Monday, April 28, 2014

Info : Ketawa Menipu Kita.

Assalammualaikum wbt..

Setiap orang yang sihat mental dan bebas dari unsur mengkhayalkan tak terlepas dari memiliki emosi..orang gila pon sebenarnya masih ada emosi, sebab tu diorang pon tau marah, suka, sedih dan sebagainya, cuma emosi tu tak mampu dikawal agaknya..macam tu jugak la kalau kita dalam pengaruh alkohol atau dadah, emosi dan perasaan tak mampu dikawal sendiri oleh otak..so takda bezanya la orang gila dengan pengkhayal tegar ni kan..hehe

Apa yang aku nak tulis harini berkenaan satu emosi keseronokkan yang lahir dari perbuatan yang dinamakan Ketawa..ramai yang kata "Laughter is the best medicine."..ni dikira merangkumi perubatan bukan dari segi mental, bahkan fizikal.dalilnya ketawa atau senyum bukan hanya reaksi muka tapi ada kaitan dengan penghasilan endorfin dalam otak yang boleh mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi yang menjadikan seseorang itu lebih selesa.. 


Tuesday, April 22, 2014

Sihirkan aku, andai sihir tu wujud..


assalammualaikum wbt..

Minggu yang lepas aku telah dikejutkan dengan satu berita buruk yang menimpa salah seorang anak jiran mak aku dan juga merupakan anak murid mak aku dalam mengaji Quran..serius perkara yang aku dengar tu membuatkan aku tersentap..

Kesian dan semoga beliau sembuh..adik Ayuni ni masih bersekolah tingkatan satu tapi sehingga kini sudah hampir tiga bulan tidak bersekolah sebab menderita sakit misteri atau lebih tepat telah terkena sihir..aku tak paham betul kenapa la masih ada lagi orang zaman FB ni mengamalkan ilmu sihir ni..

Dah bermacam ikhtiar yang keluarga adik ni buat tapi nampaknya masih belum diizinkan sembuh..dari yang mak aku ceritakan, pada masa-masa tertentu terutama petang selepas asar hingga ke waktu malam, dia akan menjerit sakit pada bahagian pinggang atau badan seperti di ikat kuat dengan tali dan merayu-rayu mintak dilepaskan ikatan tu..

Dan kadang-kala dia akan menjerit sakit rasa seperti badannya di cucuk-cucuk dengan benda tajam..dan yang paling kesian, adik ni akan kesesakkan nafas  dan kadang kala pengsan sebab rasa seperti lehernya di cekik kuat dan lemas..macam biasa, bila sakit macam ni, takda penjelasan logik yang boleh doktor jelaskan..walaupon ketika sakit, dan dibawa ke hospital, doktor tetap mengesahkan adik Ayuni ni takda apa-apa penyakit atau infection..

Wednesday, April 16, 2014

Cinta Sempoi (first date) -part3


Hujung minggu yang lepas...

Macam biasa waktu cuti ni biasanya aku akan bangun awal sikit sebab banyak kerja kat rumah nak siapkan..maklum la orang bujang..semuanya kena buat sendiri..nak membasuh baju, kemas bilik bagai.dah siap semua baru la aku sambung balik tidur..
 
Tapi sejak Anis wujud dalam hidup aku beberapa bulan ni, aku dapat rasakan ada perubahan yang berlaku..
kadang-kadang aku pon hampir tak pasti, adakah aku rasa ia satu gangguan atau keseronokkan..
yang jelas, mulut kata lain, tapi hati lain...

Tengah-tengah aku main buih cuci motor aku, berbunyi pulak fone yang aku letak tepi meja bujang depan rumah tu..

Anis calling tertera di skrin sentuh...

"ala minah ni, apa dia nak pagi-pagi dah call aku" 

Friday, April 11, 2014

Biadap : Guna alasan orang lain sebagai alasan sendiri.


assalammualikum wbt..

Dalam sibuk-sibuk minggu lepas masa buat kerja, sempat jugak aku melayan chatting kejap dengan Chuu kat group..saja nak release stress..so secara kebetulan aku tersedar satu perkara yang biasa orang kita amalkan bila berinteraksi dengan orang lain untuk situasi yang aku nak ceritakan ni..

Aku tak tau nak bagi istilah apa untuk situasi ni, tapi secara tersuratnya, ia adalah perbuatan membuat alasan bagi pihak kedua sebagai alasan untuk pihak empunya diri..huhu..bunyi pon dah pelik kan..haha..tapi percayakah anda, hal ni sebenarnya terlalu biasa kita lakukan..

Ni la dia sikap orang kita, suka sangat pentingkan diri sendiri..sampai buat alasan untuk sesuatu, contohnya menolak pelawaan pon taknak tunjuk alasan tu datang dari diri sendiri.nak jugak manipulasi keadaan macam pihak yang mempelawa pulak ibarat bagi alasan...masih tak paham lagi apa yang aku terangkan??..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...