Tuesday, August 26, 2014

Cerita Petang Ahad..


Di suatu Ahad..

Kisah seorang lelaki yang kerjanya dari pagi sampai ke petang asik dengan menonton TV dan melayari internet je..maklum la cuti hujung minggu..

petang tu si isteri yang tengah sibuk mengemas rumah menyuruhnya pergi ke kedai membeli bahan  masakan untuk makan malam..


"alang-alang nak keluar tu, bawak anak sekali, senang saya nak menyapu sikit ni takda anak kacau"..

lelaki tersebut dengan longlai malas terus la menyarung seluar jeans yang bersangkut di belakang pintu..pakai cap, amik wallet dan kunci kereta..

si anak yang dari tadi tak reti duduk diam, memanjat sana sini dah agak paham kalau papanya nak keluar mesti pakai cap..cepat je dia menerpa nak ikut..

walaupon si anak ni dah boleh berjalan sendiri, tapi lelaki ni saja malas nak pakaikan dia kasut..


"dukung jela, leceh plak nak pakaikan kasut"  nanti jalan sendiri lagi susah nak kejar, pikir lelaki tu..


gambar hiasan

Butang lif tingkat G ditekan..


Sampai di tingkat 11, dua orang makwe pulak masuk..lif terus bergerak turun dan tiba-tiba tersangkut di tingkat  5 selepas seorang masuk..dua orang makwe tadi dah mula nak menangis..

lelaki dengan anaknya tadi dengan selamba menyapa..


"rilek la kak, takda apa ni, tersangkut kejap je"

"tengok adik ni pon tak nangis" sambil menunjukkan anaknya yang dari tadi teruja je seronok..


Alhamdulillah, lif bergerak semula lepas 3-4 minit dan selamat sampai ke tingkat G..

Lelaki tersebut mengambil jalan melalui koridor bawah ke tempat parking kereta..dalam perjalanan sekangkang kera tu, seorang makcik lalu dan dia pon menyapa, konon-konon peramah..


" hai makcik"

"hai, nak kemana tu" tanya makcik..

" nak gi kat kereta, panaskan enjin"..memang niat dia turun bawak kunci kereta tadi nak start kereta je..lama tak bawak..

"ooo, "..sambil makcik tu usyar atas bawah...

"anak adik ke ni" tanya dia lagi..

" ye makcik, "...

"mudanya dah jadi ayah budok"..dan terus makcik tu berlalu...


lelaki tu agak kebingungan dan terus menuju keretanya...


vrommm..vrommmm...pedel minyak dipijak beberapa kali..


anak dia yang dari tadi teruja je ikut papanya berada di sebelah kerusi pemandu sambil tangan tak duduk diam mengusik sana sini..habis terabur CD dalam laci, dan pewangi kereta di cabut-cabut..

Agak-agak dah beberapa minit engin kereta tu panas, lelaki tersebut pon bersuara..


" ok adik, dah sampai"...hihihi....

engin kereta pon di matikan, dukung semula anak, kunci kereta dan terus ke kedai sebelah lif tadi...


sampai ke kedai, lelaki tersebut terus mencapai jajan serta setin air berkarbonat dan terus bayar..


kemudian dia terus naik lif balik rumah...


apa yang isteri dia pesan tadi langsung tak beli...


..............

18 comments:

  1. hahaha... tak dak hala tuju...

    ReplyDelete
  2. dah tu sambungan cerita tu bila balik umah, si isteri tak bising ke sbb brg yg dia kirim ko tak beli. hehehe.. dgn pesanan, air tin tak elok utk kesihatan. byk gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lelaki tu kene turun balik semula la untuk beli..

      Delete
  3. Replies
    1. ni bukan citer aku.. ni "cerita lelaki itu" la..hahaha..

      Delete
  4. nahh gaya cerita, dengan aku terimejin imejin sampai kena skroll atas balik tengok apa yang bini mu pesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaya cerita apa pon aku tak tau la dora..main tulis je ikut sedap...boleh terimejin pulak ye..hahaha

      Delete
  5. punya panjang cerita.. last2 pointnya tak beli barang utk masak makan malam jer... hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Hensem gila kau, Ada potensi ni

    ReplyDelete
  7. byk sgt gangguan sepanjang perjalanan, tu trus lupa... awek dlm lif, makcik tegur, anak sepahkan CD, niat nk panaskan enjin kete je.. sudahnya tujuan utama dh lupa.. aku pun selalu gitu..


    hensem anak ko.. kem slm kt anak ko ye..xlupa gak kat isteri ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu baru pesanan ringkas je beli barang, dekat plak..tu pon boleh lupa..kalau jauh ntah la..hahaha..

      ps:hensem cam aku kan..hahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...