Monday, July 14, 2014

Hanya Sementara..

assalammualaikum wbt..

Genarasi 80's  terutama orang perempuan kebanyakkannya mesti ingat lagi dengan group Mat jambu boyband tak kira la dari Malaysia, US, Uk dan sebagainya..kalau sekarang ramai gadis-gadis mengilai K-pop plastik dari korea, dulu pon apa kurangnya..setiap zaman ada  trendnya ye dak..hahaha.

Cuma apa yang aku nak tulis kali ni tentang boyband dari Taiwan yang dulu jambu sekarang dah tak berapa nak jambu lagi..yang kelakarnya, salah seorang ahli kumpulan F4 ni  merupakan artis yang bini aku minat sangat dulu..kehkehkeh..

bukan Jambu yang ni..haha

Sebagai peminat komik, aku sebenarnya lebih tahu la tentang asal kejadian group ni walaupon aku tak minat pon hal boyband ni..ok untuk pengetahuan generasi 90's  group F4 atau Flower 4 ni sebenarnya wujud bila terhasilnya drama yang diadaptasikan dari manga Jepun yang bertajuk Hana Yori Dango..

Aku tak tau la apa yang menariknya sangat cerita ni sampai cerita ni dah pon keluar banyak versi dari Jepun, Korea, Taiwan dan sampai Indonesia pon ada..kehkehkeh..yang aku pasti market citer ni memang untuk tarikan gadis-gadis jela sebab nak jual rupa jambu watak-watak F4 tu...

Cuma yang agak mengejutkan dan itulah sebenarnya point aku nak tulis kali ni ialah, salah sorang ahli F4 dari Taiwan yang bini aku penah minat sangat ni dipercayai telah bersalin kulit dan kini ditemui di Thailand..walaupon aku tak peduli hal dia, tapi lepas info tentang dia yang aku dapat dari FB pagi tadi, memang terkejut bila tengok perubahan yang telah berlaku..


dulu dan sekarang..

Perubahan dia ni bagi aku memang dah rotate habis dalam beberapa tahun ni..hahaha..nak cakap dia berumur sangat pon taklah tua mana..lebih 5 tahun je dari aku..so kesimpulannya, paras rupa ni pinjaman je, sekejap je dah berkedut dan boleh berubah sekelip mata..bukan artis jer k, aku, korang pon sama je..pada peminat artis korea tu, lagi sepuluh tahun korang tengok la artis plastik pujaan korang tu jadi apa pulak..kehkehkeh..

p/s : aku rasa aku lambat tua kot..alhamdulillah..hehe..

18 comments:

  1. sepatah pun aku xkenal boy band tu..aku minat doraemon je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekstreet boy kenal? ..hahahaha...

      Delete
    2. Kesimpulannya, sekarang dia dah jadi jambu batu. MUahahahaha.,

      Delete
    3. jambu air laaaa kak lyd ..alaa sebenarnya bundle jeles mamat tu dah bertukar sbb bertambah laa kak wani menyukai mamat tu huhuhuhuhu tak macho laa bundle main jeles2 ni ;p

      Delete
  2. hehe.. Nanti kpoopers akan cakap "eh, aku mana minat korea dulu". the he he he he he xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. level kpopers ada banyak la weh~~ ada yang suka tengok pasal dorang cantik je... kejam tapi siapa yang tak suka tengok benda cantik???

      Delete
    2. Seriusly... saya ngaku y dorang nye artis gegel memang comel2.. Tapi saya tetap tak suka nak tengok muka2 plastik tu.. tak tahu kenapa. Sebab once saya tengok cerita dari negara lain, saya lagi suka tengok cerita yang bawak budaya dorang masuk dalam cerita. Macam cerita tamil. Kalau nk tgk cantik je, kat Malaysia pon berlambak.. Tambah pulak kalau y minat video clip.. saya ada kawan laki y suka gila tgk vclip korean.. dah lah seksi gila.. Hmmm..

      Delete
  3. aku pon tak kenal jugak bandel. camner..? ;p

    ReplyDelete
  4. kira not bad la jugak mamat ni, look different tapi seswai la ngan tasbih yang dipegang nyer tu. tapi aku dulu tak tau pun akan band ni, kau lebih peka nampaknya mueheheh, yer la aku dulu mana ada fesbuk hak hak hak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni fesbuk pon xde lagi kot.. or tak mainstream lagi.. Sebab masa ni ntv7 mula2 masuk pantai timur..

      Delete
  5. biasa la. kalau abis je tempoh waranti mesti barang tu mudah rosak. kulit tu dia pasang kat mana hah?

    ReplyDelete
  6. gila lain sangat muka dia?? dah macam orang lain pon ada gak.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..... Vanness Wu! Meteor garden! F4! Zaman sekolah menengah. Dulu saya paling suka dia sebab muka paling comel and muka baik2 boleh buat bestie gittew.hehe. Muka and gaya sporting habes. Tak sangka giler! Nak suggest Nu Prep kat dia boleh? Yang Aaron Aziz jadi duta tu.huhu. * Tak sangka abg ym.bundle tau group ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak tak betapa fail nye pilihan Haira? :3

      Delete
  8. minat drama F4 dulu...tapi tak sampai fanatik. nama dia pun aku tak tau... dengar dorang buat album, tapi populariti mee segera.

    ReplyDelete
  9. pergh lain gile muke..moral of the story..semua milik ALLAH..sekian.. :)

    ReplyDelete