Assalammualaikum wbt..
Ilyas : boy, follow aku jap masuk dalam, ada hal sikit..
aku : hal menda plak..
Ilyas : alaa, kejap jer..jumpa awek, kang aku blanja la kau minum..
aku : yela..gerak..
tu je la aku nak tulis kali ni..panjang pulak jadinya..haha..
Sebahagian kawan-kawan lama berpendapat aku ni macam lelaki dalam kenangan..memori tentang aku kuat dalam ingatan diorang..selalunya berkenaan benda bukan-bukan la dan kebanyaknya pulak, hal tu aku sendiri dah lupa..tu yang seronoknya bila dapt jumpa kawan-kawan lama..keluar la balik cerita-cerita mengarut..
Memang antara kenangan yang best dalam hidup aku ni kebanyakkannya benda tak berapa elok pon..tapi nak buat macam mana kan, dah tu hidup yang aku lalui dari kecil, naik remaja dan belia sekarang..haha..banyak sangat benda nakal dah aku buat..benda baik plak, kita lupakan jela..aku tak baik, dan aku pernah dengar kata-kata ni "benda yang baik kita buat tu, anggap je la najis, buang dan lupakan" dosa tu letak depan mata" biar kita sentiasa beringat...
Salah satu kenangan yang selalu aku ingat, ialah masa aku dengan kawan-kawan scooter(vespa) dulu..masa ni geng-geng aku semua terdiri dari macam-macam jenis orang la..ada yang skinhead, punk dan yang biasa-biasa je sekadar minat motor pon ramai...antara mereka-mereka ni plak ada bermacam-macam kerjaya, kadang tu nampak macam tak tentu arah je, tapi ada yang professional..
Cuma apa yang aku pasti masa bergaul dengan diorang tu dulu, 99% termasuk aku adalah antara orang-orang rugi yang jauh dari tuhan, solat puasa, halal haram memang tak peduli..dan cuma seorang je antara kawan-kawan aku ni yang pernah ajak aku solat bila masuk waktu setiap kali aku keluar dengan dia..(memang nama sebenar) Ilyas..mamat ni muda setahun dari aku..memang dari sekolah sampai habis aku melalui zaman dengan dia..
Tapi tah mana silap aku, kenapa aku tak boleh contohi benda baik dari dia..memang masa tu aku muda lagi, nak solat memang malas walaupon dia ni ajak, kadang tu aku suruh je dia pergi dulu (maknanya aku tak nak solat la tu) dan kadang-kadang jela aku ikut dia pergi solat..teringat satu masa tu dia pernah kenakan aku masa lepak lepak kat Taman KLCC..dulu KLCC top tempat lepak..haha...
Ilyas : boy, follow aku jap masuk dalam, ada hal sikit..
aku : hal menda plak..
Ilyas : alaa, kejap jer..jumpa awek, kang aku blanja la kau minum..
aku : yela..gerak..
Aku ingat lagi, ni la ayat dia..masa tu aku memang tak syak apa-apa la..dari taman KLCC tu aku jalan dengan dia masuk ke dalam dengan harapan bleh ejas la sorang awek kot-kot awek yang dia nak jumpa tu bawak kawan..lepas setingkat naik setingkat sampai tingkat 3 atau 4 la (aku dah tak ingat.).dalam hati aku masa tu pikir nak jumpa kat mana plak jauh-jauh ni kan..rupanya dia ajak aku pegi surau solat asar..
Fuhhh..memang aku tak terkata apa masa tu..kena game, checkmate terus..hahaha...tapi ni la kenangan 1st time aku terdakyah dengan dia..dulu KLCC ada surau kat atas, tak payah pergi masjid kat luar tu..sekarang tak tau la..aku dah 5 6 tahun tak pergi sana..kes ni buat dia jadi 'lelaki dalam kenangan' aku..tengok rupa masa tu 2x5 je dengan aku..nampak dia lagi ganas dari aku pon ade..Skinhead dengan boot Dcmart 8 lubang pegi solat..dia memang buat aku respect masa tu..sementara geng-geng aku yang lain menonggang arak, dia jela satu-satunya skinhead yang 'suci' syariah complaint..
Habis cerita dia, sekarang ni, alhamdulillah aku pon dah istiqomah solat dan tinggalkan benda-benda lagho dalam beberapa tahun ni..kahwin pon dah 3 tahun lebih, anak ada sorang..kena la semakin matang kan..haha..kejap je rasa masa berlalu..cuma aku nak betulkan sikit la pandangan aku yang 'dulu' tentang orang yang solat cukup ni..mungkin ada sesapa yang rasa pandangan dia camtu jugak, pikir balik..
Sebelum ni aku rasa macam respect jugak dengan orang yang jaga solat, contohnya kawan aku tu la..rasa macam wow!!, tak sangka dia pon jaga solat..sekarang ni aku dah sedar, sebenarnya takde apa pon nak kita respectkan..solat ni kan kewajipan untuk muslim..so orang yang bersolat hanya untuk tunaikan kewajipan dia..macam kita makan jugak, takkan tengok orang makan kita rasa takjub nak wow! kan..memang wajib dia makan untuk hidup..benda biasa..
Lain kalau kalau dia makan seperiuk nasik dengan sekor kambing sorang-sorang..Gitu la jugak dengan solat ni..kalau solat jemaah setiap waktu, tambah lagi dengan solat sunat lain macam dhuha, tajhud,qiamullail dan lain-lain..tu aku rasa memang wow!..So setakat solat fardu cukup kita tak sepatutnya rasa pelik, yang pelik sebenarnya adalah orang yang mengaku muslim tapi meninggalkan solat..dah dah..jangan tinggal solat lagi...
Jangan dah sakit, ditimpa musibah, nak mohon sesuatu, baru nak ingat tuhan kan..bukan nak cakap tak bagus bila sakit, atau dapat musibah baru nak ingat tuhan, kira bagus la tu at least time tu tersedar nak ingat tuhan..bukan apa, takut tak sempat jer..orang alim ada cakap, "kalau dalam solat pon tak kusyuk ingat Allah, apatah lagi orang yang tak solat"..
tu je la aku nak tulis kali ni..panjang pulak jadinya..haha..
betoi tu, setuju sangat
ReplyDeleteyeke kak..kalau setuju bagi la duit raya..hahaha..
Deletemuhasabah diri sendiri.
ReplyDeleteyup..sesama la kite bermuhasabah dan sentiasa istiqomah kearah kebaikan..
Deletebetul tu, sekarang dah nak sampai satu tahap, kita rasa takjub tengok orang solat. tu yang selalu kita tengok orang share gambar orang bersolat kat tempat yang kita rasa mustahil. tepi jalan contohnya... dengan caption, "berapa like untuk orang yang tengah solat kat padang bola ni".
ReplyDeleteyela botak..kalau dulu aku jahil, orang sekarang lg teruk rasanya, tambah plak dengan media sosial ada ni..tak segan silu tayang jahil tu..ketagih like plak tu..hahaha...org solat pon jadikan bahan tontonan macam benda tu hebat sangat..haha..
Deletesekadar perkongsian...
ReplyDeleteada kenal sorang mamat ni.. kire macam baru nak mengenali hati budi...
bila di tanya apakah misi hidup atau goal hidup die...
die cakap die nak penuhkan yang 5 tu...
i like.. whatt... takkan nak penuhkkan 5 jadi misi hidup kot...
penuhkan 5 tu.. macam tidur setiap hari... semua orang perlu tidur..
nasib baik bukan berjodohan dengan orang tersebutkan di atas..
sekadar berkongsi..
jadi orang Islam... kene la cukupkan yang wajib...
kalau yang sunat tu baru la bole jadikan sebagai misi hidup...
hmm.. good one dude... keep on sharing yah
hahaha..bila dia cakap camtu, kononnya nak tunjuk la dia nak berubah kearah kebaikan la tu..tapi bila pandang dari sudut aku tulis ni, kan ke dia dah membuka aib sendiri..patutnya hal solat tu toksah buat berat pon sampai nak jadikan misi bagai..haha..lawak...
Deletethanks sudi baca..
ok, aku suke entry ni.. solat tiang agama, mmg wajib..
ReplyDeletekalau suka mohon bagi duit raya barang sekeping dua ringgit malaysia la tina..haha..
DeleteBetul tu Ym bundle, tapi memang masih ada orang yang kagum ngan orang solat ni. Saya sendiri penah ada pengalaman camtu. Tapi, saya tak salahkan dorang 100%, sebab kadang2 memang takde didikan agama (tambah2 ngan mak bapak yang sibuk cari duit, tapi tak kaya pun, anak tunggang langgang). Saya kesian tengok dorang.
ReplyDeleteBtw, macam saya sendiri, ada 2 jenis kawan. 1, yang solat ikut waktu (5% je). Gi mana pun, mintak singgah solat. 2, jenis yang rasa solat tu untuk orang tua je (95%). Em, sebab tu saya malas keluar ngan kawan, kita ni dah la lalang semulajadi.huhu
Terima kasih atas reminder ni. (^,^)
memang la ada lagi haira sebab orang yang rasa takjub dn kagum tu, dia rasa solat tu satu perkara yang berat, hebat dan susah nak diamalkan..aku tau la sebab aku penah lalui kan..haha..
Deleteso kawajipan aku sekarang, aku nak orang lain jangan pikir macam aku pikir dulu..sekarang kena ubah pikiran ,bukan sekadar anggap solat tu mudah tapi seriusly solat tu memang mudah..tu tak masuk pon bab dosa lagi kan..haha.so jangan la tinggal solat tu..hehe.
perkongsian cerita yang best.... wa pun sekarang dalam keadaan nak istiqomah... tapi hidup sekarang ni berkongsi rumah... ada yang buat wa tak tenteram... wa nak beribadat pun wa rasa macam bersubahat.. nak cari rumah lain, kerja pun takde lagi.. entah apa yang sekat kehidupan wa lakibini tak tau laaa....
ReplyDeletesemoga kita ramai2 beristiqomah... tak dapat complete semua pun at least we try our best kan...
eceh..
istiqomah je..insyaallah dipermudahkan..sebenarnya wa tak paham pon hal rumah tangga lu oni..apa kaitan nak beribadat dengan bersubahat,,haha..lu buat wa pening la..haha..
Deletebetul tu bandel. aku setuju...tak perlu wow dengan orang yang jaga solat sebab itukan wajib. terkadang aku wow pada orang yang istiqomah ni, sebab bukan mudah menjalankan kewajipan, kadang tak perlu syaitan menghasut pun abaikan solat, sebab diri sendiri kadang lebih syaitan dari syaitan. malasnyaaaa. itu lah ini lah. hmmmm. aku pun banyak kurangnya...kena berubah.
ReplyDeletecamne ko tau orang tu istiqomah aien?..ke aku tak paham maksud ko..haha..
Deleteaku dulu mula2 rasa berat gila nak solat ni..tapi terus je buat, istiqomah, sekarang takda rasa pape dah...so alhamdulillah tak tertinggal lagi...jgn ckp wow aien..benda biasa je kan..hahaha...
istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh.....haaa ni aku kopipes la. Aku tahu sebab aku kenal rapat sesorang camni. Dulu dia macam kau juga.. Bila.nak berubah berat pada mulanya. Tapi dia terus je buat..istiqomah. Lama2 dia cakap rasa ringan sebenarnya. Mudah. Memang wajib solat ni kenapa mesti rasa berat... Jadi aku wow dgn istiqomah dia buat dia akan solat tanpa perlu diajak, diperli, dan macam2 di lagi..heeeee
DeleteTak perlu wow tapi perlu jadi teladan.. mungkin permulaan ikut ikutan tapi Insya Allah lama2 hidayah tu datang sendiri dalam diri kita. Yang penting kena bermula dulu.. kalau tak bermula, takkan kemana. ye dak??
ReplyDeletebetul la tu..jadikan teladan tu yang elok..ni kalau duk kagum je tapi takda kesedaran tak betul gak..
Deleteteringat pulak kat abang aku yang satu tu, boleh dia citer kat aku awek dia benti kat surau highway plus suruh dia gi solat, dia boleh bertapa dalam bilik air semata malas solat, tapi Allhamdulillah bebaru ni adik aku cakap dia skang tak tinggal solat lagi, Allhamdulillah. Eh tapi bagi aku wow la sebab dia yang aku rasa paling payah kami nak dakyah. hehehhee
ReplyDeletekalau setakat cam abg ko buat tu benda biase gak dora..aku pon penah buat dulu..ekekek..so alhamdulillah lah skg dh nk solat..
DeleteAik, komen wa xkuar..hangen la..!
ReplyDeleteSaya pernah ajak sorang hamba Allah ni solat...dia boleh cakap, "ko gi lah, tak yah tunjuk alim nak ajak orang.." Tak dapat kata apa2
Deletekomen kene spam kot..nant aku check..haha..
Deletesapa lak hamba Allah yg tergamak ckp cmtu ngn ko..jahil2 aku dulu buat alasan je la..tak penah sampai nk ckp camtu..atleast aku kagum gak dulu ngn kawan2 solat..ni terus sound ko cmtu kalau aku pon tak trkata apa..semoga Allah bukakkn hati dia la..
hmmm. yep. lepas bace tros pop up kat kepale ni " cara mati tidak penting. mati dalam keimanan yang penting.
ReplyDeletebetul tu yuyu...apa nak kisah pasal cara mati..semua orang tetap mati..tp mati dalam iman tu yang penting..
Deletetak sangke kau reply komen aku sam. ekekek.
Deletetak sangke kau reply komen aku sam. ekekek.
Deleteamboi..mcam la aku tak biasa bls komen ngko..sekeh kang..haha
Deleteblogger pemes reply komen aku.. hihihi
Deleteoii..dah2..sekeh betul2 satgi..grrrr......
DeleteExactly awak la llaki dlm kenangan..pahit ke manis?semestinya kenangan yg terindah..:-)
ReplyDeleteLepas baca ni terus rasa banyaknya laa dosa aku. bukan sebelum ni tak tersedar, tapi bila baca ni. automatik tersedar lagi. elok la tu ingat mengingati. terskema lak komen harini. haha.
ReplyDeletemalas login