Assalammualaikum wbt.
Tak sangka, dah tahun 2020 dah sekarang dan ini adalah entry pertama untuk tahun ni..aku teringat lagi masa sekolah dulu cikgu cakap kita menuju wawasan 2020, satu penanda aras ntah apa yang kita nak tuju sebenarnya pon aku tak tau..masa tu aku baru berumur 12 tahun..aku tak boleh bayang apa-apa pon ketika tu tentang apa yang akan jadi pada tahun 2020.yang aku tau, jauh lagi masa tu sebab tahun 2020 tu nanti aku akan berumur 36 tahun..
What??aku dah 36 tahun ke sekarang.?.hahahah..apapon alhamdulillah la, aku dah ada family sendiri, 2 orang anak dan sorang bini.huhu..dulu terpikir gak macam mana la aku 24 tahun ke depan tu...walaupon takda kereta terbang atau kereta boleh transform jadi robot lagi sekarang, sekurang-kurangnya ada gak kereta myvi 'kebanggaan' Malaysia yang serba boleh tu..kahkahkah..
KL 2020 |
Dah tu apa sebenarnya yang ada pada tahun 2020 ni?.tercapai ke wawasan negara tu?..kalau tanya aku, aku tak tau menahu lagi la sampai sekarang nak wawasan apa..yang aku tau, aku kena bayar bil bulanan macam biasa..politik Malaysia pulak ntah apa-apa..terus terang lepas PRU 14 yg lepas, aku dah tak percaya langsung politik ni..yang pasti masak la generasi anak-anak aku nanti kalau nak belajar sejarah politik Malaysia..hahaha..
Tanggal harini pulak, dunia sekarang dan terutamanya negara kita telah pon dikenakan perintah kawalan pergerakan akibat wabak pandemik novel corona virus atau covid-19 ni..masuk harini saja, dah 16 hari pon perintah duduk rumah ni dilaksanakan..masih berbaki 12 hari lagi berkurung atau mungkin akan dilanjutkan lagi sekiranya wabak ni masih tidak terkawal..
So ini la perkara besar dan amat menyedihkan sebenarnya kita hadapi untuk tahun 2020 ni..aku harap wabak ni dapat la segera dikawal dan semoga Allah Swt melindungi kita semua..kalau bukan sebab kena duduk berkurung kat rumah ni, tak mungkin jugak la aku rajin nak tulis lagi blog ni lagi..haha..apa pon aku rindu gak blogging ni bila terkenang member2 blogger or follower blog aku dulu yang rajin komen setiap entry aku..sebab tu la blog ni walaupon tak releven sekarang, bagi aku sentimental value ni tetap tinggi...kalau korang singgah or terbaca entry aku ni, komen la sikit yer..harap semua sihat dan ikut jela arahan kerajaan sepanjang masa lockdown ni..#stayathome
p/s : now zaman vlogging! please subscribe guys.haha..
saya jenis yg suka membaca kat blog...jadi sila lah update selalu 😀
ReplyDeletewah..ada lagi rupanya orang nak baca blog..tak sangka betul..terima kasih banyak..
DeleteYa. Teruskan menulis. Ada je geng2 old skool yang suka baca blog. =)
ReplyDeletethanks..insya'allah kalau ada masa terluang, akan menulis lagi..
DeleteSaya dah 29 tahun, ya ampun apa yang saya buat zaman dedulu melagha, sekarang pun masih lagha. Kakakaka.
ReplyDeletehai robot..aku ingat ko lagi..hahaha..masing2 dah tua rupanya..lagha nakal sesikit tu aku rasa normal lagi..jgan lagha lebih sgt, malu ke budak..hahaha
Deleteada... masih ada orang baca.
ReplyDeleteTK
Aku nak start balik.
ReplyDeleteSo mana yt kau. Meh aku subscribe. Aku punya video siap da ada unlike. Hahahahahahahhahaha.
Itulah cerita tahun 2020 aku.