Wednesday, January 29, 2014

Pemikir luar kotak atau luar otak.

assalammualaikum wbt..

Sejak kecoh pasal video mamat yang bernama Benz Ali yang tersebar kat youtube, ramai dah orang membuat ulasan tentang statement beliau..seriously aku tengok video tu pon tak habis dan malas pulak aku layan sangat..cuma dari komen rata-rata ramai yang menghentam dia..

Aku taknak jatuhkan hukum apa-apa pada dia walaupon dah ramai yang lebih arif soal ni yang mengatakan Benz Ali ni dah kafir, sesat, atheis, sosialis, orientalis, gila isim dan macam-macam lagi sebab ideologi yang Benz kemukakan dalam video tu..aku tak tau nak cakap apa sebab macam aku cakap la, aku tak paham keadaan sebenar sebab tak tengok pon video tu..

Tapi sejak dari tu aku terus follow mamat Benz ni di akaun FB dia..kat sini aku lebih jelas nampak kenapa dia di hentam..secara ringkas yang aku paham tentang matlamat Benz ni ialah dia mengajak orang ramai berpikir tentang agama, mencari kebenaran dan jangan jadi pengikut semata-mata..maksud dia jangan jadikan agama sekadar pegangan turun temurun..

Aku biasa dengar dalam usrah dan ceramah-ceramah agama ustaz banyak buat contoh perbandingan agama je..tapi baru kali ni aku terexplore bila kenal golongan-golongan pemikir  macam Benz ni yang sampai mempertikaikan kewujudan tuhan..jauh sangat dia pikir.haihh...sampaikan kadang-kadang aku terkedu baca baik status atau pon komen berbalas hujah dari Benz ni..

Kalau setakat orang komen 'klise' nak sekolahkan dia..memang akan kena cop 'sampah' je dengan Benz ni..aku pon sedar dia lebih berilmu tentang islam dari aku sendiri sebab dia sendiri belajar tinggi..dari yang aku banyak baca kat status-status dia, ada jugak la islamis-islamis yang cuba berdebat dengan dia secara ilmiah dan bukan nak memaki hamun dan bercakap dengan emosi..salah sorangnya Ibn Azhar..



So secara tak langsung wall FB kedua-dua watak ni telah menjadi tempat aku untuk lebih memahami situasi sebenar..Benz dengan pemikiran dia yang tah kemana, Ibn Azhar pulak sumber pencerahan dengan kekusutan yang telah Benz kemukakan..

Serius beb, kebelakangan ni bila aku bukak je FB je, dalam sejam atau lebih aku akan banyak luangkan masa baca wall 2watak ni je..sampaikan member opis aku siap sound aku jangan sampai terpesong lak akidah aku sebab banyak sangat terdedah ideologi atheis..hahaha..

Sebagai contoh ada satu persoalan yang tak terjawab lagi dari islamis yang berdialog dengan seorang Atheis ni yang aku jumpa kat FB..Seorang Islamis yang berhujah berpegang prinsip yang setiap makhluk dan ciptaan ada pencipta untuk menyakinkan Atheis tentang konsep Ketuhanan dan dipersoalankan balik oleh Atheis tersebut..


"Kalau Allah cipta graviti,lalu siapa pula yang mencipta Allah? kamu tetapkan setiap ciptaan mestilah ada pencipta.tapi kenapa Allah pula boleh bebas dari peraturan 'setiap ciptaan mesti ada pencipta' itu? boleh tak kamu buktikan peraturan 'setiap ciptaan mesti ada pencipta' kecuali Allah ini adalah teori yang tepat?"


Haa, pecah kepala nak jawab kat Atheis ni kalau ilmu tahap kelas kafa je macam aku ni..memang dah kita sebagai Islam tak perlu persoalkan tu..kita tau sifat-sifat Allah dalam bab tauhid..dah tu macam mana nak yakinan orang yang tak percaya tuhan ni? kadang-kadang aku rasa malu dengan diri sendiri bila rasa kurang sangat ilmu agama ni..takda apa yang boleh aku sumbangkan..


p/s : Selalu terbaca ustat ustajah google cakap, islam tu mudah..aku tak pasti diorang amik mudah ke apa sebenarnya...bagi aku susah kot kalau nak mendalami islam yang sebenar..



15 comments:

  1. allah maha pencipta.. allah takde pencipta sbb allah bukan makhluk.. manusia ni makhluk.. atheis dalam kepala otak mereka just wanna enjoy da life.. free semua benda tanpa sempadan.. semua pakai logik akal songsang.. suruh dia terangkan dahulu apa dia faham "Allah" dari segi pemahaman dia. Dia ingat allah tu makhluk ker.. dalam buku ilmu kalam lama dah ada benda geng mcm ni.. malah lebih gengster lagi pun ada.. ko try la cari buku tu.. tapi kat kedai mmg takde jual.. buku yg mmg dah lama gila.. pernah sekali jer aku baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bro..depa ni terlampau nak pikir logik..setakat ni aku memang tak berani nak turunkan pape komen dengan atheis ni..takut tak terjawab..ilmu takde bro..diorang ni sebolehnya nak bukti saintifik je tentang kewujudan Allah..habis semua benda2 ghaib nak persoalankan..syurga neraka, alam barzakh, dajjal tu semua bg diorang tak saintifik pon..

      Delete
  2. Ini cerita lama kan..?

    aku tgk video tu sampai habis. Dan no wonder org marah sbb jawapan dia dlm video tu lebih kepada kecelaruan dia dalam memahami Islam itu sendiri. Tentang dia mempertikaikan kita ke masjid untuk solat berjemaah itu, dengan membantu org tepi-tepi jalan adalah lebih bagus membantu org2 jalanan. aku risau org yg tgk video tu sampai bagi yang kurang pemahaman tentang Islam itu sendiri habis boleh terpesong. Dahla masa tu dia tengah kupas buku. Buku Teologi kan..?

    Aku tak follow FB dia. sbb dia duduk serumah dgn free thinker kan..? Bimbang dia mencampur adukkan apa yg dia dengar dan baca tanpa GURU agama, dia keluarkan statement..

    ReplyDelete
    Replies
    1. video tu dalam bulan lepas je kot ha..dia kupas hal tu dari pendangan dia sendiri tu yang jadi camtu ha..kalau ko try follow fb dia lagi ko seram tengok pemikiran dia..kata seorang ustaz ni dia campur adukkan agama dengan logik dia tu..separuh dia,terima separuh dia tolak..

      Delete
    2. faham apa yg mamat tu tekankan. tapi cara penyampaian dia dan cara dia menjawab pertanyaan tu membuat2 orang yg mendengarnya berbelit2 n konfius. tu yang free2 kena hentam~ agama tak salah. yg salah penganutnya. terpesong dri jalan yg sepatutnya.

      Delete
    3. aku nak dgr apa dia cakap pon malas..cakap kalut je..skip baca komen2 je la senang sikit aku hadam..haha..kalau ade masa memang aku nak turun je masjid india tu tngok dia borak apa..ada apa2 soalan bleh aku tanye terus kat dia..

      Delete
    4. "ke masjid untuk solat berjemaah, membantu org tepi-tepi jalan adalah lebih bagus" itu bagi saya adalah pandangan yang sekerat. berjemaah itu membawa kepada sesuatu keputusan lebih besar dimana, dengan permuafakatan, lebih ramai akan menyalurkan kepada mereka yang benar2 perlu. membantu org tepi jalan, kena faham satu perkara, layakkah mereka? Ada je org yang menyamar. Mungkin juga ada yang menggunakan bantuan tersebut untuk perkara tidak baik, mengamalkan budaya meminta sedekah, sanggup menipu buta dsb, juga mungkin duit yang dapat disalurkan kepada kumpulan haram dsb. Jika melalui masjid, permuafakatan dengan jalan Allah membawakan bantuan kepada badan kebajikan, rumah anak yatim yang dikesan benar dan nyata keperluan dan arah mereka. tapi jika bro ke majlis India, update2la. hoho..

      Delete
  3. benz ali ni org islam ke bukan islam? Kadang2 ilmu yang begitu tinggi pun bleh menyebabkan seseorang terpesong. Syaitan akan cari jalan untuk twist yang haq menjadi bathil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. islam ke dok aku tak sure la lyd..ko cuba tngok pemikiran dia sendiri dn nilaikan..kalau islam yang jahil buat dosa tu ramai aku kenal..tp kalau islam yang cuba nak ikut logik sendiri ni aku blom jumpa..

      Delete
    2. Sebenarnya 'logik' yang mereka katakan itu adalah berdasarkan emosi semata-mata. Apabila mereka gagal mencari jawapan, mereka letakkan hipotesis "Tiada Tuhan" walhal mereka baru berada di peringkat inferens. Untuk mencapai tahap akhir, mereka haruslah menjadi penghuni syurga dan sesungguhnya, hanya satu jalan sahaja kearah itu. Jika mereka nak tahu jawapan, berusaha mendapatkannya dan jgn menggunakan alasan "logik" untuk mengukuhkan hujah yang belum lengkap.

      Delete
  4. Jawapan dia Dr Zakir Naik ada bagitaw. Dia cakap cara betul nak cakap is "Semua benda yang dicipta ada pencipta;All created things have a creator" Tapi Tuhan tak ada pencipta sebab tuhan bukan dicipta. Kau boleh tgk video dia kat SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sifat Allah, "Qiyaamuhu binafsih". Bukan takde jawapan, cuma "logik" mereka tak nampak/ faham makna 'berdiri sendiri'.

      Delete
  5. aku tengok vid dia skali tu je. hm. susah jugak kalo terlampau mendalami ilmu2 agama tu sampai setiap persoalan tu yang muncul di kepala tu, kena ada jawapan yang betul2 boleh diterima oleh akal, yang tidak boleh dipertikaikan.

    ReplyDelete
  6. Memang bahaya kalau kita dengar dan ambil bulat2 semua benda, and actually bagi aku, makin kita kenal Islam, Islam itu adalah cukup mudah, kita yang merumitkannya. Juga kita jangan persoalkan setiap perkara macam Yahudi. Aku ni selalu berdoa supaya tak terpesong huhu.

    ReplyDelete
  7. Dah tertulis akan 20 sifat2 Allah dan antara yang terutama ialah "Wujud" yakni Ada dan "Qiyaamuhu binafsih" iaitu berdiri sendiri. Jika dah wujud dan berdiri sendiri, persoalan siapa cipta tu dah tak perlu dah. Azalinya dijawab.
    Sifat mencari tu saya setuju dan saya sendiri amalkan. Dari segi kewujudan Tuhan, tepuk dada tanya selera. Semuanya ada asas kewujudan dan tidak berdiri sendiri. Al-Quran dah lengkap dan sudah disyukuri kelengkapannya. Pesoalannya bukanlah dimana jawapan tapi mana satu jawapannya. Yang ada mata mungkin 'buta', yang ada telinga mungkin 'tak mendengar'. Sebab itu akidah perlu jadi ianya akan jelas.
    Isu ini teramatlah besar untuk kita yang kecil menjelaskannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...