Saturday, December 21, 2013

Sentap : Punca-punca aku stress di Jalan Raya

assalammualaikum wbt..

Sejak dah lebih setahun bini aku kerja kat UM ni tugas aku cam biasa la pi hantar dan jemput tiap-tiap hari sebelum aku masuk opis..so bermakna setiap hari lah jugak aku mengalami stress dan tekanan perasaan dalam menjalankan tugas aku sebagai penghantar ni ketika di jalan raya..

Sebelum tu, aku nak tegaskan, hal ni bukan la berpunca dari bini aku pon..sama sekali aku tak pernah rasa tugas jadi despatch bini aku ni menyusahkan dan buat aku mengeluh..dah memang tanggungjawab aku ye dak..jauh sekali soal nak jaga hati bini..serius, aku stress sebab hal lain...teruskan membaca..hehe

Korang tau jela, tinggal kat KL ni serabut kepalotak kalau nak hadap jem pagi-pagi tu..bukan bini aku takda lesen kereta pon..boleh je dia nak pergi sendiri..tapi sangat la tak berbaloi..nak keluar subuh-subuh sebab nak elakkan jem..time balik pulak, dah dekat nak magrib baru sampai rumah..udah la minyak mahal..tahun depan tol pulak kabornye nak naik..takleh jadi...so, tugas  untuk hantar bini aku kerja memang sangat diperlukan untuk minimumkan bajet, kerugian masa dan elakkan bini aku stress pasal jem pastu badmood kat rumah..hahaha...


Walaupon tak berapa baik untuk kesihatan kalau aku stress berpanjangan setiap hari..tapi apakan daya..hukhuk..aku tau golongan yang menyebabkan aku stress ni tak baca pon blog-blog ni,tapi aku nak tulis gak..kira luahan perasaan la ni yek..kalau ada yang baca sila ambil perhatian..boleh share jugak pada kawan-kawan, pakcik makcik, adik beradik dan sebagainya untuk sama-sama kita kurangkan stress..hahaha..

punca-punca yang dikenal pasti menyebabkan aku stress ialah :-


Sikap pemandu/penunggang yang pentingkan diri.

  • Takda sebab lain yang paling utama bagi aku stress melainkan sikap ni la..ciri-ciri orang camni memang akan menyusahkan orang lain contohnya potong Q sesuka hati..bawak slow sedangkan orang dibelakang nak laju, apa salahnya kalau bagi laluan..
  • Kesimpulannya akan melambatkan orang lain.


Pemandu/penunggang yang cuai


  • Yang ni memang buat aku stress dan membahayakan orang..contohnya tak suka bagi signal untuk membelok..kategori ni pon boleh termasuk sekali dalam sikap pentingkan diri sebab akan mengkompiuskan dan melambatkan orang lain ketika di selekoh..haih..penting ni..jap aku pikir ayat nak terangkan...
  • Haa contoh situasinya camni..'main road sehala yang ada simpang'..sebuah kereta yang baru sampai dari main road tu nak masuk simpang tapi tak bagi signal dan sebuah lagi kereta nak keluar dari simpang ke main road.. 
  • Perkara ni selalu buat aku stress kalau kita tak pasti orang yang nak masuk simpang tu sama ada nak terus atau belok..kalau dari awal kita nampak signal dia nak belok ofkos kita boleh keluar je terus dari simpang kan tanpa perlu tunggu dia masuk..
  • Tapi tetap je ada pemandu bangang yang orang dah bagi signal untuk belok pon dia tetap nak tunggu orang tu masuk dulu then baru dia keluar..
  • Aku syak dia jenis orang yang sama yang tak suka bagi signal bila keluar simpang...bangang abadi..
  • Kesimpulannya akan melambatkan orang lain. 


Pemandu /penunggang yang tak berapa layak dapat lesen. 

  • Ni antaranya jenis orang yang jarang memandu atau menunggang di jalan raya..mungkin dia biasa bawak kenderaan dalam hutan je kot..jenis yang sangat berhati-hati atau senang citer penakut la..bawak slow sampai menyusahkan orang..
  • Baru dapat lesen barangkali..
  • Kalau nak parking pulak, punya la teruk sangat gayanya nak masuk..terkial-kial..tah apa yang susah sangat pon kadang-kadang aku tak paham..tengok kereta ok je..kompom power stering..
  • Kesimpulannya akan melambatkan orang lain. 


Ok..cukup dulu setakat tu..banyak lagi sebenarnya aku boleh listkan..tapi korang nampak kan aku ada highlightkan benda yang sama kat atas tu, sebab apa? sebabnya ialah,aku seorang yang tak suka lambat ketika di jalan raya..hahaha..tu pasal la aku suka merempit je..yang tentang masalah pemandu kereta aku tulis atas ni sikit sebanyak aku rasa la jugak masa driving, tapi yang sebenar benarnya kisah aku stress ni masa hantar bini aku tu cuma naik motor jugak..hahaha..



Kajian yang telah aku jalankan setiap hari ketika melalui Jalan Kuching masuk ke Duke-terus ke Jalan Semantan dan bla..bla..bla..satu fakta yang telah aku temui ialah, "memandu kereta aku akan stress dengan pemandu kereta, tapi bila naik motor aku stress dengan penunggang motor"..ni pendapat aku dan apa yang aku lalui setiap hari..

Kalau dah fakta mesti ade bukti..bukti aku sahih kay..setiap pagi kat mana-mana jalan yang jem ni..lorong laluan motor hanya di celah-celah antara 2 kereta ye dak..aku takkan hangin dengan pemandu kereta sebab tu pon laluan dia..tapi aku akan jadi hangin dengan penunggang motorsikal lain di depan aku kalau dia bawak slow motion tekial-kial walhal ruang masih muat untuk dia lalu dengan laju..demm yuu..

Jenis-jenis tu toksah citer la, banyak sangat..tak semestinya jenis yang takut terlanggar sidemirror kereta, tapi ada yang jenis bercinta plak bawak motor. fuck yu la..makwe² dan orang tua yang bawak motor ni pon selalunya timbulkan masalah ni kat aku..awat la diorang ni tak boleh amik lorong kiri sekali ke kalau nak slow..adoiilaa...kalau la senang nak memotong kat celah kereta tu aku tak kisah lagi..ni dah memang laluan sebiji motor je kan..diorang ni takleh pikir ke selit la kejap pergi belakang kereta bagi aku atau orang lain yang laju nak lalu..tak paham betul aku..arghhhhh...demmm...

So pesanan aku kepada penunggang-penunggang motor sekalian..terutama yang melalui Jalan Kuching, tolong la jangan buat lagi lagu ni noh..gunakan sidemirror tu tengok orang belakang, kalau ade orang nak laju, tolong awal-awal bagi laluan..aku laju aku punye pasal, tak susahkan orang..korang yang lambat ni dah susahkan aku reti..stress wei..sebab ni la kot buat kenser aku naik..grrr..

Yup..aku memang serius tentang kestressan dan hangin bab ni..takde sapa yang paham kecuali orang-orang yang laju cam aku je kot..korang bayangkan la sampai aku dah terpaksa istiqfar bnyak kali pulak masa merempit ni..yela, ramai sangat aku terpaksa maki sebab lembab, kalau berzikir duk bawak motor tu boleh gak pahala.,ni dapat dosa kering, dapat stress, dapat penyakit je kat aku...arghhhhh...

astagfirullah al'azim..sabo bundle.......
entri yang mungkin ada kaitan.


18 comments:

  1. huhuhu.

    aku stress sebab jammed. pukul 0430 menipu keluar opis awal pun still smpai rumah pukul 0700 malam...

    damn!

    *ni hanya luahan perasaan, bkn pndpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sbb jamm,,tp jamm disebabkan apa yang aku tulis tu..arghhhhh...

      Delete
  2. sabo.. sabo.. aku jarang stress pasal aku co-driver. tp aku stress jugak bila driver aku stress kt sebelah. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aku stess kat jalan raya je mell..skg ok la..tunggu ptg kang balik keje aku stress balik..haha

      Delete
  3. haishh..kalau sembang bab jalan raya ni..mmg stress tu tak akan habis...nur pun bukan reti bawak pelan2...sbb bila bw pelan mgantuk..huhu...

    dan lagi satu yg boleh buat stress gila..bila org depan lembab gilakk..padahal depan dia langsung ape pun xde kenderaan lain..mmg streslah ikut je belakang bontot dia...geram jee..!

    ehh..mmg boleh hanginlah bila sembang pasal ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..sebabkan sorang je slow silap2 bleh jem panjang..mau tak stress..

      Delete
  4. Masuk dalam UM pulak masalah budak melintas serupa ayam. Haritu dah ada yang kena langgar sorang kau tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak tau lak aku..tp petang2 tu memang banyk ayam melintas kat um tu..hahaha

      Delete
  5. orang kata aku pun kata. kesabaran lelaki akan teruji di jalanan. hahaha. segelintir jelah. jenis yang nak laju je tahu. slow-slow tak main....boleh demam kalau bawa slow katanya. pastu dah stress dah hangin habis la bebel sana bebel sini marahkan pengguna jalan raya ikut punca2 yang ko senaraikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ade orang kata camtu ek..tp betul la aien..kesabaran aku memang teruji kat jala raya..tp selalunya aku memang hilang sabar..kalau dah tension sangat memang aku pegi sebelah dia aku sound je..

      Delete
  6. harap abang boy jangan stress-stress.. :"(

    ReplyDelete
  7. ak stress bila asek kena tekan brek -_-

    chuu

    ReplyDelete
  8. hehe...lmbt beno teknologi. sape la nnti yg boleh buat motor terbang. Takde jem. hehe..

    ReplyDelete
  9. x suka duk kl ni...stress sokmo. grrr

    ReplyDelete
  10. biasalah tu kalau dok KL nih. sabar ajelah. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...