Friday, October 10, 2014

Info : Salam 20sen..

assalammualaikum wbt..

Kalau korang perasan lah, aku dah lama sangat sebenarnya tak buat entry-entry isu semasa ni..tapi kali ni aku terasa nak meluahkan jugak isi hati tersirat ni biar tersurat..huhu.kalau tengok tajuk pon korang mesti dah tau, tentang apa aku nak tulis ni ye dak..apa lagi kalau bukan tragedi Oktober..stesyen-stesyen minyak seluruh Malaysia sesak selepas diumumkan kenaikkan harga minyak tempoh hari..laman sosial plak macam biasa la,terus penuh dengan keyboard warrior baik yang menyokong kerajaan ataupon yang mengutuk tindakan kerajaan menaikan harga minyak ni.


Aku plak ofcoz dikalangan yang tidak setuju sama sekali tindakan kerajaan menaikan harga minyak ni.(tapi aku bukan keyboard warrior)..gila apa, sebabkan minyak ni la satgi habis segala barang naik..kata menteri pasola, harga minyak masih kekal cuma subsidi je yang dikurangkan..ah, ada aku kisah..yang pengguna rasa tetap minyak dah naik harga kan..

Aku taknak tulis banyak sebenarnya, just satu point je aku nak sentuh bab minyak ni..isu marhaen..kita dah biasa dengar kenyataan-kenyataan menteri pasola ni biasanya langsung tak bersifat rakyat marhaen kan..tu aku tak kisah..memang diorang tak rasa apa yang rakyat marhaen rasa sebab menteri bukanlah rakyat biasa..menteri-menteri ni, takkan terjejas sikit pon pasal kenaikkan harga barang akibat minyak naik ni..tapi yang aku kenot brain bila rakyat marhaen pon masih rasa kenaikan minyak ni wajar adalah sama sekali aku tak mampu hadamkan dek akal..

Apa yang aku nak cakap ni adalah pendapat aku semata sebagai rakyat biasa..korang pon cuba la pikir secara realiti dan rasional sama..jangan pikir terlalu jauh atau bajet2 pikir luar kotak bagai..benda ni simple je..so sebagai rakyat marhaen yang hina, orang macam aku ni rasanya tak perlu langsung untuk pikirkan masalah negara, apa yang kerajaan perlu buat untuk majukan negara bla..bla..bla..tu memang tanggungjawab pemerintah, pandai-pandai la depa..banyak masalah sendiri yang aku nak pikirkan dan bukan masalah negara..

Korang nak cakap aku tak patrotik ke lantak la..ni bukan isu cintakan negara..ni soal belanja harian diri aku dan kos sara hidup keluarga aku je..Tapi apa yang peliknya, ada jugak member-member aku yang macai politik BN ni sibuk duk pertahankan tindakkan kerajaan naikkan harga minyak ni..kalau anak Hassan Malek ke, anak Nazri Aziz atau Najib Razak takpa jugak..ni marhaen macam aku jer..yang duk sibuk nak pikir duit kerajaan hasil pengurangan subsidi tu boleh digunakan untuk majukan negara bagai apahal?

hurmmm....

Kemajuan apa lagi yang nak kalau rakyat makin susah?..nak ada rumah sendiri kat KL ni pon dah susah..harga rumah tak masuk akal..mantenen makin tinggi..cuba la berpijak didunia nyata tempat berdiri  tu kawan..jangan pikir cara menteri pikir..diorang tak rasa apa rakyat rasa..ni patutnya bukan isu politik pon..ni hak sebagai rakyat..tolong la jangan taksub sangat dengan parti sampai tak nampak langsung salah pemimpin tu..ni tak, semuanya anggap apa yang pemimpin tu buat betul...haihh..

Yang lagi aku heran, contohnya macam PRU 13  yang lepas, macam-macam pakatan rakyat janjikan untuk kesenangan rakyat..nak turunkan harga minyak, nak bagi pendidikan percuma, hapuskan tol, turunkan harga kereta, mansuhkan PTPTN, buat projek rumah mampu milik pon masih tak mampu menarik perhatian rakyat marhaen untuk pilih pakatan rakyat jadi kerajaan..whyy??

Orang nak bagi kesenangan pon tak nak ke?? rakyat malaysia ni ramai sangat dah senang ke camne?..kalau pentaksub BN ofcoz dah tolak mentah-mentah disebabkan Anwar semata-mata..percaya tak kalau aku cakap diorang ni sanggup tertindas apa saja asalkan bukan Anwar yang naik..adoii..aku harap kalau Anwar mati nanti dan pakatan rakyat masih mengekalkan manifesto untuk kebajikan rakyat macam ni dalam PRU lain kali, pentaksub2 BN ni ubah la sikap..cuba pilih kerajaan yang menyenangkan rakyat..

Kita bukan zaman tok kadok lagi nak taksub parti ni kawan..walaupon aku bukan ahli BN dan bukan penyokong BN, tapi andai kata BN tawarkan apa yang pakatan rakyat tawarkan tu, aku janji aku akan sokong sepenuhnya BN jadi kerajaan..aku tak perlu join mana-mana parti dalam hidup aku ni pon..aku cuma perlu pilih untuk dapat hidup selesa..kalau kerajaan sekian sekian tak mampu bagi apa yang ditawarkan, kita tukar la balik sokongan tu..apa yang susahnya..masih lagi nak jadi pentaksub parti?

 Tapi biasanya pentaksub parti akan jawab macam ni, bila dia tetap dengan pendirian bongok dia...komen bawah ni aku copy dari page manifesto pakatan rakyat tu..

"Pembangkang hanya pandai berjanji..Tunai tak pernah.paling tak setuju PTPTN dihapuskan. Selama ini PTPTNlah yg byk membantu org miskin melanjutkan pelajaran. Harga kereta turun akan sebabkan trafik jem yg kronik.
Kalau semuanya nak bagi free, negara akan bangkrap dlm masa 5 tahun je. Rakyat akan jadi malas berusaha kerana semua brg murah dan free."

Kahkahkahkah...ni la antara mentaliti macai-macai pentaksub parti kalau korang nak tau...orang nak hapuskan PTPTN bagi pendidikan percuma pon tak setuju...orang nak tawarkan pendidikan percuma kenapa perlu nak PTPTN lagi...tolong la rasional sikit, orang nak bagi engko tu senang pon taknak ke?..toksah pikir untuk orang lain, pikirkan anak-anak nanti nak belajar senang...adoii..dan satu lagi komen dia tu macam aku bagitau awal tadi lah...sibuk nak pikirkan hal negara bagai..hahaha..Negara bankrap pulak dia kisahkan padahal rakyat marhaen je pon.sembang macam menteri..bil-bil bulanan, kos sara hidup tinggi,minyak mahal kau setiap hari taknak kisah pulak...tolong la simpan sikit bodoh tu cai, jangan tunjuk sangat..


p/s : sebelum negara bankap, elok merasa selesa dulu..ni tak, negara bankap atau kaya raya, rakyat sesak jer..haa korang pilih la nak mana satu?


11 comments:

  1. Hahahahaa... dulu aku pelik kenapa orang macam menteri pasola ni masih wujud. Sekarang baru aku tau kenapa.

    Sebenarnya aku kurang setuju kalau PTPTN dimansuhkan terus. Yang bikin celaka sekarang ni dia punya interest serupa raja segala along. Dah abis bayar pun kena caj lagi?! Hadoi...

    Peniagaman? Perkataan baru tu, harap bukan salah satu karakter Pokemon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat pendidikan percuma, dapat alaun semua, nak ptptn apa lagi botak..tapi nampak mcam mimpi jugak kan nak dilaksanakan.tu lain kira la...atleast aku realistik, orang nak tolong, bagi kesenangan kita sokong la..ni belum apa2 dah tak sokong walaupon bende elok..semua sebab taksub parti..

      dapat hapuskan interest pinjaman tu buat masa sekarang ni pon dah ok..banyak sangat ribanya..

      Delete
    2. Buat step by step. Kalau ramai yang dah bekemampuan, siapa je yang nak berhutang. Kan? Ini tidak, ayat racun kemain kemas lagi pak2 menteri pasola ni... Hahahaha!

      Delete
  2. sakit otak baca ni... aduyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lek la TK, sesekali aku nak luahkan perasaan..kahkahkah..lega dapat tulis ni ko tau..

      Delete
  3. ada jugak yg sama fikiran cam akak..:)
    sokong apa yg ditulis ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau pikir secara marhean, kita sama la kak..orang yang pikir macam menteri2 pasola je tak tengok orang bawahan ni..

      Delete
  4. bandel, aku tau entry ni sebenarnya ko nak tulis lagi panjang kan. Aku mmg dah lama sependapat dgn ko pasal hal ni. Cuma aku mcm ada terlalu banyak benda nak komen, sampaikan aku tak termampu nak komen pasal benda ni. Yang aku paling tak setuju bila macai kata, harga kereta turun, boleh sebabkan jem. Nampak gaye macam terlampau visionary, tapi part yang negatif tu hanya nampak kalo manifesto tu dprd pembangkang. Bukan ke lepas tu kerajaan umumkan harga kereta turun, pstu macai yang sama la yg puji melambung, kata kerajaan baik. Hadoii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya ko pon tak kisah apa-apa parti la ek asalkan rakyat terbela..tu sebenarnya apa yang aku nak maksudkan..aku memang tak kisah sapa kerajaan asalkan rakyat bahagia..memang banyak lagi aku nak tulis sebenarnya lyd, tapi takut panjang sangat..ekeke..

      Delete
  5. Setuju!!!

    Aku... takleh nak kata apa la, sebab sudah terang lagi kan bersuluh, tapi kalau dah buta... tetap uto la dia. opssss

    ReplyDelete
  6. pentaksub politik memang buta hati. Bila gelar macai, tau pulak marah. huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...