Sunday, June 15, 2014

DAIRI : PERCUTIAN KE PERHENTIAN ISLAND RESORT (55 GAMBAR)

assalammualaikum wbt..

Percutian aku dari Isnin hingga Rabu lepas ke Pulau Perhentian nampaknya berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang..bila dah ramai-ramai ni ofcos ada la sikit-sikit problem macam kelewatan akibat takda maklumat..tak boleh nak salahkan orang yang lewat tu jugak sebab semua info nak bagitau dalam group whatsapps je, bukan semua orang rajin baca masej kat situ kan..haha..tu jela antara yang jadi isu sikit sebenarnya...

Perjalanan ke Jeti Kuala Besut bertolak dari KL pada pukul 12.00 dan sampai kat sana dalam lebih kurang 8 pagi..mujur kali ni aku naik bas atau bot takda mabuk kenderaan..haha..macam yang aku penah cakap dulu, aku jenis mabuk kenderaan sikit bila naik kenderaan selain yang aku pandu sendiri..(link)


Hari pertama

Baru sampai Jeti..Wazzi tak sihat..
 
Kedai cenderamata sekitar Jeti

time ni memang dah bosan tunggu bot..

dari awal pagi sampai, pukul 11.30 lebih kurang baru naik bot..letih menunggu..

sesampai ke jeti Pulau Perhentian Resort
ye..selamat datang..

dapat layanan 1st class..sampai je terus dihidangkan jus..


sebabkan dah sampai waktu lunch, terus ke cafe dulu..

nak cakap cafe pon tak macam cafe, dah macam hotel pon ade..

makan la seberapa banyak yang larat..macam-macam ade..

lepas check in bilik, solat, rehat-rehat, terus ke program yang ditunggu..snorkeling..kalau air dah biru jernih camtu, dari atas pon nampak ikan, apatah lagi dari dalam kan..memang terbaik la..sayangnya aku takda camera waterproof
untuk hari pertama ni, boatman bawak ke 2 point je la untuk snorkeling..tapi aku pegi sorang je, bini aku dengan wazzi duk bilik je sebab si kecik tu demam kan..sob..sob..
antara tempat-tempat untuk snorkeling, yang betul-betul depan resort aku tu tempat tengok penyu..memang patut la penyu bikini pon banyak..ekeke..

mata stim baru bangun tido..

bila lepas balik snorkeling, petang tu terus teman anak bini aku plak main kat pantai dengan mandi kolam




Wazzi cuak lagi 1st time masuk kolam renang..tapi hari kedua dah steady je..haha..


Malam hari pertama kat sana tu, aku takda nak lepak-lepak tepi pantai atau cuci-cuci mata ke lagi..memang penat gila rasa..dari sampai terus macam-macam aktiviti..malam tu say goodnite je, takda mood nak jimak..wakaka..



 Hari kedua

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun..siap je solat subuh terus salin pakaian mandi selamba je aku turun snorkeling sorang-sorang kat depan pantai tu..korang kena tau, kat pantai resort aku stay ni ombak takda,tenang je, so memang boleh sangat nak berenang..lagipon air dia memang jernih bak ang..tak payah pegi jauh check point untuk snorkeling pon dah berbaloi...


snap dari depan bilik je ni..



Lepas breakfast, sepatutnya ada lagi trip untuk snorkeling, tapi sebabkan wazzi tak berapa sihat lagi, so aku tak sampai hati pulak nak tinggalkan diorang je kat bilik..so pagi tu aktiviti aku jelajah sekitar resort jadi paparazzi..

pemandangan gini biasa sangat..bukak je pintu bilik, nampak penyu..segar je mata..ermm..
banyak penyu kat sini..

ni tempat makan untuk BBQ..waktu siang boleh la nak duduk saje minum2 kalau nak pemandangan tepi pantai..

tu nama syarikat aku kerja..ejen travel siap sediakan banner plak..haha..

wifi ade je kat sini..tapi kalau nak guna kat CC pon boleh..Rm 5.00 setengah jam..

ni ruang makan cafe tu..besar gila..



takde motif rasanya letak beca ni..haha

nak selesa tahap inzal bleh la sewa rumah batu ni..

kalau tak nak mandi laut, kolam renang pon ade..tapi kolam kurang sambutan la kan..apa barang mandi kolam kat pulau ni.

ni chalet yang bukan sea view..tapi memang tenang la..pemandangan kampung habiss..




tak sangka lak ada perkhidmatan camni..haha

ni la taxinya..yang siap bumbung pon ade.tapi mahal sikit kot..hahaha

petang tu ada la game pantai sikit..

bola tampar pon ade..

layanan resort ni memang terbaik..tengah-tengah bersukan pantai tu, diorang siap sediakan minuman, kuih dan buah buahan lagi..

Wazzi cam biasa la..buat muka..haha

tak habis setakat tu, untuk budak-budak dan aktiviti keluarga, buat plak pertandingan istana pasir..



Sebenarnya petang tu lepas habis bersukan, aku pegi lagi snorkeling kat pantai..agak jauh ketengah jugak la aku berenang, kalau dalam gambar kat atas ni lebih kurang area bot2 tu..agak mengejutkan dan buat aku tiba-tiba gelabah sebab masa aku snorkeling tu sekor anak yu lalu depan aku..perghh..berderau darah..dah la aku sorang kat situ..

yela, memang ikan tu kecik je..tapi dalam kepala otak aku duk pikir, kalau ada anak, mesti ada mak dia kan..tak pasal-pasal aku kena ngap lak kang..hahaha..memang aku cuak gila masa tu..terus cepat2 berenang ke pantai....


bila malam melabuhkan tirai, BBQ plak jadi santapan..







sambil sambil makan tu sempat jugak layan karoke..


Masa makan tu aku cerita kat member-member aku yang petang tu masa aku snorkeling aku nampak ikan jaws..mujur tak kena gelak..hahaha..diorang siap cakap aku untung la tu, diorang pegi snorkeling kat shark point pon tak jumpa shark tu..aku tak payah jauh, depan resort je pon dah jumpa..tapi shark level yu bodoh jela kan..hahaha..


Hari ketiga

Hari yang paling tak best sebab dah kena balik..serius aku tak puas lagi berenang tengok ikan, cium bau laut, cuci mata tengok keindahan ni..terlalu pendek percutian 3hari untuk tempat cantik camni wei..tak tau la bila pulak dapat pegi pulau lagi lepas ni..

sebelum nak ke jeti..

ramai jugak rupanya..bila bergambar semua camni baru perasan..haha..
zZzzz.......

Sepanjang perjalanan nak balik ni ade lagi berhenti untuk beli keropok lekor..lepas tu pegi pasar payang lak..ermm..korang tau jela kalau dah rombongan dengan makcik-makcik ni..shopping je kejenye..apapon percutian kali ni memang best...kalau korang rasa nak bercuti ke resort tu, aku takda komen buruk-buruk..pegi jela..kalau nak yang liar sikit orang cakap kat perhentian kecil..haha..tapi kalau niat tak elok tu tanggung la kalau tetiba kene tsunami ye..hehe..


P/S : hujung minggu depan nak ikut tempat keje bini aku lak bercuti pegi Langkawi..gila..sebulan 2kali pegi bercuti..kering dah ni..wooo


10 comments:

  1. Cantik penyu kau. Hahaha.

    Penakut gak kau. Dah tau penakut, g sorg2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lg gambar penyu yang lg cantik.tapi sori lah, untuk tatapan peribadi jer...haha..

      kalau aku penakut takda la aku snorkeling sorang2 wei..ingat nak tengok ikan cantik2 je..skali jaws dtg..cuak la aku..hahaha..

      Delete
    2. ermmm ko jumpa penyu yang berbalut... ke ada yang ko jumpa yang tak berbalut????

      Delete
  2. cantiknya view dia.
    hi wazzi. mm.. sedapnya tgk bbq tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik ha..ada gak teringat ko masa kat sana, kalau ko ade mesti ko suka dive kat situ..

      Delete
  3. lama giler aku x g pulau..last g 3thn lepas kot, pulau lang tengah.. cita² mmg nk g perhentian.. tggu anak bsr ckit mcm wazi.. ada baby ni nk bersosial agak terhad.. kesian ke anak..


    aku baru tau rupa penyu cenggitu.. apsal dl cekgu aku ajar lain?? mekaseh bundle sbb terangkn dgn lebih jelas..wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon sebelum ni 3tahun lepas gak masa baru kawen..pasni 3 tahun lagi la kot baru pegi lagi..hahaha..

      biasa orng kenal penyu belimbing je kan..haa, yang ni penyu betik..ekeke..

      Delete
  4. Salam singgah sini, plak. Tak sangka happening jugak Pulau Perhentian ni. Syok gak buat destinasi bulan madu.. Tapi kena cari resort yang jauh dari penyu...haha.. (^^,). Entry yang detail gle, sampai tahap boleh bayang dah nak duk katil mana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks, selamat datang cik jus..hehe...sesuai jugak kalau nak hanimun kat sini..tenang dan selesa..tapi penyu tu takleh nak elak lah..banyak sgt..hahaha..

      Delete