Friday, April 19, 2019

MEMBEBEL JER..

Assalammualaikum..

Bercakap tentang berkongsi cerita, gambar dan sebagainya dalam media sosial ni, itu benda biasa..nak pulak kalau dia ada momment best dan special..aku pon sebelum ni kemaruk gak, tapi mujurlah akhirnya dapat stop..haha..mesti ramai orang tertanya-tanya aku senyap dalam sosial media ni hilang kemana plak..(padahal takda sapa pon kisah pasal aku).ok fine...hahahaha...

Tapi serius,kadang-kadang aku rindu gak nak tau cerita kawan-kawan lama yang penah rapat dulu..mula-mula dulu lepas kurang jumpa, boleh la lagi berhubung dalam FB.tapi bila sampai satu masa, akaun FB masing-masing dah tak aktif.yang tinggal cuma gambar profile dan posting yang dah bertahun-tahun lepas jer...

Lepas tu, plak kalau ditakdirkan tetiba terjumpa, member-member ni plak dah mula panggil kita dengan bro-bro jer..percayalah anda masa ni silaturrahim tu dah longgar dan fak..dah apahal plak kan, dulu elok je panggil nama, tapi bila dah lama tak jumpa, jadi berbro-bro plak..isk tak  boleh blah la aku..apa nak buat, masa berubah..sedih.

Apa yang aku nak bagitau sebenarnya, aku masih nak berkongsi cerita lagi, nak pulak hidup aku sekarang makin berseri-seri dan penuh warna-warni kan..kihkih..cuma insya'Allah kalau aku free aku tulis kat sini jela..kat FB dan IG aku dan segan nak guna..hahaha..kalau nak ikutkan faktor semasa, IG dan FB aku akan lebih meriah sekarang ni dengan story dan gambar-gambar berbanding dulu..senyap bukan sebab tinggal dalam dalam gua tau..

Dan sebenarnya, aku dah lebih menikmati hidup tanpa sibuk nak "terlalu" berkongsi ni..maksud terlalu ni macam 'live' la senang citer..baik story atau gambar, masa-masa kita tengah menikmati momment tu gak duk kalut nak bagitau orang dan share..macam dah takda masa lain..kan bagus enjoy jer dulu dengan apa kita buat..malas nak ulas banyak, nanti aku kena kecam plak..hahaha..so terpulang masing-masing..aku bukan menilai, tapi aku dah lalui dan kesimpulanya bagi aku, itu adalah sangat tak best..

p/s : selamat menyambut ramadan..bersedialah akan datangnya satu bulan yang penuh perkongsian yang bukan-bukan dan sia-sia di alam maya ini...done tarawikh..kahkahkah..

Thursday, February 7, 2019

PENYELESAIAN MASALAH GILA KOPI.

Assalammualaikum wbt..

Dalam entri ni, ada dua perkara utama aku nak story berkesinambungan dengan dua entri yang lepas..pertama, tentang aku nak jadi coach untuk bini aku diet tu..kesimpulannya "misi gagal" ..tak sampai seminggu pon dia mampu diet ni..tu la sajalah cerita sedih untuk kali ni, tak mampu ulas panjang lagi..hahaha...

Hal kedua berkenaan tebiat kemaruk kopi aku ni..alhamdulillah, aku dah jumpa solution..jimat akhirnya poket aku ni..tak sia-sia aku tekan butang share blog ni untuk kawan-kawan kat facebook baca dan akhirnya ada feedback dari sorang member ni..

Yang bestnya, dia siap tolong belikan lagi..bukan semata kopi, tapi ada item lain macam tapak penapis dan kertas penapis dia skali..tu pon kena beli kat tempat berlainan dari kopi..memang aku hargai sangat la..

So, aku nak share pulak kat sesapa yang kot ada masalah kemaruk kopi ni gak..semoga masalah tu boleh selesai..pertama sekali, kena la minat kopi sebenar..bukan jenis hat minum kopi hipster macam frappe tu..kalau minat kopi o takpa..lepas tu kalau nak minum cappucino ke latte ke frappe sekalipon,  tu just olahan sendiri..yang penting bahan utama iaitu kopinya kena betul..

pilhan aku dah tentulah espresso..

Pertama sekali, sila dapatkan kopi Ikea..yup..Ikea tempat jual perabot tu..korang kalau biasa pegi Ikea, kalau perasan tu, perasan la ada satu cafe or shop lepas dari kaunter bayaran tu tempat jual kopi ni..aku cerita ni base on member aku bagitau jer pasal dia yang tolong belikan..aku ni jarang sangat nak ke Ikea tu..

Dan kopi ni ada beberapa jenis la.tu terpulang selera masing-masing..macam aku, aku memang ambil kopi yang paling kuat..jangan risau kalau tak tau kuat ke tak kopi tu pasal kat bungkusan dia ada label macam bar bateri handphone tu..kalau penuh tu tandanya kuat la dan sebaliknya kalau kurang..

So bila dah dapat kopi, barang lain yang korang perlu ada adalah penapis..kemungkinan ada jual juga kat situ..tapi kalau ada mungkin harganya agak mahal..tapi jangan risau, pasal pegi cari kat DAISO jer..benda alah tu macam ni..

yang bentuk cawan tu tempat letak kertas penapis tu..dah tu jangan lupa beli kertas dia sekali....
Bila dah cukup barang-barang yang korang diperlukan..lalu depan mc cafe, korang korang lambai  jela pasni..pendapat aku, kopi ni dah memang dah kena sangat dengan cita rasa aku..aroma, rasa dia memang aku gerenti sama je dengan americano yang biasa aku beli..baik ais atau panas, takda masalah..so jangan bazirkan lagi wang anda..hahaha..



P/S : mesti casher familymart tu rindu aku dah berapa hari tak datang beli kopi..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...