Friday, April 11, 2014

Biadap : Guna alasan orang lain sebagai alasan sendiri.


assalammualikum wbt..

Dalam sibuk-sibuk minggu lepas masa buat kerja, sempat jugak aku melayan chatting kejap dengan Chuu kat group..saja nak release stress..so secara kebetulan aku tersedar satu perkara yang biasa orang kita amalkan bila berinteraksi dengan orang lain untuk situasi yang aku nak ceritakan ni..

Aku tak tau nak bagi istilah apa untuk situasi ni, tapi secara tersuratnya, ia adalah perbuatan membuat alasan bagi pihak kedua sebagai alasan untuk pihak empunya diri..huhu..bunyi pon dah pelik kan..haha..tapi percayakah anda, hal ni sebenarnya terlalu biasa kita lakukan..

Ni la dia sikap orang kita, suka sangat pentingkan diri sendiri..sampai buat alasan untuk sesuatu, contohnya menolak pelawaan pon taknak tunjuk alasan tu datang dari diri sendiri.nak jugak manipulasi keadaan macam pihak yang mempelawa pulak ibarat bagi alasan...masih tak paham lagi apa yang aku terangkan??..


Biar gambar berbicara..cewahh..





Ok paham dah apa yang aku maksudkan..ni la yang contoh conversation antara aku dengan chuu yang aku maksudkan buat alasan bagi pihak kedua untuk alasan diri sendiri..kehkehkeh...memang masa ni ni chuu pon dah sedia maklum aku tengah sibuk buat kerja.

Walaupon perbualan aku dengan chuu hanya perbualan kosong dan main-main je..bukan pelawaan betul-betul pon..tapi aku pasti dalam keadaan sebenar, pasti korang pernah buat benda yang sama  walaupon bukan hanya situasi macam ni..haha..toksah nak nafikan la weii..

Persoalannya, perkara ni boleh menjadi  makna berbeza yang hanya pembuat alasan sahaja yang tau maksud sebenar dia membuat alasan tersebut..apa yang tersurat tu, belum tentu sama makna apa yang tersirat..haha

Pertama,dia memang seorang yang prihatin yang tidak mahu jadi penyebab mengganggu orang..dia paham yang orang yang pelawa sebenarnya sekadar mengambil hati atau begurau..so dia pon gunakan alasan orang yang mempelawa tanpa ada niat lain..

Kedua, dia jenis cakap berlapik.orang melayu ni kan kaya adab..nak tolak terus nampak pulak macam sombong kan..haha..so jadi la contoh macam yang aku sembang dengan chuu tu..memang berniat nak tolak, cuma dia gunakan faktor sekitar lain jadikan alasan..




Contoh macam gambar atas ni pulak, ni pon salah satu yang biasa berlaku antara pakwe makwe..biasanya masa bergayut telefon, bermsg atau sebagainya la waktu tengah-tengah malam..stok dah dua-dua mamai dan last sekali salah sorang akan cakap,


"you pegi la tido, kang mengantok esok dalam kelas"..


Kan nampak macam konon prihatin..padahal dia sebenarnya pon dah mengantok dan memang nak tamatkan perbualan..tapi sebolehnya tak nak jugak cakap dia yang nak leave dulu..(cam pengalaman je)..hahaha..

Tu la serba sikit penjelasan aku tentang hal ni..macam aku cakap mula-mula atas tadi tentang sikap pentingkan diri dan biadap tu sebenarnya cuma sarcasm je..takkan sarka pon tak paham lagi oii..hahaha..takda apa yang salah pon aku rasa tentang buat alasan guna alasan orang ni..walaupon gunakan alasan orang untuk diri sendiri..tapi still nampak bersopan kan..hahaha..


p/s : Nak layan sarcasm tahap maksimum..mai sini.Amran fans..penyokong Politik, Pekida yang tahap macai, kaki sentap,butthurt, tak paham sarka tak digalakkan masuk..hehe..



17 comments:

  1. this! I like hahaha..

    chuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kredit untuk ko sbb cetus idea dan jd subjek biadap kat entri ni chuu..kehkehkeh..

      Delete
    2. win-win situation...

      hahaha.

      Delete
  2. ni la pangai orang kita.. cehhh hahahah sangat kaya dengan budi bahasa, tak sanggup nak say NO to the pace. Macam dalam umah ni pun ada sorang, selalu beli "something untuk anak" walhal dia yang pulun makan sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kesian jj..wooooo...sat2..tu keja mama ke papa jj..baik ngaku cepat..haha

      Delete
  3. Jrg buat alasan gini.slalu trus ckp je klu xdpt jmp mmber.klu mls,trus je ckp,aku mls.k, bai.hahaha.

    Btw,psl krim tu,aku xckp xde kt farmasi. Aku ckp aku xpnh usya kt farmasi.cer ko try cari kt farmasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib ko cakap jarang..sbb rasenya mustahil tak penah cakap camtu langsung kan..haha..

      owh..kay2..nant aku try usyar farmasi..

      Delete
  4. cipta alasan sbb kaya adab lebih baik dr biadab bukan..

    standart ayat msg nk tido tu pengalaman gak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kutu..buat alasan cam tu sebenarnya nampak bersopan dr buat alasan sendiri..tp untuk org2 tertentu la kan..hahaha..

      ade pengalaman jugak ko ye..hahahaha..

      Delete
  5. Bila ko aku baca je tajuk terus teringat perbualan ko dengan chuu tori.. Betul plak haha

    ReplyDelete
  6. ni zaman2 men msg dgn makwe selalu la buat. Zaman skang, aku terus tak reply, tdo je terus. esok aku bangun aku reply

    ReplyDelete
  7. hikhik... teringat pulak zaman bercinta dan berskandal2 dulu... ayat2 pengelak dan tepis menepis ni la biasa digunakan...

    ReplyDelete
  8. klu aku kang, aku suka bagi alasan pihak ketiga. mcm nnti mak marah la. ank nak susu la.. haa.. camtu. tp tu contoh je, alasan sbnrnye aku xleh gtau tkut nnti da xleh guna pulak..muahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu nampak sgt pulak macam alasan saje dibuat buat suri..err..aku rasa la..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...