Sunday, May 4, 2014

Cinta Sempoi (tengok wayang) -part4

Err..mata aku terpaku seketika melihat perubahan pada Anis..baru je aku tak jumpa seminggu, rupanya dia dah bertudung...aku duduk dan terus mengalihkah pandangan takut-takut Anis sedar agak lama aku memerhatikan dia..

Kereta yang dipandu Anis terus meluncur laju di ikuti suasana sepi tanpa perbualan.kedengaran pula lagu Lucky by Jason Mraz ft Colbie sedang bermain di radio..lagu yang seolah-olah sedang mengejek aku..ahh.ntah kenapa tiba-tiba aku rasa perasaan yang kurang menyenangkan. agak janggal sejak dari tadi masih tiada siapa bersuara..




"sejak bila kau start bertudung ni"  tiba-tiba je soalan tu terpacul dari mulut aku dan memecahkan suasana seperti didalam gua tadi..



"baru je dalam minggu ni", dah sampai masanya kot..hihi..anis menjawab sambil tersenyum yang jelas menampakkan lesung pipitnya..



"Cantik!, bagus la kau dah start menutup aurat ni..jangan kau anggap hal ni sekadar fesyen udah la"



"Oii, tolong sikit, aku bertudung ni bukan sebab ikut trend hijabis tu..ni kesedaran la"..



"Tapi aku terima la kau cakap aku cantik tu"..hehe..



Sempat jugak Anis buat loyar buruk dia...ye, aku terhibur la jugak..at least hilang dah perasaan kurang senang tadi..



"Anis, kau takda pakwe ke?" tetiba soalan maut ni pulak aku tanya..

takda gambar selfie dengan Anis

walaupon aku tak pernah tanya apa-apa lagi soalan peribadi kat dia, aku sebenarnya dah boleh agak pon yang dia masih takda pakwa..tapi lepas tanya ni, aku rasa macam biadap pulak..yela..mana la tau dia pikir aku anggap dia macam perempuan sosial..dah ada pakwa boleh pulak keluar selalu dengan kawan lelaki lain, siap keluar berdua-duaan pulak tengok wayang..harap Anis tak pikir sampai tahap tu...kemain pulak teori aku kan..hehe..




"Eh, mestilah ada, pakwa aku ramai, kau ingat rupa macam aku ni tak laku ke?" Anis menjawab secara sarcasm..


hahahaaa..aku tergelak dengar jawapan dia..seraya terus aku membalas dengan cara sarcasm jugak..


"alaa, takda can la aku camni"..haha..


aku tengok riak muka Anis tiba-tiba berubah bila aku cakap macam tu..senyum sampai ke telinga pulak dia..mungkin dia perasan aku memerhatikan dia, terus Anis cepat-cepat ubah topik...


"eh, kau ni dari tadi banyak sangat pulak tanya Aril," ko dah makan belum? " aku lapar la..


"belum lagi..nanti sebelum masuk wayang kang kita pegi la makan kejap, biar aku belanja"..aku pon lapar jugak ni..


**********

Agak lama jugak la sejak dua tahun lepas aku tak pernah kuar dengan perempuan, apatah lagi tengok wayang ni..lagipon aku agak memilih jugak nak tengok cerita-cerita yang ada ni..penah satu ketika dulu masa menonton wayang midnite, aku hanya tertidur dan akhirnya Ex-girlfriend aku terpaksa mengejutkan aku dan keluar sebab aku siap berdengkur..haha..hal tu tak mungkin aku ceritakan pada Anis..


walaupon kali ni, aku tak kisah pon pasal cerita apa yang nak ditonton, tapi perasaan nak tau tu kuat jugak..hehe..


" Kau nak tengok cerita apa ni Anis? " jangan cerita Ombak Rindu udah la..hehe..


agaknya aku baru lagi kenal Anis, dan jawapan yang aku dapat betul-betul mengejutkan..



"Journey to the west"..kau ingat aku minah baca novel jiwang tu ke..."




"what the......."



"Kau biar betul Anis, ni citer siri feveret aku masa sekolah dulu",



"Serius la ni, drama siri tu aku pon tengok jugak..kalau kau nak tau, aku siap baca komik Tony Wong yang pasal Wukong ni tau..komik jaguh sakti, terbaik beb"..nampak excited betul minah ni bercerita, memang bukan calang-calang la dia ni..silap-silap tergugat aku camni..





Aku tak terkata apa lagi..ibarat antara 7 keajaiban dunia bila seorang perempuan tahu dan minat cerita ni..perasaan tu seolah-olah seorang gamer mendapat awek seorang gamer..betul-betul rare..semoga harini masa dapat berlalu dengan perlahan..

apakah lagi kejutan yang bakal berlaku.?....



Bersambung la lagi.....

20 comments:

  1. Replies
    1. rare baq hang makwe layan wukong..hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. aku nak habiskan pon tak tau nak buat ending camne..hahaha..

      Delete
  3. Replies
    1. ye ke best..krik..krik..krikk..krikk..

      bersambung bulan depan pulak..hehe

      Delete
  4. alaa... ramai je kawan2 pompuan aku [termasuk aku skali] yang layan komik tony wong masa dok asrama dulu. journey to the west pun mmg salah satu drama yg femes jaman aku membesar dulu. tapi percaya le, lelaki tak pandang pompuan macam aku dan kawan2 aku sbb kiterang tak santek mana dan tak mekap tebal body tak lentik.

    aku harap ending cerita ni tak cliche. kalau mengikut flow cerita ni aku teka endingnya aril akan kawen dgn anis. so, kalo nak berjaya jadi penulis kena fikir luar drpd kotak pemikiran pembaca. jangan bagi pembaca dpt teka jalan cerita dan ending yang last skali aku kata, 'eleh, cenggini je ending, aku pun dah boleh agak'. Tapi make sure endingnya hepi ending yg semua org akan rasa puas hati kalo tidak aku bakar blog ko ni. k, tp ikut ko le. aku mmg suka ckp banyak. kalo suh aku buat ceren lagi le aku tak reti. hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..zaman2 kita la tu tgk wukong ye dak..hahah..ok lyd..komen ko ni bnyk membantu gak..cliche ke dok tu aku tak tau plak camne sbb aku tak penah baca cerita2 gini....bior tak happy ending pon kn..ekekeke..

      Delete
    2. tapiiiiii... jangan buat sad ending. hahaha... org boleh sakit hati rasa nak campak laptop ke dinding.

      yg atas tu typo ceren = cerpen.

      Delete
  5. aku baru je karok lagu lucky tadi. eh haha

    ReplyDelete
  6. Terbaca dan membaca .. sambungan la pulak.. cepat2 siap kan huhuu :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih membaca dan terbaca...hahaha...
      cerpen ni sebulan sekali je..hehe

      Delete
  7. Bila nk sambung??? ala....hehehehe. Can't wait! Anis pon comel bebenar, mcm nk iklan tudung dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan6 nanti plak sambung..haha..sabo2..tu la..anis comel sangat..haha

      Delete
  8. akak ni segala jenis kartun anime ngn cina akak layan, hahha...best woooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...jiwa katun jugak ko kak..

      Delete
  9. Haha, skrg novelis pulak la brader kita ni, haha! Tp nice laa. Crita kasi twist habis2. Btw betei ke wujud Anis ni? Lawa betei, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..novelis ko cakap..ekekeke...komen la skit membina sis..aku baru cuba2 je tulis gini..takde rujukan langsung pon..haha

      anis tu mmg wujud pon..cun kan..huhu

      Delete