Thursday, May 15, 2014

13 Mei 2014 - Bukan Tragedi Rusuhan..

Assalammualaikum wbt..

Ramai yang tak perasan ataupon terlupa yang cuti hari wesak lepas adalah sama tarikh dengan satu tragedi pada 45tahun yang digelar peristiwa 13 Mei 1969.".Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969".ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia".-wikipedia

Tapi aku tak nak cerita pasal sejarah tu..aku sendiri pon belum lahir masa tu kan..hahaha..yang aku nak ceritakan ialah tentang cuti 13 Mei 2014 aku sendiri..point of the story ialah aku frust gila pada haritu..selepas kejadian tu berlaku, aku telah mengalami sindrom kemurungan seperti yang pernah berlaku sebelum ni akibat tidak membaca post Amran fans selama 2hari..

Kolam Kolej ke12 UM..



Kolam Kolej ke12 UM ni lah saksi aku frust hampir terjun kedalamnya..tapi apakan daya melawan takdir..aku yang hampir juara pertandingan memancing ni akhirnya gagal juga..bukan rezeki aku..wooo..Ikan yang dah sampai ke tebing tapi terlepas depan mata..korang tau tak frust tu camner..? sakit hati aku..warghhhh...


ikan ni membuktikan aku masih 'Hanyir' walaupon dah lama tak ngail.


Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur la jugak..walaupon takde rezeki nak menang hadiah, tapi aku rasa puas jugak dapat ngail selepas dua tahun tak pegang pancing..dapat jugak melayan 2 3 kali ikan besar makan umpan walaupon terlepas..kalau dulu pergi mancing kolam selalunya aku jadi bangau je..tapi kali ni, umpan pertama pon aku dah berjaya naikan Patin 1.04kg..fuhh..aku puas walaupon frust..

Kesimpulan dari citer 13 Mei 2014 ni, tragedi berdarah dapat dielakkan sebab dengan bersusah payah aku cuba berfikiran rasional..aku terpaksa beristifar banyak kali dan bertafakur untuk menenangkan hati yang panas ketika tu..kalau tak, mungkin Malaysia terpaksa distiharkan darurat lagi..




Ni la puncanya..sapa tak hangin pemenang dapat Ikan Rohu 1.4kg dengan pancing buluh yang penganjur sediakan je..siap patah-patah joran tu pon dapat lagi bawak naik ikan..siakk..


#kamibencipancingbuluh




4 comments:

  1. hahaha sian kamu, kalah ngna pancing buluh jer? wei pernah tak aku citer dulu aku suka lepak kolam pancing udang, sekali canner boleh dapat ikan hitam tu sampai patah2 joran aku, seb baik murah punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pancing udang yang kolam dalam kedai tu ek..haha..stress aku tgk student tu kene ikan besar pakai pancing buluh..malu sep2 pakai joran mahal ni ko tau..haha

      Delete
  2. lama beno kau tak pegang pancing... boleh la ngail ngan abah aku hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak bini aku pregnant sampai anak aku dah setahun, baru ni pegi mancing balik..huhu..

      abah ko kaki pancing gak umie?huhu..bleh geng la..kim salam kat beliau..

      Delete