Thursday, July 3, 2014

Resepi : Ikan Siakap Stim Overdose Bundle Style..

Salam Ramadan hari ke-5..

Harini aku nak kongsikan satu resepi iftar aku semalam..lama jugak chef bundle tak kongsi rahsia masak memasak ni kan..huhu..aku suka makan sedap, tapi tak suka bayar mahal..So kalau boleh buat sendiri kat rumah lebih elok dan  jimat kan..tambah pulak masak dengan penuh kasih sayang..mesti sedap..

Resepi ni aku namakan Ikan Siakap Stim Overdose bundle style..jangan tanya kenapa dia overdose..


bahan special kali ni


BAHAN-BAHANYA :-

  • Seekor ikan siakap
  • serai
  • halia -tumbuk
  • bawang putih -tumbuk
  • cili -tumbuk
  • sos tiram
  • limau nipis
  • daun ketumbar
  • karot
  • bunga kobis 
  • pes tomyam 


cuci bersih-bersih.kalau boleh gunakan clorox dan sabun skali..


CARA PENYEDIAAN :-

  • cuci ikan bersih sampai tak hanyir..pastu tumbuk halia, cili, bawang putih dan gaulkan dengan sos tiram,serai yang dipotong, garam, gula, sesudu pes tomyam serta perahan limau
  • kemudian masukan sayur yang dah dipotong-potong tu..


camni la rupa bila dah siap sebatikan bahan dengan ikan dengn ikan tu..


pastikan sayur-sayur anda telah dicuci  terlebih dahulu..hehe

Tomato dengan daun ketumbar ni jangan masukkan dulu..bila dah nak masak baru letakkan..



  • Letak Ikan dalam kuali di atas tempat pengukus, bila air sudah mengelegak, tutup kuali dan masak lebih kurang 20minit..
  • Ketika sedang memasak tu pastikan jugak anak-anak yang sedang lasak macam Wazzi ni dalam keadaan selamat..jangan bagi anak-anak main dengan pinggan kaca atau dekat dengan dapur yang panas..


Ammar wazzi , setahun sebulan..

dan ini la akibatnya bila bagi budak main pinggan kaca..haha

bila dah hampir masak, bekas tu akan dengan sendirinya berkuah..


  • Masa ni boleh masukkan tomato dengan daun ketumbar dan tutup sekejap dan kemudian boleh lah tutup api dan sedia untuk dihidangkan..


Siap dimakan..

Dapat plak makan panas panas dengan telur dadar, memang tak nampak dah orang belakang..bezanya ikan stim kali ni dengan biasa aku buat cuma tambah pes tomyam tu je.tapi jangan letak pes tu banyak sangat, sekadar ambil rasa cukup..memang kecur air liur time nak tunggu berbuka tu, dengan aroma daun ketumbar tu lagi..fuhh.hahaha.k.selamat mencuba..


p/s : elakkan pembaziran, sama-sama tambahkan amalan di bulan ramadan ni, dan love Felixia yeap a.k.a Rania - Bundle Hamidun



20 comments:

  1. Aku syak overdose tu sbb letak pes tomyam..?😁hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ,bukan la ha, sedap tau kuah tu ade rasa tomyam skit..overdos tu sebab ada perkataan 'stim' kat depan..bahasa budak kampung..hehe

      Delete
  2. hahahahahaha...overdose sebab stim! Wazzi pon dah termasuk dalam ini cerita lah.. Bro, saya baca tengahari tengah perut berkeroncong..terbayang rasa masam-masam manis masin pedas sket..aduh... Ade no kecemasan untuk gastrik tak? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa masam manis, pedas dengan ikan yang manis segar tu memang tiptop kamsi..ko jgn kecemasan gestrik sgt kamsi..nak aku whatsapp pakcik yang bawak van jenazah tu kutip ko ke..hahaha..

      Delete
    2. haha..siut je. Van jenazah terus! Taknak arh.. Bro, nanti nak cakap2 pasal niche kat group tu r..

      Delete
    3. Nak sembang pasal blog..

      Delete
    4. aku like komen Kamsi atas sekali.... wahkahkahkah

      Delete
    5. Eh...boleh lak gtu? Ada butang like tak?

      Delete
  3. Wahkakakakka ending tak boleh blah... wahhhh Wazzi dah besar... !! meh aunty oni nak kiss peluk pepuas....!!! - bebuat tak nampak resepi yang sedap tu- walalalalaallaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap je dah besar..penat melayan kerenahnya..

      Delete
  4. fuyooo bundle masak..macm tu iftar kat umh ko jela bundle :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat kat rumah aku lagi aku suka..tapi dah tau dah, korang bukan nak..hehe

      Delete
  5. bundle hamidun tu mcm hafiz hamidun ke? hakhak. Kiranya ikan stim tomyam la ni eh? mmg wajib guna paste jenama tu je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la tu lyd..takkan Hafiz hamidun je bleh post ayat2 nasihat kan..hahah..

      kalau nak print screen ayat aku tu boleh..sila la..haha..ramai sgt aku tngok orag print screen ayat hafiz tu post kat fb..huh

      Delete
  6. wah kauuu...carrot tu siap berdesign, aku pun tak pernah buat carrot beropol lagu tu tau, tabik la wei. wazi dah besar dah boleh pecahkan pinggan yayyyy. pasni patahkan pinggang bapak hang pulak yer wazi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg design karot tu bini aku yang buat..dia tolong potong sayor..tu pasal jadi camtu..mmg style potong karot dia gitu sejak azali..kalau aku idok la jadi rupe tu..hahaha..

      kadang2 mmg rasa cam nak patang gak pinggang aku ni dengan kerenah dia skg..ligat sangat..haha

      Delete
    2. teringat pulak kat abang sulong aku, dulu2 dia la yng suka potong memotong bahan masakan ni, cantik elok jer dia susun dalam pinggan dah macam rupa yee sang, sayang nak campak masuk kuali.

      Delete
  7. nyampah btl bc entry yg ada gmbr makanan ni..hahahaha... mekaseh share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jngan cakap ko je menyampah, aku pon sakt je hati tengok orang share gamba makanan bulan pose ni..cam takda benda lain lak nak share..ehh...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...