Wednesday, August 21, 2019

ULASAN SPOIL, DEAD A WEEK (OR YOUR MONEY BACK).

Salam..

Malam tadi aku sempat la layan sekejap movie kat astro..buka je tv cerita tu pon dah start..apapon masih boleh paham la apa terjadi sebelum tu walaupon tak sempat tengok dari mula..

Cerita ni mengisahkan tentang seorang penulis yang gagal la pada dasarnya.kemungkinan dia seorang penulis novel..hasil penulisan dia ni takda mana-mana syarikat penerbitan pon nak terbitkan..memang loser la..haha..

Aku tak pasti apa masalahnya dia ni sebenarnya selain penulis yang gagal sebab nampak ok je, tapi yang heran, dia menulis tentang kejadian bunuh diri..lagi gila kejadian yang ditulis tu berkisahkan tentang diri dia sendiri yang nak bunuh diri..dan lebih kurang 10 kali percubaan dia cuba bunuh diri pon gagal jugak..haha..

Macam-macam cara dia cuba bunuh diri pon tak berjaya..haha..hidup susah, nak mati pon susah la ni gamaknya..hahaha..sampai satu masa, akhirnya dia dapat hubungi pembunuh upahan dan minta dia dibunuh..part yang lawaknya, pembunuh upahan ni siap ada brochure bagaimana cara nak mati.


Nak mati cara hero mahal la skit..disebabkan mamat ni takde duit, maka cara mati yang disyorkan cuma di tembak dari jauh je la..so lepas setuju semua dan sign aggrement, dia akan dibunuh dalam seminggu atau wang dikembalikan..

Nak jadikan cerita, pembunuh upahan ni pon gagal jugak untuk bunuh dia..haha..bukan cakap mamat penulis ni mengelak pon, cuma masa dan detik ketika pembunuh upahan ni tembak pon akhirnya tersasar pada orang lain..bukan sekali jer percubaan dua 3 kali pon masih tak kena..hahaha..

Dah la orang lain yang jadi mangsa tu orang awam, polis..tak pasal-pasal pembunuh upahan tu kena panggil persatuan assasin  dan dipaksa bersara awal..hahahaha..bos dia kata 'sebagai profesional, kita tak tersasar dalam membunuh'.. hahaha.

Dan lepas tu, aku tak tau macam mana kesudahannya sebab aku pon tertidur kat sofa..dia hidup atau mati lepas tu, ntahlah..hahaha..cuma pengajaran yang kita sebagai orang islam yang dah memang patut tahu yang bunuh diri tu berdosa besar..mati masuk neraka..dan percayalah qada dan qadar..hidup mati urusan tuhan..kalau belum masanya mati, maka hidup la kita..orang-orang dulu ada berkata, pantang maut sebelum ajal..sekian..


p/s : nak tau kesudahannya, tengok la sendiri ' dead in a week, (Or your money back)'


6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...