Friday, November 15, 2013

Mempertahankan sesuatu yang bukan hak milik..

assalammualaikum wbt...

Minggu lepas masa aku lepak-lepak kat kedai bundle member aku sorang ni, sorang pulak lagi member aku yang baru balik kerja singgah datang bawak citer tentang masalah yang dia hadapi..lama jugak la aku jadi pendengar hal dia tu..hahaha..seriously aku sebenarnya tak tau nak bagi pendapat apa kat dia sebab aku takda lagi pengalaman tentang masalah yang dia alami dan harap sampai bila-bila takkan ada masalah tu dalam family aku..hal ni berkenaan soal harta la senang citer, hal rumah,tanah, duit membabitkan adik beradik..selalunya aku tengok kes-kes ni dalam tv je, lani jadi pulak kat member terdekat aku..kesian la pulak..

Sikit sebanyak personal member aku ni aku penah citer dulu dalam entri ni (link) dari bujang sampai dah anak dua orang ni ade je masalah..tapi bukan dia cari masalah cuma dia ni teraniaya..kesian wei..serabut je aku tengok rupa dia pikir masalah dia tu..kisah member aku ni bermula sejak ayah dia (pakcik ghazali)  berhajat untuk menjualkan rumah dan tanah yang dah sekian lama mereka anak beranak ni diami..mungkin sebab pakcik ghazali  ni saja nak keluar dari rumah tu lepas beliau berkahwin lagi sejak kematian isteri beberapa tahun lepas..


aku lak stress pikir masalah member aku ni..warghhh..


Kalau ikut jalan citernye memang takda apa masalah pon..sebelum pakcik ni nak jual. diorang dah pon buat mesyuarat keluarga..pada asalnya si ayah ni dah offer awal2 lagi  pada kakak member aku ni yang memang menumpang kat situ..tapi offer tu ditolak..sampai satu masa yang lain, baru pakcik ni offer lagi sekali kat anak-anak dia yang lain..So member aku ni pon memang la berminat dan nak beli..So bila buat mesyuarat keluarga tentang hal tu, adik beradik yang lain pon setuju je ayah dia  nak jual dengan harga 200k..sebelum tu, apa yang aku nak bagitau, dalam rumah tu cuma tinggal kakak member aku ni je, adik beradik yang lain yang semua pon dah berkahwin semuanya dah tinggal sendiri..

Bila mana member aku dah settelkan urusan bank untuk pinjaman, baru la terjadi masalah..si kakak ni taknak keluar dari rumah tu..member aku ni punya la dah bertolak ansur bila kakak dan abang ipar dia ni taknak keluar jugak dari rumah tu, member aku bagi jugak dia tinggal kat situ just rumah tu renovate semula pecah dua bahagian dan cuma bayar sewa jela kat dia..Yang jadi isunya, kakak dia ni langsung pon tak bayar sewa walaupon dah tinggal lebih 4 bulan selepas dah pindah milik ni walhal sebelum pembelian dibuat dah ada persetujuan...yang aku kesiankan kat member aku ni, lepas dia dah beli rumah tu dan buat renovatation, dia masih belum masuk ke rumah tu dan cuma menumpang tido kat rumah abang ipar dia jer..

Dah la nak bayar loan tu banyak, dan dia pon dah beli rumah tu, takkan dia nak menyewa lagi kan..so menumpang je la dulu..tapi bila dia balik rumah dia, asal jumpa kakak dan abang ipar dia ade je benda nak bergaduh..serius aku tengok muka dia memang serabut gila..mungkin korang macam nampak member aku ni jahat la nak halau kakak dia keluar, tapi  tahukan korang yang kakak dia dah pon memiliki 2 buah lagi rumah..yang berhampiran situ pon ada sebuah yang kosong tanpa penyewa..

Bayangkan member aku ni yang dah beli rumah tapi menumpang tido dalam stor beralas toto je kat rumah orang...bayar bank RM 1200 sebulan untuk rumah tapi just bagi orang lain yang duduk selesa..aku tak leh paham langsung kenapa boleh jadi hal macam ni..member aku ni cakap kakak dia dah termakan hasutan suami dia la tu yang berkeras tak nak keluar gak dari rumah tu..Seriously memang kesian sangat aku tengok member aku ni..pelik jugak ada kakak dan abang ipar yang sanggup buat macam tu kat adik.. walaupon adik beradik yang lain menyokong member aku ni, tapi semua takleh buat apa..orang dah degil sangat kan..bak kat member aku tu, " aku beli rumah ni memang untuk bagi diorang duduk"...rumah dia takpe bagi sewa...lol

jangan member aku jadi camni dah la..lagipon kes dia bukan pasal harta pusaka pon..


Aku penah jumpa kes lebih kurang macam ni jugak masa buat kerja ukur dulu, member aku ada beli tanah kat satu tempat ni, bila datang survey, orang kampung kat situ beria mempertahankan tanah yang member aku ni beli kononnya tanah dia siap berparang parang walaupon member aku beli secara sah dan bergeran..siap cakap geran tu takde nilai..hahaha..bodoh..

Tapi tu takpe lagi nak gaduh, bukan keluarga..lagipon orang kampung tu yang bodoh tak tau status tanah suka-suka declair tanah dia padahal arwah bapak dia dah dapat pon pampasan selepas tanah tu dijadikan rezab TNB dulu, bila TNB dah tak guna tanah tu dan diserah balik, baru member aku beli..so tanah tu memang hak dia..Masalahya tu la, bila bercakap dengan orang yang degil bodoh sombong, diorang akan mempertahankan sesuatu yang bukan hak dia..kesudahannya tanah tu terbiar kosong jela dan orang kampung tu jela guna..naya-naya...ni salah satu kes rebutan tanah yang penah aku jumpa la..

Dan sekarang hal ni aku nampak lagi tapi memang lagi sedih..adik beradik jadi bergaduh..semalam aku terserempak member aku ni lagi dan follow up la kes dia..apa yang dia boleh katakan, dia dah frust..dia dah taknak gaduh, biar jela akak dia tinggal kat situ, tentang loan tu biarlah dia bayar walaupon tak tinggal situ..cuma yang dia cakap, satu hari nanti tak kira la 10-20 tahun lagi ke dia akan tuntut balik rumah tu..


p/s : kalau ada tips nak kongsi tentang masalah ni, sila komen..jangan cakap panggil polis udah la..member aku tak sampai hati pon nak buat camtu..




19 comments:

  1. sedihnya masalah ni...

    aku faham... kerja adik beradik ni memang payah la...

    maksud aku hal rumah la...

    sekarang ni aku pun fobia nak ambil kerja sedara mara...

    sekali aku kena, memang tahap tak balik rumah keluarga...

    pelbagai versi dan lebih kepada emosi dan bukan profesional...

    elakkan mengumpul harta bersama-sama dengan adik beradik...

    mntk dijauhkan...

    ReplyDelete
  2. Nak suruh fikir masak2 pun dah terlambat kan, tapi benda yg memang dah terangan and semua adik beradik lain pun dah maklum, patutnya senang jer setel kan. Tapi kalau kakak nyer mmg nyata nak ambik kesempatan atas dia, mmg bodoh la dia biarkan diperlakukan sedemikian rupa, lain la kalau mmg kakakk dia tu merempat ker apa. Dah kalau tak boleh dibawa berbincang lagi, halau jer kuar. Kakak apa lagu tu pernaya adik. 200k tu bukan sikit ok.

    ReplyDelete
  3. susah juga kalau nak tunggu lama2..nanti anak2 kakak dia besar, lagi sibukkan diri nak rebut juga. yg taktahu hujung pangkal yg rumah tu dah dibeli dah bukan harta pusaka.. aku rasa, mungkin boleh libatkan lawyer dan naik court utk bagi abg ipar dia clear pasal rumah sudah dijual ni. SEKURANG-kurangnya.. cuma cdgn.. aku rasa, mungkin abg ipar dia nak buat2 tak faham.. kalau dah naik court mungkin abg ipar dia ada rasa segan sikit nak duduk rumah tu secara free..

    ReplyDelete
  4. dalam kes ni confirm2 member kau tu teraniaya..oleh kakak sendiri lagi. n doa orang yang teraniaya sangat makbul kan? jadi suruh member kau berdoa biar kakak dia n abang ipar (especially) x selesa duduk rumah tu lama2.. n keluar dengan cara baik. sebab kadang2 ada je yang sanggup rosakkan harta benda orang lain bila dorang tak puas hati. jenis tamak haloba kan? harta orang semua dia nak. n prinsip dorang.. kalau dorang x dapat guna, jangan orang lain pon dapat guna jugak.

    xpon kalau member kau sanggup, bawak kes tu pegi court. sebab terang2 rumah tu atas nama dia kan?
    tapi pastu hati2 la.. sebab kadang2 ada orang yang tak puas hati bila kalah sampai sanggup guna sihir pastu. cakap dengan member kau, orang camni kena sangat hati2. takut tak boleh cara kasar, dorang guna cara halus. apapon mintak petunjuk n perlindungan dari Allah.

    bukan nak menghasut, tapi dah banyak kes aku dengar n tengok sendiri terjadi kat sekeliling aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi: ‘Takutlah kamu doa orang yang kena zalim’. "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani). Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)
      dipetik dari facebook page DrMAZA.com

      golongan camni jangan dilawan cara kasar. minta pertolongan dan perlindungan dari Allah.

      Delete
  5. stress juga nur rasa bila baca kisah ni. bila baca, terasa terbawak-bawak lak dalam diri. tapi seriuslah, kenapa kakak dia sanggup buat mcm tu ehh? tak ksian ke dekat adik.yg abang ipar pun, tak malu ke? bukan kaka tu xde umah sdiri. Haishh...mmg kusutlah kalau masalah macam ni kan..!

    ReplyDelete
  6. kenapa bapak dia tu x bagi jer rumah tu. knapa nak kena jual ke anak2 sndri? sy x faham di situ. -_-

    kakak dia n abg ipar dia tu agak membengangkan. sbg adk dan adk ipar. dia berada di posisi yang keserba salahan. benda yang melibatkan adk bradk ni, kena bncg dr hati ke hati. kalau bleh, takpayah lah libatkan court polis bagai. tapi.. dalam kes dia nih.. kkak n abg ipar dia tu kena d ajar.. dia kena r tegas skit.. caranya.. ntah laaa..

    ReplyDelete
  7. berat kes ni. kalau bawak ketengah melibatkan undang2 ke hak ke mahkamah dan sebagainya takut jadi lain...hubungan adik beradik tu. kesian lak aku dengan kawan ko ni...maun tak serabut duit bulan2 bayar bukan sikit seratus dua ke...tapi seribu dua...kalau2 kata sewa kat melaka ni mungkin 3 biji ke 4 bijik rumah boleh sewa serentak. hmmmm. aku harap ada la jalan penyelesaian..semoga terbukak pintu hati si kakak & suaminya, naya kat adik tu...menumpang pada harta sendiri. hakikat yang pahit.

    ReplyDelete
  8. hai BS hehe :) hal ni jadi sama cam dalam family saya sebelah mak. bergaduh2 nak rebut rumah arwah nenek. masa sakit tak nak dibela...hum sampai adik beradik yang lain bila balik kg terpaksa tidur hotel sedangkan rumah peninggalan ada.. rumah tu bukan dibuat tinggal tapi dibuat kedai.. ambil keuntungan. sampai sanggup cakap kalau adik beradik lain nak rumah tu dia tak mengaku saudara.. sedih jer tengok ada pakcik makcik macam tu perangai :( ni da miniggal kira harta pusaka. mak ayah meninggal kira adik beradik tu semua anak yatim piatu .. bertambah dosa tu makan harta anakyatim. :)

    ReplyDelete
  9. Ni masalah biasa ni. Keluarga pun boleh berpecah belah sbb nak tanah je. Kadang2 tu xde leee besor mane

    ReplyDelete
  10. ade je kes gini.. kena bawak bincang lah.. kesian kawan ko tu. menda cam ni kena bawak bincang.. panggil semua adik beradik.. bagitau sebab dan musabab.. pujuk baik2. bukan menghalau.. kalau abg ipar dia nak dok sangat rumah tu. beli lah.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Pada aku bodoh sgt anggap spesis cmni sebagai kakak..smp hati tak smp hati tu ada had beb..klu dah macam gini perangai putus sedara pun takpe kot..jgn la nk stress makan hati kang mebe ko plak tak betul..klu dh rumah tu hak mebe ko,ada hitam putihnya bukti bawk je kes ke mahkamah..halau cara elok takmo buat je la cara kasar..takde pilihan dah kot untuk org degil cmni..kok nk tunggu 10 20 taun lagi?klu blom kawen ok la..dh ada anak bini sanggup kau nk tanggung hutang pastu nak tanggung umah sewa lagi sedangkan hak kau kau biarkan org yg dah ada dua bjik rumah tu buat hak dia..Jangan jadi bodoh..:)

    ReplyDelete
  12. pekata jual je tanah dah rumah tu sekali. Walaupun rugi tapi biarlah daripada sakit hati berpanjangan.

    ReplyDelete
  13. kesian kot bila baca kisah dia. ya Allah, kalau betul dia insan yang teraniaya lagi dianiaya. aku doakan semoga Allah s.w.t akan berikan keadilan pada dia. nasihat dekat kawan suruh dia dekatkan diri dengan Allah s.w.t. ujian tu datang dari Dia. kita doa, kita minta elok2 supaya Dia tunjukkan jalan penyelesaian. apapun, masalah tu janganlah dipandang musibah yang maha berat. tapi pandang ianya kasih sayang yang berbentuk ujian dari Dia.

    Allahu Allah. semoga tetap bersabar dengan ujian. sebab, ada orang dengan ujian dia jadi lebih dekat dengan Allah s.w.t. ada lagi orang, bila dapat ujian dia jadi tambah parah. tu yang berlaku guna-guna, bomoh, jampi serakah bagai.

    nasihatlah member, Allah tu kan Maha Adil. sekarang Dia uji macam tu. nanti Dia bagi yang lebih baik. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  14. cesss kaya kot akak dia....

    tak pa lar, dia doa la ari2 minta lembut la ati akak dia tu nanti...

    ReplyDelete
  15. Dulu mak aku pernah ajak aku pergi bank, nak letak nama pendua buku dia nama aku. Terus tanpa berfikir panjang aku tolak. Aku tanya mak dah bincang belum dengan anak2 yang lain. Mak aku jawab tak apa, duit dia dan dia yakin aku takkan buat naya kat adik beradik lain dan disebabkan aku belajar lagi, in case jadi apa2 aku dapat teruskan pelajaran aku sebab kalau bahagi nanti anak perempuan dapat sikit. Aku taknak. Aku cakap, banyak mana adik beradik setuju nak bagi aku terima ja. Kalau dah bincang dan yang lain2 setuju tak apa. Sebab takut jadi benda2 cenggini la. Minta simpang..

    ReplyDelete
  16. kecik2 dulu aku gaduh jugak dgn adik beradik aku sampai tak bertegur btahun2 tp dh besar ni semua dah ok

    ReplyDelete
  17. serba salah gak kalau aku kat tempat ko nie bro..kena plak masalah nie melibatkan keluarga orang. tapi dalam benda2 macam nie kita kena berati-hati ketika memberi statement suapaya orang tak nampak kita nak menyibuk hal family orang..tapi lagi kesian kat kawan ko tu..hopefully dia tak bertambah stress sampai buat benda yang bukan2..

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. Mmg payah bila harta boleh menjadi isu antara adik beradik. Jika pihak akak tu boleh bertolak ansur, boleh je sediakan bilik utama kat adik dia, dah adik dia yang punya rumah. Bila difikirkan, apalah perasaan bila tua2 dan kita sedar kita dah buat dosa besar giler. Semoga mereka boleh sama2 menemui jalan penyelesaian terbaik. Si akak beli rumah tu ke..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...