Sunday, July 6, 2014

Iftar Review : Carini Food Station..

Assalammualaikum wbt..

Walaupon majlis berbuka puasa dengan geng blogger semalam kurang sambutan dan agak hambar dari tahun lepas LINK, tapi takda hal lah,masing-masing ada alasan kan, tu aku paham..apa pon alhamdulillah ada jugak peluang lagi jumpa dua orang blogger ni En.H dengan Payeh yang suam-suam berbelog ni ..At least aku takda la berbuka sorang-sorang pasal bini aku tengah kat kampung sekarang..hehe..

Bertempat di Carini Food Station, aku rasa ni tempat makan paling sesuai untuk orang yang mementingkan rasa cainis food dan thaifood yang authentic dan sedap..mujur masa aku call untuk booking tempat  tengahari tu, masih ada meja yang kosong sebab masa aku sampai sana, memang semua meja pon penuh ditempah..

Halalan toyyiban lagi tu..takde cabbury kat sini..Chef dia Cina Muslim

Jangan terkejut, kedai makan ni terletak hanyalah di medan selera biasa..bukan restoran besar atau ada lot kedai sendiri..tapi aku sebagai regular customer dah hampir 4 tahun makan di sini, sangat la berpuas hati dengan masakan dari kedai makan ni..tu sebab la walaupon sekadar foodcourt, nak makan kat sini memang kena tempah tempat awal-awal..


banana leaf fish, kam heong ayam, butter prawn dan sayur bendi..

Antara menu yang dipilih ni memang tak jumpa la kat restoran melayu, dah nama pon masakan cina dan thai kan..apahal plak nak cari kat restoran melayu.haha..tapi rasa masakan ni still mesra sangat dengan tekak orang melayu ni..alah, apa la sangat beza citarasa kita semua ni kan,masih Asia lagi, orang malaysia jugak..JJ dengan papa dia yang orang German tu pon rilek je makan sambal belacan LINK..siap nak sapu sambal belacan ke roti lagi mek saleh sorang ni..hahaha..hat tu memang lawak..

Tapi bila aku usyar review dari blogger-blogger lain yang pernah makan kat sini, ramai yang cakap harga makan kat sini berpatutan dan murah..bagi aku yang agak sengkek ni, mahal jugak la kan..memang takleh nak compare dengan harga macam kita makan kat kedai makan melayu contoh macam daging masak merah ke, paprik ke..kat sini tu semua takda...


comey Payeh berjubah..hihi

Kemungkinan harga tu murah bila dibandingkan dengan harga dari restoran cainis yang lain..aku takleh compare sebab kedai ni jela satu-satunya kedai makan cina yang aku makan..tu tentang harga, tapi kalau bab rasa, aku tak jumpa lagi yang kata makanan kat sini tak sedap..rata-rata semua cakap masakan dia sangat sedap..rasa masakan pon tak pernah berbeza sejak dulu lagi..




Kalau nak ikutkan aku nak jugak mintak diskaun dengan tokey tu., sejak 2011 lepas aku downlod dari Tonton.my dan upload semula video Jalan-jalan cari makan episod Carini ni ke youtube, dah lebih 40k viewer kot..kira aku dah buat periklanan percuma kan..bukan semua orang rajin tengok tv kan..hehe..dalam 40k viewer tu anggap la ada 100 orang dah jadi regular customer dia..kira ok apa..haha..tokey, next time diskaun sikit ye kalau aku datang..hahaha..


p/s : pada sesapa nak berbuka kat sini, surau takda disediakan, tapi 250meter dari situ ada masjid kalau nak solat magrib.jangan puasa dan berbuka je dok kira, solat tu kena utamakan..sia-sia je puasa kalau tak solat..-bundle hamidun.


26 comments:

  1. nak booking boleh call no ni 0126868341

    ReplyDelete
  2. perghhhh walaupun dekat foodcourt tapi nampak tempting jugak lauk2 dia wooo..... tenkiu review.... boleh wa cuba..... siksaan di tengahari -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu kena try oni..wa gerenti lepas tu kedai ni jadi kedai makan yang akan lu kunjung selalu..wa bagi rate kedai ni 5 bintang..lagi sedapa dari wa makan kat hotel tu hari..

      Delete
  3. sempoi. qi pun pernah pi sana ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempoi..siap masuk JJMC tu..Qi pon cakap sedap kan..takleh kata apa la..sila la cuba sendiri..

      Delete
  4. Ayat last tu rasa panaih sket la. Bundle Hamidun.huhu. Em, banyak yang kita terlepas pandang kan? Makan je dah berapa lama, tunggu makanan turun lagi.huhu. Donia... Donia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..panaih tang mana tu haira, habq mai..haha.bukan pa, selalu sgt tgk makwe2 post share status twiter hafiz hamidun yang bg ayat2 tu manis tu..boring tgk..hahaha..

      Delete
  5. Weh..asal saya tak tahu?? :'(

    ReplyDelete
  6. okay.. y ni pulak pasai pa? "p/s : pada sesapa nak berbuka kat sini, surau takda disediakan, tapi 250meter dari situ ada masjid kalau nak solat magrib.jangan puasa dan berbuka je dok kira, solat tu kena utamakan..sia-sia je puasa kalau tak solat..-bundle hamidun." hahaha...time post agama sket pakai hamidun ye. Time post entertainment kne pakai evans or hudsons la pasni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgs gak cadangan ko tu kamsi..nanti buat post kat pavillion bajet2 evans hudson kudut matsirat pulak..kehkehkeh..

      Delete
  7. tengok macam sedap... orang kaya... makan pun berkira ke? hikhiikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap tk..tp sebulan sekali insya'allah la mampu..aminnnn doakan aku kaya banyak2..hahaha..

      Delete
  8. Replies
    1. jumpe kat open house raya kopitiam jela nanti..tak join gak, sekeh sekali..

      Delete
  9. sayur bendi pon kira chinese food dlm kategori special gak ke. Ikan tu nmpk mcm tak sedap je. Tp selamat ah ko dah review kata sedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayo bendi pon cainis gak..sebab chef dia kan cina..hahah..aok tgk memang nampak macam tak sedak lyd..tp rasa terbaik woo..hihi..

      Delete
  10. mantap korang carini caritu... sana boleh la...banyak choice, tapi kalau aku jumpa kedai cainis muslim harga sepadan foodcourt, mmg akan masuk faveret list la. sini nak tak nak terpaksa buat sendiri, sampai roti pun disapu belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok la engko buat sendiri dora..bleh pandai masak, bleh jimat banyak..roti sapu sampal belacan pon boleh je..hahaha

      Delete
  11. bru nk tnye no fon kedai ni..nengok engko dh share kt comment.. mekaseh bundle of joy.. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko nak booking tu, elok jugak ko order terus, takut lambat lak dapat nanti macam aku haritu, paling awal sampai, tp last dapat sebab order kat sana..

      p/s : butter prawn dengan kam heong wajib try..

      Delete
    2. butter prawn sedapppppp!!

      Delete
  12. sam. kau takde dh nak ajak aku kan. ajak ajak ayam sudahla. -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali aku ajak2 ayam..kene tabur dedak ke gandum?..hahahaha

      Delete
  13. sam. kau takde dh nak ajak aku kan. ajak ajak ayam sudahla. -.-''

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...