Tuesday, August 26, 2014

Cerita Petang Ahad..


Di suatu Ahad..

Kisah seorang lelaki yang kerjanya dari pagi sampai ke petang asik dengan menonton TV dan melayari internet je..maklum la cuti hujung minggu..

petang tu si isteri yang tengah sibuk mengemas rumah menyuruhnya pergi ke kedai membeli bahan  masakan untuk makan malam..


"alang-alang nak keluar tu, bawak anak sekali, senang saya nak menyapu sikit ni takda anak kacau"..

lelaki tersebut dengan longlai malas terus la menyarung seluar jeans yang bersangkut di belakang pintu..pakai cap, amik wallet dan kunci kereta..

Friday, August 22, 2014

Info : Kisah Sebenar Yusuf Dan Zulaikha..

Assalammualaikum wbt..


"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
 Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, 
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W.... "


Aku pasti ayat ni ramai yang pernah terbaca, bersepah orang share kat mana-mana laman sosial, pesanan ringkas, what apps dan macam-macam saluran lagi..apa yang aku nak tulis kali ni berkenaan salah satu kisah yang menjadikan nabi Yusuf A.S dan Zulaikha tersemat dalam puisi kat atas.(puisi ke apa pon, what ever la)..

Kisah Yusuf dan Zulaikha ni kononnya kisah cinta agung..ibarat lebih agung dari kisah Romeo dan Juliet atau Laila Majnun.begitulah kalau menurut Puisi Sufi Parsi..

Monday, August 11, 2014

Lelaki Dalam Kenangan..

Assalammualaikum wbt..

Sebahagian kawan-kawan lama berpendapat aku ni macam lelaki dalam kenangan..memori tentang aku kuat dalam ingatan diorang..selalunya berkenaan benda bukan-bukan la dan kebanyaknya pulak, hal tu aku sendiri dah lupa..tu yang seronoknya bila dapt jumpa kawan-kawan lama..keluar la balik cerita-cerita mengarut..

Memang antara kenangan yang best dalam hidup aku ni kebanyakkannya benda tak berapa elok pon..tapi nak buat macam mana kan, dah tu hidup yang aku lalui dari kecil, naik remaja dan belia sekarang..haha..banyak sangat benda nakal dah aku buat..benda baik plak, kita lupakan jela..aku tak baik, dan aku pernah dengar kata-kata ni "benda yang baik kita buat tu, anggap je la najis, buang dan lupakan" dosa tu letak depan mata" biar kita sentiasa beringat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...