Friday, June 27, 2014

Dairi : Pulau Lagenda Helang Kawi (42 Gambar)

assalammualaikum..

Kisah lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi kini telah tersemat dihati  aku dalam percutian ke pulau lagenda tu baru baru ni..boleh kau, tak sampai tiga hari pon duduk sana dah tersemat kat hati bagai..haha..

Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand..

Dah macam buku sejarah plak kalau aku copy paste semua kan..cukup la tu sikit intro pasal Mahsuri ni..cuma yang epic aku rasa adalah bab sumpahan tu..


"sesesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"


Huhu, ni antara versi-versi sumpahan yang ada..yang aku pelik, rasanya Langkawi tu bukan la padang jarak padang tekukur pon sejak sumpahan tu..rasanya sebelum Wan Aishah yang dikatakan keturunan ke-7 ni lahir pon Langkawi aman jer membangun..memang la ada kisah tentang selepas kematian Mahsuri tu, Pulau Langkawi telah di serang oleh tentera siam dan memusnahkan kampung, tapi tak mungkin kan Langkawi jahanam selama mana yang kononnya di sumpah...Abah aku dah pergi Langkawi sejak zaman filem hitam putih dan sebelum Wan Aishah lahir lagi pon aman je..haha..kesimpulannya, bagi aku tu semua mitos je la ye..hahaha...

Okay2, tak nak sembang banyak, kang orang Langkawi marah lak..nah gambar percutian kali ni..alhamdulillah perjalanan lancar..


 
sekitar Jeti Kuala Perlis..puluitt..puluittt..


ni dah sampai Jeti Kuah Langkawi

banyak boat2 yang parking ni mat saleh punye..sewa sebulan ada yang cecah Rm1000




Sampai je Langkawi ni, terus check in hotel, 10 minit je dari Jeti..nama tempat penginapan tu familiar sangat bila aku bukak FB..Korang kenal RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara atau lebih dikenali dengan panggilan soltan ketum..haha..hambik ko, kemain panjang nama beliau..Sebab aku bagitau ni coz hotel yang aku menginap tu Hotel Langkasuka..agaknya hotel ni RajaNusantara ni punya la kot..hahaha...


Ingat hotel langkasuka, ingat sultan nusantara...

lepas rehat kejap, terus pergi naik cabel car Gunung Mat Cincang..
nak tengok Langkawi, boleh naik gunung ni..yang gayat toksah la naik..nampak puncak hujung sana tu..



ha, buat la macam rumah sendiri..







Kat sekitar kaki gunung atau Langkawi sky cab tu, ada lagi aktiviti lain boleh buat..salah satunya menatang motor ATV ni la..lepas tu ada panggung 3D apa jadah tah sebelah pintu masuk sky cab tu..sebab pakej percutian tu takda sponsor benda-benda lain, malas la nak review..hahaha..


Walaupon geng Blogger kopitiam dah tak penah nampak kat sini, just nak habaq, baju group ni sampai gak ke Langkawi wei..


Hari kedua kat sana ke Underwater World..

Group UM..Tiada dalam gambar- ymbundle (bukan UM)

takda apa sangat pon kat sini..tengok ikan jela..
jaws camni wei yang aku jumpa kat Perhentian tu hari..serius..

penguin pon ada..tapi kami mahu panda okay..hehe..

Lepas je pusing-pusing dalam Underwater World tu, time nak keluar tetiba je terus keluar kat shopping complex sebelah dia..memang bagus betul strategi pemasaran diorang kan..masuk pintu Akuarium, keluar kat pintu masuk shopping complex..pftt..

sempat snap gambo arak je..tang lain aku dah kena sound dilarang ambil gambar..haha..

salah satu tempat paling popular dikalangan orang perempuan..Idaman Suri, Igauan Suami

Macam biasa la, Pulau Langkawi ni kan pulau bebas cukai, pada yang gila shopping tu boleh la perabihkan duit membeli belah kat sini..cuma yang aku frust sikit, coklat Daim kat Haji Ismail lebih mahal dari shopping complex kat sebelah Underwater world ni..siak betul..bukan mahal sikit, tapi mahal banyak ok..last la aku datang beli coklat kat beliau..

Tengahari tu pulak kitorang lunch kat restoran terpilih, masakan dia kira boleh la..takda la sedap sangat..ikan bakar dia bersos manis..kembang tekak aku, pelik je aku rasa..tapi aku tak peduli sangat pon bab makan kat sini sebab kalau aku lapar, banyak je benda lain aku boleh beli..lain la kalau duk pulau resort tu, memang semata-mata mengharap makanan kat cafe dia..

rilek je kucing ni..

Tempat seterusnya ialah kawasan Beras Terbakar..aku tak ingat kisah disebalik beras terbakar ni, tapi rasanya macam takda kaitan pon dengan Mahsuri..macam biasa, this is Langkawi..100 meter dari turun bas ke tempat beras terbakar tu memang banyak godaan..silap-silap tak sampai pon ke tempat beras tu..kiri kanan penuh kedai-kedai yang bisa menggugat iman..jangan risau, boleh tawar menawar..hahaha..


aku tak baca pon board ni,sebab tu tak tau citer..dalam pinggan tu jela pon beras terbakar yang tinggal..

Dengar citer dulu pelancong bleh kuis2 tanah kat situ kalau nak cari sisa2 beras terbakar..

tepi tapak tu ada rumah ni..aku tak tau la rumah sapa..ado ku kesah..

Kalau dah datang Langkawi rasanya kurang lengkap kalau tak kesini.ibarat datang rumah orang tapi tak bagi salam kat tuan rumah..haha..destinasi seterusnya ni tak lain tak bukan, muzium dan makam Mahsuri..Langkawi ni kan jadi lagenda sebab beliau, so jangan lupa lawat kat sini..bayaran masuk cuma RM 7.00 Dewasa dan RM 3.50 Kanak-kanak..

pintu masuk ke muzium

Ni dia Wan Aishah, atau dikenali sebagai Mahsuri keturunan ke7..wajahnya dikatakan seiras dengan Mahsuri sebenar atas gambaran pelukis yang telah mencantumkan wajah2 beberapa generasi Mahsuri ni..

lama jugak aku stuck kat sini layan cak lempong..comey makwe-makwe ni...huhu

Ni makam, bukan makan..

telaga mahsuri..ramai kecewa sebab tak dapat cuci muka guna air ni..kononnya bleh awet muda..kehkehkeh..

Tahukan korang, salah seorang staff tempat kerja bini aku tu menyangka aku ni adalah adik Wani masa rombongan tu..maklum la masa tu baru berkenalan satu sama lain..korang tahu tak betapa kembangnya bontot aku bila dia cakap camtu..aku terasa sangat muda..kalau dia ingat Wany kawen dengan laki lebih muda tu aku ok lagi, ni boleh dia ingat aku adik..kehkehkeh..itu membuktikan aku tak perlu cuci muka dengan air telaga ni kan..


rumah mahsuri rasanya tu..


Wan Aishah dah kahwin pon..tapi buat masa sekarang, keturunan ke-8 mahsuri belum ada sebab beliau belum melahirkan zuriat..kini menetap di Thailand..


Aktiviti seterusnya selepas melawat Makam Mahsuri, ialah pusing-pusing pulau sekitar langkawi ni menaiki speed boat..kalau korang nak tau, ada 99 pulau kecil kat sini..tapi cuma ada 2 pulau jela yang orang tinggal..yang lain-lain tu tempat mambang dengan haiwan jela..





antara tempat persinggahan di pulau-pulau kecik..Gua Kelawar..




lepas tu singgah pulak kat tempat yang bagi aku macam sia-sia je..sangkar ikan je pon..hahaha..

kemudian ke kawasan untuk beri makan burung helang..langkawi ni memang banyak helang dimana nama Langkawi ni pon di ambil semperna Helang dan Batu kawi yang terkenal di sini.maka jadi la Langkawi.

akhir sekali, pusing-pusing menikmati permandangan dia Kilim Geoforest Park ni..membelakangkan permandangan ni, dah menghampiri sempadan Thailand..kalau nak rasa masuk Thailand tanpa pasport, sila la berenang je ke sana..

Okay la, cukup la dulu takat tu..kalau nak ikut gambar yang aku tembak semuanya ada la lebih kurang 400 keping..hahaha.. kang muntah lak korang nak skroll kalau aku upload semua kan..chowww...


p/s: mohon percutian kat obersi lak pasni..

14 comments:

  1. Tengkutom jugak dikaitkan.. adeh. Red light pun mention bro? bikin senak otak la tahan gelak pepagi buta ni.. aduhai. Adik pon boley..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko pon kenal tongku ketum ni kamsi..ekeke..frust gak lampu merah time holiday ni bro..hahaha..

      kadang rasa cam siot gak bila orang sangka aku muda sangat..tapi apa nak buat, dah awet muda kan..hahaha...panas je bini aku..

      Delete
    2. Mahu tak kenal tongkutom..die ngan amran fans memang boleh biking migrain la. haha..gelabah je "rasa cam siot" tu.. xDxDxD

      Delete
    3. hahahaha...yes tongkutom dgn amran memang penyeri hidup aku..ekeke..
      siot tu siot best kamsi..hahahaha

      Delete
    4. hahaha...bak fb.. nk ajak join ni https://www.facebook.com/groups/bloggermarhaen/

      Delete
    5. kat contact atas tu ade link..silalah add..

      Delete
  2. hehe...nampok benar tak pernah klik..

    ReplyDelete
  3. tak pergi pulau dayang bunting, bundle..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pegi pon..tak cukup masa..lagipon yang ikut lawatan tu semua dah bunting2 gak..haha

      Delete
  4. Rindu gila nak jejalan Langkawi ni....(paling padah teringat wa minum air tasik dayang bunting sebab orang kata boleh senang ngandung) huakkkhuakkkhuakkk bila teringat, geli seh sebab ramai pariyappa boyot mandi dalam tu.... takde keja betul wa minum air tasik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu minum air tu lepas dah nikah ke sebelum nikah oni..hahaha..pariyapa pon boleh..

      Delete
  5. wow seronoknya.. dah lama tak ke sana.. banyak coklat murah tu yang best :D

    ReplyDelete
  6. Ang toksah nak puluitt sangat. Haha.

    Malas login

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...