Friday, November 29, 2013

Info : Rawatan Alternatif Kanser..

assalammualaikum wbt..

Bermacam-macam produk dan jenama berkaitan kesihatan boleh kita jumpa kat internet sekarang ni..google jela korang nak ubat/petua/suplement/ untuk apa-apa penyakit yang korang nak tau..belambak ada.. Tapi harini aku nak kongsi satu cara nak merawat kenser yang dikatakan sangat berkesan..sebelum ni pon aku ade tulis pasal rawatan alternatif kanser berkaitan ganja(Link)

Sebelum tu aku nak jelaskan, entri ni bukan la untuk aku promote pape, apatah lagi nak jual produk..Seriously aku cuma nak berkongsi maklumat..bila aku dah banyakkan membaca dan cari info tentang rawatan alternatif kanser ni, aku buat kesimpulan, salah satu bahan yang paling popular dikatakan paling mujarab dalam mengubat dan mencegah kanser ni adalah benda Allah ni..


Ni la dia bendanya..cepat pulak order aku sampai..haha


Kalau korang nak tau benda yang nampak macam kekacang ni sebenarnya biji aprikot..khasiat biji aprikot untuk mengubati kanser ni eceli aku dah tau dari lepas aku operation dulu lagi..mulanya aku cuma amik tau sikit-sikit jela,malas nak research lebih-lebih,.masa tu aku lebih utamakan soal harga je..bila tengok harga dia yang agak mahal, terus terbantut hasrat nak cuba...

Tapi kali ni aku betul-betul terbuka hati nak cuba..mahal pon, tak la mahal sangat sebenarnya..apa yang buat aku terbuka hati nak cuba ni disebabkan bini aku bawak story dari tempat kerja dia tentang mak mertua kawan pejabat dia ni sembuh dari kanser usus lepas makan biji aprikot ni..alhamdulillah, Allah juga yang menyembuhkan..

Dari buat kimo terus tak payah buat..tu maksudnya sel-sel kanser makcik tu dah takde la tu..lain plak dengan kes aku..doktor tak habis-habis suruh aku buat kimo sebab bacaan kanser dalam darah aku masih tinggi..cuma aku je yang degil..bukan taknak buat, aku sayang badan aku lagi..elok-elok sihat tak pasal-pasal sakit pulak sebab kimo tu nanti...



Ramai doktor-doktor, saintis, dan pakar perubatan alternatif dah pon membuat kajian dan beberapa penawar telah dijumpai..tapi penemuan depa ni diketepikan atas alasan akan menjejaskan perubatan moden..sekurang-kurangnya pusat perubatan atau pakar akan untung sebanyak USD 200,000.00 bagi setiap seorang yang mula mengidap kanser sehingga kematiannya.

Bukan pusat perubatan sahaja akan rugi kalau pesakit sembuh tapi juga akan menjejaskan industri pharmaceutical serta industri yang mengeluarkan mesin-mesin perubatan moden tu..wtff..

Korang nampak tak permainan politik kat situ..pesakit yang tengah menderita tu dijadikan bahan keuntungan semata-mata..tu nasib untuk orang berduit ye dak..kalau orang macam aku ni mana nak cari USD200K tu..tunggu mati jela kiranya kan..mujur aku tak tinggal kat US..hahha..


  #bukan perubatan moden je nak kaut untung..orang yang meniaga biji aprikot ni pon boleh tahan letak harga mahal-mahal..alasannya, berapalah sangat nilai RM***  untuk kesihatan..puihhh..mujur aku jumpa sorang hakak ni baik hati jual sangat murah berbanding lain-lain yang aku jumpa..so survey harga dulu sebelum beli...


Setakat ni, rasanya untuk buat rawatan kanser kat hospital-hospital kerajaan idok la mahal mana..toksah la buat rawatan kat hospital swasta macam artis-artis yang kena kanser tu kan, buang duit sementara nak tunggu mati je namanye tu..dari bayar hospital beribu-ribu, baik pi umrah, buat ibadat banyak-banyak sebelum mati..buat kimo kat hospital kerajaan sudah la..bijak kan aku....hahaha..

Rasanya korang yang tak menghidap kanser takkan peduli pon dengan apa yang aku tulis ni..tapi tak kisah la.. semoga korang terus sihat..aku plak,akan cuba sendiri biji aprikot atau B17 ni dari sekarang..lebih kurang sebulan lagi aku ade buat Tumor Marker kat HKL , harapnya ada perkembangan positif hasil daripada B17 ni nanti..insya'allah..


P/S : rasa biji Aprikot ni lemak² dan pahit nak mampus...


32 comments:

  1. sekali tengok mcm badam, dalam hati kata mesti sedap..!
    bila baca tang last..pahit? alamakkk...nak sihat kena telan jugak la bundle..
    dengan izinNya org lain boleh sembuh, takkan kita tak bolehkan...
    Dah ikhtiar, dah usaha, doa...inshaAllah dipermudahkan...

    Berapa ehh harga biji aprikot tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak nur..ade gak rase lemak2 tu..sesekali je dapat yang pahit.mmg pahit gila la..haha..tp yang pahit tu la ubat ye dak..insya'allah la harapnye test darah nanti aku dah jadi normal balik..

      bab harga tu bergantung penjual nur...try la google tengok..haha..

      Delete
  2. makan biji Aprikot tu macam mana? makan gitu aje macam kacang ke? atau kena goreng...boleh gak aku suruh mak cik aku cuba. kanser usus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kunyah gitu je aien..macam makan kacang..sebenarnya tak kisah pon nak makan camne..nak blend pastu campur dalam makanan lain pon takpe..jnji makan..

      ko suh la makcik ko try..tp aku rasa dia pon mesti tau pasal ni..orang yang ade kanser ni mesti tau punye lah..cuma dua dah cuba atau tak jela kan...

      Delete
  3. makan la bro, berhabis untuk kesihatan diri gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beli pon..rugi kalau aku tak makan TK..hahaha..

      Delete
  4. aku igt kacang badam tadi, macma kacang badam. biji aprikot bukan hitam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pon lebih kurang je ngan badam tp ade yang pahit..aku rasa biji aprikot kalau hitam tu jenis yang telebih sangai kot..takpon biji tu dah kene panggang..kehkehkeh..mmg kaler tu la bai..

      Delete
    2. apricot ni buah yg warna oren tu kan? kalau yg apricot kering tu bukan biji dia hitam ke? ke aku yg salah buah ni

      Delete
    3. aah tu buah dia..yg aku mkn ni biji dia je..mmg ori gitu..tp sebelum dpt biji utk mkn ni ,ade kulit lg tak silap aku.

      Delete
    4. kau beli yg ori? xpe lah aku download aje le nanti

      Delete
  5. aku penah makan kawan aku kenakan aku. mula2 berebut amik 2,3 ulas ngap sekali dlm mulut dgn gelojoh skali pahit.

    aku dah tau lama dah pasal natural remedies yang di'banned' oleh pihak yang control medicine. faham2 la sape yang pegang ekonomi perubatan ni. utk manusia lain dia bagi makan ubatan yang banyak toksin tu. pastu lambat menyembuhkan, malah ada yang tak menyembuhkan pun hanya mengurangkan. tapi bangsa dia, makan makanan2 sunnah. ce ko fikir.... kalau ubatan untuk kanser pon dierang boleh jadikan bahan utk kaut keuntungan.... inikan pula........ erm, takmo cakap la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tau pon ko..pahit nak mampus ye dak..haha..

      inikan pula ape...tergantung oii komen ko..adehh..

      Delete
  6. macam kacang.. blend ar. pahtu buat macam kopi.. mesti nikmat pahit2.

    kat umah aku ada pokok ubat kencing manis. (tetiba.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak blen dan makan dengan apa2..tp kalau campur ngn kopi tu macam tak sesuai je..pesakit kenser tak digalakkan minum kopi atau yg berkefein mell..hahaha

      Delete
  7. get well soon..
    -maple-

    ReplyDelete
  8. memang, nampak sangat permanainan orang yang ada kuasa ni. Ini memang berlambak orang yg dah sakit, kalau tak sakit pun depa siap kasi virus bagi sakit supaya laku ubat2 nyer. Macam anti-virus pc punya skandal la jugak kan. Moga berkesan la untuk kau teknik ni, kita kena ikhtiar selagi boleh, no harm pun kan. Aku pun tak pernah tau biji aprikot boleh dibuat penawar, kat sini murah la aprikot time musim dia, skang ni tka der dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camne dora..semua tu bisnes..tp aku percaya, kalau Allah nak sembuhkan penyakit tu, walaupon dngn minum air kosong pon kalau dia izinkan sembuh, sembuh jugak..cuma aku cuba je la apa termampu..kalau tak mampu baru aku harap minum air kosong tu bleh sembuhkan aku..

      untung ko kat sana bleh makan buah aprikot sekali..aku kat sini nak cari biji dia pon susah..hahha

      Delete
  9. macam badam lah bundle, nampak sedap.. hehe

    ReplyDelete
  10. Antara sebab-musabab ni la aku pilih natural healing bund.
    Slow-slow bund, ubat takde yg manis dari segi rasa, duit, masa dan kesan..
    Yang penting muka kena kasik manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko camne zie? sihat?..

      aku cuba je la ni.walaupon ubat tu pahit..mujur muka aku manis lagi,,.hahaha

      Delete
  11. Bro, dah lama tak jenguk blog ni, sedar2 entri camni lak kuar. Huhu.. Nothing impossible but difficult. Semoga sihat hendaknya. Mcm tulis surat pun ada. Hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tgk gmbr tadi pun disangka kacang tanah gak pasal ada beli sepeket hari tu. Hoho..

      Delete
    2. hahaa..thanks apple..ko beli untuk saje2 makan ke apa..haha..baik beli walnaut je..sedap sikit..haha..

      Delete
  12. wahh.. baru tau pasl aprikot ni.
    suka mkn yg kering tu je :)
    salam kenal ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aprikot kering tu ke? rasanya aku pon macam penah makan..tp yang lebih berkhasiat tang biji dia tu la..

      salam kenal juga...

      Delete
    2. Member aku kene kanser hati stage 1.ada x berubat kampung ke atau kita bli dkt farmasi pil B17 ada jual ke

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...