Tuesday, June 3, 2014

Dairi : Kisah Disebalik Kenapa Aku Tinggal Puasa Yang Lepas..

Assalammualikum wbt...

Pejam celik pejam celik dah pon masuk setengah tahun 2014..hujung bulan ni dah nak start umat islam semua berpuasa Ramadan..huhu..so ada lagi kurang sebulan je sesapa yang belum habis ganti puasa..aku pon ada lagi dua hari belum ganti untuk puasa tahun lepas..insya'allah sebelum Ramadan nanti bayar hutang siap-siap...

So kiranya dah hampir setahun la jugak aku disahkan menjadi pesakit kanser ni..citernya beberapa hari sebelum ramadan tahun lepas, aku telah jumpa doktor di sebuah klinik swasta akibat gejala kesakitan yang dah beberapa lama aku hadapi..kemudiannya aku dihantar untuk pemeriksaan lanjut dihospital dan terus ditahan wad pada 30 Syaaban dan terus operatian kecemasan pada 1st ramadan..huhu..

Itulah kisah kenapa aku banyak tinggal puasa tahun lepas ye.awal-awal puasa dah kena tahan wad, dah la anak aku kecik sangat lagi masa tu, bini aku pon baru habis pantang, aku  pulak disahkan ngidap kanser, down kejap aku..pastu orang berpuasa waktu siang..aku pulak awal sehari dah berpuasa..dah la puasa malam..ye la kan..orang nak operate memang prosedur dia kena puasa sebelum tidur..hahaha..

Setelah hampir setahun ni, kesihatan aku alhammdulillah..tu je la yang mampu aku katakan..syukur sangat-sangat Allah swt masih memberikan aku peluang untuk terus bersama keluarga, kawan-kawan dan memberikan aku peluang untuk terus melaksanakan perintahNya..


Pn Wani dan Ammar Wazzi, listen!!, aku sayang ang pa..


Ada baik dan buruk jugak dengan kanser yang aku hidapi ni..satu, aku bersyukur sebab ia dapat dikesan pada peringkat awal..baru stage 1..yang buruk pulak, kanser aku adalah jenis aktif dan boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh badan yang terdedah dengan sel kenser ni..tah la..aku tak tau camna urusan cik kanser tu kat dalam, tapi harapnya dia duk jela diam-diam lagi...jangan pi mana-mana dah..

Setakat sekarang ni, aku masih takda buat apa-apa rawatan susulan..eceli takda apa yang nak dirawatkan pon..memang doktor menyarankan aku buat kimoterapi dalam setiap temujanji, tapi no no no..aku sihat lagi..dalam ujian darah yang terbaru aku buat minggu lepas kat HKL pon, takda apa yang membimbangkan setakat ni..alhamdulillah sel kanser tu masih duk diam...

Ni jela cara nak tau kesihatan aku sekarang..dari sebulan sekali kena check up hantar darah untuk ujian, sekarang ni doktar dah anjakkan setiap 4 bulan pulak..ni kiranya perkembangan baik la ni..mybe lepas ni 6 bulan dan setahun sekali pulak kan..haha..aminn..

Ok la..tu la serba sikit perkembangan aku sekarang, aku sihat walafiat..walaupon korang tak peduli, aku nak tulis gak..takda kaitan nak tagih simpati atau mintak sumbangan kay..saja gatal tangan lama tak menaip..hahaha..



p/s : tak sabar nak bercuti ni..huhu..Perhentian, mu tunggu aku datang!..



21 comments:

  1. aihh..ada kanser?kanser ape?sy pun penah kena kanser dlu.siap kimo bagai,x pose sebulan..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..ade la..kalau rajin baca la kat blog sy satu lagi ni..banyak tulis pasal ni kat blog : BUNDLE PAGES

      so awak dah sihat ke sekarang?

      Delete
    2. Ya Ampun..sy ketinggalan..skrg dah ok.alhamdulillah.cek up pun skrg 6 bulan skali..

      Delete
    3. alhamdulillah la..semoga terus sihat..

      Delete
    4. alhamdulillah..samalah kita.semoga terus sihat..sy baca blog awak pun,awak sgt kuat. dari jauh dah taw awak akan terus sihat insyaAllah...ceeeewahhh!!

      Delete
  2. ya, jadikan ramadhan tahun ni sebagai pemangkin semangat bro!

    perhentian, cantik jugak tu. aku tahun lepas pergi redang. manyak cun...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orita tak..tq..aku dah pegi gak redang..sana memang terbaik..cun gila..kat perhentian ntah la..yang aku pasti infra kat resort yng booking ni lagi best la dari kat redang dulu..hehe

      Delete
  3. perhentian???? long beach... banyak betik masak kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan..aku stay kat arwana resort..dengar citer kat situ jgnkan betik masak, tembikai ranum pon banyak TK..kehkehkeh..

      Delete
    2. tapi ko pi kaki kena ikat bro...

      Delete
  4. ya, aku ingat.
    first time jumpa mamat muda remaja kat wad selayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.muda kan..kan...dah la 1st time jumpa, kat hospital lak tu..haha..sentiasa ingat, terharu dan hargai jasa baik ko ha..

      Delete
  5. Alhamdulillah bro.. Moga lepas ni sel2 tu terus duk dalam senyap teroih. Comel gambar family hg. Haihh aku nak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap camtu la..ko nak berbini dah ke..kawen je la..kawen senyap2..hahaha..

      Delete
  6. Syukur la dah sihat ko. Ammar Wazi je yg comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..apasal ammar je comel..aku tak ke?

      Delete
  7. Bang, saya kalau dengar orang kena kanser ni saya boleh meremang. Kalau dengar pulak penghidap yang buat tak endah, saya bengang.. Even sekarang ada sedara yang kena breast cancer tapi boleh buat xreti je.. sekarang dah stage 4! Pastu baru kalut nak g spital.. Hm... Saya doakan abang sihat dan bahagia sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih khamsi..aku jenis nak sihat jugak..tu pasal aku follow lagi buat tumor marker kat spital..usaha je apa yang mampu..

      Delete
    2. Usaha yang penting. Baru boleh doa dan tawakkal. InsyaAllah..sembuh completely tanpa kesan tu tak lama lagi.

      Delete
  8. Asking questions are in fact fastidious thing if
    you are not understanding anything fully, but this piece
    of writing offers fastidious understanding even.

    Here is my weblog :: Online Home Careers Scams (inf.udec.cl)

    ReplyDelete
  9. Semoga sihat2 selalu. Kanser tu takkan serang suka2 hati kan. out of nowhere gitu, kan, kan? adakah saya juga perlu check kat spital...apa tanda2 awal sebelum check tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...