Thursday, September 18, 2014

Info : Ranking Top Site 2014, Autolike, Dan Kelucahan Di Facebook..

Assalammualaikum wbt..

Aku pernah dengar lama dulu rumors yang mengatakan FACEBOOK akan down macam yang terjadi kat laman sosial yang pernah top sebelum ni macam friendster,myspace dan lain-lain..tapi nampaknya aura Mark Jew ni kuat betul..walaupon terpaksa bersaing dengan lebih banyak lagi  rangkaian sosial baru dizaman telefon pintar ni,FACEBOOK tetap gah..

Hasil semakan aku dari Nielsen Malaysia, badan yang menjalankan survey tentang apa yang rakyat Malaysia buat, baca, main, tonton, beli dan lain lain dalam suku tahun ini menunjukkan FACEBOOK tetap berada ditempat pertama..diikuti tempat kedua penggunaan whatsapp kemudian wechat, youtube dan lain-lain..tak sangka pulak aku yang 'google search' hanya jatuh ditempat ke sembilan je diatas twitter yang berada ditangga ke10..haha..Sapa cakap tahi twitter Up to date tu silap la..dah ketinggalan pon..hihi..

Kalau mengikut rank Alexa pulak, FACEBOOK masih lagi berada ditahta pertama diikuti google.com..tu kalau kat Malaysia la..even global sekalipon, FACEBOOK tetap power..cuma ia masih ditempat ke-2  seperti tahun tahun lepas..yang pertama tetap pakcik Google yang punya..




TOP 10 SITE IN MALAYSIA 2014

  1. Blog Sampah FACEBOOK.COM
  2. GOOGLE.COM
  3. GOOGLE.COM.MY
  4. YOUTUBE.COM
  5. YAHOO.COM
  6. BLOGGER.COM
  7. GIGACIRCLE.COM
  8. MAYBANK2U.COM
  9. WIKIPEDIA.ORG
  10. MUDAH.MY

Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa ketika melayari internet dengan Facebook.siang malam, FACEBOOK..termasuk la aku..hahaha..toksah la korang nak nafikan..kalau bukan, tu maknanya korang adalah tahi twitter la tu..sampai sekarang aku masih tak berapa hadam fungsi twitter untuk aku guna walaupon dah beberapa tahun mempunyai akaun..fakta pelik yang aku leh kongsikan, ramai selebriti, artis, golongan popular menggunakan Twitter untuk menambahkan populariti..ironi sungguh..Twitter bukanlah laman yang popular di Malaysia..hehe..

Hal ranking dah settle..sekarang aku nak cerita hal lain pulak, tapi masih tentang FACEBOOK..sebagai pengguna tetap FACEBOOK, aku kadang-kadang naik menyampah pulak dengan sesetengah page iklan yang selalu sangat masuk kat timeline aku..yang lagi aku bengang sebab selalu sangat 'TerLIKE' sendiri page-page yang aku tak penah nak LIKE pon..

Aku tak tau apa program diorang guna dan tak berminat pon nak tau, tapi aku tau macam mana ia boleh terjadi..ni tak lain la sebab bila kita klik link-link yang biasanya page murahan ni kongsi, secara tak langsung kita terauto LIKE page murahan dia..yela kan..kita bukan nak buka page dia pon, tapi bila dia kongsi link yang ada cerita menarik, ofcoz kita tertarik nak buka..masa tu la dengan sendirinya juga korang terauto LIKE page murahan penagih follower ni..


tah bila masa aku like..haha..


Kalau sebelum ni teknik pengemis Liker dan follower ni kira 'sopan' jugak la..contohnya bila kita klik link yang page ni kongsi, masa tu akan keluar Pop Up yang menyuruh LIKE dulu kalau nak terus layari web atau blog2 yang dikongsikan..teknik ni pon banyak digunakan oleh blogger-blogger yang mengharapkan follower untuk fanpage di FACEBOOK..cumanya, bila mereka gunakan kaedah ni, kita boleh membuat pilihan sendiri nak follow atau tidak..

Tapi teknik yang digunakan sekarang ni dah advan sikit dan memang wtf..boleh pulak dapatkan Liker atau follower cara paksa..demm..hahaha..semak ok..tapi mujurlah page-page murahan ni bukan la page 'bukan-bukan' sangat..so bila aku dah terLIKE sendiri ni dan keluar notification pada timeline friendlist aku yang aku baru LIKE page tersebut, sekurang-kurangnya takda la nampak aku macam pervert..

Bukan apa, kadang-kadang tu peratikan, ada la seorang dua kawan aku kat FACEBOOK tu selalu sangat kantoi LIKE page awek sangap la, awek melayu gersang la, awek Jilboobs la dan macam-macam lagi..apa dia ingat orang tak tau ke dia tengah layan apa..tak malu ke famili, kawan-kawan semua tau..bangang betul..nak cakap sangap,bini dah ada kat rumah..tak paham betul aku..aku taknak sangka baik yang cakap dia terLIKE sendiri sebab aku dah kaji, page-page camtu memang kena LIKE manual..puiiihh.. 

At least page lucah tu semua tak gila follower@Liker..hahaha..



14 comments:

  1. bundle suke tgk running man?? wakakaka.. sowi, sj gurau.. aku dh delete akaun twitter, tah pape aku rs.. yg autolike tu, aku ni kenkadang rajin gak tgk balik apa aku like, kemain byk page mengarut aku "like"..sengal ubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..pandai betul diorang ni buat bagi kite terauto like..geram betul aku..aku suka gak tgk running man, tapi takda la sampai join page peminat..hahaha..tu sengal sangat wei...

      Delete
  2. eh itu yg aku heran sbb jadi pada aku, aku mcm tak leh terima hakikat yg bila nyer aku clik like kat page dorang tu sbb aku jarang sgt klik like, buka fb pun untuk chat ngan adik2 sku since skype lupa password dan wechatt aku takdok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sampai rasa nak private terus fb aku ko tau..malu gak kadang2 tu bila wani msg kat aku time keje bagitau, tah apa2 page yang aku like..padahal aku tak like pape pon..woooo

      Delete
  3. nasib baik autoLIKE tu bukan dari page porno2... wakkakakaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ye malu tu..habis semua orang tengok..

      Delete
  4. page porno tak perlu desperate autolike, sebab dia tau dah ramai je yg akan like. dah yg ko hangin sgt dgn twitter tu nape? Aku mmg dr dulu tak paham dgn twitter ni. Pernah nak post gak sumthing, tapi nak bebel panjang2 tak muat. Limited je hurup yg bleh masuk dlm tu. Blogger macam aku ni yg suka mengarut panjang2 tak sesuai utk twitter. Dalam rank tu, aku tak sangka takde intagram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..aku tak hangin pon ngan twitter tu la..cuma aku tak paham function dia untuk apa yang jenis nak update selalu tu..

      Delete
  5. sekarang ni LIKE pun dah ada harga. service menaikan like kt fanpage.. dan blog2 copypaste mula memainkan peranan dengan gantung kotak like kat blog kemudian copypaste cerita2 sensasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sesuai la utuk orang yang batak like..nak follower cara mudah..tu yang jadi auto like tu..keje2 diorang la ni..

      Delete
  6. sejak dua menjak tiga menjak sepuluh menjak ni, aku malas sgt nk bukak fesbuk.. aku paling benci bila aku nk baca something aku kna like page tu dlu.. cceittt yg autolike tu aku xtaw la plk kalo ak kne cmtu jgk.. xcek plk.. -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau ade hiburan lain takde fb pon takde hal emma..fb ni utk orang takde life je macam aku..duk dpn pc je..hahaha

      Delete