Gua bosan sungguh apabila kita memaki atau mencarut itu
yang menjadi fokus perbincangan walhal punca kejahatan asal usul maki
itu terpancar, kita seolah-olah kaku dan bisu. Percampuran fakta dengan
maki atau carut menjadikan segala hujah menjadi kosong. Itu bagi
masyarakat Melayu Islam Malaysia. Gua cuba mendalami beberapa faktor
sosio-ekonomi, sosial kemasyarakatan serta selok belok yang gua faham
untuk merungkai kenapa maki atau carut menjadi masalah besar.
Kita
pandang dari segi aspek agama. Anutan agama melayu islam Malaysia
memang menjadikan tuturan bahasa secara berlemah lembut dan berhemah
dalam membahas. Gua teringat kata-kata Khalifah Makmum kepada seorang
pendakwah yang cuba mendakwah beliau :
"Firaun lebih
jahat dari gua. Musa lebih baik dari lu" tetapi Allah berfirman agar
musa berkata lemah lembut untuk membuka hati Firaun".
Kalau
kamu semua hayati bait-bait itu, pastinya kamu akan bersetuju dengan
Khalifah Makmum. Carilah di dalam Al-quran dan Al-Hadith. Gua kira
berpuluh-puluh ayat kalau tidak beratus ayat mengenai berkata dengan
baik kerana ini mencerminkan peribadi seseorang. Ini memang menjadi
pegangan bangsa Melayu. berlemah lembut dan selalu berkata-kata dengan
baik sekalipun pada orang yang melakukan kejahatan sejahat-jahatnya yang
melibatkan rakyat dan menjadi permasalahan orang ramai.
Kemudian
kita lihat pula dari aspek sejarah terutamanya yang terdapat pada
buku-buku mengenai sejarah orang melayu. Orang melayu terlalu sinonim
dengan ketaatan membabi buta kepada pemeintah monarki dahulu. Pada zaman
sebelum 1920an, monarki memang memainkan peranan penting dalam
kehidupan melayu. Tapi itu di zaman di mana monarki menyumbang sesuatu
kepada pentadbiran sekalipun bersifat kenegerian dan bukannya berpusat.
Tutur kata yang antara rakyat bawahan dengan pemerintahan monarki dengan
mengunakan perkataan merendah diri serendah-rendah martabat setelah
kemuliaan diberi oleh tuhan kepercayaan orang melayu seperti patik,
hamba, tuanku, duli dan macam-macam lagi. Faktor perkataan
serendah-rendah martabat ini menyebabkan Melayu tidak dapat menerima
bahawa ada perkataan-perkataan kasar terpaksa diucap.
Gua
bawakan pula pendapat gua yang lain kenapa Melayu terlalu mendambakan
perkataan-perkataan elok dan bukannya perangai yang elok. Lihat pada
perangai kaum penjajah koloial celaka British. Struktur sosiologi di
Britain juga tidak berbeza dengan mana-mana tempat yang lain. Ada
golongan yang tinggi dan ada golongan yang terbuang. Kebanyakkan yang
menjadi wakil-wakil British, adalah terdiri dari golongan yang memiliki
slang "Queen English". Sungguh sopan. Dari gaya duduk sehinggalah cara
memegang cerut. Kasta di kalangan mereka menyebabkan mereka tidak dapat
menerima golongan terbuang seperti yang berketurunan Scoucser, Cockney,
Mancs atau Geordies. Golongan "Queen English" inilah yang merosakkan
bukan sahaja ekonomi dunia, bahkan ekonomi British sendiri. Dan golongan
"Queen English" inilah juga akan mengambarkan Scoucser, Cockney, Mancs
atau Geordies sebagai pemusnah atau penghancur empayar British kerana
tutur bahasa mereka yang kasar.
Apabila dibandingkan
dengan apa yang terjadi di Malaysia, kita dapat melihat, golongan
aristokrat seperti yang diceritakan oleh Rustam A.Sani di dalam The
Sosial Roots Of The Malay Left berpolitik secara pertubuhan amal dan
sebagainya. Golongan aristokrat ini mempelopori adab sopan dan tutur
cara yang sangat sopan dan keistanaan, walhal hampir ke semua mereka ini
adalah anjing kepada penjajah. Di bawah buku yang sama, orang melayu
melihat golongan istana memiliki kata-kata mutlak yang tidak boleh
disanggah. Golongan istana bijak bertutur secara penuh sopan, maka
seharusnya orang melayu dahulunya terus taat membabi buta.
Persoalan muncul di kepala otak gua, adakah golongan aristokrat British dan Malaya memamfaatkan kata-kata Khalifah Makmum tadi?
Di dalam buku Memoir Salleh Majid : Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh, beliau memetik kata-kata Senu Abd Rahman,
"Melayu perlu kurang hajar untuk menuntut kemerdekaan"
Kata-kata
ini begitu mendalam buat gua, sehingga gua sentiasa sahaja mengambil
kata-kata ini untuk dipetik dalam hujah-hujah gua. Sopan dan beradab
sungguh orang Melayu ketika itu dari menderhaka kepada golongan
aristokrat ketika itu, menyebabkan mereka rela menjadi hamba kepada
British. Bukankah itu lebih memalukan dari menyebut " Sultan dulu
pukimak kerana jadi babi anjing penjajah"? Golongan istana lah tidak
ingin merdeka dan bahagia di bawah British, kita perlu juga taat dan
bersopan kepada golongan istana lagi walaupon menjadi pengkhianat adalah
sial?
Sajak dan bait Sasterawan Negara, Usman Awang yang
berjudul "Kurang Ajar" juga sangat berhantu buat diri gua.Terutamanya
bait-bait "Kau harus menjadi manusia kurang ajar, untuk tidak mewarisi
malu ayahmu". Bagi beliau, ajaran malu di kalangan orang melayu
menjadikan Melayu itu sebagai bangsa yang tidak besar. Mungkin dari segi
jiwa yang besar dan keberanian untuk berhadapan dengan birokrasi dan
segala macam permasalahan.
Salah sebuah filem Quills yang
diterbitkan pada 2000, lakonan Geoffey Rush sebagai The Marquis De Sade,
seorang penggerak seni yang dilarang ketika pasca Revolusi Perancis
ditanya oleh Abbe Coulmier, seorang paderi lakonan Joaquin Phoenix dalam
satu babak kenapa De Sade mengarahkan teater beraksi lucah, The Crime
Of Love dalam pementasannya. Jawab De Sade " Pementasan itu hanyalah
sebuah cermin. Nampaknya Royer Collard tidak suka melihatnya"
Adakah
kamu berfikir bahawa Royer Collard, pedophile yang berusia lebih 50
tahun berkahwin dengan Simone yang berusia 16 tahun tersentuh apabila
membuatnya secara sopan? dapatkah ajaranmu yang beribu tahun membuatkan
si pedophile merah padam mukanya dalam masa 10 minit?
Lihat
pula karangan-karangan Robespierre, Danton dan Marat. Kesenian mereka
yang penuh dengan mencarut, maki dan lucah boleh menyebabkan rasa mual
di kalangan rakyat untuk membuat sistem monarki ketika Revolusi
Perancis. Maki dan carut adalah sesuatu yang menjijikkan dan menggelikan
bagi semua budaya di dunia. Tetapi apabila kesenian digabungkan dengan
maki dan carut tadi, kesannya lebih cepat menuju ke dasar hati yang
dituju.
Cuba anda bandingkan kedua-dua ayat ini dan
buatlah keputusan sendiri, yang mana lebih terkesan di hati dan mana
pula yang 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'
"Celaka
kau, kau mengunakan harta rakyat seolah-olah ini harta mak bapak kau,
babi sungguh" dengan "Sesungguhnya tuanku, tuanku telah menggunakan
harta negara, ampun tuanku"
Gua tidak mengharapkan
bahkan gua juga tidak mengalakkan bangsa gua suka mencarut. Tapi
sekurang-kurangnya, tafsirlah situasi yang lebih utama berbanding maki,
carut atau lucah. kata-kata Khalifah Makmum tadi bukan untuk gua
sanggah, gua hanya mahu tambah dari kata-katanya
"Firaun
lebih jahat dari gua. Musa lebih baik dari lu" tetapi Allah
berfirman agar Musa berkata lemah lembut untuk membuka hati Firaun. Tapi
kata-kata lu tidaklah sejahat dengan kejahatan yang gua lakukan".
Ini
yang gua katakan perbandingan kejahatan. Masalah maki atau carut
hanyalah masalah individu. Ia tidak membawa apa-apa keburukan kepada
masyarakat. Katakanlah, seluruh rakyat Malaysia mencarut, sikitpun ia
tidak menjejaskan KDNK atau GDP negara. Sikitpun memaki tidak akan
mempengaruhi jumlah volume di dalam aliran saham. Sikitpun carutan tidak
akan menyebabkan defisit kepada belanjawan negara.
Maki
dan carut hanyalah manisfestasi kepada rasa kecewa seorang rakyat. Dan
sekiranya rakyat lain mengatakan bahawa adab, maki dan carut itu lebih
penting dari keburukan masalah yang melibatkan kepentingan awam yang
lain, adalah tidak menghairankan, keupayaan untuk membuat perbandingan
kepada kejahatan yang lebih merosakkan menjadi satu lambang kegagalan
betapa bangsa Melayu telah dipijak rasa malu.
Rasa
kecewa Shahnon Ahmad ketika menulis Novel "Shit" adalah lambang
kebencian yang mendalam terhadap isu Anwar Ibrahim, 1998 dahulu. Ketika
zaman reformasi. Di gambarkan situasi dengan penuh jijik, kebencian dan
kemudaratan dengan perkataan-perkataan lucah dilempar kepada Mahathir.
Bayangkan, setiap hari ketika itu Harakah, Suara Keadilan dan Detik
bertungkus lumus mengambarkan kebobrokan pemerintahan Mahathir Mohamad,
sikitpun tidak menjadi perbincangan. Dengan terbitnya "Shit", ia menjadi
polemik dan hangat dibincangkan. Yang manakah lebih efektif?
Dua
orang sahabat gua bergaduh mengenai maki. Seorang maki kepada kaum
kapitalis, pemerintah dan anjing-anjing pemerintah termasuklah
musuh-musuh kelas. Yang seorang lagi konon nak menasihati. Komen gua?
Gua lebih rela malu dibuli, diperhambakan dan diperkudakan berbanding
malu kerana mencarut atau maki. Pergilah mampus dengan adab golongan
borjois yang betapa orang Melayu kini lebih suka menjadi yuppies
jadi-jadian.
Sumber : Raja Otek - ZINE SCPB #MOTHERFUCKIN #ONE
SHIT paling aku tak sanggup sampai habis... 4,5 bab je boleh layan...
ReplyDelete'shit' memang jijik tapi msg yang nak disampaikan tu tercapai atau dalam istilah sekarang viral..
DeleteAku singgah sini dan baca tapi tak tau nak komen apa.
ReplyDeletePanjang sangat la bundle. Aku mals nk baca. hahah buat kan entry pendek untuk aku
ReplyDeletecici
Baru je terjadi kan, kat media sosial baru2 ni. Nak tegur org, tapi semua mencarut2 je..
ReplyDeletebagi aku yang duduk site hehari ni, maki tu biasalah bile ko buat salah.
ReplyDeletetakkan lah dalam satu situasi, seseorang tu lambat buat kerja. jadi perlu ke ko bercakap lemah lembut untuk bagi dia buat kerja dengan sempurna. krja tgh panas matahari, penat, barang berat dan berpeluh-peluh. normal lah kalo nak maki.
tp jika kau dalam meeting kau kena maki, perlu ke ko balas makian tu? sedangkan tu adalah ruangan untuk berbincang dengan baik.
tnpa ada apa yang membolehkan ko memaki even ada orang salah.
depend on situasi kalo nak maki orang.
sekian. terima kasih.
setuju dengan rapunzel, depends pada situation. kalau macam situasi yang digambarkan oleh rapunzel dengan terik panas kena tunggu saya pun akan marah. emosi kan.
Deletebundle Na malas nak bace kisah lama nie. pls update latest story! cepat. Selamat Hari Raya
ReplyDeleteI.M.U.S.M
ReplyDeletelame tak nampak abang kite ni
ReplyDeletelumayan sampah juga ada harga barang bekas
ReplyDeleterongsok