Thursday, October 16, 2014

Resepi : Daging Goreng Kicap..

assalammualaikum wbt..

Pada yang ada lagi daging korban hari raya aidiladha lepas, kalau tak tau nak masak apa, boleh la cuba resepi yang aku nak share ni..masakkan ni selalu je boleh kita makan kat mana-mana kedai makan nasi campur..tapi apa salahnya kalau sesekali buat sendiri kat rumah ye dak..

Ni la hasil daging korban aku sabtu lepas, lepas subuh aku dah keluar pergi pasar beli barang untuk masak.














BAHAN-BAHAN. 


  • Daging - 1/2 kilo atau ikut suka
  • Serai - 1 batang (potong halus)
  • Bawang putih -2 ulas (kisar/tumbuk)
  • Bawang merah - 2 biji  (kisar/tumbuk)
  • Halia - besar ibu jari (kisar/tumbuk)
  • Bawang besar  -1 biji (potong gelang)
  • Kacang panjang - 3-4 batang
  • cili merah  - 1-2 biji
  • garam
  • sos tiram
  • kicap manis
  • gula



CARA PENYEDIAAN.

  • Potong daging nipis nipis tau kecil, perapkan dengan kunyit, garam dan serai..
  • selepas diperap beberapa ketika, masukkan kedalam kuali tanpa minyak, masukkan sedikit air dan masak daging sehingga empuk.. 

Sebabkan aku guna daging korban, so tak lama la nak bagi daging tu lembut..daging segar kan..



  • apabila air sudah kering, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan halia..
  • kemudian masukkan kacang panjang, sos tiram dan kicap manis..
  • terpulang selera sendiri mahu berkuah atau kering..kalau nak kuah, letaklah air lagi..
  • tambah garam, gula untuk perasa kalau tak cukup *daging patutnya dah masin sebab dah diperap..
  • bila agak-agak kacang hampir masak, masukkan bawang besar dan  cili merah.
  • kacau-kacau lebih kurang dan sedia untuk dihidangkan..

makan pulak dengan telur dadar dengan nasi panas..perghh...



p/s : resepi ni sesuai untuk aku yang malas yang suka makan lauk dan mesti ada sayur..so, senang, dalam daging terus ada sayur kacang..tak payah nak masak sayur lain pulak..huhu..


20 comments:

  1. hari tu baru buat lauk ni..tp teringin nak makan lagi lak bila tgk gmbr ni..hehe

    ReplyDelete
  2. yg ajar aku msk gini, laki aku.. laki lg terer masak kann.. kesian aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk la chef kat tv tu ramai laki ke pompuan..hahaha

      Delete
  3. huhuhu.

    hntr kat aku sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku hantar entri ni untuk jamu mata je punzel..jamu perut takleh sbb daging ni bukan realtime..haha

      Delete
    2. sile kekalkan segmen ni...

      terhibur aku bace....

      Delete
  4. Potong nipis tau kecil... baik Tuan!!!
    AMboi kau asal masak jer masuk belog, vah vah vah, tapi mantap la... salute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tertypo lak...mu tak kecil..mu petite..katanya lah..huhu

      sesekali masak aku snap la gambo sekali..tu yang masuk belog tu..hahah..

      Delete
  5. rajing ko masak. semalam aku masak steak guna daging korban. memang mabeles keras kejung liat nak mamfuss. kurus skit rahang aku sbb banyak mengunyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAA...orang buat steak pakai batang pinang la lyd..

      Delete
  6. letak batang saleri pun best..... rasa macam kunyah daun sup... burpppsss....

    ReplyDelete
  7. komen aku hilang T____T"

    taip balik. haaa nampak pun dah sodap apatah laie kalau dimakan. daging korban kat rumah mak aku salai je semua. buat stok untuk masak lomak cili api...huhuhu

    tapi ni boleh wat lauk berpantang sok ni...haha

    ReplyDelete
  8. sedapnya bundle... aku dah la belum mkn skg ni... -,- dah lma x mkan daging, biasa makan ayam je..

    ReplyDelete
  9. drama lebih laa bundle ntah kak wani masak.. poyosssssssssssssss

    ReplyDelete
  10. Steady lah, Aku masak megi pun nak kena google resipi

    ReplyDelete
  11. Menyelerakan. Tengok pic tetiba rasa lapar. Mmg cun makan dgn nasi panas, air sirap sejuk! Nak tahu vitamin terbaik untuk sesi keluarga?

    ReplyDelete
  12. Blogwalking here --- u've been tagged!!! =P
    http://www.rena-cruzee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Lamanya xwat entri..
    Hopefully u r ok..
    Semoga sentiasa dibwh lindungan-Nya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...