Tuesday, April 22, 2014

Sihirkan aku, andai sihir tu wujud..


assalammualaikum wbt..

Minggu yang lepas aku telah dikejutkan dengan satu berita buruk yang menimpa salah seorang anak jiran mak aku dan juga merupakan anak murid mak aku dalam mengaji Quran..serius perkara yang aku dengar tu membuatkan aku tersentap..

Kesian dan semoga beliau sembuh..adik Ayuni ni masih bersekolah tingkatan satu tapi sehingga kini sudah hampir tiga bulan tidak bersekolah sebab menderita sakit misteri atau lebih tepat telah terkena sihir..aku tak paham betul kenapa la masih ada lagi orang zaman FB ni mengamalkan ilmu sihir ni..

Dah bermacam ikhtiar yang keluarga adik ni buat tapi nampaknya masih belum diizinkan sembuh..dari yang mak aku ceritakan, pada masa-masa tertentu terutama petang selepas asar hingga ke waktu malam, dia akan menjerit sakit pada bahagian pinggang atau badan seperti di ikat kuat dengan tali dan merayu-rayu mintak dilepaskan ikatan tu..

Dan kadang-kala dia akan menjerit sakit rasa seperti badannya di cucuk-cucuk dengan benda tajam..dan yang paling kesian, adik ni akan kesesakkan nafas  dan kadang kala pengsan sebab rasa seperti lehernya di cekik kuat dan lemas..macam biasa, bila sakit macam ni, takda penjelasan logik yang boleh doktor jelaskan..walaupon ketika sakit, dan dibawa ke hospital, doktor tetap mengesahkan adik Ayuni ni takda apa-apa penyakit atau infection..

Sambil-sambil  tulis entri ni, aku cuba la research sikit berkenaan sihir-sihir ni, dan aku dapati apa yang adik Ayuni ni alami adalah mungkin dalam jenis sihir Voodo..

Tapi apalah salah adik ni..nak kata kot-kot jenis orang sihir sebab cinta ditolak, dendam atau sebagainya tak munasabah pulak sebab dia masih budak lagi..ustaz dari darul syifa pula kata kemungkinan sihir ni sekadar saja-saja tukang sihir ni cuba atau tranning untuk menajamkan ilmu dia..adoilah..kenapa la kejam sangat...




Just nak tambah sikit tentang perkara mistik, sihir dan perkara ghaib ni yang aku baca dari sumber lain..aku lupa dari mana aku dapat..penat jugak aku cari balik, tapi sayangnya tak jumpa lagi..dan apa yang seingat aku, kata-kata tu lahir dari seorang atheis Melayu yang tidak percayakan tuhan, apatah lagi perkara-perkara mistik ni..bagi dia semua tu karut..


"Sihirkanlah aku, andai sihir tu wujud"


Ni lah kata-kata cabaran si Atheis tu kepada sesapa saja yang boleh buktikan wujudnya sihir atau apa-apa perkara ghaib pada dia..lagi satu, dia pon ada keluarkan statement hasil survey dia yang semua kawan-kawan atheis dia tak pernah kena sihir, jumpa hantu setan atau terlibat dalam hal paranormal ni..bagi dia cuma orang bertuhan sahaja yang percaya dan akan alami semua tu..

Kadang-kadang aku terpikir jugak, kenapa la sihir-sihir jahat ni tak kena kat orang-orang yang jahat..kenapa tukang sihir ni tak santau je orang yang jahat, penjenayah atau tunjukkn la sihir tu contohnya pada golongan atheis ni bagi depa percaya walaupon atheis ni bukanlah orang jahat..ni saja-saja test ilmu dekat budak, dengan orang tak bersalah buat apa?

Kesimpulan yang aku dapat, korang jangan harap la tukang sihir ni nak sihirkan orang yang sama je jenis dengan dia atau orang-orang zalim, jahat atau sebagainya...ingat citer Merlin ke tukang sihir guna sihir untuk menentang orang jahat..lepas tu boleh pulak Lady Morgana sebagai ahli sihir jahat lawan Merlin yang konon ahli sihir baik.kehkehkeh..tu yang sebenarnya karut..

Semoga Adik Ayuni cepat sembuh dan semoga Allah SWT lindungi kita semua dari kecelakaan sihir-sihir yang jahat dan nyata syirik ni..



13 comments:

  1. trend menyihir sekarang semakin berleluasa.. sebab manusia masih percaya pada amalan khurafat & syirik sebagai jalan pintas untuk sesuatu.. Semoga Adik Ayuni sembuh. Semua yang berlaku dengan izin Allah, dan kepada Allah jugak kita memohon perlindungan & pertolongan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yng heran..dunia makin maju tapi mentaliti makin mundur..iman makin lemah..semoga adik ayuni cepat sembuh..kesian dia..

      Delete
  2. ni amalan utk elakkan sihir.
    Bismillahhilazi layudurruhu maasmihi syai un fil ardi, wala fis samaie' wahuwa sami ul alim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik ha..elok amalkan ni..

      p/s : bila nak lepak2 minum lagi..lama tak jumpa dah ni..

      Delete
  3. sy pon terkena masa nak kawin dulu..merata pergi..ke darul syiffa pon xjadi apa..tp Alhmdulillah sekarang dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..kongsi la skit pengalaman..jadi macam mane masa kene sihir tu?..apa pon alhamdulillah sembuh...

      Delete
  4. hai. nice blog. visit here. please follow me back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ko blogwalking kan kure..kehkehkeh..follow and unfollow u back..

      Delete
  5. Semoga adik ayuni cepat sembuh.... abang angkat wa pun dulu pernah kena sihir.... lama sangat..... dari dia kecik sampai besar.... dari gemuk jadi kurus... dari putih jadi hitam.... tapi Allah swt lebih sayangkan arwah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya dia menderita kene sihir sampai ajal..semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman la sbb dianiaya...

      Delete
  6. Weh kesiannya. Budak tu muda sangat lagi :'((

    ReplyDelete
  7. hushh...kekadang aku pun rasa sakit mencucuk2...tp bukan sihir la...sakit malas bersenam...hehe.......moga adik ayuni segera sembuh....kesian...

    btw, hai....

    ReplyDelete
  8. kesiannya adik ayuni tu. Nape la ada jugak org dengki sampai sanggup buat gitu kat org lain. Yang atheist tu aku agak kesian sbb dia tak percaya tuhan, tapi dia tak pernah kena sihir tu mungkin sbb mental dia kuat. Aku pernah baca yg sihir dan ilmu hitam ni takkan kena pada org yg mental dia kuat. Masa aku belajar hypnosis dulu, yg ajar tu kata, kalau nak diikutkan kenapa george bush yg jahat dulu tu berapa ramai org cuba nak sihir dia tak tak boleh pun. Sama ada dia pun memakai ataupun sebenarnya dia boleh control minda dia utk hindar perkara negatif. Allahua'lam.

    Anak sihat? Dah lama tak update pasal anak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...