Wednesday, March 4, 2015

Lesen Membangau dah Renew..

Assalammualaikum wbt..

Kalau korang penah stalk blog aku la kan..1st entri aku untuk blog ni ialah pasal aktiviti memancing aku..tu 2009 punya cerita la yer..masa tu bujang lagi...aktiviti memancing ni lak sebenarnya lebih kurang je macam hobi-hobi games contohnya Dota yang orang istilahkan "Dunia Orang Takde Awek"..ha, gitu la aku leh katakan..susah sebenarnya makwe-makwe nak masuk kepala dengan brader-brader kaki pancing ni..

Apanye tak, ketahanan mental untuk jadi pemancing atau awek pemancing ni memang kene tinggi..perkara pertama memang kena kuat sabar..tahan lasak..kalau ikut dari pandangan pemancing sendiri hal-hal tu perkara biasa je..tapi kalau jenis makwe-makwe pemancing ni aku rasa bukan senang diorang mampu ikut..lain la jenis pakwe hobi main bowling ye dak..boleh la ikut detim duduk sejuk-sejuk je dalam mall..


Nak cerita pasal memancing ni memang sampai bila pon tak habis..dan hanya pemancing tahu nikmat 'membangau' tu macam mana..hahaha..penah sampai satu tahap, kegilaan aku mancing ni dah teruk sangat sampai dalam seminggu tu boleh kata 4 hari berkerja pon masih lagi nak pergi memancing..

Tapi apa salahnya kan, rasanya elok la jugak hobi memancing ni lekat kat aku yang tah bila start ni pon aku tak ingat...sebelum aku jadi pemancing tegar ni, lebih kurang je ada hobi lain yang kacau 'masa' aku..hari berkerja tetap sama, cuma tiap-tiap malam nak pergi goyang kat club, balik dekat subuh dengan kepala ting tong...haa, kat situ pon dah nampak kan hobi memancing ni walaupon sama je kacau 'masa', tapi sekurang-kurangnya masih Syariah compliant kan..


gambar hiasan. ni la namenya "membangau" kalau korang nak tau..maksudnya tunggu ikan makan umpan...
 
Sebenarnya lepas aku nikah tahun 2011, aktiviti memancing aku terus slow dan padam kejap..banyak jugak rod dan reel yang aku jual dan bagi-bagi je kat memember yang ada baru nak start mancing tu..tapi bila aku dah mula nak mancing balik, mula la mengeluh joran takde la, mesin takda la..haha. so nasihat aku pada pemancing-pemancing yang nak gantung joran tu, gantung je la..jangan jual..nanti tak pasal-pasal rasa menyesal bila nak mengail balik..

Bukan apa, nak beli balik barang-barang untuk memancing ni boleh tahan gak mahal..kiranya hobi memancing ni hobi mahal korang tau..tu belum kira nak beli umpan, kos kalau nak mengail kat kolam bayar lagi, duit minyak kereta, makan, rokok (untuk perokok) aku dah berhenti, so jimat sikit.huhu..dulu masa bujang memang la sedap nak mancing merata,duit habis kat memancing jer.. kenyir pon aku sampai berkali-kali..sekarang tak boleh bos, duit pampers dengan susu anak lagi penting..

So tu je la nak cerita..lesen 'membangau' aku untuk tahun ni dah renew..lesen kerete/motor je yang dah lama tamat tempoh tak ter-renew lagi...hahaha..

masih pakai lesen lama walaupon dah tamat tempoh..sentimental value..tu taknak tukar baru..ekekeke..

9 comments:

  1. aku sokong part memancing tu mahal. bile part mereka-mereka yang suka mensedekah kan amal jariah joran mereka merata-rata. aku pelik, bile mula mood memancing dah nak beli baru. kalo takde 300 dalam tangan, jangan mimpi lah nak memancing dengan tenang. ade je la yang tak cukup.

    aku ni salu jadi pak pacak pemancing tegar. gila lah. boleh tahan dari pukul 0900 malam sampai 0700 pagi mereka membangau ape ke benda.

    adooi. tak reti mengantok ke?

    sekian pendapat dari isteri si kaki pancing.

    kbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. set pertama ku harganya baru rm80 lebih. complete. puas hati jugak sebab sampai sekarang aku masih pakai dan jugak pegang title set yang sentiasa bawak luck. fevret tu...

      Delete
    2. sekarang untuk mesin dapat lg bwah serat,..tp rod mahal kot..tapi mujur la aku jual2 tu mesin dan joran yang jarang pakai je..yng stok sungai dengan kolam ade lagi..hihi

      Delete
  2. nasi baik ko masih ingat anak Bini,ada org pemancing tegar ni keja dok membangau je tak ibgat anak Bini even dah kawen!

    gila arr tak renew learn.org dah berkurun pakai yg baru!

    ReplyDelete
  3. mana port?

    oleh kerana lama tak ngail dan rasa gian, aku pernah terbawak sampai mimpi! so, untuk lepaskan gian kalau kemana-mana atau sempat (curi masa sikit), biasanya aku standby rod jenis sembat tu. layan sepat pun cara gak...

    ReplyDelete
  4. bgs, msh ingat anak n wife.. aku xsuke lelaki kaki pancing, xtau pasal apa.. weyhh, lesen aku pun still yg lama gak.. smpi kena bahan dengan laki sendiri kata aku manusia purba..

    ReplyDelete
  5. Aku x boleh betul memancing. Kesian dekat Ikan hahahahhahaha

    ReplyDelete
  6. oh, namanya membangau ea... hahahha

    ReplyDelete
  7. Yeyy... dia dah revnew lesen. Aku suka ayat syariah compliance tu. Dalam family aku, abang aku suka memancing. Aku tgk dia ni jenis barang nak kena lengkap. Kalo gi memancing tu segala peralatan nak kena ada. Tapi abang ipar aku pun suka memancing. Tapi dia ni jenis yang asal boleh je. Brg2 tak lengkap pun okay. Tapi yg lagi selalu bawak balik hasil ikan, ko teka siapa? Hehehe.

    ReplyDelete