universiti..


Faizal masih tidak berputus asa untuk memenangi hati Sarah..walaupon sudah berkali-kali lamaran Faizal ditolak, dia betul-betul tekad..biar putih tulang, jangan putih mata, asalkan gadis idamannya dia berjaya miliki, dia akan terus cuba..


Mesej dari sarah petang tadi  betul-betul buat Faizal tertanya-tanya..


"awak terlalu baik untuk saya"..

Wednesday, March 5, 2014

Mencapap Ke Kedai Buku..



beeb..1 new message


" U free tak esok? kalau busy body takpela?"


Zafira Izzyan, makwe aku yang tengah studi kat MSU..agak comel orangnya..
mesti ada niat jahat msg aku malam-malam ni..


lepas 5minit..beeb lagi..


" boleh temankan i pegi kedai buku esok, nak beli novel la "


15 minit kemudian..



Sunday, March 2, 2014

Dairi blogger : Bowling-Bowling Kopitiam Members.

assalammualaikum wbt..

Al-kisahnya pada hujung minggu lepas, satu perjumpaan blogger picisan telah pon selamat dengan jayanya seperti yang dirancang...ini bukan geng blogger taf2 atau mana-mana group blogger hebat pon ye..jauh sekali blogger retis nak terlibat..

Series aku bangga dapat kenal geng-geng blogger ni semua..kitorang ni bukan baru lagi kenal..dah lama pon..alhamdulillah hubungan tu semakin rapat bila dapat mengadakan perjumpaan camni..ingat senang ke nak kumpul camni weh..meh nak bagitau sikit kenapa aku rasa group ni power..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...