Thursday, June 12, 2014

Cinta Sempoi (asam pedas) -part5


Setahun sudah berlalu..hubungan aku dengan  Anis masih seperti biasa..semakin rapat..dia dah jadi tempat aku nak berkongsi suka duka..dan aku pulak bukan sekadar tempat dia meluahkan perasaan, tapi semenjak dua menjak ni aku dah jadi macam juri masterchaf pulak..

Save jugak duit makan bila Anis hantar masakan yang dia baru cuba tu..kalau sedap aku makan, kalau tak sedap, aku bagi je kat Awe, dia tu mana ade deria rasa..semua dia sapu..kadang-kadang tu Anis bengang jugak dengan aku sebab reject terus bila dah rasa masakan dia tak sedap tu..kelakar tengok muka kecewa dia tu..haha..

Petang tadi, lepas balik kerja, lebih kurang pukul 6, Anis mesej  nak hantar Asam pedas katanya..tah apa la rasa kali ni..

"assalammualikum.."  tak sampai 5 minit lepas bagitau nak hantar, dah sampai pon...kalau jadi rider Dominos pizza ni kompom jangan harap la customer nak dapat kupon pizza pree sebab sampai lambat..
  

"waalaikumsalam, cepatnya kau Nis, aku baru je nak mandi"


"isk, tak senonoh la kau ni, keluar dengan tuala je"..



"iye la, mana la aku tau kau nak sampai cepat sangat", jemput la masuk dulu"..hehehe..


"Kau jangan buat gila, cepat ambil ni, aku nak cepat, " sambil menghulurkan setapuwe Asam pedas..tengok rupa dari luar nampak lengkap dengan daun kesum sama bunga kantan..


" oii, nasi mana? kau ingat aku kucing.."


"eh, aku lupa la, dah la, kau masak la sendiri" ok bye, nanti komen yang murni-murni je tau asam pedas aku ni.."


errr....


Selesai aku mandi, Awe dah siap-siap tapaukan nasik dari kedai..nampak berselera betul Awe makan..bagi aku, Asam pedas yang Anis masak ni memang sedap.berkat usaha beberapa kali fail..hahaha..

mungkin anis masak guna ni kot..hahaha..


************


Seminggu lagi dah pon nak masuk bulan puasa, lama jugak aku tak balik kampung jenguk orang tua..so  cadangnya hujung minggu ni aku nak balik la sebelum puasa ni..nak cakap jauh sangat pon tak,kalau aku merempit tu sejam setengah pon dah sampai..kampung aku kat Termerloh jer..

Cuma yang jadi masalahnya, motor aku tu kadang-kadang pandai pulak meragam..tu yang aku tak berani sangat nak jalan jauh ni..kena rosak kat Karak tu, naya beb..

tengah aku pikir-pikir cari jalan penyelesaian, tiba-tiba aku teringat Anis...tanpa pikir banyak, terus aku mesej dia..


"Salam.. Nis, sabtu ni kau pree tak? aku nak ajak kau pegi satu tempat la.."


"w'salam..kau nak ajak aku date ke Ril,? isk, cam tak caya je, kau demam ek?" 


"Lebih kurang la, hehe"..


"kita nak pegi mana?"


 "kau jangan tanya lagi, rahsia "
dan sebabkan memang kau memang takkan naik motor dengan aku, so cam biasa la kan..naik kereta kau.. minyak kereta biar aku tuang"


"alaa, kau ni suka buat aku tertanya-tanya la" geramm...


"hehe..rileklah..eh, kalau boleh kau bawak la baju lebih selai dua.."


"What? kenapa nak bawak baju pulak, kau jangan main-main Ril..."


"terpulang la kau nak bawak ke tak, nanti jangan cakap aku tak pesan pulak"..hahaha...


"kau jangan macam-macam ril, aku sekeh kau kang"


"hahaha, k la..ingat tau, jangan cancel plak..ada satu bende lagi nak cakap ni"


"apa dia"


"terima kasih sudi ikut aku nanti....."


"alaa, sweetnye. kau jangan buat aku tergoda la aril..k la bye..."




**********



Bersambung.............


No comments:

Post a Comment