Monday, December 15, 2014

Kisah Bubur Jagung Bergandum Ayam..

Assalammualaikum wbt..

Tak tau la sama ada aku yang noob atau perkara ni kurang diketahui ramai..minggu lepas bini aku sibuk la teringin nak makan bubur jagung..haa, ni takda kaitan dengan mengidam ok..so pendekkan cerita, masa shopping barang dapur kat Giant tu, dia pon beli la sekali jagung dalam tin tu dengan bahan-bahan yang dia guna nak buat bubur tu..

Disebabkan aku tak berminat dengan  bubur jagung, aiskrim jagung, air jagung atau apa-apa kaitan jagung yang telah dimodified ni, so aku tak amik kisah pon sebenarnya tentang isu bubur jagung ni..buah jagung asal je yang aku leh terima..tapi tah macam mana, bila dah keluar dari Giant tu baru dia teringat ada bahan lain terlupa beli..

nampak sedap, tapi kurang minat..huhu

Tang ni yang aku rasa lawak..mulanya aku tak tau pon benda apa yang dia tetinggal beli, tapi bila dia cakap kat kedai Acheh dia singgah tanya tu takda jual bendanya, barulah aku tau..kehkehkeh..

bila bini aku cakap benda yang dia cari tu gandum, terus aku tergamam sikit..what the ....


"gandum ayam??"


"mana ada orang makan gandum, tu makanan haiwan je"..bukan sindir, tapi betul-betul aku maksudkan dan pelik kenapa nak masak bubur gandum..hahahaha....nak pulak ada antara kedai-kedai yang aku cari tu pon ingat kami cari gandum ayam jugak..hahaha


Wani pulak cakap aku yang jakun sebab tak tau pasal bubur gandum jagung ni..hahaha.. 


Memang teruk gak la aku gelakkan Wani, sakit jugak la perut aku kene cubit sebab samakan dia macam ayam yang cari gandum..hahahaha...bukan apa, aku teringat masa kecik-kecik dulu, masa ayah aku bela ayam, kalau takda dedak, gandum la yang aku bagi ayam-ayam makan..cuma gandum ayam ni mahal sikit..tapi yang pasti tak penah pulak mak aku masak gandum tu buat bubur...hahahaha...

Dan aku masih tak pasti lagi apa bezanya gandum ayam dengan gandum yang bini aku cari ni sebab memang sampai kesudah tak jumpa..so dia pon buat jela bubur jagung campur sagu..aku pon merasa la jugak 2 3 sudu..bukan tak sedap, cuma tak minat...mungkin orang belah utara je kot makan bubur jagung gandum ni..tapi pelik gak, kat utara kan banyak beras je..camne leh ada popular bubur gandum lak..hahaha..


p/s : huh, berjaya gak siapkan 1 entry bulan ni..lol

12 comments:

  1. Aku tengah pikir nI... Cam mana bentuk gandUm ayam tu. Tak pernah dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gandum biasa la TK, macam beras rupanya, tapi kaler kuning..

      Delete
  2. seppp. aku tak pernah dengar jgk bubur gandum ayam. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mmg la takda jim, sebab tu aku yang bg nama..hahaha..

      Delete
  3. ooo... penah makan. aku pun spesis ayam gak ke kalo gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ko makan kat ne lyd?..teringin pulak aku nak rasa bubur gandum ni...ayam pon ayam la..hahaha

      Delete
  4. ehh, sm spesis ke kite xmkn air jagung etc..etc..mkn buah jagung je.. ok..ok..aku pun bru dgr psl bubur gandum ni, xpernah makan..tp xde la kejam mcm ko kata tu makanan ayam je.. kecik ati wani tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ko pon cenggitu gak ek...nak buah yang ori je..hahaha..

      gurau kasar sekali sekala apa salahnya tina..lagipon aku mmg tak tau menau pasal gandum buat bubur ni..memang jadi bahan la kan..haha..

      Delete
  5. bubur gandum sedap apa..aku pun lepas kawen mak mertua aku buat baru aku pernah makan..aku pun kureng sikit dengan segala jenis bubur..laki aku ja suka..bubur jagung ni dia mmg pantang jumpa..tp aku biasa buat pakai jagungf fresh..yg dlm tin tak layan.ahaha..

    ReplyDelete
  6. sedap hoii bubur gandum.

    malas login

    ReplyDelete
  7. Sedap tau bubur gandum even tak letak jagung pun! Try lah rasa :D

    ReplyDelete
  8. Sedap tau bubur gandum even tak letak jagung pun! Try lah rasa :D

    ReplyDelete