Thursday, September 4, 2014

Musim Haji, Umrah dan Jubah Bundle..

Assalammualaikum wbt..

Panggilan haji untuk tahun ni dah pon tiba..Jemaah pertama dah pon selamat sampai disana.macam kejap je lepas raya aidilfitri dah nak masuk musim haji pulak..tapi belum raya lagi ye..lambat lagi baru leh dapat daging korban..bulan depan baru raya ok..ni pon bukan entri ucapan raya..haha..

Tahun lepas dan tahun tahun sebelum ni sebenarnya aku tak ambil tahu pon berapa ramai rakyat Malaysia yang pergi menunaikan haji ni, tapi kebetulan aku tertengok berita semalam, rupanya bukan kecik anak wei jumlah jemaah Malaysia pegi haji ni..untuk tahun ni dikatakan seramai 22 ribu ++..wooaa..tahun yang sudah-sudah tak tau la berapa ramai..mungkin lebih atau mungkin kurang la..

Jeddah Airport

Tapi yang lebih menarik aku dengar ialah bab penyediaan  makan minum untuk jemaah tu nanti..chef-chef telah pon didatangkan khas untuk memasak juadah untuk 22+ ribu jemaah malaysia tu nanti...woooaa..aku tak dapat imagin camne nak masak untuk bagi makan kat orang seramai tu...selamat berjuang la pada kakitangan Tabung Haji tu semua...besar pahala orang yang sediakan makanan untuk orang yang buat ibadat ni..

Nak tambah sikit citer pasal aku pulak, ntah aku penah cerita ke tak sebelum ni tentang kejadian masa aku buat umrah dulu..takpa la, aku citer la sikit..tapi umrah jela..haji daftar pon belum..haha..Aku rasa tak ramai penah jadi kes macam aku kena masa travel jauh-jauh ni..

Tahukan korang, aku pergi ke Mekkah tu hanya sehelai sepinggang je..mujur aku ada sehelai baju dengan seluar yang aku bawak naik kapal terbang dalam beg sandang aku..tu pon sebab jemaah aku tu terus ke Mekkah dan miqat (tempat berniat mengerjakan umrah) dalam flight dan terpaksa la pakai ihram terus..so yang aku ada masa tu hanya sehelai kain ihram dan sepasang pakaian biasa..

Aku tak la sengal sangat nak travel tak bawak apa-apa..gila la tu..dua minggu aku kat sana, lama jugak dan barang aku saja penuh satu beg besar tu..tapi tah apa masalahnya, sampai je kat Airport Jeddah tu, luggage aku takda, tak sampai-sampai..memang takda apa lagi la yang terlintas dalam fikiran aku masa tu, ni semua memang dugaan aku la ni..

tunggu tak sampai-sampai..


Bayangkan, baru je sampai airport dah mai ujian kat aku..dah terpikir pulak apa akan berlaku lepas tu..yang peliknya, serius aku tak rasa marah dengan pihak MAS, Airport, Travel Agen dan sapa-sapa la yang terlibat tentang kehilangan luggage aku tu..aku jadi redha, boleh sabar, jaga mulut dan takda maki-maki..masa tu memang istifar je la banyak banyak sebab anggap tu ujian dan aku sendiri sedar aku pergi ke sana tanpa bersedia dan sangat kotor dengan dosa..

Yela, masa tu tahun 2009..memang zaman gelap aku lagi tu..tah macam mana tetiba je boleh tercampak buat umrah ni..tak bersedia, berat hati nak pergi..tapi ada la orang cakap, jemaah yang sampai ke Mekkah tu tetamu Allah, bukan tetamu sesapa, bukan atas jemputan sesapa, so aku anggap diri aku beruntung la..cuma masa tu aku agak takut  nak jadi tetamu Allah ni sebab kenangkan dosa-dosa besar aku yang banyak..

Mujur jugak la kain ihram tu dah siap pakai, kalau tak, agak tergendala aku nak buat umrah..So disebabkan aku dah takda apa masa tu..makanya terpaksa la aku mempergunakan duit poket untuk beli macam-macam keperluan kat sana..nasib baik jugak la pakaian macam jubah pak arab tu banyak yang jual terpakai walaupon bukan dijual macam kedai bundle kat sini..kira ok la tu kan.Jubah bundle pon boleh..haha..harga pon standard macam baju bundle kat sini yang rege Rm5, 10 sehelai tu..nak beli baru? lupakan la..sehelai dah RM50-100..hahaha..

Sebabkan aku dah cakap tadi nak cerita sikit je, so cukup la setakat tu..kang citer semua panjang berjela plak.banyak sangat kisahnya seminggu aku kat Mekkah dan seminggu kat Madinah tu...haha..tapi percayakan korang, hari last aku kat sana sebelum balik Malaysia, aku dapat semula beg bagasi aku tu kat Airport..kata pak arab yang bertugas bahagian luggage tu, beg aku tertransit pergi Dubai..

Apapon, beg aku selamat, pergi dan balik Malaysia tanpa terusik.sampai rumah boleh terus simpan pakaian dalam almari...-_-' LOL..


11 comments:

  1. kagum aku bila tau ko g umrah.. doakan aku lak ye..

    aku rs mcm kelebihan utk ko je ujian ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, aku 1st komen?? tetibe aku kagum dgn diri sendiri.. LOL

      Delete
    2. 2nd..

      ko 1st tu tandanya ko baru refresh bloglist or tgk newsfeed dan menadakan ko sedang takda keje sebb tu mengadap blog..hahaha..

      ujian tu aku redha je tina..tapi kelebihannya apa?..haha

      Delete
    3. miahaha..lunch hour maa, mmg ngadap blog..*alasan*

      kelebihannya, ko ada byk jubah wlupun bundle..

      Delete
    4. kalau duk sana takpe pakai jubah setiap hari..gi keje, merempit, shoping, jalan2, solat, buat apa je pakai jubah..mmg style arab...kalau kat sini camtu kan best..banyak stok jubah aku..haha..

      Delete
  2. Amende agen? EJEN la. HHahahahah typolis sepammm

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. baru skit je dugaan ni Ha..mujur takde perkara buruk lain jadi..

      Delete
  4. Alhamdulillah...Rindunya nak pi lagi...Semoga Allah Mudahkan Jalan...AMIN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...