Thursday, March 19, 2015

Cerita Hujung Minggu, Mendobi dan Makan Sedap..

Assalammualaikum wbt..

Minggu yang lepas, satu perjumpaan tertutup blogger kopitiam telah berlangsung di kediaman rasmi fiksyida yang bertempat di Bukit Subang..acara yang berlangsung sekitar tengah hari sabtu tersebut dijamukan oleh tuan rumah dengan beberapa hidangan yang boleh tahan sedap..terima kasih Kakdah..lain kali jemput la lagi..hehe...

anak aku tu, kalau dah dapat tgk upin ipin mmg tak heran dah ibu dia pegang baby..kalau tak mane boleh.kompom menjerit sbb jeles..

chuu masih blogging lagi..cidut yang lama aku tengok cuti blogging, blog dia pon dah takleh masuk..

Sebenarnya perjumpaan kali ni untuk jumpa baby kakdah jer pon..Baby Fea Zara..plan nak datang melawat tu sebenarnya dari masa dia pantang lagi..tapi tak jadi-jadi sampai dah besar dah Fea ni baru dapat jumpa..haha..


Aien not alien dan lakinya pon ada gak...


Selain aktiviti tersebut, kebelakangan ni, satu tempat yang selalu aku kunjungi untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu adalah tempat ni..haha..kedai dobi layan diri..bukan kat rumah takda mesin basuh, dan bukan sebab malas, tapi sebab lambat cuci kat rumah..tekanan air slow sangat..boring..

gambar google jer..bukan clean pro taman selayang..

Keadaan dobi ni pon selesa la untuk kita bersantai.,jangan risau.wifi ade..boleh COC kat sini..haha..biasanya dobi yang aku pergi area Taman Selayang ni tak ramai sangat kalau pagi Sabtu..walaupon jauh sikit dari rumah pon ok jer, sambil-sambil tunggu baju siap cuci, boleh la bersarapan pagi kat gerai berhampiran situ..nak pergi yang dekat dengan rumah aku ramai sangat pulak orang..

Selain tu, sejak sebulan dua yang lepas, aku baru kenal satu tempat makan baru yang best kat lembah klang ni..tu pon lepas bini aku kenalkan..dia pon baru tau dari geng opis dia jugak..untuk korang yang dah tau tu, jangan nak eksyen ye..buat-buat je la macam belum tau..haha..

yang belum rasa, bleh la try kat mana-mana cawangan terdekat..walaupon simple je, tapi sedap..mau bagi berapa bintang yaa?..

Sebenarnya jenama kedai ni dah terkenal pon kalau kat belah pantai timur..maklum la aku duk kat pantai barat je kan..pantai pon jauh dari rumah so, maklumat tu lambat la sikit dapat ye dak..hehe..pada mulanya bini aku cerita la dia makan nasi kat kedai ni..yang kurang best aku dengar , makanan kat sini cuma nasik bungkus dengan lauk ayam goreng+gulai ayam je..

ni kedai kakwok kat TTDI..kedai biase je..tapi sentiasa penuh dan kene beratur panjang kalau nak beli..

sambil aku nk siapkan entri ni aku dah terliur tengok gambar ayam dia..serius..siakk laa..

Sekali dengar, memang macam tak berminat kalau setakat tu je makanan dia..tapi tak sangka lak bila dah makan sekali, terus aku suka..haha..boleh tahan la sedap..tu pasal jenama KAK WOK ni boleh laku dari kelantan sampai kat KL ni..aku percaya bukan setakat orang kelantan yang kat KL ni je datang makan kat sini, tapi semua jenis orang ade..so pada yang belum pernah rasa, korang boleh try la..harga pon sangat berbaloi dan murah untuk rate makan kat KL ni..RM5.00 sebungkus kira ok sangat bro..

Kedai kakwok ni yang aku tau dah ada tiga cawangan kat kl ni..dua tempat daripadanya aku dah pergi..satu kat Shah Alam TTDI dan satu lagi kat Danau Kota..yang satu lagi kat Ampang aku belum pergi..bagi aku, nasik kakwok ni lebih kurang macam nasi kukus ayam goreng berempah tu je style dia, cuma yang beza, ayam goreng kakwok ni dia potong kecil-kecil dan gulai ayam dia..so jangan datang sini mintak nak paha ayam ke, dada ayam ke plak,.kang tak pasal-pasal awe yang bungkus nasi tu sauk korang dengan senduk ayam dia tu..haha..


8 comments:

  1. wah masih aktif gathering ya..padan je kt sini takdak basuh baju lauan diri camni.klu tak boleh bawak anak2 lepak.laki aku dok biaing kata baju dia taik lalat habis..ha la basuh baju min masa berhari2..semua benda Bini nak setelkan,lmbt arr sikit.hahaha..

    woo nk p kakwok jauh Sgt.soh dia bukak cawangan kt sini dan2 aku pi.hahaha...

    ReplyDelete
  2. lama tak nampak kt blog.. syokla gathering.. seriyes.. aku lapa tgok nasi kak wok tu. padahal xpnh mkn pung..

    ReplyDelete
  3. Aisyehhh.....geram plop tgk si tecitt tuuuu

    ReplyDelete
  4. hahahaha confirm la asben saya tak makan jenis ayam potong takde part sebab dia makan bahagian dada jer

    ReplyDelete
  5. curlasss anak ko tengok upin ipin gitu..gaya musti ada (jgn ckp kacak macam ko).. untungla ektip geder², aku xpernah juin gini..

    kena btl aku bc time nk lunch..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum abg rafiq..it's been a while since the last time i drop a comment here..stay healthy ya..I.M.U.L.C..

    ReplyDelete
  7. Wow.. ada anon panggil ko abam la... (tumpang terharu)

    Kedai kak wok tu nasik dia mcm nasik kukus ke?

    ReplyDelete
  8. aku mendobi kt kedai taman wilayah bandle. dobi papa namanya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...