Assalammualaikum wbt..
"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W.... "
Aku pasti ayat ni ramai yang pernah terbaca, bersepah orang share kat mana-mana laman sosial, pesanan ringkas, what apps dan macam-macam saluran lagi..apa yang aku nak tulis kali ni berkenaan salah satu kisah yang menjadikan nabi Yusuf A.S dan Zulaikha tersemat dalam puisi kat atas.(puisi ke apa pon, what ever la)..
Kisah Yusuf dan Zulaikha ni kononnya kisah cinta agung..ibarat lebih agung dari kisah Romeo dan Juliet atau Laila Majnun.begitulah kalau menurut Puisi Sufi Parsi..
Tapi tahukan korang hakikat yang sebenarnya kisah Yusuf dan Zulaikha yang tertulis dalam Al-Quran, surah Yusuf Ayat 22-35 tu sebenarnya apa?..sebelum aku nak tulis ni aku dah research dari macam macam sumber termasuklah website mufti dan dari blog ustaz aku sendiri tentang tafsir dan huraian surah ni..
Surah Yusuf Ayat 22-35
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (22)
22) Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ (23)
23) Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَن رَّأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاء إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ (24)
24) Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
وَاسُتَبَقَا الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِن دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ قَالَتْ مَا جَزَاء مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوَءًا إِلاَّ أَن يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (25)
25) Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu menarik baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan yang mengoyakkan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyeksanya".
قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَن نَّفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ أَهْلِهَا إِن كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الكَاذِبِينَ (26)
26) Yusuf pula berkata: "Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِن الصَّادِقِينَ (27)
27) Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".
فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِن كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ (28)
28) Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
يُوسُفُ أَعْرِضْ عَنْ هَذَا وَاسْتَغْفِرِي لِذَنبِكِ إِنَّكِ كُنتِ مِنَ الْخَاطِئِينَ (29)
29) Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"
وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن نَّفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ (
30)
30) Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."
فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلّهِ مَا هَذَا بَشَرًا إِنْ هَذَا إِلاَّ مَلَكٌ كَرِيمٌ (31)
31) Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"
قَالَتْ فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَاوَدتُّهُ عَن نَّفْسِهِ فَاسَتَعْصَمَ وَلَئِن لَّمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِّنَ الصَّاغِرِينَ (32)
32) (Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan ia akan menjadi dari kalangan orang-orang yang hina."
قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ وَإِلاَّ تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ الْجَاهِلِينَ (33)
33) Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".
فَاسْتَجَابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنْهُ كَيْدَهُنَّ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (34)
34) Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ثُمَّ بَدَا لَهُم مِّن بَعْدِ مَا رَأَوُاْ الآيَاتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّى حِينٍ (35)
35) Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
Apa yang aku kongsikan ni baru ayat dan terjemahan saja..kalau nak bagi semua tafsir dan huraian memang panjang gila..so tu korang rajin-rajinkan la diri untuk baca sendiri..cuma apa yang boleh aku ringkas dan terangkan dalam entry ni serba sikit dan nak timbulkan persoalan ialah tentang peribadi Zulaikha tu..
1.) Aku tak paham sungguh siapa la pandai sangat buat puisi kat atas tu yang kaitan hubungan Yusuf dan Zulaikha ibarat cinta sejati..
2.) Kalau ikut sumber aku jumpa dari Portal Jabatan Mufti Perlis, tidak terdapat bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang mengiya atau menidakkan kisah yang mendakwa Nabi Yusuf akhirnya berkahwin dengan Zulaikha. Cumanya kisah ini didatangkan antaranya oleh seorang ahli sirah yang terkenal iaitu Muhammad bin Ishak..
3.) Selain Ibn Ishak, kisah ini juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Tafsir 7/2161, dari jalan Salamah daripada Ibn Ishak. Demikian juga al-Tobari di dalam Jami’ al-Bayan 16/151. Terdapat juga kisah yang seumpama ini dari Zaid bin Aslam dan dari Wahab bin Munabbih yang terkenal sebagai seorang yang suka mendatangkan riwayat dari Israiliyyat (sumber cerita dari Ahli Kitab)..
5.) Zulaikha menjadikan Yusuf mangsa keadaan dan memfitnah sehingga Yusuf dipenjarakan..
masalah yang sangat membimbangkan.. |
So apa yang aku boleh simpulkan kat sini ialah, kisah love story Yusuf dan Zulaikha ni banyak dari sumber tak sahih.ustaz aku pon ada cakap, kebanyakkannya cerita-cerita dari timur tengah macam kisah-kisah ni sebenarnya hanyalah kisah 1001 malam seperti kisah dongeng rakyat kita dan ada juga dari riwayat Israilliyat..tapi tah mana silapnya, ramai yang salah sangka dan menganggapnya sumber dari Al-Quran padahal sangat lah bercanggah..
Watak yang tak sepatutnya diibaratkan kasih sejati yusuf diagung-agungkan..whyy?? ini adalah satu pendustaan yang berat..lebih sadis jika dalam doa untuk bakal pengantin pon diselitkan agar bahagia seperti yusuf dan zulaikha walhal hakikatnya seperti mendoakan pengantin berbalah sesama sendiri..
Ada sumber yang mengatakan Zulaikha telah bertaubat juga adalah tidak benar kerana Al-Quran dan hadis tidak pernah menceritakan tentang itu..cuma yang pasti dalam ayat 51 memang ada menyatakan Zulaikha akhirnya mengakui kesalahannya.,cuma kita tidak la seharusnya mengatakan Zulaikha wanita yang keji sedangkan kita pon tidak pasti adakah dia sempat bertaubat atau tidak..
Kisah baginda tidak berakhir begitu sahaja.. malah disebutkan ketika berada di dalam penjara baginda mula berdakwah kepada teman-teman sepenjaranya.. mengajarkan mereka aqidah yang menyembah Tuhan yang satu..seharusnya perkara inilah yang lebih diberikan penekanan ketika berbicara tentang Nabi Allah Yusuf A.S..wallahu a’lam..
# Nama (Zulaikha) dalam kurungan dalam terjemahan Surah Yusuf diatas hanya sebagai rujukan diri sebagai wanita dalam kisah ni..Al-quran sendiri tidak menyebut nama wanita tersebut..dikhabarkan ia hanyalah rekaan Sasterawan Iran..
p/s : mohon betulkan andai ada tersilap fakta..
Aytually, kisha yang aku pernah baca, dan dengar adalah versi yang macam dalam Quran tu la, betapa Zulaikha jatuh hati pada kekacakan Yusuf dan pasal dia tajamkan pisau untuk uji perempuan lain kagum or not pasa hensem nya yusuf ni, pasal kisah cinta agung mereka, tak pernah dengar pulak aku. macma pelik la kan bila doa masukkan yinta zulaikha sekali.
ReplyDeleteregards,
aku yang tak tahu.
yang pasal zulaikha dgn pisau tu ada dalam ayat 31..tetamu2 zulaikha tergamam tgk yusuf smpai terhiris jari dengan pisau..tu sahih..tapi bab nabi yusuf bercinta dengan zulaikha tu takda dalil..
DeleteSalam bund,
ReplyDeleteAku selalu baca orang up status puisi kat atas tu.
Aku terpikir jugak menda ni bila baca tafsir. Yang aku paham, nabi Yusuf digoda sebab tak tertahan dengan kekacakkan Nabi Yusuf.
Dan ye, kisah hikayat 1001 malam adalah dongengan dan penceritaan turun temurun yang da bertokok tambah tapi da disalah pahamkan.
tu la..ramai share2 tanpa tau kisah sebenar..kalau baca pon kisah2 dongen israilliyat..padahal kisah tu takda pon dalam quran..nama zulaikha sendiri tak tersebut..
DeleteWeh tinggi sangat literature post kau ni....
ReplyDeletehahaha..jadah ko tingginya..biase je ni...
Deletemasa zaman jahiliyah dulu selalu jugak copy paste status tu... tapi bila dah bebesar ni, wa pun baca macam kisah dalam al-quran tu, sekali skrip cerita Ayat-Ayat Cinta... dari situ baru tahu...
ReplyDeleteAda satu versi, yang mengatakan bapa Zulaikha yang menyuruh Zulaikha menggoda Yusuf.. wallahualam bisawab :)
uiks..ada versi bapa zulaikha plak suruh goda..hahaha..ni dalam kitab mana plak dah...adoiyai..hahaha..
DeleteThumbs up penulis.
ReplyDeletewahhhh..terbaik bro post kau..sebab aku pun ada trperasan dalam doa2 pengantin ada sebut yusuf dan zulaikah..apa2 pun mmg terbaik..
ReplyDeletewahhhh..terbaik bro post kau..sebab aku pun ada trperasan dalam doa2 pengantin ada sebut yusuf dan zulaikah..apa2 pun mmg terbaik..
ReplyDeleteTapi adakah keseluruhan kisah yusuf-zulaikha ini dirujuk kepada al quran sahaja?bagaimana dengan penjelasan ulama atau kitab2 tafsir ? jadi bila kisah ' setulus cinta zulaikha' atau seumpamanya , adakah ia cuma direka2 dan ditambah-tambah?
ReplyDeleteWallahu'alam
ReplyDeleteSebenarnya bertapa teguhnya cinta zulaikha kepada yusuf. Bukan betapa teguhnya cinta yusuf kepada zulaikha. Dan taubat zulaikha tu sebagai pedoman dan kita jgn pandang yg nagatif saja ambil pengajaran yg terdapat dalam kisah itu.
ReplyDelete