Friday, September 5, 2014

Info : Beza wanita bujang dengan wanita berkahwin..

Assalammualaikum wbt..

Sebenarnya aku dah malas nak buat entri yang memerlukan aku buat research ni..tapi masa aku check kat traffic sources nampak satu entry lama aku up berkaitan perbezaan lelaki bujang dengan yang sudah berkahwin (LINK)..bila aku bukak balik entry tu dan baca komen-komen, terpandang pulak komen dari Muja yang minta aku bagitau dia perbezaan wanita bujang dengan wanita berkahwin plak..

Hoho..sebenarnya kalau aku nak tulis ni mungkin agak susah jugak la..sebab aku bukan wanita kan..tapi takpe..aku try tulis berdasarkan pengalaman sendiri berdamping dengan wanita dan atas rujukan pendapat wanita sendiri..

entry tahun lepas daa..

Selepas aku buat kajian secara ringkas tadi, aku berpendapat  perbezaan status bujang, berkahwin wanita ni agak berbeza sikit berbanding lelaki..dah tu pulak perbezaan antara wanita bujang dan yang berkahwin ni biasanya melibatkan macam-macam faktor..

Ada pendapat yang mengatakan lelaki bujang kurang sensitif la, kurang caring, tak gentleman berbanding yang dah berkahwin..tapi kalau tanya pendapat aku pulak tentang wanita ni, serius aku taktau nak jawab apa..

Atas pengalaman aku sendiri masa aku mula-mula kahwin dulu, aku pernah tanya bini aku apa beza sebelum kahwin dan lepas kahwin ni..bini aku cakap macam takde beza sangat pon..memang aku pon tak rasa beza sangat waktu tu sebab belum ada anak,.tapi tentang hal-hal lain ye ke takda beza?

Mari kita selongkar..hasil kaji selidik aku  tadi..hahaha..(kredit untuk group kopitiam)


Wanita bujang

  1. Tak terikat komitmen dengan suami
  2. Takda tuntutan
  3. Suka bersolek/makeup
  4. Jaga badan
  5. Lebih beri perhatian bila bercinta
  6. Kurang belanja
  7. Agak pemalu
  8. Banyak masa
  9. Bebas dan ramai kawan
  10. Makan ikut selera sendiri.

Ok, ni antara yang boleh aku senaraikan.mungkin ada banyak lagi..so aku akan huraikan apa yang bezanya dengan wanita yang dah berkahwin mengikut urutan pendapat tentang wanita bujang yang tersenarai di atas ni..

link

Wanita berkahwin

  1. Memang dah sah-sah la terikat dengan komitmen sebagai isteri..kalau takda komitmen ni, tu bukan perkahwinan lah namanya..  
  2. Wanita berkahwin berhak 'menuntut' nafkah dan wajib memberi 'tuntutan' suami(senggama)hehe..
  3. Wanita berkahwin memang malas bersolek..bab ni aku pasti pasal bini aku sendiri pon dah takda nak hot2 buat bulu mata lentik ala Che Ta atau pakai eyeliner ala Avril macam bujang dulu..
  4. Wanita berkahwin tak reti jaga badan...teori ni memang ada betulnya sebab kebanyakkan yang aku tengok, wanita dah berkahwin ni elok badan saiz S dalam masa setahun kadang-kadang tu boleh jadi saiz XL..patutnya bila dah berkahwin ni la lebih jaga penampilan dan badan..laki hangpa nak pakai lama kot..haha..
  5. Wanita yang dah berkahwin ni kurang beri perhatian..sebelum kahwin bila bercakap mesti ada eye contact, jadi pendengar setia..bila dah kahwin, bercakap laki bini sambil main game dan baca majalah jer..
  6. Perbelanjaan meningkat..tak dapat disangkal lagi..biasanya wanita berkahwin ni akan bantu berkongsi pendapatan untuk menyara keluarga..
  7. Wanita selepas berkahwin ni kurang dah nak jadi pemalu..yela, setakat dengan laki sendiri je kan..kalau dulu sebelum kahwin jangan harap la nak kentut depan bf..bila dah kahwin selamba jer kentutkan laki..huhu..
  8. Masa wanita berkahwin dah terhad..yela, sibuk nak uruskan rumah tangga ye dak..hidup bujang rilek jer..takda sibuk nak layan laki dengan anak-anak..
  9. Dengan kawan-kawan dah tak close dan kurang bersosial..biasanya harapkan kawan-kawan tempat kerja jela..nak buat aktiviti luar lain memang tak..
  10. Sepatutnya wanita berkahwin ni takleh dah nak ikut selera makan sendiri je walaupon dia yang masak..

So ni lah dia fakta yang aku dah luluskan untuk perbandingan antara wanita bujang dengan berkahwin..dan satu lagi aku nak tambah, wanita berkahwin yang dah punya anak ni biasanya akan lebih garang dari sebelum..(bini aku la tu)..hahaha...


27 comments:

  1. Amboiii.. haha. Tp apa yg ko tulis tu mmg ada btulnya. Tp no 3.4 tu aku sangk sikit la. sebabny aku masi jgk mekap2 bab jga bdn ye aku jga dr segi pemakanan wlupun mngndung tetap nmpk gmok .lol.. apa lg, yg last skali tu
    Makanan ikut selera,aku msk ikut selera aku je,kerol pon xpena nK bg idea suh msk itu ini, kikiki..

    Lina *mls login

    ReplyDelete
    Replies
    1. *sangkal.. haha ayat xhbs:-P

      Delete
    2. oo..ko rajin tacap muka lagi la ek..haha..bgs2..teruskan..
      sekarang ko tengah mengandung tak leh amik kira la bab kalau badan kembang tu lina..tunggu lepas beranak nanti..tengok bleh kembali ke asal balik ke idok..hahaha..

      Delete
  2. teori wanita berkahwin ko ada yg btl ada yg xbtl pd aku..yg btl tu mls la nk ckp, yg xbtl tu bab mekap, jg bdn, kurang pemalu.. smpi skang aku jg penampilan khususnya time kuar dgn husband, klu kuar xde husband, biarla simple je.. jg badan, pas bersalin ni gila² aku jg badan n msh boleh menten baju saiz S.. demi suami hoiii, kena la jaga.. kurang pemalu lak, aku klu terkentut dpn laki aku, rs mcm nk sorok muka celah sofa.. malu giler.. tp bila aku kabor aku malu, laki aku tonyoh kepala, dia kata "dengan suami sendiri pun nak malu".. mkn ikut selera sendiri tu lak, memandangkan selera kami sm, maka xde istilah tu.. hahaha.. tp bab sosial dgn kwn tu, sblm ada anak aku still sosial dgn kwn lg, ada anak kecik ni xde dh..

    dhla, panjang pulak komen aku.. tp ada je sesetgh wanita dah kawin ni 100% sm dgn fakta yg ko bg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku patut tulis tak semua la patutnye kan..hahaha..sori2..ade gak yg masih jage penampilan dan body tu..

      kentut tu perkara memalukan ek walaupon depan laki?..hahaha..yang aku tau kurang sopan je..tapi nak buat pe malu..hahaha..

      Delete
  3. bab tak reti nak jaga badan tu aku bangkang, yang lain tu kira ok la. Wanita ni...once jadi isteri komitmen depa bagi kat rumahtangga adalah 200 perseng, bukan rindu jer tau, sooo mana ada masa nak jaga badan, kemas rumah pun non stop tak pernah habis, pastu... tok laki patutnya happy kalau bini upgrade size, itu tandanya BAHAGIA... haaa gitu. *eh aku sound defensive sangat ker apa ni? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju dgn mama jj. perkataan tak reti jaga badan tu boleh tukar jadi, tak sempat nak jaga badan. part makanan, kalau suap anak... anak makan tak habis... siapa yg kena habiskan, kalo bukan mak-mak ni jgk. nak buang sayang. pastu, kalo masak, kena try makan sebelum bagi suami dan anak makan. kena buat food testing betul2. dan kalau tak habis, lagi skali mak2 kena habiskan. yang paling obvious, time makan, dah takde nak feeling kunyah lama2. masuk mulut, kunyah sekali, terus telan jek sebab ada byk tugas lagi menanti. terutamanya bila time anak menangis yang memang ayah dia pun tak mampu nak pujuk sbb anak hanya nak mak dia je. huhu.. tetibe aku pom jadi defensive cam nastyna. kita mesti bersatu padu membela kaum wanita.

      Delete
    2. yela2..ramai lak bangkang..hahaha..sebenarnya aku saja buat provokasi tu, nak bagi sarcasm motivasi sikit utk isteri2 tak jage badan dan penampilan..hahaha(coverline)..



      Delete
    3. ye tak ye dora..patutnye laki kene bangga kan kalau isteri upgrade saiz tu..hahahaha -_-'

      Delete
  4. Uittt..nanti aku komen. Yang penting aku da baca dulu. Jam da nak al maghribi da ni. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badan aku mmg heavyweight tapi bila bersalin, semangat menjadi cantik n sehat sungguh lain macam. Xdapat kurus macam mila AF pun takpe asalkan berusaha mentenkan apa yg ada. Muahhaha.. Aku rasa wanita jaman sekarang lebih titik beratkan penampilan. Nak-nak yg bekerjaya. Dah kurang rasanya yg nak jadikan badan cam tong drum. Yang lain tu no komenla pasai of coz la masa terhad, banyak benda nak kena jaga, buat. Masa aku nak berjoyah pun da kurang. Kwang3x

      Delete
    2. wow..ko mesti nak jadi cam ala2 nora danish kan..mama hot..bgs2..selamat berdiet..hahaha..

      Delete
  5. Aku sokong semuanya... Tapi ni dari mata lelaki ni...

    ReplyDelete
  6. sokong bab kawin tu... dah kawin ni wa serabai, dah takde eye contact dengan hasben... eh boleh kata semua benda yang lu kasik list tu laaa.... setuju setuju...

    ReplyDelete
  7. menarik entry ko bandle, pandai ko ulas....aku harap selepas bersalin ni berat aku kembali seperti biasa, ataupun lagi solid dari dulu. hahahaha.

    dah kahwin...kena terima baik buruk pasangan masing-masing kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sebab sumber dari ko, susah gak nak ulas..hahaha..

      semoga solid ye pas beranak nanti..ekeke

      Delete
  8. errr nanti dah kawen aku dtg semula utk komen ye bundle haha

    ReplyDelete
  9. err.. adalah sikit yg betul. ada yg tak setuju sikit bagi yg duduk dengan keluarga.

    Wanita Bujang
    a) Tak terikat komitmen dengan suami : tapi still terikat pada keluarga, tak berapa boleh balik jauh malam lainlah kalau duduk sendiri.
    b) Takda tuntutan : Ada kereta perlu bayar, rumah, keluarga (sbb adik2 belajar lagi).
    c) Suka bersolek/makeup: aku tak berapa suka solek. buat yg asas saja.
    d) Jaga badan : Takpun. sental je semua.. haha..
    e) Kurang belanja : Akan berhabis utk benda yang aku nak.
    f) Agak pemalu : aku lagi suka usik org yg pemalu.
    g) Banyak masa : masa penuh dengan aktiviti rumah. mengemas, vacuum, membasuh, memasak. Weekend susah nak cari masa nak rilex.

    jadi, benda ni akan berulang hinggalah bekeluarga rupanya.. haha.. penatnya.. T_T haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak..ibaratnya "selagi belum tutup mata..kerja..kerja..kerja".. penat kann..hahaha

      Delete
  10. ada betulnya,depend on org gak..pada aku pmpuan gemuk lepas kawen bukan sbb tak reti jaga badan,tp sbb perubahan hormon.hehe.mana ada pmpuan yg tak risau badan makin kembang..pada aku takdelah byk mana pun berubah sebelum n selepas kawen.sebelum kawen selepas kawen pun aku mmg jenis tak suka mekap..nk habaq natural beauty la.haha...

    cuma bab bersosial tu mmg terlalu nmpk sgt bezanya..dh kawen ni takdak pasai dapat kluaq berjimba dengan kawan..kawan pun takdak..asik berkawan dengan anak je la..aku la org len taktau..:)

    ReplyDelete
  11. no 3 dengan 4 tu saya bangkang. hahhhaha. tak semua, okay :P

    ReplyDelete
  12. no 4 saya tak kisah sangat bang..saya suka yang chubby! hahahahahahaha. Sape y malas nak bersolek tu?? meh sini wa solek.. solek ke solex? haha.

    ReplyDelete
  13. Suka bersolek/makeup
    Jaga badan
    - yang tu masih di pratikkan ok even dah kawen. hahahahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...