Wednesday, April 16, 2014

Cinta Sempoi (first date) -part3


Hujung minggu yang lepas...

Macam biasa waktu cuti ni biasanya aku akan bangun awal sikit sebab banyak kerja kat rumah nak siapkan..maklum la orang bujang..semuanya kena buat sendiri..nak membasuh baju, kemas bilik bagai.dah siap semua baru la aku sambung balik tidur..
 
Tapi sejak Anis wujud dalam hidup aku beberapa bulan ni, aku dapat rasakan ada perubahan yang berlaku..
kadang-kadang aku pon hampir tak pasti, adakah aku rasa ia satu gangguan atau keseronokkan..
yang jelas, mulut kata lain, tapi hati lain...

Tengah-tengah aku main buih cuci motor aku, berbunyi pulak fone yang aku letak tepi meja bujang depan rumah tu..

Anis calling tertera di skrin sentuh...

"ala minah ni, apa dia nak pagi-pagi dah call aku" 


"ah, biar la..malas aku jawab dengan tangan basah-basah ni, kang kalau penting sangat biar dia call balik.."


Beberapa minit kemudian hp aku berbunyi lagi dan aku saja jugak membiarkan sehingga meninggalkan 2 missed call..


"penting sangat ke minah ni call aku"..aku cuba bercakap dengan motor kesayangan aku..


beebb..mesej pulak masuk..kebetulan aku pon dah siap cuci motor terus la baca mesej dari Anis tu..


"Morning...kau tidur lagi ke Aril, bangun la, matahari dah atas kepala dah ni"...


Aku tengok jam kat dinding rumah baru pukul 10 pagi..mimpi apa budak ni matahari atas kepala, dia kat Jepun ke apa ni..


"aku dah bangun lama oii..siap dah  semua kerja aku, tinggal nak tidur balik je ni"..

tak sempat aku nak duduk, terus Anis call balik lepas aku replay mesej dia tu..


"assalammualaikum" anis mula bicara..


"ganggu tak ni? kau free tak harini Aril? jom tengok wayang.."


"Laa, aku ingat hal apa yang penting sangat call beria tadi.."


"malaslah, aku nak tidur je harini, lagipon sen tarak nak keluar" standard la kan jawapan orang bujang cam aku..hehe..


"ala kau ni, nak tidur, malam karang je la,dah jangan banyak alasan..kul 12 tengahari kang aku amik kau, tiket aku dah booking pukul 2.."




Errkk...aku terkedu..aku tak cakap pon setuju ke idok terus dia buat keputusan..hampeh betul..memang takleh dinafikan lagi, ni la perubahan yang dah berlaku dalam hidup aku sejak kenal Anis..walaupon aku sekadar endah tak endah je layan dia, tapi tanpa tak disedari, aku memang dah termasuk dalam dairi hidup dia..

Mulut kata taknak tapi sebenarnya rasa seronok pulak dalam hati bila minah ni ajak aku keluar..apakah yang sedang berlaku dalam diri aku ni..ada sesiapa boleh terangkan..dan satu lagi yang aku perasan, aku kerap bercakap sorang, cakap dengan motor, cakap dengan dinding bila hal yang ada kaitan dengan minah ni..

Mananye tak, Anis ni suka buat aku terpikir banyak dengan sikap dia yang pelik tu..kejap ok, kejap macam sewel, kejap caring, manja, garang..tah apa-apa je dia tu..tengok la tadi, ajak aku tengok wayang pon ikut sedap tekak dia je..bukan kira aku setuju ke tak..

agaknya dia leh baca pikiran aku kot..cakap je taknak, tapi sebenarnya nak..hehe...


sebelum keluar tu, sempat jugak aku mesej menyakat Anis..saja nak uji dia sikit..


"wei, keluar karang kita naik motor je la"..


"kau jangan mengada, naik kereta je..bukan aku suruh kau bawak pon" tegas Anis..


Kehkehkeh..tergelak sorang aku sambil melayan mesej tu...sebenarnya aku rasa nervous jugak nak keluar ni..biasanya kitorang kan just lepak minum je kat kedai mapley..ni dah kira macam dating pulak aku rasa..maklum la, dah lama tak dating..haha..kalau la si Awe tau aku nak pegi tengok wayang ni, sah dia nak ikut sama..

Tepat pukul 12.00 pm  seperti yang tidak aku janjikan..kereta Myvi hitam Anis dah pon tunggu depan rumah..dari dalam rumah aku terlihat sesuatu kelainan yang asing sangat pada Anis dari sebelum-sebelum ni..
walaupon samar disebabkan tinted yang gelap, aku masih jelas nampak perbezaan pada Anis harini...


"biar betul apa yang aku nampak ni."..makin hari makin banyak plak kejutan dia ni buat...


Siap aku berkasut, terus aku melangkah keluar menuju ke pintu kereta dan masuk ke sebelah pemandu..

dengan tak semena-mena aku tergamam melihat Anis dari dekat...

errr.......





bersambung.................

23 comments:

  1. Replies
    1. cuba lagi punzel..dah hampir dah tu..haha

      Delete
    2. alaaa

      die pakai tudung shawl belit2...

      takkan pakai tudung labuh nak tgk wayang?

      Delete
    3. haha..bende simple camni semua orang leh teka punzel..takpela..aku bgi ko 2bintang..ekeke..

      Delete
    4. belum ape-ape ko dh bg aku 2 bintang?

      kire betul la die dh pakai tudung?

      makin muslimah cerita ko ni, i like!

      Delete
  2. Aku langsung takleh teka ni.. :(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku takde pon mintak korang teka..grrrrr....

      Delete
  3. anis tertukar jd anas kan? pastu suara garau..

    *sah aku perlu keluar dari bumi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...anis ori la..sah ko kene keluar bumi ni..bawak buku hijau sebab planet luar tak pakai buku merah..

      Delete
  4. Dia mekap tebal kan? Atau pon dia pakai baju gaun yg keperempuanan utk bagi 'aku' tu impress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA..mekap plak..bukan2..gaun pon salah..

      Delete
  5. Replies
    1. perghh..ganas ko umie..main peluk2 je terus..ekekeke..hepp..bukan mahram takleh peluk.haha

      Delete
  6. Kahkah semua dah main teka2 ni bandel weyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kau bagi kitorg baca sambungan dia!

      *emot scream*

      Delete
    2. tu la..aku nak bagi elemen suspen dah jadi macam ruangan teka teki lak..ekeke..

      tunggu dulu..aku blom tulis pon lagi sambungan dia..

      Delete
  7. menarik citer kau cekgu...boleh dah ni buat banyak2 pastu buku kan. cerita cinta dari buah fikiran lelaki ni best sket...xde nak jiwang leleh sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rase jiwang gak ni aien..tak mungkin la nak bukukan..bukan best pon..hahaha..

      Delete
  8. sambung laaaaa cepat weyhhhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebulan sekali je cimot...tunggu bulan depan plak..haha...

      Delete
  9. Replies
    1. bz lagi ema..tunggu la bulan depan plak..haha..

      Delete
  10. cam best plak cite ko ni???tibe2 terjebak w/pun 1st time bukak blog ko ni...kikiki

    ReplyDelete