Assalammualaikum wbt..
Faktor
masa, pengalaman, pergaulan, dan pembacaan memang banyak mempengaruhi
pemikiran seseorang..so tak mustahil kan, semua orang boleh
berubah..orang kampung aku cakap people change..so dalam entri ni aku
nak ambil kesempatan la, nak mintak maaf pada yang pernah sentap dengan
penulisan-penulisan aku yang menyentap sebelum ni..
Contohnya
dalam isu agama, aurat dan sebagainya, sebelum ni aku terlalu
ikutkankan sangat pendapat agamawan.aku ingat lagi aku petik ayat sorang
ustaz dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz', 'orang menutup aurat belum
tentu baik, tapi orang baik dah tentu menutup aurat'.
Aku
penah anggap ayat ni betul, tapi sekarang aku dah rasa ayat ni tak
sesuai, tak adil, tak sensitif, kalau dalam konteks kemanusiaan..Siapa
ada hak menilai orang yang baik tu dan dia tentu menutup aurat?..orang
baik ni untuk muslim saja ke? tak pernah ke jumpa orang yang tak tutup
aurat tu sorang yang sangat baik?
Nilai
kemanusian dan moraliti tak semestinya untuk sesorang yang beragama
sahaja.tu yang aku nak nyatakan secara dasar..nak pulak zaman sekarang
ni..tulis status yang bercorak islamik lebih dikatakan mencapai tahap
kemanusian..status keislaman sangat penting bagi mereka sedangkan dalam
inbox penuh mesej lucah, dan simpanan video lucah..tu belum agamawan
yang menjual agama..artis berhijrah nak jadi ustazah ustaz pastu bisnes
guna agama..ni semua la yang buat aku makin meluat dengan baju-baju
agama dan agamawan ni..
Sejak aku dah kurang blogging ni, aku banyak membaca tulisan
tulisan-tulisan pemikiran haluan kiri yang lebih radikal.memang tak
dinafikan ideologi kiri macam sosialis, anarki ada yang bercanggah
dengan islam sebagai agama aku, tapi secara tak langsung ada juga yang
fahaman mereka ni yang aku sangat setuju macam mengajak rakyat menentang
penindasan, bahkan lebih bersifat islam sebenar dan lebih bagus dari
agamawan yang hanya tahu mengkafir dan menerakakan orang yang tak
sefahaman dengan mereka..
Tulisan
seorang penulis anarki yang juga merupakan sorang kawan aku, memang
agak susah nak hadam.tapi mujur la aku selalu dapat berbual terus dengan
dia dengan lepak santai dimapley..dari sini aku dapat lebih paham
fahaman sosialis anarki ni..nak harap baca je buku-buku dia dengan tahap
bebal aku, mmg kantoi la kan..haha.. .insya'allah kalau aku senang lain
kali aku tulis serba sikit, tapi terus terang la aku kata, ideologi
sosialis anarkis ni tak sesuai la kalau korang 'pro' islamik..
hai-hai....
ReplyDeleteaku taktahu nak komen ape. terlampau dalam untuk aku. tapi aku minat nak baca. so post la lagi ye
:)
Aku baca dengan nada serius.
ReplyDeleteAku baca dengan nada serius.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInternet x stabil wakaka
ReplyDeleteBagus la kalau org yg banyak membaca ni. Dpt byk idealogi yang berbeza.
ReplyDeleteBlog lu serupa baca zine tahun 1996 le bundle
ReplyDeleteperghhhhh.. tak layak dah blog ni nak jadi blog sampah.. blog berisi dah.. :)
ReplyDeletekeh keh keh... kita serupa. Aku pun semenjak menyepi dari blogging (sambil2 tu menyibukkan diri dengan urusan nikah kahwin) ... pun banya membaca karya indie dan join dialog-dialog kefahaman islam.
ReplyDeleteBro, kalau bro bawak tulisan bro ni kat orang kampung kebiasaan. Mampus bro kena sesatkan dengan dorang.
Dah lama xblogging jugak
ReplyDeleteni nak start balik
=) KLINIK KESIHATAN PUSPANITA PRESINT 10, PUTRAJAYA